Qalam Perjalanan


HARI PERTAMA: 29 OGOS 2017 (1)
Seri Teratai - Padang Kacong 
- R&R Genting Sempah 


7.16 pagi, Honda TBH669 bertolak. Meninggalkan teratak Sri Teratai. Seminit kemudian masuk simpang T9 Kuala Telemong. Seterusnya melalui Kampung tradisi: Batu Hampar, Pulau Manis dan Kubang Palas. Kebanyakan rumah-rumah berhampiran dengan jalan raya.


Medan Selera Kuala Telemong

7.25 pagi, masuk Daerah Hulu Terengganu. Terus masuk ke Medan Selera Kuala Telemong. 7.38 pagi,  breakfast di kedai Pok Ngah, No. 4. 7.51 pagi, bergerak ke Dataran Padang Kachong. Singgah sebentar di rest room.


Lokasi Padang Kacong

Demikian, Padang Kacong menyimpan sejarah perjuangan dan pengorbanan para petani. Tercetus daripada perasaan benci kepada penjajah Inggeris. Kerana campur tangan penjajah, cukai tanah yang dikuatkuasakan sama sekali tidak munasabah.


Abadi Dalam Sejarah

Akhirnya mereka melancarkan kebangkitan bersenjata di Padang Kacong, Telemong, Hulu Terengganu pada 21 Mei 1928. Dalam pertempuran di Padang Kacong, 12 penduduk kampung terkorban akibat tembakan. Termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Tok Janggut.

Jasad 12 pahlawan Melayu itu telah disemadikan di Padang Kacong, Kuala Telemong. Manakala Haji Abdur Rahman Limbong di tuduh sebagai penghasut. Malah beliau dan pengikutnya dituduh sebagai penderhaka kepada sultan. Akhirnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian meninggal dunia, sebagai pejuang ulama Islam.


Lokasi Tol Kuala Telemong

Plaza Tol Kuala Telemong

Terasa sayu apabila mengenang sejarah Padang Kacong. Bagaimanapun perjalanan terpaksa diteruskan. 7.57 pagi, menyusuri simpang kiri  ke E8 Kuala Lumpur. 8.04 pagi,  touch & go di Tol Kuala Telemong. Saat ini matahari mula memancar. Memburu sisa-sisa kabus di lebuh raya.

8.07 pagi, masuk sempadan Daerah Hulu Terengganu. Pagi  ini jalan agak tenang dan lengang.  8.16 pagi, melintasi Exit 958  Ajil. Kuantan masih lagi 175 km.   Di kejauhan kelihatan kabus nipis terapung-apung. Berarak-arak di puncak rimbunan hijau.

 8.19 pagi, matahari terlindung di balik awan sisik cirrocumulus. Bukit-bukau  di kejauhan kelihatan  kelabu. 8.21 pagi, melalui kawasan bukit-bukau. Terasa bagaikan menyusuri celah-celah  tebing tinggi. Kemudian berliku-liku menuruni lembah.

8.27 pagi, melalui rimbunan hijau. Terasa segar dan damai. Seterusnya melintasi kawasan rehat Paka. 8.30 pagi,  hentian Bukit Besi.  8.33 pagi, Exit 853 Bukit Besi. 8.35 pagi, matahari bersinar semula. Rimbunan hijau kelihatan segar dalam sinaran pagi.

8.40 pagi, melintasi Exit 851 Kuala Dungun. Saat ini masih lagi 347 km ke Kuala Lumpur. 8.35 pagi, melintsi Exit 847 Kertih.  8.59 pagi, Exit 845 Bandar Sri Bandi Kijal. 9.03 pagi, kelihatan kabus di kawasan bukit. Terapung-apung di puncak rimbunan hijau.

9.07 pagi, melintasi  Exit 841 Cukai. Seterusnya menyeberangi Sg. kemaman. 9.11 pagi, kabus kelihatan semakin tebal. Hampir-hampir menghilangkan banjaran bukit. Kelihatan agak mistri.


Menyusuri Bandar Kuanbtan

9.14 pagi, 335 km lagi ke Kuantan. 9.19 pagi, melewati kawasan rehat prasing. 9.24 pagi, Exit 836 Jabor. 9.26 pagi, touch & go di  Tol Jabor. 9.28 pagi, masuk bulatan. Terus masuk simpang ke Kuantan. 9.37 pagi, awan mendung mula berarak. Kabus mula menyelubungi.

9.39 pagi, masuk Jalan Sultan Ahmad Shah. Seterusnya ke  simpang kiri ke pusat bandar. 9.44 pagi, Jalan Tun Ismail. 9.47 pagi, parkir di  Optometris Siti & Mastura. Jauh di hadapan kelihatan Kuantan City Mall. Di seberang jalan pula Berjaya Megamall.

Urusan Ayahsu dengan City Bank terpaksa ditangguh.  Bank sudah ditutup rupanya. 9.58 pagi, bertolak mengikut  Jalan Gambut. Kemudian masuk Jalan Bukit Ubi. 10.02 pagi, menyusuri Jalan Wong Ah Jang. 10.14 pagi, akhirnya keluar daripada bandar Kuantan.
                           
10.18 pagi, melintasi SMK Paya Besar. 10.20 pagi, Rasau Perdana. 3 minit kemudian Kg. Seri Damai. Seterusnya masjid jamek Batu 6. 10.27 pagi, singgah di Stesen  Petronas Jaya Gading.10.34 pagi, keluar duit dari Kios CIMB. Saat ini perjalanan masih berbaki 244 km lagi ke Kuala Lumpur.

10.40 pagi, masuk Taman Sri Mahkota. Enam minit kemudian masuk lebuh raya. Kemudian touch & go di Tol Gambng. Masih lagi berbaki 215 km ke Kuala Lumpur. 10.57 pagi, melintasi kawasan rehat Gambang.  Seterusnya masuk sempadan Daerah Maran.

11.08 pagi, perjalanan masih berbaki 176 km ke Kuala Lumpur. Bagaikan menghitung km demi km. Seterusnya melintasi Hentian Sebelah Maran. 11.26 pagi, Kawasan Rehat Temerluh. Kermudian melalui jembatan Sultan Ahmad untuk menyeberangi Sg. Pahang.

11.35 pagi, masuk zon operasi kamera. Sepuluh minit kemudian melewati Hentian Lancang. Perjalanan berbaki 87 km ke Kuala Lumpur. Semakin menghampiri destinasi. Di kejauhan pula kelihatan seolah-olah puncak bukit mencecah awan. Begitu indah dalam kesamaran.


Hutan Hujan Tropika

11.49 pagi, touch & go di  Tol Karak. Kemudian jalan mula berliku-liku. Mengikuti kontor di lereng-lereng bukit. Merentasi rimbunan hijau hutan hujan Tropika. Kelihatan di kejauhan kabus terapung-apung, bagaikan berarak-arak di puncak rimbunan hijau.


Laluan R&R Genting Sempah

R&R Genting Sempah

12.00 tengah hari, melintasi MRSM Bentung. Seterusnya, touch & go di Tol Bentong. 12.06 tenga hari, masih melalui kawasan bukit bukau. Perjalanan masih lagi berbaki 46 km. 12.19 tengah hari, masuk simpang kiri. Parkir di  R&R Genting Sempah. 12.24 tengah hari, duduk di depan restoran Hayati Genting No 14. Menikmati nasi ayam. Boleh tahan juga.


Lunch Di R&R Genting Sempah

Perkena Sepinggan Nasi Ayam

12.27 tengah hari, perkena pula putu bambu world. Pengganti dessert. 12.36 tengah hari,  masuk rest room. Mencari kelegaan dan keselesaan. 1.03 tengah hari, drive-thru 24 hours Mcdonald. Order aiskrim durian dan oreo. Agak lama juga menunggu giliran. 

HARI KEDUA: 12 OGOS 2017 (2)
Layaran Chalet – Kg. Batu Tumbuh
- Mr Celup Tepung Station – Teratak Sri Teratai



Nikmatnya

Menjamu Selera

Pagi ini breakfast di anjung tinjau. Lepas breakfast "anak-anak duyung" turun semula ke dalam kolam. Kali ini bersama Ayahsu. Berenang-renang, sambil bekejar-kejaran. Kocakan air dalam kolam bagaikan tingkah-meningkah  dengan jeritan keriangan. Kemudian keluar dari kolam.  Masing-masing menggigil-gigil. Kesejukan.


Keriangan

Pola-Pola Abstrk

3 Anak Duyung

Bersama Ayahsu

10.27 pagi, "anak-anak duyung" turun semula ke kolam. Matahari hampir sepenggalah tinggi. Sinarannya menembusi permukaan, hingga ke dasar kolam. Bayang-bayang cahayanya membentuk pola-pola abstrak di dasar kolam, yang berubah-ubah. Begitu seni dan indah. Mempersonakan.


Best Of All

Ayahsu The Dugong

Pesta Kuda Laut

Aktiviti Santai

10.57 pagi, Datuk dan Ayahsu keluar dari kolm. Ayla, Ayra dan Aqeef  masih di dalam kolam. Tak puas lagi berendam. 11.28 pagi, barulah cucu keluar dari kolam. Badan msing-masing sudah berbelang. Kulit menjadi hitam kerana klorin terdedah pada matahari.

12.03 tengah hari, akhirnya bertolak. Meninggalkan Layaran Chalet. Adieu. Lalu menyusuri jalan pantai.12.07 tengah hari, turun mencari ikan segar. Malangnya tak naik lagi ke darat. 12.16 tengah  hari, singgah di PKT super market. Ibu dan nenek masuk PKT super market.

12.17 tengah hari, masuk fabulous car wash. Mencuci kereta melalui semburan air. Kemudian cuci tayar.  Seterusnya semburan air sabun. Mencuci cermin dan kereta.12.24 tengah hari, baru masuk bahagian mengelap dan mengering. 12.27 tengah hari, keluar. Dua orang pekerja Bangla mengelap sisa-sia air.

12.30 tengah hari, baru keluar dari premis car wash. Masuk semula premis PKT. Ambil Nenek dan Ibu. 12.45 tengah hari, baru  bertolak. Terus masuk simpang kanan. 12.48 tengah hari, masuk Kg. Alor Teratai. Seterusnya melintasi SMK(A) Nurul Itifak. 12.52 tengah hari, singgah di Pasar Borong, Kg Lampu. Sempat membeli pisang, durian belanda dan mata kucing.

12.59 tengah hari, masuk bulatan. Kemudian naik jembatan Jertih. 1.01 tengah hari, melintasi beberapa kios. Kemudian masuk simpang kanan. 1.04 tengah hari,  mengisi minyak Caltex  "with techron",  di Kg. Raja. 1.12 tengah hari, melintasi SMK Tengku Mahmud 2. 1.14 tengah hari, baru sampai destinasi di Kg. Batu tumbuh.

Kg. Batu Tumbuh

Menjadi tetamu. Dijamu dengan nasi minyak. Lepas itu berbual-bual dengan keluarga Rosma. 2.16 petang, baru bertolak. 2.21 petang, masuk Kg. Gong Bayor. 2.26 petang, melintasi SK Tembila. 2.29 petang, berhenti  di gerai buah di Kg. Pengkalan Kubur. Membeli nenas madu dan keledek merah.

2.39 petang, melintasi SK Beteng Lintah. Ayra tertidur. 2.46 petang, SK Setiu. Aqeef pula tidur. Ayla masih lagi aktif. 2.56 petang, melintasi SK Saujana. 2.59 petang, masuk bulatan ke kiri. Seterusnya mengikuti jalan sepanjang pantai. Lebih tenang dan damai. Lautan luas terbentang, dipinggiri pohon-pohon ru. Bagaikan mengalu-ngalukan "kembara jalanan".

Stesen Celup Tepung

Mr Celup Tepung

Pesta Celup Tepung

305 petang, singgah di warung Mr Celup Tepung Station, di tepi pantai Kg. Penarik. Dengan iklannya yang menggoda: "udang 45 ekor RM10". Lalu memesan udang dan ikan celup tepung. Terasa santai apabila menjamu ditepi pantai. Ayla dan Ayra sempat lagi bermain buai, bersama Ayahsu.


Buai Laju-laju

Sampai Pokok Sena

Sekuntum Bunga Cina

3.51 petang, baru bertolak. Terdapat beberapa warung udang celup tepung di sepanjang  pantai. 3.55 petang, melalui Taman Seri Rhu dan Bari Beach Resort. 3.59 petang, melintasi Pandan Laut Resort. 3.67 petang, kelihatan warung Mr Cendol. Popular dengan ungkapan:  "Minum Segelas Tambah Percuma".

Masjid Kg. Merang

4.06 petang, melalui Sg. Merang.  4.08 petang, berhenti di masjid Kg. Merang. 4.14 petang, solat takdim. 4.28 petang, bertolak. Sampai simpang 3 masuk ke kanan. 5.32 petang, melintasi Sutra Beach Resort. 434 petang, melintasi SM Lembah Bidong. Masuk sempadan Kuala Nerus. 4.36 petang melintasi Instep.

4.39 petang, melintasi SK Pagar Besi dan Kg. Mengabang Lekor. Kemudiannya  Kg. Pengkalan Atap. Seterusnya masuk bulatan kecil di Kg. Batu Rakit. 4.43 petang, melintasi SK Batu Rakit. Tiga minit kemudian, masuk kanan di simpang 4. Melintasi Institiut Pendidikan Guru. Lalu singgah di kedai roti tempayan, tetapi malangnya masih belum buka lagi.

5.03 petang, melintasi SM Teknik Terengganu,  SM Sain Sultan Mahmud dan Kolej Vokasional Terengganu. 5.09 petang, masuk bulatan Kg. Batu 6. Kemudian naik jembatan Sg. Nerus.

5.12 petang, singgah di gerai  rojak ayam dan nasi ayam, di Banggol Tuan Muda.  5.34 petang, masuk simpang Manir. Melintasi SK Teluk  Menara. 5.38 petang, SK Beladau Kolam. Seterusnya melintasi masjid Kg. Pulau Bahagia. 5.43 petang, akhirnya masuk perkarangan Sri Teratai. Alhamdulillah selamat sampai.

HARI KEDUA: 12 OGOS 2017 (1)
Layaran Chalet – Terminal Bas Kuala Besut
- Kg. Seberang Kastam 
(Memuput Bayu Melaut Rindu)

6.02 pagi, selepas mandi terus solat subuh. Kemudian memanjatkan doa untuk keselamatan dan kesejahteraan. 6.24 pagi, naik ke anjung tinjau. Kelihatan fajar berwarna jingga kekuning-kuningan di ufuk timur. Sayup-sayup melatari kaki langit Laut China Selatan. Lalu setiap detik bagai meraikan perubahan warna fajar. Sungguh indah. Begitu syahdu.


Siluet Fajar

Laut Sepi

Bayangan Siluet

Di kejauhan, sayup-sayup terdengar deruan ombak. Saling bertingkah dengan bunyi deruan enjin dari bot nelayan. Kelihatan kesepian dalam meredah ombak. Lalu hanyut di laut sepi, bagaikan dipaut mimpi-mimpi. Namun terpaksa mengharungi gelora dan bertarung nyawa. Hanya berbekalkan sebuah impian.


Impian Seorang Nelayan

Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

(M. Nasir)

Bayangan Fajar

Cahaya Keemasan
Fajar Menyinsing

6.57 pagi, pintu pagar sudah dibuka. Lalu terus melangkah ke pantai. b 7.04 pagi, bersama-sama menikmati keindahan fajar di hujung kaki langit. Turut merasai kesegaran bayu laut. Mendengar deruan ombak dan bisikan bayu. Lalu menyatukan diri dengan alam. Oh Tuhan, alangkah harmoninya. Begitu mendamaikan. Terasa syahdu. Tiba-tiba bagaikan nostalgia, memaut rasa kerinduan.


Bersama Nenek

Leka Bermain
Membelah Laut

Fajar Di Kaki Langit

7.15 pagi, matahari kelihatan terapung-apung di kaki langit. Bayangan cahaya fajarnya bagaikan membelah laut hingga ke pantai. Keemasan-emasan. Berkilau-kilauan, sambil menari-nari di pemukaan laut bersama ombak. Begitu  indah sekali. Mempersonakan dan mengasyikkan.

Bersama Ombak

Sentuhan Sinaran

Bermain Pantai

Istana Pasir

Bermandikan Cahaya

7.21 pagi, Ayra dan Baba turun ke pantai. Membawa alat untuk membina istana pasir. Matahari sudah naik sejengkal dari kaki langit. Membentuk bayang-bayang yang agak panjang di pantai. Bagaimanapun panasnya mula terasa, walaupun bayu laut memuput berterusan. Namun Ayra asyik membuat istana pasir. Istana impiannya.


Lokasi Terminal Bas Kuala Besut

7.43 pagi, terpaksa keluar mencari juadah breakfast. Baba memandu melalui jalan Kg. Teluk Bayu. Lalu mencelah-celah kelompok rumah mesra rakyat.  Kemudian masuk simpang Kg. Teluk Budu. 7.51 pagi, sampai di Stesen Terminal Bas Kuala Besut.


Jeti Kuala Besut

7.53 pagi, masuk kawasan transit ke Pulau Perhentian.  Lalu menghampiri kawasan jeti. Agak tenang, tidak begitu sibuk. Mungkin masih awal lagi. 7.56 pagi, meninggalkan kawasan jeti. Kemudian melalui jembatan Besut dan seterusnya melintasi Kg. Kota Putra. 7.59 pagi, Kg. Air Tawar dan Kg. Pengkalan Nyereh.


Warung Seberang Kastam

8.00 pagi, buat  U-turn. 8.03 pagi,  singgah di warung tepi jalan, di Kg. Seberang Kastam. Sempat makan nasi dagang. Manakala Nenek dengan favouritenya nasi berlauk. Manakala Ayra pula asyik dengan tap komputernya. Ramai juga pelanggan yang datang bersarapan. Malah masih lagi berdatangan.

8.28 pagi, bertolak selepas membeli juadah. Melalui semula jembatan Besut. 8.33 pagi, melintasi SK Kuala Besut. 8.35 pagi, membuat U-turn.  Kemudian masuk jalan pantai. Melintasi Layaran Chalet. 8.41 pagi, berhenti di depan gerai makan.

Jemur Ikan Masin

Industri Kecil-Kecilan

Dimaklumkan ikan  segar naik ke darat jam 10.00 pagi. Bagaimanapun sempat mengunjungi bangsal menjemur ikan kering gelama dan tamban. Kelihatan pekerja wanitanya sebuk menyusun ikan-ikan untuk dijemur. 9.06 pagi, baru bertolak. Seterusnya masuk perkarangan Layaran Chalet.

Puteri Duyung 

Bermain Kuda Laut

9.16 pagi, terdengar suara Ayla dan Ayra menjerit-jerit dari kolam. Keseronokan. 9.18 pagi, naik tangga terus ke kolam. Cucu-cucu sudah bekumpul di penjuru kolam. Hanya menunggu Datuk terjun. Manakala Aqeef menjerit-jerit memanggil Datuk. Bagaimanapun terpaksa menolak dengan seribu alasan. 9.26 pagi, baru "anak-anak duyung" keluar dari kolam.




Powered by Blogger.