Qalam Perjalanan

HARI KETIGA : 5 APRIL 2019 (2)
Stesen Gulmarg – Stesen Kongdoori - Restoran Sahara
(Mata Kian Terleka Jiwa Kian Tergoda)


Laluan Sledge

10.15 pagi, naik sledge. Terasa sedikit berdebar apabila ditarik oleh pemuda Kashmiri ke lembah salji. Namun awal-awal lagi sudah terganggu tumpuan. Seorang helper sibuk hendak membantu. Kemudian meminta tip atas khidmat yang tak seberapa. Akhirnya helper mengalah apabila buat-buat tak peduli. Nothing concerning.


Rentasi Salji
Bagai Mimpi

Lalu membiarkan sledge ditarik merentasi lembah salji, sejauh 3 km. Kelihatan salji bagaikan hamparan permaidani, memutih di seluruh lembah. Lalu menguasai penglihatan. Demikian, perlahan-lahan Aura salji menyerap ke seluruh badan. Terasa dingin. Namun keriangan mengatasi kesejukan.


 Keseronokan
Zaman 50an

Aroma segar terus menyelubungi lapangan sledge. Diiringi semangat berlumba-lumba antara penarik-penarik sledge. Bagaikan pesta menarik upih di zaman kanak-kanak 50an. 10.43 pagi, akhirnya jeritan-jeritan keseronokan surut di tempat penamat sledge. Kemudian masing-masing bergerak ke laluan gondola selepas memberi tip.


Atasi Cabaran
Harungi Bersama
Penamat Sledge

Barangkali tip sudah menjadi budaya dalam kehidupan Kashmiri. Demikian kesusahan hidup kadang-kadang memaksa untuk meminta-minta. Terpaksa hilang malu demi sesuap nasi. Namun turut menumpang rasa gembira ketika menarik sledge. Sama-sama menuruni dan mendaki lembah. Lebih seronok lagi apabila ada yang terguling dalam salji.


Gondola Route
Jejak Gondola

10.58 pagi, sampai di pintu gateway gondola. Kemudian berkumpul untuk menerima e tiket gondola. 11.16 pagi, naik gondola di Gate 2. bersama group Ganu. 6 orang sekali dalam kabin. Bermula dari Stesen Gulmarg terus bergerak mengikut laluan gondola.  Lalu merentasi hamparan salji dan  mencelah pokok-pokok blue pine. Demikian, mata terus terpesona dengan keajaiban alam. Tiba-tiba menguasai seluruh  perasaan.

Gondola
Stesen Gulmarg
Stesen Kongdoori

11.23 pagi, sampai di Setesen Kongdoori aras 1. Terletak di lereng gunung Kongdoori. Kemudian turun tangga. Bergambar ramai-ramai. Beberapa juru gambar tempatan sibuk menawar khidmat. Bagaimanapum Kembara Sutera hanya berlegar di sekitar kawasan berhampiran stesen. Kelihatan ribuan jejak kaki jelas terbenam dalam salji.


Laluan Gondola
Pesta Frozen
Merai Suasana

11.44 pagi, kelihatan mentari memancar lesu. Namun cahayanya agak berkilauan atas salji di lereng-lereng gunung. Tertarik dengan suara-suara keseronokan, lalu menyusuri laluan ke lereng gunung. Para tetamu gunung bagaikan berpesta menikmati panorama banjaran Pir Panjal. Ada yang bergambar, bermain bola salji dan meluncur ski .

Jendela Gondola
Tetamu Gunung
Hamparan Salji
Bebola Salji

12.07 tengah hari, matahari semakin bersinar. Bayangan awan bagaikan bergerak perlahan-lahan menuruni lurah. Namun kelompok-kelompok tetamu gunung masih lagi menikmati aura dingin salji. Sekali-sekala terasa aroma salji yang segar dipuput angin dari lembah blue pine.



Panorama
Snowwoman
Kepalan Salji

12.15 tengah hari, beredar. Laluan agak keras dan licin. Terpaksa berhati-hati. Kemudian naik tanngga terus ke Stesen Kongdoori. 12.36 tengah hari, naik semula gondola. Namun laluan yang sama tidak lagi menarik perhatian. Hanya hamparan salji di bawah pohon-pohon blue pine. 12.45 tengah hari, sampai di Stesen Gulmarg.

Restoran Sahara
Taste Of Snow

Terus naik jip. 12.50 tengah hari, berhenti berhampiran Restoran Gulmarg Sahara. 1.40 petang, hujan mula turun. Selepas lunch, keluar dari restoran. 2.04 bertolak. Berliku-liku menuruni lereng gunung. Tebing tinggi dan lurah curam tidak lagi mencemaskan. 2.07 petang, berhenti sebentar. Menikmati jalur-jalur salji dilereng bukit.

2.30 petang, melintasi perkampungan di lembah. Seterusnya melalui pekan kecil. Kedai-kedai hampir di sepanjang jalan. 237 petang, masuk Kampung Kunzer. Melintasi ladang biri-biri. 2.44 petang, masuk pekan Magam. Berhenti di Grand Village Emporium dengan tag linenya, “the paradise of handicrafts. Sempat solat jamak takdim di mosula emporium.

3.10 petang, meneruskan semula perjalanan. Hujan mula menari-menari di atas atap kereta. Kemudian berhenti. Namun awan mendung kelihatan berarak-arak memenuhi ruang langit. 3.26 petang, perjalanan agak perlahan. 3.30 petang, masuk Bandar Magam yang agak sibuk.

Suasana hingar-bingar dengan bunyi hon. Riuh-rendah suara pedestrian. 3.45 petang, berhenti sebentar. 4.06 petang, menyusuri Bandar Batamaloo. 4.12 petang, jalan mula sesak. Disibukkan oleh penjaja-penjaja di pinggir jalan. 4.20 petang, melintasi Makka Market. 4.47 petang, Sterusnya menyusuri jalan Boulevard hingga ke Shikara Stand 13.


Ambang Senja
Sisa-Sisa Senja

Turun dari kereta terus naik shikara B. 4.48 petang, lalu menyusuri ke tengah tasik. Pedagang shikara bagaikan berlumba-lumba mencari pelanggan. Saling memintas dan saling bersaing. Bagaikan pesta lumba shikara. Bersimpang-siur mengikut laluan air tasik. Bayang-bayang menjadi beralun-alun mengikut riak-riak di permukaan.

Sisa-sia senja masih lagi melatari kaki langit. Kelihatan banjaran gunung Zabarwan berbalam-balam dalam cahaya senja yang semakin pudar. 4.56 petang, sampai di jeti Morning Star. Lalu terus masuk bilik. Kesempatan untuk berehat. Melegakan anggota dan perasaan.

7.12 malam, solat jamak takdim. Sayup-sayup terdengar alunan sentimental dari jeti. 7.24 malam, turun ke platform jeti. Kelihatan lampu-lampu berkerlip-kerlipan di seberang tasik. Bayangnya menari-nari di permukaan air. Begitu indah sekali. Lalu menyerikan lagi suasana malam.


Bersantai Lantai
Melayari Mimpi
Momentous Cruise

8.51 malam, masing-masing bersedia untuk makan malam dalam boat cruise. A moment to remember and a night to dream. 8.53 malam, bermulanya acara apabila seorang penyanyi Kashmiri mendendangkan lagu Hindustan. Perasaan bagaikan terperangkap dalam alunan. Seiring dengan rentak, kaki bergerak-gerak mengikut irama. Lalu “mata kian terleka jiwa kian tergoda”.


Terpesona
Mengasyikkan

8.54 malam, bot mula bergerak perlahan-lahan. Ditarik oleh bot kecil. Aura tasik menyelubungi suasana malam. Terasa dingin tetapi selesa. Langsir bot mula diikat. Angin malam bagaikan berlumba-lumba di permukaan tasik. Lalu menyelinap masuk kabin. Menghayalkan dengan fantasi 1001 malam.


Happy birthday
Terapung Selera
Taste Of Cruising

8.13 malam, azan berkumandang, upacara dihentikan untuk sementara. 8.28 malam, beratur untuk dinner. Bersama-sama menikmati Khasmiri cuisine.  Upacara diteruskan dengan lagu tradisional Kashmir. Kamudian breakdance dari pemuda Kashmiri. Persembahan diakhiri dengan lagu “happy birthday” untuk Pn. Taziah. Diringi tarian ala samazau oleh Pn. Anita.


A Moment
Of Memory

9.21 malam, akhirnya dinner cruise melabuhkan tirai. Bot kemudiannya perlahan-lahan menghampiri jeti. Namun bisik-bisik keriangan bagaikan kedengaran apabila kaki menjejak pelantar. Lalu masing-masing balik ke houseboats untuk meneruskan khayalan seribu bintang. Kemudiannya menyulam memori semalam untuk menjejak mimpi esoknya. Yesterday’s memory is tomorrow’s dream.



HARI KETIGA : 5 APRIL 2019 (1)
Golden Dal Lake - Perkampungan Kunzer
- Bandar Gulmerg
(Berlabuh Di Mata Tersentuh Di Jiwa)


Berkerlipan Cahaya

4.15 pagi, terbangun. Suasana diselubungi kedinginan. 4.45 pagi. Azan sayup-sayup memecah ketenangan. Diikuti suara-suara memuji Allah dari beberapa buah masjid. Bagaikan saling bersaing dan saling bersambut. Namun pagi ini terasa sangat sejuknya, chilled to the bones. Air di bilik mandi bagaikan ais dinginnya.


Merai Fajar
Memburu Kegelapan

5.35 pagi, selesai solat. Kemudian keluar dari bilik. Lorong di sepanjang bilik agak gelap. Terasa amat sejuk apabila sampai di beranda houseboat. Kegelapan masih menyelimuti. Hanya jauh di seberang tasik  berkerlip-kerlipan cahaya di puncak bukit Shankaracharya Temple. Kerlipan cahaya merah di puncak tv tower juga  turut menunggu kedatangan fajar.


Detik Perubahan

Bayangan cahaya lampu dari bangunan-bangunan di sepanjang Jalan Boulevard bagaikan menari-nari di permukaan tasik. Lalu bagaikan mengalami setiap detik perubahan. Melihat cahaya yang perlahan-lahan memburu kegelapan. Beransur-ansur menerangi setiap sudut dan ceruk di sekitar tasik. Begitu indah sekali dalam bayangan kesamaran pagi.



Mencari Cahaya
Menanti Fajar

6.04 pagi, cahaya fajar mula menerangi sekitar tasik. Deretan houseboats di sepanjang pinggir tasik bagaikan baru terbangun. Turut meraikan kedatangan fajar. Warna kuning dan perang kemerah-merahan melatari pergunungan Zabarwan. Membangkitkan rasa kekagumam pada secebis keindahan dari syurga. Lalu “berlabuh di mata tersentuh di jiwa”.


Hening Pagi
Sedamai Tasik

7.23 pagi, perlahan-lahan mentari muncul hingga ke puncak gunung. Cahaya keperang-perangan melatari sejauh hujung langit. Lalu sentuhan bayang-bayang  keemasannya bagaikan menari-menari di permukaan tasik. Begitu indah. Memukau para penginap di houseboats 7.36 pagi, penginap houseboats sudah berada di pelantar jeti. Suara-suara keriangan menjanjikan perjalanan yang ceria pada hari ini. A journey of romantic escapism.


Biduk Lalu
Bertaut Akhirnya

7.36 pagi, Kembara Sutera menaiki shikara masing-masing. Lalu menyusuri laluan di tengah tasik. Demikian, apabila dayung dikayuh perahu berolang-aling. Riak-riak air tasik bagaikan berkejar-kejaran mengiringi lenggang-lengguk shikara. Kelihatan rumpai-rumpai air terliuk-liuk diredah shikara. Namun, “biduk lalu rumpai-rumpai kembali bertaut” akhirnya.


Merai Fajar
Detik Perubahan

7.39 pagi, sampai di Shikara Stand 13. 7 buah kereta sewa Innova Toyota sudah tersedia. Berderet-deret di sepanjang Jalan Boulevard. 7.42 pagi, doa mengiringi perjalanan. Pengalaman telah mengajar untuk menerima kesulitan dalam perjalanan. Lebih-lebih lagi jalan yang buruk, sempit dan tidak rata. Malah dirumitkan dengan kesesakan kenderaaan dan kebisingan bunyi hon.

Lama-kelamaan kesulitan itu menjadi kebiasaan yang menyeronokan. Demikian, kadang-kadang sesuatu yang tidak dijangka akan menjadi keindahan yang begitu romantis. So let it be. 8.23 pagi, melintasi dataran sawah yang gersang selepas tuaian. Begitu juga ladang epal yang kelihatan kekeringan daun-daunnya.


Flowery Shikara
Nadi Kehidupan
Lukisan Alam

Menyusuri Jalan Boulevard bagaikan melihat lukisan alam. Luas terbentang sepanjang pinggir tasik. Bagaimanapun pagi ini kenderaan agak kurang.  Begitu juga bunyi hon kurang menganggu pendengaran. Di sepanjang jalan pokok-lokok chinar kelihatan meranting, mencari cahaya.  8.28 pagi, melalui Bandar Magam. Agak sibuk dan sesak dengan bas dan kereta. Inilah kebiasaan yang terpaksa diterima.



Kunza Village

Lebih-lebih lagi jalan kelihatan berdebu. Begitu bangunan-bangunan kelihatan pudar dengan tompok-tompokan debu. Di udara pula kelihatan sayup-sayup burung helang  berterbangan sambil meninjau. Bagaikan mengiringi 7 kereta Toyota Innova. Sehaluan berkonvoi, menyusuri jalan ke kawasan pergunungan.


Perkampungan Tradisi

8.35 pagi, jauh di hujung perjalanan kelihatan sayup-sayup pergunungan Gulmarg. Puncaknya diliputi salji. Begitu indah dalam kesamaran. 8.43 pagi. masuk simpang kiri, Jalan Srinagar - Gulmarg.  Melalui perkampungan Kunzer. Seterusnya ke  perkarangan Payam Fast Food. Ruang untuk melegakan diri di washroom.

Likuan Lereng
Lereng Kecemasan

Pokok-pokok walnut di sekitar restoran  kelihatan meranting. Di hujungnya tunas mula bercambah. 8.50 pagi, bertolak. Pergunungan salji mengiringi sepanjang perjalanan.  9.06 pagi, kelihatan perkampungan di lembah, dilimpahi cahaya pagi. 9.08 pagi, bersesak-sesak. Kereta berhenti untuk membayar tol. Kemudian bergerak perlahan-lahan.




Lalu suasana menjadi bising dengan pelbagai irama bunyi hon. Membunyikan hon di jalanan adalah kebiasaan yang perlu. Sebaliknya tidak ada pemandu yang hilang sabar atau saling mencabar di tepi jalan. Bagi mereka tanpa hon seolah-olah tiada stereng. Yang anihnya bunyi hon dapat mengawal trafik. Jadi tidak hairanlah bandar-bandar di Kashmir kurang menggunakan sistem lampu isyarat.

Likuan Cemas
Laluan Gunung
Hamparan Salji

9.13 pagi, perjalanan mula melalui lereng-lereng gunung. Semakin tinggi semakin berliku-liku Jalan Gulmarg. Salji kelihatan meliputi lereng-lereng dan lembah-lembah gunung. Kadang-kadang kereta bagaikan melalui celah-celah blue pine hutan konifer. 9.28 pagi, laluan semakin cemas dan likuan semakin ganas. Tebing pula semakin tinggi dengan lurahnya semakin curam. Lalu ada yang memejam mata sambil bibir berkumat-kamit, membaca ayat tolak bala.


Stesen Bukit
Zig View Point
Aksi View Point

9.31 pagi, akhirnya kereta berhenti di  bandar Gulmerg. Stesen Bukit yang tingginya 2653 m. Terkenal dengan jolokan, “the meadow of flowers”. Seterusnya berkumpul di Zig View Point, tempat menyewa jaket dan but.  9.32 pagi, hanya menyewa but. Masing-masing sudah memakai baju tebal ala Eskimo. 9.44 pagi, bergambar ramai-ramai. Kemudian turun. Jalan agak licin. Terpaksa menggunakan tumid untuk cengkaman.


Laluan Cemas
Zig View Point
Melamar Dingin
Sudut Sewa But

9.50 pagi, meneruskan perjalanan. Kali ini laluan  semakin mencabar. Namun suara-suara keseronokan memenuhi sepanjang perjalanan. 9.01 pagi, berkumpul di lokasi sledge. Tidak sabar-sabar untuk turun ke lapangan sledge. Namun terpaksa menunggu penarik sledge. Lalu angin dari pergunungan Gulmarg memuput di permukaan salji. Terasa benar dinginnya, chilled to the bone.


Bersama Didaki




Powered by Blogger.