Qalam Perjalanan

HARI KESEBELAS 17 DISEMBER 2016 (2)
King Abdul Aziz Airport Jeddah -  Pesawat SV632
- KLIA - Sultan Mahmud Airport


Bagaikan Berlari-Lari


4.58 petang, lewat senja. Cahaya yang kuning kemerah-merahan menghiasi kaki langit. Matahari kian pudar. Kelihatan bagaikan berlari-lari di celah-celah bangunan dan bukit-bukau yang kian gelap.

Para jemaah kelihatan keletihan. Sepi, tidak bermaya. Ada di antaranya sempat lagi melabuhkan mimpi. Bagaimanapun di saat-saat terakhir ini, terasa berat kaki melangkah. Dan terasa berat hati menongkah

5.44 petang, mula kelihatan cahaya berkedip-kedipan di kejauhan. Malam mula berlabuh. Kegelapan kian mengisi ruang. Manakala kesepian bagaikan memburu perasaan. 5.59 petang, sampai di lapangan terbang King Abdul Aziz Airport Jeddah.


Pinggir Airport

Senja Di Airport

Malam Berlabuh

Beg-beg diangkut oleh petugas Rayhar. 6.01 petang, pakej dinner diedarkan. Para jemaah makan di mana sempat. Tak kira di mana tempat. 6.21 petang, masuk pintu pelepasan.


Famili Adis

Menuju Balai

Bersiap Sedia

6.24 petang, masih dalam waktu Maghrib. Masing-masing turun dengan eskalator ke surau untuk solat jamak takdim. 6.50 petang, naik semula eskalator. Terus ke ruang menunggu. Masa menunggu agak lama. Hampir 2 jam. Benar-benar membosankan.

8.00 malam, petugas rayhar memberi taklimat perjalanan. 8.01 malam, masuk pintu international departure. 8.03 malam, melalui kaunter pemeriksaan visa. Seterusnya 8.17 malam, melalui kaunter immigration.


Balai Airport

Balai Menunggu

Mencari Keselesaan

Balai Airport

8.25 malam, menunggu dalam dewan berlepas. Bagaikan masa bergerak perlahan-lahan. Terasa letih dan mengantuk, tetapi sukar melelapkan mata. 1 jam 28 minit berlalu.


Menunggu Masa

Mengisi Waktu

Membosankan

9.53 malam, Umi, Antiya dan Cikde kelihatan tertidur. 10.10 malam, hampir-hampir terlelap. Tetapi tak selesa, mata sukar dipejam lama. Saat ini benar-benar diuji. Hanya kesabaran dan ketabahan dapat memujuk kebosanan.


Layari Internet

Letih Menunggu

Melabuh Mimpi

Surah Ali ‘Imran, ayat 200

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

10.29 malam, pelanggan datang dan pergi di gerai Tim Hertons, Cafe & Bake Shop dan Baskin Robbins. Beberapa orang jemaah kelihatan mundar-mandir. Mungkin sekadar menghilangkan rasa bosan.

10.51 malam, pemeriksaan tiket flight. 10.54 malam, naik shuttle SABD 745. 10.59 malam, turun dari shuttle. Lalu terus naik pesawat SV632, Saudi Arabian Airlines. 11.13 malam, berada dalam kabin.

Sedihnya Famili Adis berpecah kedudukan. Suasana kelang-kabut kerana terpisah dari keluarga. Masing-masing tidak akur kepada kedudukan yang telah diatur oleh petugas Rayhar.

12.20 pagi, pesawat SV632 take-off.  Meninggalkan Jeddah Airport. Demikian juga turut meninggalkan 17 Disember sebagai kenang-kenangan. Untuk menghadapi 18 Disember dengan penuh kesyukuran.

Surah Al Qamar, Ayat 35

Sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.

Masa terus bergerak. Kadang-kadang kita tidak menyedarinya. Terutama apabila berada dalam flight. Lebih-lebih lagi aktiviti sangat terhad. Jadi kebanyakan masa berlalu di tempat duduk.


Laluan Flight SV632

Saudi Arabian Airlines

1.09 pagi, dinner. 2.33 pagi, melintasi Laut Arab. 3.22 pagi, masih di Laut Arab. 4.30 pagi, melalui Republik India. Melintasi Bandar Anantapura dan Kadiri. 4.43 pagi, solat hormat waktu Subuh.

5.51 pagi, melintasi Telok Benggal. Tinggal 2 jam 54 minit lagi untuk sampai KLIA. 4.41 pagi, tamat cerita Avenger. 4.46 pagi, menonton movie Mission Impossible Rogue Nation (2015).

4.58 pagi, masih lagi di Teluk Benggala. 5.00 pagi, pesawat terasa bergoyang-goyang. Mencemaskan. 7.02 pagi, tinggal lagi 1 jam 3 minit. Makin hampir.

6.24  pagi, pakej heavy breakfast diedarkan oleh paramugari. Untuk heavy dish diedarkan pada jam 7.24 pagi. 7.27 pagi, melepasi Medan. Tinggal lagi 38 minit untuk mendarat. 7.51 pagi, roda dikeluarkan.

8.05 pagi (Saudi Arabia)/1.05 petang (Malaysia), membuat landing. Bergegar sedikit, tetapi lancar. Syukurlah, akhirnya selamat menjejak kaki di KLIA.

Selepas ini mengguna waktu Malaysia

Pemeriksaan Visa



Tuntutn Bagasi


1.15 petang, naik aerotrain. 5 minit kemudian sampai. 1.25 petang, turun ikut eskalator. 1.45 petang, beratur di bahagian pemeriksaan visa. 2.11 petang, selesai melalui mesin visa automatik. 2.43 petang, terus ke bahagian tuntutan bagasi. Terpaksa menunggu.


Balai Perlepasan


Flight Kuala Terengganu

4.21 petang, naik ke tingkat 5. 4.24 petang, ceck in untuk flight ke Kuala Terengganu.  4.46 petang, solat jamak takhir. Kemudian membiarkan masa  berlalu dalam menunggu. 7.07 malam, turun tangga domestik. 7.21 malam turun melalui pintu 6. Masuk aerobridge terus ke pesawat.



Dalam Flight


7.24 malam, mula bergerak. Kemudian disusuli tayangan video keselamatan. 7.29 malam, doa musafir dibacakan, untuk menghilangkan debaran. 7.34 malam, pesawat memecut di landasan. Lalu menyusuri lebuh raya angkasa.  Yang lebih luas dan terbuka.


Sisa Senja


7.51 malam, dari jendela Mas, kelihatan awan kelabu melakari ruang angkasa. Bagaikan terapung-apung. Begitu hampir. Di kejauhan cahaya samar kekuningan melatari hujung langit. Beransur-ansur mengakhiri sisa-sisa senja.

8.19 malam, mendarat di Sultan Mahmud Airport. Syukur Alhamdulillah, akhirnya selamat menjijak bumi Terengganu. Di sini ianya bermula maka di sinilah ianya berakhir. Tiba-tiba terasa rindu. Country road ke Pulau Bahagia bagaikan mengalu-alukan kepulangan. Bagaikan terasa lambaian Sri Teratai, baiti jannati.  Home sweet home.

Country roads,
take me home
To the place I belong




HARI KESEBELAS 17 DISEMBER 2016 (1)
Masjidil Al-Haram - Mira Mall - Abraj Al Bait
Shopping Centre - Pekan Bukra



Senja Di Perjalanan

4.03 pagi, terkejut dan terus bangun. Sempat ulangkaji surah Al Balad. 4.58 pagi, bersihkan diri. 5.21 pagi, baru melangkah ke Masjidil al-Haram bersama Ayahde. Pagi ini bulan kesiangan. Kelihatan lesu. Sayup-sayup di atas dataran.

Surah Al Balad, Ayat 17

Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.

Suhu 23ºC. Sejuk tetapi alah bisa tegal biasa. 5.27 pagi, masuk pintu 92 King Fahd. Naik eskalator, terus ke tingkat 3, paling atas. Langit terbentang luas. Bulan kesiangan masih lagi kelihatan. Sepi dan semakin pudar.

5.29 pagi, azan Subuh berkumandang. 5.48 pagi, diikuti qomat. 6.03 pagi, selesai solat Subuh. Walaupun bacaan agak panjang, tetapi terasa khusyuk. Penuh Syahdu.

6.06 pagi, bersesak-sesak turun melalui eskalator.  Sesak hingga ke pintu 92. Kadang-kadang saling memintas dan saling bertembung. Tiba-tiba seorang wanita tergolek di dataran. Meraung kesakitan. Mungkin itu pun perkara biasa.

6.17 pagi, sampai di lobi hotel. Terus naik lif. Masuk ke dalam bilik 1006. Berehat. Kadang-kadang terasa mencatat perkara yang sama. Berulang. Sebenarnya inilah life in Makkah al-Mukarramah. Everything is on schedule. Walaupun kadang-kadang terpaksa mengejar masa.

Terpaksa menyesuaikan diri dengan masa, cuaca, aturcara dan fenomena. Jika tidak, perbezaan kadang-kadang menjadi kecelaruan pada minda. dan tekanan pada perasaan.


Jalan King Abdul Aziz

Street Shopping

7.55 pagi, menunggu di lobi. Riuh-rendah di depan hotel. Tawaran penjaja jalanan tanpa lesen begitu menggoda. Bagai menahan lukah di pergentingan. Mencari kesempatan dalam kesempitan. Malangnya, ramai yang terpedaya dengan jualan lelong.


"Melontar Riyal"

Menyusuri Jalan

Langkah Pulang

7.59 pagi, menemani Umi, Antiya dan Kakcik “melontar riyal” di Jalan King Abdul Aziz. 8.06 pagi, di hadapan hotel Anwar Al Deafah “tersumbat lemak”. Sesak dengan penjaja-penjaja dan para jemaah. Disulitkan lagi dengan kenderaan. Bas dan teksi berganti tempat.


Mencari Idaman

Tawar-Menawar

Keputusan Riyal

8.11 pagi, masuk Mira Mall. Membeli buah-buahan kering: kurma, kacang, apricot, gajus dan kismis. Ole-ole untuk tetamu di kampung. 8.27 pagi, balik semula ke hotel. 8.29 pagi, berehat dalam bilik.


 Dalam Keramaian

Celah-Mencelah

10.00 pagi, turun dengan Kakcik. Beli strepsil di kedai farmasi di sebelah hotel Al Maqam. 10.10 pagi, balik semula ke bilik. 10.24 pagi, Famili Adis turun lebih awal ke dewan makan. Akan tetapi lunch tak disediakan lagi, kerana tidak dimaklumkan.


Dataran Masjid

Putih Terhampar

Kenangan Abadi

11.36 pagi, turun ke dataran. Kelihatan merpati berterbangan. 11.40 pagi, masuk Abraj Al Bait Shopping Centre. Naik eskalator ke tingkat 2. 11.51 pagi, lunch bersama Ayahde di restoran Taste Palace.


Sudut Terakhir

Doa Wada

Senyum Selamat Tinggal

12.14 pagi, masuk pintu 92. Naik eskalator ke tingkat 1. Duduk di saf yang nampak Ka’bah. 12.18 pagi, azan Zohor. 12.32 pagi, qomat, dan dikuti solat Zohor. Solat Zohor terakhir.


Laluan Tawaf

Selepas Tawaf

12.52 pagi, turun dengan eskalator. Ambil wuduk semula. Kemudian tunggu  Famili Adis yang lain. 1.07 pagi, bersama-sama turun tangga King Abdul Aziz. 1.10 pagi, mula Tawaf Wada di Rukun Hajarul Aswad. Tawaf “selamat tinggal’.

Hadis Riwayat Muslim

Janganlah seseorang di antara kamu pulang melainkan akhir yang dilakukannya adalah Tawaf di Baitullah.

Tak sedar berpisah dalam kesesakan. ARAM Dd dan Umi teruskan 7 pusingan. 1.55 pagi, selesai Tawaf Wada. Lebih kurang 45 minit. Seterusnya solat sunat Tawaf Wada dan berdoa. Umi teresak-esak, kesesedihan. Lambaian terakhir, benar-benar menyayukan.

2.04 petang, tunggu di atas tangga. Hanya Antiya dan Cikde yang selesai. Ayahde terpaksa membuat 7 pusingan sekali lagi. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menguji hambanya. Hakikatnya ada rahmat di sebalik ujian.

Al Baqarah, ayat 156

Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Innaa lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.”


 Pinggir Dataran

Pintu Dataran Ka'bah

Kenagan Abadi

2.23 petang, keluar melalui pintu 90. Terus bersesak-sesak dan celah-mencelah di dataran. Demikian meninggalkan jejak-jejak terakhir di Makkah al-Mukarramah.

2.47 petang, naik bas 2746NDA. Ayahde dan Cikde terakhir sekali naik bas. 3.11 petang, diiringi dengan Doa Musafir. Terasa sayu. 3.17 petang, masuk terowong. Melintasi Elaf Bakfan.

3.25 petang, matahari mula condong. Sayup-sayup di puncak bukit. Cahayanya agak suram. 3.29 petang, kelihatan bangunan seolah menerjah keluar daripada bukit batu.


3.31 petang, cahaya matahari semakin pudar. Di kiri kanan, dataran gersang terbentang luas. Sayup-sayup hingga ke kaki bukit. 3.46 petang bas melepas gerbang al Quran. Tandanya para jemaah sudah keluar dari Tanah Haram.


Masjid Bukra

Laman Masjid

Bererti para jemaah sudah bebas daripada pantang larang Tawaf Wada. 3.51 petang, bas berhenti di pekan kecil Bukra. Terasa tenang dan damai. Para jemaah kemudiannya turun untuk solat Asar di masjid.

4.20 petang, meneruskan perjalanan. Matahari semakin condong. Sayu-sayup terapung dalam kesamaran di atas dataran gersang. Dataran yang dipinggiri bukit-bukau yang kelihatan berbalam-balam.




Powered by Blogger.