HARI KEDUA: 12 OGOS 2017 (1)
Layaran Chalet – Terminal Bas Kuala Besut
- Kg. Seberang Kastam
(Memuput Bayu Melaut Rindu)
6.02 pagi,
selepas mandi terus solat subuh. Kemudian memanjatkan doa untuk keselamatan dan
kesejahteraan. 6.24 pagi, naik ke anjung tinjau. Kelihatan fajar berwarna jingga kekuning-kuningan di ufuk timur. Sayup-sayup melatari kaki langit Laut China Selatan. Lalu setiap detik bagai meraikan perubahan warna fajar. Sungguh indah. Begitu syahdu.
Bayangan Siluet |
Di kejauhan, sayup-sayup terdengar deruan ombak. Saling bertingkah dengan bunyi deruan enjin dari bot nelayan. Kelihatan kesepian dalam meredah ombak. Lalu hanyut di laut sepi, bagaikan dipaut mimpi-mimpi. Namun terpaksa mengharungi gelora dan bertarung nyawa. Hanya berbekalkan sebuah impian.
Impian Seorang Nelayan
Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan
(M. Nasir)
Fajar Menyinsing |
6.57
pagi, pintu pagar sudah dibuka. Lalu terus melangkah ke pantai. b 7.04 pagi, bersama-sama menikmati keindahan fajar di hujung
kaki langit. Turut merasai kesegaran bayu laut. Mendengar deruan ombak dan bisikan bayu. Lalu menyatukan diri dengan alam. Oh Tuhan, alangkah harmoninya. Begitu mendamaikan. Terasa syahdu. Tiba-tiba bagaikan nostalgia, memaut rasa kerinduan.
Membelah Laut |
7.15 pagi,
matahari kelihatan terapung-apung di kaki langit. Bayangan cahaya fajarnya bagaikan membelah
laut hingga ke pantai. Keemasan-emasan. Berkilau-kilauan,
sambil menari-nari di pemukaan laut bersama ombak. Begitu indah sekali. Mempersonakan dan mengasyikkan.
7.21 pagi,
Ayra dan Baba
turun ke pantai. Membawa alat untuk membina istana pasir. Matahari sudah naik sejengkal
dari kaki langit. Membentuk bayang-bayang yang agak panjang di pantai. Bagaimanapun
panasnya mula terasa, walaupun bayu laut memuput berterusan. Namun Ayra asyik membuat istana pasir. Istana impiannya.
7.43 pagi,
terpaksa keluar mencari juadah breakfast. Baba
memandu melalui jalan Kg. Teluk Bayu. Lalu mencelah-celah kelompok rumah mesra rakyat. Kemudian masuk simpang Kg. Teluk Budu.
7.51 pagi, sampai di Stesen Terminal Bas Kuala Besut.
7.53
pagi, masuk kawasan transit ke Pulau Perhentian. Lalu menghampiri kawasan jeti. Agak tenang, tidak
begitu sibuk. Mungkin masih awal lagi. 7.56 pagi, meninggalkan kawasan jeti.
Kemudian melalui jembatan Besut dan seterusnya melintasi Kg.
Kota Putra. 7.59 pagi, Kg. Air Tawar dan
Kg. Pengkalan Nyereh.
8.00
pagi, buat U-turn. 8.03 pagi, singgah di warung tepi jalan, di Kg. Seberang Kastam. Sempat makan nasi dagang. Manakala
Nenek dengan favouritenya nasi berlauk. Manakala
Ayra pula asyik dengan tap komputernya. Ramai juga pelanggan
yang datang bersarapan. Malah masih lagi berdatangan.
8.28
pagi, bertolak selepas membeli juadah. Melalui semula jembatan
Besut. 8.33 pagi, melintasi SK Kuala Besut. 8.35 pagi, membuat U-turn. Kemudian masuk jalan pantai. Melintasi Layaran
Chalet. 8.41 pagi, berhenti di depan gerai makan.
Dimaklumkan
ikan segar naik ke darat jam 10.00 pagi. Bagaimanapun sempat mengunjungi
bangsal menjemur ikan kering gelama dan tamban. Kelihatan pekerja wanitanya
sebuk menyusun ikan-ikan untuk dijemur. 9.06 pagi, baru bertolak. Seterusnya
masuk perkarangan Layaran Chalet.
9.16
pagi, terdengar suara Ayla dan Ayra menjerit-jerit dari kolam. Keseronokan. 9.18 pagi, naik tangga terus
ke kolam. Cucu-cucu sudah bekumpul di penjuru kolam. Hanya menunggu Datuk terjun. Manakala
Aqeef menjerit-jerit memanggil Datuk. Bagaimanapun terpaksa menolak dengan seribu alasan. 9.26 pagi, baru "anak-anak duyung" keluar dari kolam.
Post a Comment