Qalam Perjalanan


29 JULAI 2016 DUNGUN








11.40 pagi, bertolak dari teratak Seri Teratai. Berhenti di simpang Kg. Peradong untuk khidmat pelanggan. 10.47 pagi, masuk kawasan PKR Batu Hampar untuk menyerahkan 2 botol spray kepada pelanggan. 11.55 pagi, isi RM53.00 minyak di Caltex Batu Hampar.




Perjalanan agak tenang dan selesa. Pagi Sabtu kenderaan agak kurang, jadi tidak terlalu tension dan stress. Terasa damai, apabila melihat keindahan  kampung tradisi. Walaupun rumah-rumah dibina tanpa pelan, tetapi  itulah struktur binaan tradisi warisan


Laluan yang biasa sememangnya memberi keselesaan. Tetapi kadang-kadang keselesaan itu membuatkan kita alpa. Kebiasaan dan keselesaan adalah hidden trap. Kebiasaan boleh menghilangkan  perhatian dan keselesaan boleh menghilangkan tumpuan




 
 Lebuh Raya Pabntai Timur



12.04 tengah hari, masuk susur lebuh raya. 12.07 tengah hari, sampai di plaza tol Telemong. Seterusnya perjalanan melalui ladang kelapa sawit. Kehijauan yang menyegarkan dan menyejukkan mata memandang. 12.30 tengah hari, memasuki kawasan angin lintang. 12.34 tengah hari, melintasi hentian sebelah Bukit Besi. 12.40 tengah hari, sekali lagi melalui kawasan angin lintang.




 
On The Way To Dungun



12.44 tengah hari, susur keluar  ke Kuala Dungun. 12.45 tengah hari, touch n go di Plaza Tol Dungun, dengan bayaran  RM9.40.  12.48 tengah hari, sampai di simpang Serdang. Seterusnya 12.55, memasuki simpang Dungun. Tercetus nostalgia ‘mee curry” apabila melintasi gerai di kiri jalan yang agak mendaki  ke bandar Dungun. Teringat, setiap kali pulang dari menghantar kakak dan kakcik di SM Sains Dungun lewat  1990an, sudah pasti singgah di gerai mee curry.





 
Hospital Dungun

 
Solat Jumaat Di Masjid Pak Sabah


12.56 tengah hari, turn right di trafik light, dan terus ke kawasan Hospital Dungun. Menziarahi Tok Ayah di wad ICU. 1.26 petang, ke masjid Pak Sabah untuk solat Jumaat. Mengambil sedikit iktibar dari  petikan khutbah, “keredaan itu pintu kebahgiaan.” Lepas solat 1.09 petang, terus ke rumah Haji Din, abah Khuzli. Lunch hari ini disertai my favourite, sambal buah bacang ditumbuk separuh lumat.





 
Rumah Besan Haji Din
 
 
2.50 petang, meneruskan perjalanan. 3.01 petang, melewati kolej Vocational dan Politeknik Tengku Mizan. 3.11 petang, masuk laluan Paka. 3.24 petang, sampai di kertih. 3.28 petang, melewati kompleks Petronas. 3.37 petang, baru sampai penghujung destinasi, iaitu Mesra Mall. Faiz terus pergi ke pawagam untuk tayangan ‘The Shallow’, tiket telah ditempah melalui internet.




 
The Shallows



Mesra Mall

 
3.56 petang, tunggu umi solat jamak asyar. 4.15 petang, masuk TMC Gedung Serbaneka untuk membeli bahan-bahan dapur, roti dan coklat. 5.20 petang, tunggu Faiz di food court. Order 2 nasi ayam dan nasi papret untuk Faiz. 5.44 petang, bertolak pulang dari Mesra Mall. Masuk simpang kiri untuk ke lebuh raya.


 
Mesra Mall


 
Jaln Kampung Ke Lebuh Raya


Melalui jalan kampung, yang agak lengang tetapi   banyak simpang dan berliku-liku. Berpadukan waze, akhirnya jam 6.00 petang, sampai di Plaza Tol Kertih. 6.11 petang, melintasi kawasan rehat Paka. 6.18 melalui kawasan berkabus. 5.22 petang, perjalanan agak terganggu kerana berlaku kemalangan. Sebuah kereta telah terbabas dari  laluan. Sesungguhnya yang bermula kita hanya bersedia tetapi yang berakhir kita serah kepada takdir.




 
Add caption



5.26 petang, melintasi R&R Bukit Besi 6.34 petang, hujan turun, pandangan agak terbatas sedikit. Bukit-bukau di kiri kanan jalan nampak berbalam-balam dalam hujan. Percikan air  dari kereta di hadapan, bagaikan kabus, mengurangkan sedikit penglihatan. 6.37 petang, barulah hujan berhenti.





 
Add caption


6.42 petang melintasi exit 855 Ajil. 6.51 petang, sampai di plaza tol Telemong, bayar RM13.00 untuk Touch n Go. 6.52 petang, tamat laluan lebuh raya. 6.55 petang, memasuki susur keluar ke Kuala Telemomg. 6.57 petang, melintasi Kg. Kubang Palas. 6.57 petang, Kg Pulau Manis. 6.59 petang, Kg. Batu Hampar. 7.01 malam, PKR Batu Hampar. 7.02 malam, Kg. Peradong. Malam kian berlabuh.





7.03 malam, akhirnya masuk Kg. Pulau Bahagia, selepas melalui jembatan kecil DID. 7.04 malam, selamat sampai di teratak Seri Teratai. Syukur, Alhamdulillah. Perjalanan selama 8 jam  4 minit, telah meluaskan pandangan dan mendalamkan pengertian. Lebih-lebih lagi keindahan senja di kaki bukit dan di hujung lebuh raya bukan shaja menyentuh perasaan, tetapi memberikan keinsafan di hati.








HARI KE 5, 24 JULAI 2016




8.24 pagi, turun dari hotel.  Di Lobby terdapat ramai orang, seolah-olah bersedia untuk melancarkan program kembara. Sebelum ke Alamanda Shopping Centre, sempat bergambar di perkarangan hotel. Di laman depan hotel terdapat bentuk-bentuk abstrak, yang mempunyai mesej tersendri.




 
A Sign Of Welcome



Satu figura sedang memegang bunga sambil berlutut. Mungkin a sign of welcome. Begitu juga figura seekor ikan, cuba melepaskan diri daripada  figura seorang pengail. Mungkin  a sign of survival.  Terpulanglah kepada pelanggan untuk memberi intrerpretasi. Walau bagaimanapun ciri-ciri kelainan sebegini, kadang-kadang memberi  keunikan  kepada hotel.




 
Menyusuri Laluan Ke Alamanda



Lepas itu kami menyusuri laluan ke Alamanda Mall. Laluan yang agak unik, terdapat semacam musical instruments di laluan yag menurun. 8.51 pagi, sampai di pintu masuk utama, Plaza Entrance A. Lamannya dihiasai dengan landskap yang agak menarik. Terdapat kolam yang menyerikan lagi keindahan. 



Waktu ini pelanggan tidak begitu ramai, jadi agak selesa dan tenang. Bolehlah shopping sambil bersantai. Hanya bunyi muzik dari kedai-kedai  menyambut kedatangan kami. 9.13 pagi, naik ke tingkat atas untuk breakfast.



 
Medan Selera Alamanda



9.14 pagi, singgah di warung Bento & Ramen. Sahaja nak cuba ramen, noodle kegemaran Naruto. Umi, Kakcik dan Faiz mencari selera masing-masing. Kakcik dengan roti canai, Umi mee goring dan Faiz macam mee rebus tetapi ala Korean. Boleh tahan juga makanan di sini. Sebenarnya tiada kelainan tentang  ramen.  Lebih kurang, rasanya macam mee rebus.


 
Known For His Love Of Ramen


Sempat juga ambil keratan dari kisah Naruto. Little Naruto Uzumaki was known for his love of Ramen, although it’s rarely mentioned now, it’s still probably his most loved Japanese dish! Little Naruto loved the sound, smell, and sight of a good dish of Ramen from the local Ramen Ichiraku,





Sebut sahaja Naruto, Faiz adalah peminatnya. 9.42 pagi,  terasa kenyang. kenyang "gendang gendut tali kecapi".  Barulah seronok untuk bershopping. Umi dan Kakcik shopping sakan, dari kedai ke kedai. Kadang-kadang susah nak mencari yang “berkenan di mata terpaut di hati”. Berjam-jam memilih, last-last tak jadi.


 
Pilihan Di Tangan Pelanggan



Walaupun Uni Qlo menawarkan pelbagai fesyen pakaian mengikut trend terkini, tetapi belum tentu menjadi pilihan. Customer adalah raja. Pilihan di tangan customer, dan customer is always right. Malah customer adalah pengiklan yang terbaik. A satisfied customer is a good advertisement.





Saperti kata Philip Kotler, seorang professor international marketing,The best advertising is done by satisfied customers.” If you are looking for great advertisement for your product or brand, no need to look further. See how your customers are doing. See if they are satisfied with what you offer. If they’re not then go and improve things.




 
Shopping Terakhir Di Aeon



10.13 pagi, shopping terakhir di Aeon Big. Sementara menunggu Umi dan Kakcik,  bergambar di East  Exit. Laluan rumpun buluh yang begitu menarik, bagaikan merai kedatangan pelanggan-pelanggan. Suasana di sini agak tenang. Tidak ramai pelanggan yang datang. Mungkin lokasi Alamanda terpencil daripada taman-taman perumahan.




 
Lalauan Rumpun Biluh



Sebelum meninggalkan Alamanda sempat juga bergambar di pekarangan luar Alamanda. Berlatarbelakangkan bangunan Putera Jaya di kejauhan. Lepas itu menyusuri semula laluan ke Hotel The Everly. Saperti biasa di lobby beberapa orang sedang menunggu untuk check in dan check out.



11.46 pagi, berkemas-kemas. Selepas final check, barulah turun ke lobby. 12.08 tengah hari, check out. 2.16 tengah hari, sayonara The Everly Hotel. Kereta Honda City TBH669 keluar dari basement membawa coretan pengalaman.




 
KeTerowong Lebuh Raya



1.35 petang, sampai di Plaza Tol Karak.  Menandakan bermulanya Lebuh Raya Pantai Timur.  Laluan terbuka, bagaikan menjurus jauh ke kaki langit. Seolah-olah meraikan kepulangan perantau. Walaupun laluan yang sama, tetapi berbeza arah. Dan sudah tentu berbeza sudut pandangan.




Lunch Di R&R Temerluh Barat




3.41 petang, singgah untuk lunch di R&R Temerloh Barat. Kemudian solat jamak zohor.  Tak ada bezanya catatan pulang dengan  catatan datang. Hanya suasana dan penomena  yang berbeza. Kali ini kami sempat melihat senja “berarak” di lebuh raya. Perubahan warna senja di hujung lebuh raya begitu mempersonakan dan mengasyikkan.



 
Melukis Warna-Warna Senja



 
Mengakhiri Pulangnya Siang


Cahaya matahari yang agak pudar sempat melukiskan warna-warna senja. Bagaikan sebuah lukisan alam yang berubah warna secara perlahan-lahan. Ton warnanya berubah serentak mengikut kejauhan. Alangkah indahnya dan syahdunya senja, bagaikan meratapi pulangnya siang dan meraikan datangnya malam.



HARI KE 4, 23 JULAI 2016


6.43 pagi, solat Subuh. Ulangkaji surah Al-Balad, ayat 4. “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah”. Ada yang mengatakan susah payah itu rintangan, dan ada yang menganggapnnya sebagai cabaran. Walau apa pun, susah payah itu adalah nilai untuk sebuah kehidupan. 




Mereda-Redah Ke Hulu


Hanya dengan susah payah barulah kita dapat  menghargai kehidupan ini. Saperti kata orang tua-tua, rasailah yang susah sebelum menikmati yang senang.


Meredah-redah ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersusah-susah dahulu
Bersenang-senang kemudian







8.19 pagi, pergi ke pasar Kajang dengan kereta Acid. Agak lama juga tak pergi ke pasar kajang. Nampaknya banyak bangunan tambahan sedang dibina. Perubahan ini memberi persepsi baru. Namun keriuhan pasar saperti biasa. Malah keriuhan dan keramaian semacam trade mark untuk pasar. 



Pasar Kajang

 

Kadang-kadang seronok melihat gelagat pembeli dan penjual. Masing-masing mempunyai strategi. Penjual dengan senyuman dan pujuk rayu cuba memikat pelanggan, manakala pelanggan  dengan purchasing power cuba membuat tawaran sehabis rendah.  Win-win situation sukar berlaku, kerana ada pihak yang akan mengalah. Ini yang dikatakan tug of war dalam business. Yang bijak menghulur dan menarik akan menang.


Warung Mat Din

 
Selepas membeli keperluan dapur, kami tinggalkan pasar Kajang dengan hiruk-pikuknya. Umi hanya  membeli 2 kilo ikan bilis. Di luar pasar penjaja-penjaja melambai-lambai  kepada pelanggan yang lalu lalang.  8.32 pagi, barulah bertolak untuk pulang. 8.54 pagi, singgah  di warung Mat Din untuk breakfast.  Boleh tahan juga selera  kampung.



Kajang Ke Shah Alam


10.55 pagi, goodbye Seri Jenaris. 11.04 pagi, masuk susur ke Persiaran Saujana Impian. 11.10 pagi, sampai di Plaza Tol Batu 11. 11.25 pagi, masuk Pantai Dalam. 11.29 pagi, melalui PJS 2. 11.30 pagi, tersesat jalan. Berpandukan waze, sampai di Plaza Tol Subang pada jam 11.40 pagi. 11.45 pagi, Plaza tol Shah Alam. 11.57 pagi, masuk Persiaran Mukhtar Dahari. 12.03 tengah hari, melalui Seksyen U10 Alam Budiman.



Matahari memancar

UITM Puncak Alam


12.10 tengah hari, masuk UITM Puncak Alam. 12.15 tengah hari, parking berhampiran bangunan FSK234. Menunggu Kakcik. 12.23 tengah hari, keluar dari UITM Puncak Alam. 12.34 tengah hari, ikut jalan belakang Alam Suria, tetapi jalan ditutup. 12.41 tengah hari,sampai di rumah sewa Kakcik N0. 38, Alam Suria. Kakcik bergegas masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang keperluan.



Laman Seri Business Park



12.45 tengah hari, bertolak lagi. 1.19 petang, mengisi minyak di stesyen petronas di Puncak Alam. 1.36 petang, melalui bandar Coalfield. 2.14 petang, baru sampai ke Laman Seri, Business Park, Persiaran Sukan. Restoran-restoran di Laman Seri menawarkan cuisines yang menyelerakan. Malah setiap keunikan restoran mempunyai sentuhan deria yang meliurkan.



Tepuk Dada Tanya Selera


Antaranya Gangnam Station, Mr Steakhouse, Laman Grill, Warung Lebai Dollah, Coffee Planet, Q Thai Shah Alam, Nasi Arab Ta'ef dan Tutti Fruitti. Banyak pilihan, so tepuk dada tanya selera.


 
Lidah Yang Merasa


Akhirnya kami memilih untuk lunch di Station Gangnam. Mengikut kata Kakciksentuhan koreanya special. Walau bagaimanapun, It is really a different taste.  Mata yang terpesona tetapi lidah yang merasa. Rasanya tak berbaloi dengan bayaran RM188.45. Mungkin lidah tak sesuai dengan Korean dish






2.17 petang, sampai di The Everly Hotel. Rupa-rupanya pernah menginap di hotel ini. 2.21 petang, parking di basement hotel. Lepas tu naik ke lobby hotel untuk check in. 2.32 petang, masuk bilik untuk berehat sebentar. Lepas mandi solat  jamak zohor.




Hotel ini terletak di Presint 1, The Everly Putrajaya Hotel berhampiran  dengan Alamanda Shopping Centre. hotel ini diuruskan oleh The Everly Group. Mempunyai 380 bilik tetamu, 1000 kerusi dewan bankuet, lapan bilik mesyuarat, coffee-house, ruang kafe dan kolam renang 





3.37 petang, keluar semula untuk ke IOI City Mall. Saperti biasa, window shopping. Kalau berkenan di mata  terpaut di hati, barulah beli. Kadang-kadang  pasar raya menjadi tempat berpeleseran dan melepak. Tempat untuk membisik kata hati dan memenuhi janji. Tidak hairanlah, majoritinya terdiri daripada anak-anak muda.
Powered by Blogger.