HARI KE 4 : 8 DISEMBER 2015 (2C)
Muzium Mevlana - Stone Concept Hotel
Pengikut Maulawi |
Malam Penyatuan |
Putaran Sufi |
Seperti gelombang di atas putaran kepalaku,
maka dalam tarian suci Kau dan aku pun berputar
Menarilah, Oh Pujaan Hati,
jadilah lingkaran putaran
Terbakarlah dalam nyala api
bukan dalam nyala lilin-Nya
Rumi
maka dalam tarian suci Kau dan aku pun berputar
Menarilah, Oh Pujaan Hati,
jadilah lingkaran putaran
Terbakarlah dalam nyala api
bukan dalam nyala lilin-Nya
Rumi
Kelukaan |
Lights The World |
Bukan sahaja tarian Sema diadakan untuk mengingatnya. karya-karya puisinya didiskusikan dan ungkapan-ungkapan falsafahnya ditulis semula dalam tulisan serta bentuk yang menarik. Beberapa cenderamata juga dihasilkan untuk mengingatinya.
Karya terulung Jalaluddin Rumi ialah "Masnavi". Menjadikannya penyair yang paling popular di Amerika. Masnavi. Terdiri daripada cerita pengajaran sufi dengan tafsiran mistik yang mendalam. Ia mengandungi beribu-ribu syair berima dan merupakan perbendaharaan mistik agama yang berkualiti paling luhur. Dicitak dalam pelbagai bahasa iaitu Persia, Arab, Turki dan Yunani.
Di sini juga tertubuhnya Dar-al-Masnavi. kegiatan Institut Pengajian Masnavi Amerika dalam Internet. Ia adalah satu-satunya aktiviti Institut. Institut ini merupakan ahli gabungan Mevlana Yayasan Antarabangsa Hazrat-i, di Istanbul. Mengkaji karya besar Jalaluddin Rumi berkenaan sufi Islam.
Stone-Concept |
5.45 petang, akhirnya terpaksa meninggalkan Muzium Mevlana. Dan meneruskan perjalanan. 6.15 petang, di luar jendela suasana makin gelap. Deretan neon berkedipan-kedipan di kejauhan. Perjalanan makin lesu, kereta pun jarang-jarang kelihatan. 8.49 malam, baru sampai di Stone-Concept Hotel.
Hotel Gua |
Tema Warna |
Kedatangan kami disambut dengan permaidani merah. Terbentang dari laman hingga ke lobi. Terasa benar diraikan. Mungkin ini tradisi Stone-Concept Hotel. Percaya pada ungkapan "Customer is a king". So, we are really the guest of honour. Malah yang mengkagumkan ialah keunikan arkitektur hotel ini. Diindahkan pula dengan persekitaran yang begitu menarik.
Hijau Muda |
Hotel ini dibina di sebuah bangunan bersejarah, dengan seni bina tradisionalCappadocia, Hotel 3 bintang ini, mempunyai hiasan yang mengikut konsepnya. iaitu reka bentuk ala gua, yang unik dan menarik.
Hijau Rimbunan |
Sambutan Karpet |
Imaginasi Purba |
Melangkah sahaja ke dalam bilik, masing-masing teruja kerana suasana yang begitu unik, seolah-olah dalam gua. Dindingnya daripada batu, dan silingnya pula melengkung. Bagaikan imaginasi, terasa diri melangkah ke dalam gua purba. Demikian terasanya sentuhan stone age, hinggakan bathroom
menggunakan sink batu.
Sehijau Rimba |
Sehening Danau |
Lebih-lebih lagi dihias mengikut tema warna alam sermulajadi: merah, hijau dan biru. Semacam satu keriuhan, apabila saling mengintai bilik dan saling menghantar whatsApp untuk menunjuk warna bilik masing-masing.
Aroma Cappadocia |
Kedudukannya di kawasan pinggir bandar menjadikan hotel ini agak tenang. Dikelilingi panorama Cappadocia, yang terkenal dengan lembah 'fairy chimney', formasi batu-batu unik dan gua-gua batu. Waktu pagi, mungkin berkesempatan melihat di kejauhan, belon-belon udara panas teraoung-apung di udara.
Kelainan ini benar-benar mencetuskan rasa kagum dan seronok. Bagaikan tidak terasa keletihan, walaupun seharian dalam perjalanan yang panjang. Sesungguhnya Bilik gua 125 yang berwarna kehijauan pucuk pisang akan kekal tersimpan dalam lipatan memori.
Jalal ad-Din Muhammad Rumi |
KERANA CINTA
Kerana cinta duri menjadi mawar
kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta api yang berkobar-kobar
Jadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras
menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit jadi sihat
Kerana cinta amarah berubah
menjadi keramah-ramahan
Post a Comment