Qalam Perjalanan






 

HARI KE 5: 9 DISEMBER 2015


3.34 petang, kami meneruskan perjalanan. Selepas mengalami  debaran, dan cabaran Kota Purba. Jalan yang dilalui masih lagi berliku-liku. Kami  melepasi beberapa pekan kecil, dan rumah-rumah kediaman. Sekali-sekala diselangi  oleh dataran-dataran gersang yang luas. Dipinggiri bukit-bukau yang kelihatan agak kabur dalam remang-remang senja.
  
Belaian Angin Dingin


4.00 petang, kami berhenti rehat di Adn Valley. Untuk merasai belaian angin dingin dari lembah. Dan juga untuk menikmati tea epal, atau Turkish tea di restoran yang berhampiran. Panorama di Lembah Adn begitu indah. Dan syahdu dalam warna-warna senja yang semakin hening.

Terdapat tangga batu menuruni lembah kecil. Satu dua gerai di lembah ini menawarkan souvenir untuk para pelancong. Dari lembah kecil kami terus menaiki tangga kayu ke atas datataran tanah tinggi. Di sini pandangannya amat jelas. Begitu indah, walaupun senja mula mengintai di balik bukit. 

Kelihatan di kejauhan formasi batu-batu unik, dan gua-gua mistri di lereng-lereng curam. Bagaikan menghiasi lagi keindahan lembah. Tompokan-tompokan  salji memutih menuruni  cerun-cerun  bukit.  Menjadi hamparan permaidani salju di permukaan lembah. Lalu menghidangkan pemandangan yang begitu menakjubkan.

Pohon-pohon renek, bagaikan "hidup segan mati tak mahu". Hanya tinggal ranting-ranting. Seolah-olah jejari kecil menggapai-gapai langit. Segala-galanya menghiasi keindahan lembah. Dengan udara yang segar dan tiupan angin yang lembut, lalu tercipta keharmonian alam yang begitu syahdu.

 
Mencatat Memori Dalam Diary Kehidupan



Masing-masing mencari penjuru-penjuru yang menarik untuk merakam kehadiran.  Hari ini tercatat satu lagi memori dalam diari perjalanan. Benarlah kata orang-orang tua, makin jauh perjalanan makin luas pandangan. Makin luas pandangan makin  dalam pengertian. Sesungguh  kehidupan ini lebih bermakna jika dipenuhi dengan pengertian.

 4.13 petang, terpaksa  meneruskan perjalanan walaupun terasa sayu untuk meninggalkan Lembah Adn. Sesungguhnya, Adn Valley akan sentiasa menjadi memori di sudut hati ini. Di luar, suasana mulai gelap. Lampu-lampu neon berkedip-kedipan di kejauhan. Seakan berlari-lari dan kejar-mengejar. Sekali-sekala terdengar suara dan ketawa "makcik-makcik"  di hadapan.

4.54 petang, kami singgah di Cavusin Seramik. Kami dibawa ke show room untuk mendengar taklimat tentang Turkish Ceramic. Sejarah Seramik Turki begitu panjang dan kompleks. Diadun oleh pelbagai budaya dan tradisi. Tidak hairanlah Seramic Turki dapat bertahan walaupun berabad-abad lamanya.

Di sini terdapat beberapa bilik yang mempamirkan pelbagai bentuk dan warna seramik. Sama ada pinggan atau tembikar. Terdapat juga bilik di mana terdapat jubin-jubin yang berbagai corak dan ukiran. Setiap bentuk dan corak mewakili zamannya. Yang menarik minat kami ialah pinggan, dan jam seramik yang mengeluarkan cahaya kehijauan muda apabila bilik digelapkan.

Kombinasi pelbagai warna begitu menarik, dan mengkagumkan. Ianya jelas melambangkan keharmonian pelbagai budaya dan tradisi. Yang  mana tersiratnya motif dalam setiap lakaran. Sama ada corak pohon dan bunga, atau bentuk-bentuk geomitri.

Pelbagai Budaya Dan Tradisi

Kami sempat melihat  2 orang pekerja wanitanya sedang melukis di atas pinggan seramik. Masing-masing mengambil peluang untuk bergambar.  Bagaikan tenggelam dalam keindahan warna-warni ceramik. Akhirnya kami terpaksa meninggal Cavusin Ceramic.

Tidak diragukan  seni seramik dan jubin Turki menduduki tempat yang terkenal dalam sejarah seni Islam. Bagaikan sukar dipisahkan seni seramik dengan kehidupan budaya orang-orang Turki.


Melambangkan Keharmonian Budaya

LEMBAH CAPPODACIA


Cappadocia yang bermaksud 'negara rendah',  mempunyai kerencaman bentuk muka bumi akibat daripada hakisan air. Proses  yang beribu-ribu tahun dahulu ke atas dataran tufa, iaitu  abu letusan gunung berapi,     telah membentuk lembah-lembah yang unik dan mengkagumkan Dengan sejarahnya yang kompleks dan bentuk muka buminya  yang unik, lembah-lembah ini menjadikan muzium terbuka untuk dilawati oleh pelancung-pelancung.


Muzium Terbuka


Setiap lembah mempunyai keunikan dan kelainannya tersendiri.  Malah nama setiap lembah ini ada kaitan dengan sejarah dan bentuk muka buminya. Umpamanya Monk Valley yang mana satu ketika dahulu gua-guanya menjadi  tempat pertapaan dan perlindungan rahib-rahib. Pigeon Valley dinamai kerana dari abad silam lagi beribu-ribu burung merpati telah membuat sarang di lubang-lubang cerun bukit. 

Lembah yang belbagai warna pula dinamakan Rose Valley. Lembah-lembah  yang lain umpamanya Love Valley melambangkan ‘kelakian’. Red Valley, White Valley dan Pink Valley pula kerana dominasi warnanya. Ada juga nama lembah mengikut nama bandarnya saperti  Zelve Valley.


Cabaran Di Lembah Cappadocia


Setiap lembah ini dihubungi oleh denai-denai untuk memudahkan pengembaraan dan pendakian. Sama ada dengan berjalan kaki, mountain bike, motorsikal, quad-bike  atau menunggang kuda. Boleh juga kembara dengan menaiki belon udara panas.


Keunikan Lembah Cappadocia

Mana-mana hitch-hiker yang meminati cabaran ini, bolehlah menginap di hotel-hotel  yang terdapat di bandar-bandar saperti  Avanos, Goreme, keyseri dan Uchiser. Lebih 400 hotel di lembah Cappadocia sedia menunggu dan sedia melayani  kedatangan pelancung-pelancung.


Lembah Cappadocia



SERAMIK TURKI

Turki mempunyai sejarah seramik sejak beribu-ribu tahun dahulu. Dari ukiran primitif prasejarah hingga ke  perhiasan dan pinggan mangkuk serta jubin yang dilukis dengan tangan yang penuh dengan hiasan daripada Iznik.

 
Turkish Masterpiece



Oleh kerana sejarah yang kaya dengan tradisi seramik, Turki boleh dikatakan sebagai 'tanah seramik'. Tradisi-tradisi ini telah diwarnai oleh tamadun-tamadun yang berbeza, yang telah berkembang di rantau Anatolia. Selain sejarah budayanya, geografi juga telah memainkan peranan yang penting. Banyaknya sumber asli di Anatolia, menjadikan produk seramiknya berkualiti tinggi.


Warna-Warni Pelbagai Tradisi

Dari orang Het, orang Rom dan Byzantine, hinggalah kepada Seljuk dan Uthmaniyah, seramik adalah aspek yang penting dalam kehidupan seharian. Kepelbagaian fungsi seramik menunjukkan teknik dan reka bentuknya kian  berkembang. Bukan sahaja dari segi fungsi tetapi kecantikan hiasannya.

Penggalian baru-baru ini di tempat pembakaran tembikar di Iznik, jelas menunjukkan  seramik Uthmaniyah mempunyai latar belakang Seljuk. Penyelidikan terkini dan analisis, telah mendedahkan iaitu tampalan seramik putih terdiri daripada bahan yang sama seperti porselin lembut digunakan dalam zaman Uthmaniyah.

Harmoni Dalam Kehidupan

Pada mulanya, biru dan putih adalah warna yang wujud dalam pasu dan jubin dinding. Selain itu, motif tumbuhan yang menghiasi kaligrafi dan  corak geometri, adalah merupakan kesinambungan tradisi Seljuk. Warna-warna seperti biru, kobalt biru, ungu, kuning, hitam, dan  hijau adalah sebagai identiti sejarah. Sepuhan juga telah digunakan. Jubin-jubin ini ditemuii di Masjid Bursa Hijau (1419-1420),  Makam (1421-1422), Masjid Murad II (Edirne, 1436), yang berjubin Kiosk (Istanbul), dan Makam Prince Mehmed (Istanbul 1548).

Pada abad ke-12 apabila Seljuk Turks menggunakan jubin untuk menghiasi bangunan-bangunan, motif geometri menjadi ciri yang utama manakala biru dan hijau kebiru-biruan adalah warna dominan. Walau bagaimanapun, antara abad ke 15 dan ke 17, iaitu zaman Uthmaniyyah warna menjadi lebih jelas, reka bentuk lebih kompleks dan seimbang. Selain biru terdapat warna hijau,  ungu dan merah.

Jubin merah yang masih kekal menghiasi dinding mihrab Masjid Süleymaniye  menandakan kehebatan jubin dan seramik Uthmaniyah. Malah semasa era Uthmaniyah, jubin Iznik dan tembikar telah dieksport ke negara-negara lain.

Di zaman itu seramik digunakan dalam seni bina untuk mengisi ruang tiga dimensi dan juga untuk kegunaan harian sebagai hiasan. Malah seramik sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan orang-orang Turki, walaupun zaman semakin berubah.

Yang membuatkan seramik Uthmaniyah begitu tinggi nilainya  adalah kerana kekuatannya yang mampu mencabar abad. Warna-warnanya yang dinamik,  yang tak luntur dek zaman dan yang melambangkan keharmonian. Begitu juga keunikan motifnya dilambang dengan bunga teratai, pohon-pohon dan bunga-bungaan  yang membawa pengertian yang mendalam dan bermakna.







Baby Ameera

Let the shoot
get the weather
and let the root
get the water.
The ‘shoot’
will make the future
and the ‘root’
will make the culture.

Masa kini
itu janji
dan masa depan
itu harapan


ARAM
(Abdul Rashid Abdul Majid)




  


  HARI KE 5 : 9 DISEMBER 2015
Uranos Sarikaya - Kaymakli Underground City
(Satu Kota Seribu Rahsia)


"Sumpahan" Helang
Restoran Gua

12.08 tengah hari,  kami meneruskan perjalanan selepas menikmati keindahan. Dan merasai ketenangan Pigeon Valley. 12.30 tengah hari, kami berhenti di restoran Uranos Sarikaya.  Sungguh menarik. Kelainan restoran ini sangat mengkagumkan.  Sesuai dengan konsepnya,  yang menjadikannya  terkenal  sebagai "restoran gua", atau "underground restaurant".


Restoran ini berada di dalam bukit. Reka bentuknya saperti dalam gua, dengan dinding batu dan siling batunya melengkung. Laluan dari pintu menuju ke  ruang tengah, dikatakan saperti  terowong di kota purba Kaymakli . Terdapat berberapa ruang mengelilingi  ruang di tengah. Ruang tengah yang berbentuk bulat adalah pentas untuk persembahan budaya. Ruang–ruang kecil di kelilingnya  pula menjadi dewan makan, yang bertingkat-tingkat.

Biasanya tetamu akan diraikan dengan live musicKalau bernasib baik disajikan tarian whirling dervish, yang mana telah menjadi sebahagian daripada adat dan budaya tempatan. Tidak hairanlah alunan musik memberi sentuhan  yang menyelerakan. Bagaikan terapi yang memulihan tenaga selepas separuh hari di perjalanan.


Memahat Memory 

Lalu apabila melangkah sahaja ke dalam restoran, terasa suasana  kota purba bawah tanah. Dengan udaranya lembut dan  agak  sejuk, terasa begitu damai sekali. Kelihatan samar-samar dilimpahi  cahaya kekuning-kuningan dari lampu-lampu dinding. Menimbulkan  suasana yang  romantik. Penuh syahdu. Bagai bisikan rindu, dan khayalan yang terapung-apung  memenuhi ruang. Menggamit memori, lalu menyentuh nostalgia kecintaan. 

Dalam lamunan, sempat mencari sudut-sudut fotografi untuk merakamkan keadaan dan suasana. Bagaikan menghimpun memori untuk lintasan nostalgia. Setiap sudut sangat bermakna. Hanya yang merasai, dan mengalami akan tahu nilai setiap sudut yang telah dirakam.


Musik Qanun
Dewan  Romantik

Masing-masing memilih tempat duduk.  Berhadapan meja batu yang panjang.  Sementara menunggu  makanan,  kami  meninjau  ke  setiap  sudut.  Beberapa  orang  pekerjanya   sibuk menghantar makanan.  Di ruang tengah seorang pemuzik bersedia untuk memainkan qanunnya, iaitu alat musik traditional Turki

Untuk lunch hari ini kami disajikan  makanan Turki, iatu sop, roti dan etli spageti.  Selain itu kami dapat merasakan  testi kabab, iaiatu hidangan Anatolian, daging dan sayur-sayuran yang dibakar dalam periuk tanah liat.  Untuk cuci mulut pula kami disediakan baklava. Apa yang menariknya ialah sambil makan kami dipersembahkan music traditional Turki


Peta Kaymakli 
Underground City
Pintu Gua

2.33 petang,  meneruskan perjalanan.  2.11 petang,  sampai di Kaymakli Underground City, yang mana telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Terdapat juga rombongan dari negara-negara lain. Untuk masuk dikenakan enterance fee.  Lepas melalui pintu, semua nya berkumpul di ruang tengah untuk mendengar taklimat daripada Sarma. mengenai  kota purba bawa tanah. 


Pintu Gua
Aura Gua
Mistri  Kota Purba

Terdapat banyak lubang-lubang terowong. Tetapi kami hanya masuk ikut terowong yang telah dikhaskan untuk pelancong. Yang 'takut' tidak ikut serta untuk mengalami kembara terowong purba. Terowongnya berliku-liku, agak sempit dan rendah, hanya boleh dilalui  seorang demi seorang.  Udaranya agak sejuk dan suasananya  malap, hanya diterangi lampu di dinding. Setiap kali sampai di ruang yang besar kami berhenti untuk berehat seminit dua.


Berbalam-Balam
Terowong
Cabaran  Kota Purba

Setiap di hujung terwong kami menemui bilik-bilik yang  bersambung dengan terowong-terowong yang lain. Terowong semakin berliku-liku apabila semakin jauh ke dalam. Kadang-kadang menuruni  tangga batu dan kadang-kadang naik ke atas. Terasa seolah-olah kami berlegar-legar di tempat yang sama. Terasa juga bimbang dan seram. Beberapa lubang yang dalam ditutup dengan jaring besi. Terowong-terowong yang gelap tidak dibenarkan masuk. 


Ekor-Mengekor
One By One

Masing-masing saling ekor-mengekor mengikut Sarma. Kadang-kadang berhenti untuk berehat sebentar, kerana terasa letih apabila berjalan menunduk. Hampir-hampir merangkak apabila melalui terowong yang sempit dan rendah. Terowong hanya membenarkan seorang demi seorang melaluinya.

2.37 petang barulah keluar daripada terowong. Wow hampir setengah jam pengalaman, cukup hebat. Masing-masing terasa puas kerana berjaya menyudahkan kembara terowong kota purba. Perasaan dan pengalaman yang amat  berharga.



 RETORAN URANOS SARIKAYA 



Restaurant ini berada dalam bukit.  Di Halaman batunya   iaitu di kari kanannya terdapat dua ekor  burung helang yang diukir dari batu.  Memasuki Pintunya seolah-olah kita melangkah ke dalam terowong.  Terdapat di dindingnya berbagai ukiran. Sangat menarik. Melambangkan masa silam Egypt. Anihnya terdapat bentuk ukiran batu seakan-akan boraq yang menjadi tunggangan Nabi Muhammad semasa Isra Migrad.

Dalamannya direka bentuk saperti dalam gua. Dindingnya  dibina daripada batu bukit dengan silingnya melengkung. Laluan daripada pintunya terus menuju ke ruang tengah yang agak besar.  Ruang tengah ini pula  dikelilingi oleh beberapa ruang yang memanjang. Ruang tengah  adalah dewan untuk persembahan budaya. Sementara ruang-ruang mengelilingnya  menjadi dewan makan yang bertingkat-tingkat.


Lampu di dinding dan di siling agak malap. Berwarna  kuning keemas-emasan apabila cahayanya menyentuh dinding dan ukiran-ukiran. Suasananya menimbulkan rasa ekslusif dan privasi. Dengan ukiran-ukiran di dinding yang keemas-emasan seolah-olah membawa kami ke alam silam yang mistik. 

 
Ukiran-Ukiran Mistik



 UNDERGROUND CITY

Te
rsembunyi Kota-Kota Purba

 




Di bawah tanah Cappadocia tersembunyi kota-kota purba. Yang  ditemui Pada tahun 2013, oleh pekerja-pekerja binaan, ketika merobohkan rumah kos  rendah. Mereka  telah menemui pintu masuk ke rangkaian bilik-bilik, dan terowong-terowong bawah tanah. Inilah satu penemuan sejarah yang menakjubkan. Akhirnya projek ini dihentikan untuk ahli-ahli arkeologi dan geofizik menyiasat kota-kota  purba yang kompleks. Dianggarkan 3500 orang telah mendiami kota ini. 

Terdapat juga cerita yang agak menarik, iaitu pada tahun 2014  Mustafa Bozdemir berusia 50 tahun yang telah mewarisi sebuah rumah di Melikgazi. Ketika  menjalankan kerja-kerja pemulihan di bawah rumahnya, secara tidak sengaja beliau menemui bilik-bilik purba  bawah tanah. Juga terowong-terowong yang membawa kepada kota purba.  Antara rumah-rumah di bawah tanah itu ditemui  juga tulang dan rangka, yang kmudiannya  dianalisis oleh pakar-pakar dari Universiti Erciyes di Kayseri.


Tinggalan Sejarah

Mengikut kajian terdapat 36 kota-kota bawah tanah di Cappadocia, Yang paling luas adalah  di Kaymakli, manakala yang paling dalam adalah di Derinkuyu. Kota bawah tanah Kaymakli dibina di bawah bukit yang dikenali sebagai Citadel of Kaymakli, dan telah dibuka kepada pelawat pada tahun 1964.  Walaupun seluruh kota tidak sepenuhnya dibuka, hanya 4 tingkat daripada 8 tingkat dibuka kepada pelancong. Di mana pengaliran udaranya baik. Malah lebih selamat untuk dimasuki.


Artifak Sejarah

Mengikut catatan, penduduk  Kaymakli seawal abad ke 7 telah membina  kota-kota dengan seratus terowong bawah tanah. Lengkap dengan lubang udara sedalam 80 meter dan saliran air. Setiap kota bawah tanah ini dihubungkan melalui terowong-terowong  yang bersambung antara satu kota dengan kota bawah tanah yang lain.


Kota Tersembunyi

Kota-kota  ini mempunyai kira-kira 600 pintu batu yang menuju ke bilik-bilik yang sangat besar. Terowong-terowong ini kebanyakan 7 km jauhnya, rendah, sempit dan landai. Sebahagian daripadanya kira-kira 4 kaki tinggi, tetapi kebanyakannya 5' 10" tinggi. Keadaan terowong ini sempit dan kadang-kadang berliku-liku. Hanya muat seorang untuk melaluinya.

Kota bawah tanah terdiri daripada 8 tingkat. Hanya 4 tingkat daripadanya dibuka  kepada pelancong, kerana pengaliran udaranya baik.  Lantai pertama adalah bangsal-bangsal kuda. Terdapat  pintu batu, yang laluannya membawa ke dalam gereja. Di sebelah gereja terdapat ruang tamu. Gereja di tingkat 2 agak besar di mana terdapat pentas tempat duduk. Dan beberapa ruang tamu.


Kawasan yang paling penting ialah  tingkat 3, iaitu stor menyimpan wain atau minyak mesin dan dapur. Yang menariknya terdapat periuk batu untuk membuat tembaga. Di tingkat 4 terdapat banyak stor. Terdiri daripada balang-balang tembikar untuk menyimpan wain.



Baby Ameera
(Our Little Wonder)

Let patience
keep your silence
and let silence
keep your presence.
Your silence
gives the message
and you patience
give the courage.

Makin diam
makin faham
dan makin sabar
makin sedar.


ARAM
(Abdul Rashid Abdul Majid )
Seri Teratai
Powered by Blogger.