HARI KEDUA: 12 OGOS 2017 (2)
Layaran Chalet – Kg. Batu Tumbuh
- Mr Celup Tepung Station – Teratak Sri Teratai
Nikmatnya |
Menjamu Selera |
Pagi ini breakfast di anjung tinjau. Lepas breakfast "anak-anak duyung" turun semula ke dalam kolam. Kali ini bersama Ayahsu. Berenang-renang, sambil bekejar-kejaran. Kocakan air dalam kolam bagaikan tingkah-meningkah dengan jeritan keriangan. Kemudian keluar dari kolam. Masing-masing menggigil-gigil. Kesejukan.
Keriangan
Pola-Pola Abstrk |
3 Anak Duyung |
Bersama Ayahsu |
10.27 pagi, "anak-anak duyung" turun semula ke kolam. Matahari hampir sepenggalah tinggi. Sinarannya menembusi permukaan, hingga ke dasar kolam. Bayang-bayang cahayanya membentuk pola-pola abstrak di dasar kolam, yang berubah-ubah. Begitu seni dan indah. Mempersonakan.
10.57 pagi, Datuk dan Ayahsu keluar dari kolm. Ayla, Ayra dan Aqeef masih di dalam kolam. Tak puas lagi berendam. 11.28 pagi, barulah cucu keluar dari kolam. Badan msing-masing sudah berbelang. Kulit menjadi hitam kerana klorin terdedah pada matahari.
12.03 tengah hari, akhirnya bertolak. Meninggalkan Layaran Chalet. Adieu. Lalu menyusuri jalan pantai.12.07 tengah hari, turun mencari ikan segar. Malangnya tak naik lagi ke darat. 12.16 tengah hari, singgah di PKT super market. Ibu dan nenek masuk PKT super market.
12.17 tengah hari, masuk fabulous car wash. Mencuci kereta melalui semburan air. Kemudian cuci tayar. Seterusnya semburan air sabun. Mencuci cermin dan kereta.12.24 tengah hari, baru masuk bahagian mengelap dan mengering. 12.27 tengah hari, keluar. Dua orang pekerja Bangla mengelap sisa-sia air.
12.30 tengah hari, baru keluar dari premis car wash. Masuk semula premis PKT. Ambil Nenek dan Ibu. 12.45 tengah hari, baru bertolak. Terus masuk simpang kanan. 12.48 tengah hari, masuk Kg. Alor Teratai. Seterusnya melintasi SMK(A) Nurul Itifak. 12.52 tengah hari, singgah di Pasar Borong, Kg Lampu. Sempat membeli pisang, durian belanda dan mata kucing.
12.59 tengah hari, masuk bulatan. Kemudian naik jembatan Jertih. 1.01 tengah hari, melintasi beberapa kios. Kemudian masuk simpang kanan. 1.04 tengah hari, mengisi minyak Caltex "with techron", di Kg. Raja. 1.12 tengah hari, melintasi SMK Tengku Mahmud 2. 1.14 tengah hari, baru sampai destinasi di Kg. Batu tumbuh.
Menjadi tetamu. Dijamu dengan nasi minyak. Lepas itu berbual-bual dengan keluarga Rosma. 2.16 petang, baru bertolak. 2.21 petang, masuk Kg. Gong Bayor. 2.26 petang, melintasi SK Tembila. 2.29 petang, berhenti di gerai buah di Kg. Pengkalan Kubur. Membeli nenas madu dan keledek merah.
2.39 petang, melintasi SK Beteng Lintah. Ayra tertidur. 2.46 petang, SK Setiu. Aqeef pula tidur. Ayla masih lagi aktif. 2.56 petang, melintasi SK Saujana. 2.59 petang, masuk bulatan ke kiri. Seterusnya mengikuti jalan sepanjang pantai. Lebih tenang dan damai. Lautan luas terbentang, dipinggiri pohon-pohon ru. Bagaikan mengalu-ngalukan "kembara jalanan".
305 petang, singgah di warung Mr Celup Tepung Station, di tepi pantai Kg. Penarik. Dengan iklannya yang menggoda: "udang 45 ekor RM10". Lalu memesan udang dan ikan celup tepung. Terasa santai apabila menjamu ditepi pantai. Ayla dan Ayra sempat lagi bermain buai, bersama Ayahsu.
Stesen Celup Tepung |
Mr Celup Tepung |
Pesta Celup Tepung |
305 petang, singgah di warung Mr Celup Tepung Station, di tepi pantai Kg. Penarik. Dengan iklannya yang menggoda: "udang 45 ekor RM10". Lalu memesan udang dan ikan celup tepung. Terasa santai apabila menjamu ditepi pantai. Ayla dan Ayra sempat lagi bermain buai, bersama Ayahsu.
3.51 petang, baru bertolak. Terdapat beberapa warung udang celup tepung di sepanjang pantai. 3.55 petang, melalui Taman Seri Rhu dan Bari Beach Resort. 3.59 petang, melintasi Pandan Laut Resort. 3.67 petang, kelihatan warung Mr Cendol. Popular dengan ungkapan: "Minum Segelas Tambah Percuma".
4.06 petang, melalui Sg. Merang. 4.08 petang, berhenti di masjid Kg. Merang. 4.14 petang, solat takdim. 4.28 petang, bertolak. Sampai simpang 3 masuk ke kanan. 5.32 petang, melintasi Sutra Beach Resort. 434 petang, melintasi SM Lembah Bidong. Masuk sempadan Kuala Nerus. 4.36 petang melintasi Instep.
4.39 petang, melintasi SK Pagar Besi dan Kg. Mengabang Lekor. Kemudiannya Kg. Pengkalan Atap. Seterusnya masuk bulatan kecil di Kg. Batu Rakit. 4.43 petang, melintasi SK Batu Rakit. Tiga minit kemudian, masuk kanan di simpang 4. Melintasi Institiut Pendidikan Guru. Lalu singgah di kedai roti tempayan, tetapi malangnya masih belum buka lagi.
5.03 petang, melintasi SM Teknik Terengganu, SM Sain Sultan Mahmud dan Kolej Vokasional Terengganu. 5.09 petang, masuk bulatan Kg. Batu 6. Kemudian naik jembatan Sg. Nerus.
5.12 petang, singgah di gerai rojak ayam dan nasi ayam, di Banggol Tuan Muda. 5.34 petang, masuk simpang Manir. Melintasi SK Teluk Menara. 5.38 petang, SK Beladau Kolam. Seterusnya melintasi masjid Kg. Pulau Bahagia. 5.43 petang, akhirnya masuk perkarangan Sri Teratai. Alhamdulillah selamat sampai.
Post a Comment