HARI KE 5: 9 DISEMBER 2015
3.34 petang, kami meneruskan perjalanan.
Selepas mengalami debaran, dan cabaran
Kota Purba. Jalan yang dilalui masih lagi berliku-liku. Kami melepasi beberapa pekan kecil, dan rumah-rumah
kediaman. Sekali-sekala diselangi oleh
dataran-dataran gersang yang luas. Dipinggiri bukit-bukau yang kelihatan agak
kabur dalam remang-remang senja.
 |
Belaian Angin Dingin |
4.00 petang, kami berhenti rehat di Adn
Valley. Untuk merasai belaian angin dingin dari lembah. Dan juga untuk
menikmati tea epal, atau Turkish tea di restoran yang berhampiran. Panorama di
Lembah Adn begitu indah. Dan syahdu dalam warna-warna senja yang semakin
hening.
Terdapat tangga batu menuruni lembah kecil.
Satu dua gerai di lembah ini menawarkan souvenir untuk para pelancong. Dari
lembah kecil kami terus menaiki tangga kayu ke atas datataran tanah tinggi. Di
sini pandangannya amat jelas. Begitu indah, walaupun senja mula mengintai di
balik bukit.
Kelihatan di kejauhan formasi batu-batu unik,
dan gua-gua mistri di lereng-lereng curam. Bagaikan menghiasi lagi keindahan
lembah. Tompokan-tompokan salji
memutih menuruni cerun-cerun bukit. Menjadi hamparan permaidani salju di permukaan lembah. Lalu
menghidangkan pemandangan yang begitu menakjubkan.
Pohon-pohon renek, bagaikan "hidup segan
mati tak mahu". Hanya tinggal ranting-ranting. Seolah-olah jejari kecil
menggapai-gapai langit. Segala-galanya menghiasi keindahan lembah. Dengan udara
yang segar dan tiupan angin yang lembut, lalu tercipta keharmonian alam
yang begitu syahdu.
 |
Mencatat Memori Dalam Diary Kehidupan |
Masing-masing mencari penjuru-penjuru yang
menarik untuk merakam kehadiran. Hari
ini tercatat satu lagi memori dalam diari perjalanan. Benarlah kata orang-orang
tua, makin jauh perjalanan makin luas pandangan. Makin luas pandangan
makin dalam pengertian. Sesungguh kehidupan ini lebih bermakna jika dipenuhi
dengan pengertian.
4.13
petang, terpaksa meneruskan perjalanan
walaupun terasa sayu untuk meninggalkan Lembah Adn. Sesungguhnya, Adn Valley
akan sentiasa menjadi memori di sudut hati ini. Di luar, suasana mulai gelap.
Lampu-lampu neon berkedip-kedipan di kejauhan. Seakan berlari-lari dan
kejar-mengejar. Sekali-sekala terdengar suara dan ketawa "makcik-makcik" di hadapan.
4.54 petang, kami singgah di Cavusin Seramik.
Kami dibawa ke show room untuk mendengar taklimat tentang Turkish Ceramic.
Sejarah Seramik Turki begitu panjang dan kompleks. Diadun oleh pelbagai budaya
dan tradisi. Tidak hairanlah Seramic Turki dapat bertahan walaupun berabad-abad
lamanya.
Di sini terdapat beberapa bilik yang
mempamirkan pelbagai bentuk dan warna seramik. Sama ada pinggan atau tembikar.
Terdapat juga bilik di mana terdapat jubin-jubin yang berbagai corak dan
ukiran. Setiap bentuk dan corak mewakili zamannya. Yang menarik minat kami
ialah pinggan, dan jam seramik yang mengeluarkan cahaya kehijauan muda apabila
bilik digelapkan.
Kombinasi pelbagai warna begitu menarik, dan
mengkagumkan. Ianya jelas melambangkan keharmonian pelbagai budaya dan tradisi.
Yang mana tersiratnya motif dalam setiap
lakaran. Sama ada corak pohon dan bunga, atau bentuk-bentuk geomitri.
 |
Pelbagai Budaya Dan Tradisi |
Kami sempat melihat 2 orang pekerja wanitanya sedang melukis di
atas pinggan seramik. Masing-masing mengambil peluang untuk bergambar. Bagaikan tenggelam dalam keindahan warna-warni
ceramik. Akhirnya kami terpaksa meninggal Cavusin Ceramic.
Tidak diragukan seni seramik dan jubin Turki menduduki tempat
yang terkenal dalam sejarah seni Islam. Bagaikan sukar dipisahkan seni seramik
dengan kehidupan budaya orang-orang Turki.
 |
Melambangkan Keharmonian Budaya |
LEMBAH CAPPODACIA
Cappadocia yang bermaksud 'negara
rendah', mempunyai kerencaman bentuk
muka bumi akibat daripada hakisan air. Proses
yang beribu-ribu tahun dahulu ke atas dataran tufa, iaitu abu letusan gunung berapi, telah membentuk lembah-lembah yang unik
dan mengkagumkan Dengan sejarahnya yang kompleks dan bentuk muka buminya yang unik, lembah-lembah ini menjadikan
muzium terbuka untuk dilawati oleh pelancung-pelancung.
 |
Muzium Terbuka |
Setiap lembah mempunyai keunikan dan
kelainannya tersendiri. Malah nama
setiap lembah ini ada kaitan dengan sejarah dan bentuk muka buminya. Umpamanya
Monk Valley yang mana satu ketika dahulu gua-guanya menjadi tempat pertapaan dan perlindungan
rahib-rahib. Pigeon Valley dinamai kerana dari abad silam lagi beribu-ribu
burung merpati telah membuat sarang di lubang-lubang cerun bukit.
Lembah yang belbagai warna pula dinamakan
Rose Valley. Lembah-lembah yang lain
umpamanya Love Valley melambangkan ‘kelakian’. Red Valley, White Valley dan
Pink Valley pula kerana dominasi warnanya. Ada juga nama lembah mengikut nama
bandarnya saperti Zelve Valley.
 |
Cabaran Di Lembah Cappadocia |
Setiap lembah ini dihubungi
oleh denai-denai untuk memudahkan pengembaraan dan pendakian. Sama ada dengan
berjalan kaki, mountain bike, motorsikal, quad-bike atau menunggang kuda. Boleh juga kembara
dengan menaiki belon udara panas.
 |
Keunikan Lembah Cappadocia |
Mana-mana hitch-hiker yang meminati cabaran
ini, bolehlah menginap di hotel-hotel
yang terdapat di bandar-bandar saperti
Avanos, Goreme, keyseri dan Uchiser. Lebih 400 hotel di lembah
Cappadocia sedia menunggu dan sedia melayani
kedatangan pelancung-pelancung.
 |
Lembah Cappadocia |
SERAMIK TURKI
Turki mempunyai sejarah seramik sejak
beribu-ribu tahun dahulu. Dari ukiran primitif prasejarah hingga ke perhiasan dan pinggan mangkuk serta jubin
yang dilukis dengan tangan yang penuh dengan hiasan daripada Iznik.
 |
Turkish Masterpiece
|
Oleh kerana sejarah yang kaya dengan tradisi
seramik, Turki boleh dikatakan sebagai 'tanah seramik'. Tradisi-tradisi ini
telah diwarnai oleh tamadun-tamadun yang berbeza, yang telah berkembang di
rantau Anatolia. Selain sejarah budayanya, geografi juga telah memainkan
peranan yang penting. Banyaknya sumber asli di Anatolia, menjadikan produk
seramiknya berkualiti tinggi.
 |
Warna-Warni Pelbagai Tradisi |
Dari orang Het, orang Rom dan Byzantine,
hinggalah kepada Seljuk dan Uthmaniyah, seramik adalah aspek yang penting dalam
kehidupan seharian. Kepelbagaian fungsi seramik menunjukkan teknik dan reka
bentuknya kian berkembang. Bukan sahaja
dari segi fungsi tetapi kecantikan hiasannya.
Penggalian baru-baru ini di tempat pembakaran
tembikar di Iznik, jelas menunjukkan
seramik Uthmaniyah mempunyai latar belakang Seljuk. Penyelidikan terkini
dan analisis, telah mendedahkan iaitu tampalan seramik putih terdiri daripada
bahan yang sama seperti porselin lembut digunakan dalam zaman Uthmaniyah.
 |
Harmoni Dalam Kehidupan |
Pada mulanya, biru dan putih adalah warna
yang wujud dalam pasu dan jubin dinding. Selain itu, motif tumbuhan yang
menghiasi kaligrafi dan corak geometri,
adalah merupakan kesinambungan tradisi Seljuk. Warna-warna seperti biru, kobalt
biru, ungu, kuning, hitam, dan hijau
adalah sebagai identiti sejarah. Sepuhan juga telah digunakan. Jubin-jubin ini
ditemuii di Masjid Bursa Hijau (1419-1420),
Makam (1421-1422), Masjid Murad II (Edirne, 1436), yang berjubin Kiosk
(Istanbul), dan Makam Prince Mehmed (Istanbul 1548).
Pada abad ke-12 apabila Seljuk Turks
menggunakan jubin untuk menghiasi bangunan-bangunan, motif geometri menjadi
ciri yang utama manakala biru dan hijau kebiru-biruan adalah warna dominan.
Walau bagaimanapun, antara abad ke 15 dan ke 17, iaitu zaman Uthmaniyyah warna
menjadi lebih jelas, reka bentuk lebih kompleks dan seimbang. Selain biru
terdapat warna hijau, ungu dan merah.
Jubin merah yang masih kekal menghiasi
dinding mihrab Masjid Süleymaniye
menandakan kehebatan jubin dan seramik Uthmaniyah. Malah semasa era
Uthmaniyah, jubin Iznik dan tembikar telah dieksport ke negara-negara lain.
Di zaman itu seramik digunakan dalam seni
bina untuk mengisi ruang tiga dimensi dan juga untuk kegunaan harian sebagai
hiasan. Malah seramik sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan orang-orang
Turki, walaupun zaman semakin berubah.
Yang membuatkan seramik Uthmaniyah begitu
tinggi nilainya adalah kerana
kekuatannya yang mampu mencabar abad. Warna-warnanya yang dinamik, yang tak luntur dek zaman dan yang
melambangkan keharmonian. Begitu juga keunikan motifnya dilambang dengan bunga
teratai, pohon-pohon dan bunga-bungaan
yang membawa pengertian yang mendalam dan bermakna.
Baby Ameera
Let the shoot
get the weather
and let the root
get the water.
The ‘shoot’
will make the future
and the ‘root’
will make the culture.
Masa kini
itu janji
dan masa depan
itu harapan
ARAM
(Abdul Rashid Abdul Majid)
Post a Comment