Qalam Perjalanan

HARI KEEMPAT 29 MEI 2013
Flower City Square
(Kuntum Mengharum Kelompak Semerbak)


City Of Brick
 Huacheng Square

Selepas breakfast, bas membawa kami ke Huacheng Square atau Flower City Square. Terletak di CBD Bandar Baru Zhujiang, Guangzhou. Turun sahaja daripada bas kami terus ke Dataran Huancheng. Wow! Sungguh hebat. Setiap sudut seolah-olah dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi. Yang dihiasi pohon-pohon hijau dan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Bagaikan "Kelompak Semerbak  Kuntum Mengharum".


Underground
Mall Of The World

Dengan keluasannya 560,000 meter persegi. Huacheng Square adalah 10 kali lebih besar daripada Taman Rakyat Guangzhou. Di bawah datarannya pula terdapat pusat membeli belah bawah tanah yang besar, dikenali sebagai "Mall of the World". Ianya adalah sebahagian daripada kod  Flower City Square.



Rhythm Of Light
City Of Lights

Mall of the World dikelilingi oleh lebih daripada 40 infrastruktur ikonil seperti: Sukan Asia Park Haixinsha, TV Tower Canton, Muzium Guangdong dan Panggung Opera Guangzhou. Membentuk pusat paksi  baru di Guangzhou. Terdapat  3 tingkat bawah tanah yang mempunyai jaringan pengangkutan.



Flower Market
Peserta Kembara

Dengan keluasan 150,000 persegi, kompleks ini dibahagikan kepada tiga zon komersial. Zon Pertama, sasaran untuk belia bergaya dan fesyen untuk setiap generasi. Menawarkan fesyen, aksesori, dan elektronik untuk memenuhi trend masa hadapan dan cita rasa terkini.


Hamparan Square


Zon Dua adalah tentang kehidupan yang penuh bergaya. Menjadikan pembeli merasa seperti  berjalan di High Street Kensington.   Seni budaya inovatif yang mengelilingi Zon Dua menawarkan fesyen gaya  Eropah. Memaparkan trend terkini dan fesyen dari seluruh dunia. Di samping menawarkan pelbagai kafe dan bar.



Dancing Lights
Lautan Warna

Zon Tiga memberi tumpuan kepada pakaian premium dan barang kemas berjenama. Mengumpul jenama berkualiti dari seluruh pelusuk dunia. Menawarkan kemewahan dari  jenama yang ternama dan terunggul.


Trees Of Lights
Mekar Setahun

Untuk mengindahkan persekitaran, lebih daripada 600 pokok ditanam. Terdiri daripada pelbagai jenis, yang bunganya mekar sepanjang tahun.  Dengan bunga-bungaan yang pelbagai jenis ianya bagaikan lautan. Bangunan-bangunan seolah-olah terapung dalam lautan warna-warni.


Aroma Wangian

Terdapat beberapa bangunan yang terkenal di sekitar dataran, termasuk Muzium New Guangdong, Rumah Opera Guangzhou, Pusat Pembiayaan Antarabangsa Guangzhou, Perpustakaan Guangzhou, dan Istana Kanak-Kanak, Menara Guangzhou dan lain-lain bangunan. 



Colourful City
Pancutan Berirama

  Tasik buatan manusia di tengah dataran,  menampilkan mata air muzik dengan sistem lampu yang berwarna-warni. Sistem penyejukan kabus mendinginkan kawasan persekitaran.  Lima pulau bunga boleh didapati di kawasan utara dataran, termasuk 3 pulau  berbunga ceri dan 2 pulau berbunga pic. Semuanya dilengkapi dengan pohon willow hijau yang indah.


Merakam Futuristik

Kami tidak melepaskan peluang untuk mencari sudut-sudut fotografi. Terasa seolah-olah kami berada dalam alam futuristik. Rupa dan bentuk bangunan yang unik dan pelik bagaikan mendahului zamannya. Kami terasa kerdil dalam rimba batu-bata dan terasa keciciran dalam kota futuristik


Kota Futuristik

Bagaimanapun masa sangat terbatas. Untuk mendekati semua bangunan futuristik, mungkin kami terpaksa bermalan di Flower City Square. So, memadailah sekadar melepas rasa kagum di kejauhan.  Memang tak dapat dinafikan, rasa kekurangan dan ketinggalan, apabila melihat bangunan-bangunan serba canggih di negara orang.


Serba Canggih

Demikian selama bertahun-tahun, China seolah-olah  menjadi "taman permainan arkitek". Pembinaan yang melampaui batas masa, sehingga terabai  nilai-nilai tradisi  dan warisan budata. Malah menjadi kebimbangan, perlumbaan dalam pembinaan bangunan-bangunan pelik akan menghilangkan kesinambungan seni bina  tradisi China.


Terabai Warisan

1. Phoenix International Media Center, Beijing
2. Convention Center, Wuxi
3. Guangzhou Circle, Guangzhou
4. CCTV Headquater, Beijing
5. The Lotus Building, Wujin
6. Dalian Library, Dalian
7. Bayuquan Poly Theatre, Lianing
8. Hangzhoa Sport Park, Hangzhoa




Pada bulan Oktober 2014, Presiden Xi Jinping meminta dikurangkan bangunan "seni bina pelik"  yang hanya untuk pamiran dan kemegahan. Pada tahun yang sama, Naib Datuk Bandar Beijing berkata kerajaan perbandaran akan  mengawal selia bangunan dari segi saiz, gaya, warna dan bahan. 

Tanpa Tradisi

1. The Glaxy Sohu Complex, Beijing.
2. Gate Of The Orient, Sozhou.
3. The Sheraton Hot spring resort, Hushou
4. The Oriental Pearl TV Tower, Shanghai
5. The Phoenix Tower, Wuhan
6. Piano House, Hainan
7. China's Dubaan, Hainan
8. Beijing's National Grand Theater, Beijing


Pada tahun 2016, Majlis Negeri China mengeluarkan garis panduan untuk perancangan bandar baru. Menurut dokumen itu, "bangunan berbentuk ganjil atau seni bina pelik dilarang". Sebaliknya pembangunan perlu mengutamakan, "ekonomi, kehijauan dan keindahan". Bercirikan seni bina tradisi dan warisan  budaya China.

Menurut dokumen itu, "seni bina pelik" yang tidak "ekonomik, tidak berfungsi, tidak berestetika, atau tidak mesra alam" akan diharamkan. Lebih-lebih lagi dibina di tempat yang tidak strategik dan ekonomik. Tidak memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Hanya untuk menarik perhatian.


HARI KETIGA 28 MEI 2013 (2)
Guangzhou Baiyun Airport - Masjid 
Lama Huaisheng
(Beribadat Sepanjang Hayat Berusaha Sepanjang Usia)


Touchdown
Guangzhou City


1.30 petang, flight CZ3291 China Eastern Airlines mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun.  Sejam terapung di langit, memang mendebarkan. Bagaimanapun terasa selamat apabila kaki memijak bumi  Guangzhou.

Ini kali kedua berada di  Guangzhou Baiyun Airport. Selepas mengambil beg dengan troli di bahagian luggage claim, kami terus naik bas. Maka bermula pula kembara di bumi Guangzhou.   Guangzhou adalah ibu negara dan bandar terbesar di Wilayah Guangdong di tenggara China.

Bandar Metropolitan
Tradisi Dan Kemodenan

Bandar ke 3 terbesar di China, selepas Beijing dan Shanghai. Pada tahun 2014 dianggarkan mempunyai penduduk 13.080.500 orang.  Merupakan salah satu daripada bandar raya metropolitan yang paling ramai penduduk di dunia.

Guangzhou kaya dengan sejarah, tradisi dan kemodenan. Dalam sejarah awalnya semasa Dinasti Zhou (104SM - 256SM), mengikut legenda, Guangzhou pernah mengalami kebuluran. Lalu 5 dewa dari syurga datang menunggang kambing untuk memberkati Guangzhou dengan kehangatan dan kesuburan.


Bandar Kambing

Bandar raya ini didirikan pada tahun 2014. Telah berkembang pesat di bawah regim China  lama. Lebih-lebih lagi dengan bantuan dan sokongan dari pedagang Arab dan Hindu. Sempadan bandar diperluaskan bagi menampung pertumbuhan dan kepadatan penduduk di zaman Dinasti Sung (960-1279).


Bandar Bunga 

Guangzhou di kenali sebagai "Bandar Kambing", sebagaimana mengikut legendanya. Ia juga dikenali dengan "Bandar Bunga". Susulan daripada banyaknya taman-taman  hijau dan bunga-bungaan berwarna-warni.  Begitu juga di sepanjang lebuh rayanya dihiasi dengan bunga-bungaan.


 Pearl River

Namun tidak dinafikan Guangzhou juga memiliki beberapa points of interest yang boleh dikunjungi. Antaranya: menikmati keindahan malam di sepanjang Pearl River (Sungai Mutiara) dan beriadah di Taman Yue Xiu ,


Taman Yue Xiu

Selain daripada itu para pengunjung boleh menyaksikan cahaya berwarna-warni di menara Guangzhou, menikmati Guangzhou Ocean World, dan membeli-belah di Beijing Lu , Shangxiajiu Lu, Yide Lu dan Haizhu Square.


City Of Kights
Menara Guangzhou
Guangzhou Ocean World

Kemudiannya membawa kami  ke destinasi pertama di Guangzhou iaitu Masjid Lama Huaisheng. Turun sahaja dari bas, beberapa orang kanak-kanak  menadah tangan, meminta simpati. Namun kami terus melangkah.  Dari jauh lagi sudah kelihatan pintu gerbang untuk masuk ke kawasan masjid. Kawasan ini agak terpencil seolah-olah di pedalaman.


Masjid Terta

Masjid Huaisheng  adalah masjid utama di Guangzhou. Dikenali juga sebagai Masjid Rumah Api dan Masjid Agung Canton. Dipercayai telah dibina lebih 1,300 tahun yang lalu. Sepanjang sejarahnya, ia telah dibina semula beberapa kali.  Mula-mula pada tahun 1350 dan kemudiannya pada tahun 1695 kerana kebakaran.


Masjid Crane Yangzhou

Dinamakan Masjid Huaisheng, yang bermaksud mengingati kebijaksanaan.  Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW. Merupakan salah satu daripada empat masjid lama yang paling terkenal di China.  Tiga yang lain adalah Masjid Crane Yangzhou, Masjid Quanzhou Kylin dan Masjid Hangzhou Phoenix.


Masjid Quanzhou Kylin

Mengikut  manuskrip lama Cina Muslim, masjid ini telah dibina pada tahun 627 di zaman Dinasti Tang (618-907). Dibina oleh Sa`d ibn Abi Waqqas, bapa saudara Nabi  Muhammad, yang dipercayai  datang dalam misi Islam pertamanya ke China pada tahun 620.


Masjid Hangzhou Phoenix


Walaupun ulama secular moden tidak menemui sebarang bukti sejarah. Namun mereka percaya  umat Islam telah tiba ke China dalam abad ke 7. Malah pusat-pusat perdagangan utama seperti Guangzhou, Quanzhou, dan Yangzhou sudah mempunyai masjid pertama yang dibina pada zaman Dinasti Tang.

Masjid Huaisheng ini terletak di No. 56, Guangta Road. Meliputi kawasan seluas lebih 2,966 meter persegi. Mempunyai enam bangunan penting, Dewan Solat, Para Wangyue, Koridor Tertutup, Stor Kitab Suci, Astaka Batu dan Menara Api.
.


3 Pintu Gerbang

Bermula dari pintu gerbang utama,  dan seterusnya  melalui 2 lagi pintu gerbang.  Terasa sejuk dan damai. Pohoh-pohon hijau di persekitaran bagaikan menyambut kedatangan kami. Dalam menikmati keindahan, tak sedar langkah kami sampai di tangga  halaman masjid. Hanya beberapa meter dari pintu gerbang.


Menyerupai Pagoda

Dilihat dari segi struktur, pembinaan masjid tidak lari daripada gaya seni bina Dinasti Tang. Atap yang berwarna hijau menyerupai atap pagoda. Begitu juga tiang-tiang bulat yang berukiran. Dinding luar masjid berwarna merah. Adunan warna-warna pagoda ini menghiasi masjid.


Masjid Huaisheng
Terasa  Damai 

Sebenarnya warna mempunyai nilai dalam budaya orang China. Merah warna yang paling popular. Melambangkan "kebaikan" dan "kegembiraan".  Hijau pula secara umumnya dikaitkan dengan "kesihatan, kesejahteraan, dan keharmonian".


Lambang Kebaikan

Menara Masjid atau Menara Bulan , dibina pada zaman Dinasti Ming (1368 - 1644). Menara ini digunakan untuk melihat anak bulan bagi menentukan bermula puasa di bulan Ramadan Bumbungnya telah diubahsuai dalam Dinasti Qing (1644-1911).

Kawasan terpencil ini memang tenang dan damai. Bagaimanapun kami terpaksa meninggalkan masjiod purba yang menyimpan sejarah yang panjang. Seterusnya bas membawa kami kembali ke dunia moden. Bas kamudiannya berhenti di Jalan Shangxiajiu, yang terkenal dengan "Laluan Pejalan kaki".






Laluan Pejalan Kaki Shangxiajiu adalah pusat komersial yang paling popular di di Daerah Liwan,  Guangzhou. Bermula dari Jalan Shangxiajiu di timur, dan berakhir di Jalan Shifu di barat dengan. Panjangnya kira-kira 1,200 meter. Mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan. 






Ia merupakan laluan pejalan kaki pertama di bandar  Guangzhou.  Secara rasminya  telah dibuka pada tahun1995. Ia merupakan kawasan yang sibuk. Padat dengan kedai-kedai dan riuh rendah dengan para pengunjung.



Tradisi Yang Lama

Mempunyai sejarah yang panjang dan tradisi yang lama. Seawalnya dari Dinasti Qing.  Di sini kedai-kedai terletak di Qilou, di bangunan era kolonial. Agak unik hasil kombinasi seni bina China dan Eropah abad ke-19.  Patung-patung di sepanjang jalan pula mempamerkan gaya hidup zaman silam di Guangzhou.

 Kombinasi Seni Bina

Antara banyak pusat membeli belah dan kedai-kedai,  Li Wan Plaza adalah sangat popular. Pusat membeli belah ini menawarkan  serba anika produk. Di samping beberapa restoran dan kafe yang dapat memenuhi selera pengunjung. Lebih menarik lagi, ia mempunyai kombinasi pejabat dan kedai. Menjual aksesori fesyen, pakaian dan pelbagai produk.



 Bergaji Rendah

Tidak seperti Beijing Road sebagai hab jenama terkenal, Laluan Pejalan Kaki Shangxiajiu adalah untuk rakyat biasa.  Hanya kedai-kedai kecil bertumpu di sini. Menjual barangan kemas, alat tulis dan pakaian. Pada harga yang rendah. Ia adalah tempat untuk para pekerja bergaji rendah dan para pelajar.


Sebenarnya tidak ada apa yang penting untuk dibeli. Cuma sekadar menikmati  keriuhan. Memang seronok, walaupun agak jauh berjalan tetapi tidak terasa letih. Walaupun tidak mengenali mereka tetapi tidak terasa asing. Malah bersama-sama  meredah kesibukan. Dan bersama-sama hanyut dalam keriuhan.






Powered by Blogger.