Qalam Perjalanan


HARI KELAPAN  SABTU 25 MAC 2017


Dari Lobi D'Season


7.42 pagi, menikmati panorama dari bilik 229 D’Season. Keheningan pagi benar-benar memberi ketenangan. 7.59 pagi, turun ke lobi. Mendapat sedikit maklumat kembara dari "keturombo" Uztaz. Seberi.  7.10 pagi, breakfast. Dish with variety of choice.


Surah Al A’raf, Ayat 31
Makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.


7.05 pagi, bertolak. Diiringi doa musafir, bacaan al Quran dan tazkirah. Sebagai penenang jiwa. Perjalanan seterusnya melalui beberapa jalan. Banyak simpang dan banyak nama jalan. Kadang-kadang mengelirukan.  Adakala jalan yang sama tetapi nama lain-lain.

Sebagai “Kota Pahlawan”, jalan-jalan di Surabaya diabadikan dengan nama-nama pejuang nasional. Terdapat 118 nama pejuang. Yang disahkan oleh Keppres, iaitu singkatan  "Keputusan Presiden Indonesia".

7.28 pagi, setengah jam berlalu. Akhirnya bas masuk ruang  parkir khas untuk pelancung. Kelihatan ruang parkir hampir dipenuhi. Set veteran poto, kemudiannya bergerak masuk lorong. Melalui gerai-gerai yang menjual anika makanan dan barangan.

Agak jauh juga untuk sampai ke destinasi. Walaupun kaki mula rasa tak selesa, keseronokan berjalan beramai-ramai mengatasi kesukaran. Benarlah kata pujangga. Apabila hati dah suka tidak ada lagi kesulitan. Dan apabila hati dah gembira tidak ada lagi keperitan.


Happiness makes the world go round




7.40 pagi, melintasi jalan. Kemudian naik jembatan kecil. Di kepala jembatan seorang peminta sedekah sudah menunggu. 7.43 pagi, memasuki gerbang Masjid Agung dan Makam Raden Rahmat Sunan Ampel. Terletak di Jalan KH Mas Mansyur Kelurahan Ampel. Di tengah kota Surabaya.


Cucu Raja Campa


Lahir pada tahun 1401. Sunan Ampel adalah cucu Raja Campa. Penganut Mazhab Hanafi. Dan salah seorang Walisongo yang menyebarkan ajaran Islam di Pulau Jawa. Ajarannya lebih berasakan falsafah “Moh Limo”, yang bermaksud tidak melakukan 5 kecelaan.

Moh Limo

Yakni moh main
(tidak mahu judi)
Moh ngombe
(tidak manu mabuk)
Moh maling
(tidak mahu mencuri)
Moh madat
(tidak mahu mengisap candu)
Moh madon
(tidak mahu berzina)


OTW To Makam Sunan Ampel


7.44 pagi, suasana sibuk dan sesak. Pengunjung  masuk dan  keluar bagaikan bertali arus. Kadang-kadang bersentuh bahu. Laluan yang agak sempit menyebabkan pergerakan agak perlahan. So just follow the flow

Kiri dan kanan jalan sesak dengan gerai-gerai menjual beranika barangan dan makanan. Terpaksa mencelah-celah orang ramai. Dan berhati-hati, agar tidak terlanggar jajaan peniaga.


Bagaikan Bertali Arus


Peniaga-peniaga bagaikan menjaja dagangan ala Arab. Sehingga suasana perniagaan bagaikan lorong-lorong kedai di Mekah tahun 1900-an. Tidak hairanlah terdapatnya makanan ala Arab,  kurma, nasi kebuli, dan roti maryam. 



Perkampungan Orang Arab

Malah  terdapat juga perkampungan orang Arab di sekitar kompleks makamHingga kini banyak bangunan warisan kampung Arab yang masih terjaga dengan baik. Terutama di beberapa jalan di sekitar kawasan Ampel 


Dibina Pada Tahun 1540


7.48 pagi, melalui tepi masjid Sunan Ampel. Yang dibina pada tahun 1540 di zaman Majapahit. Terdapat 5 Gapuro  atau pintu gerbang mengelilingi masjid. Antaranya Gapuro Munggah, Poso, Ngamal, Madep, dan Paneksen.

Didirikan dengan 16 tiang penyangga yang semuanya merupakan kayu jati. Ketinggian 17 meter dan diamater 60 sentimeter. Di tiang-tiang ini terdapat ukiran-ukiran kuno peninggalan zaman Majapahit. Yang membawa maksud Keesaan Tuhan. Hingga kini masih kukuh, walaupun sudah berusia lebih dari 600 tahun.

Selain itu, memiliki 48 pintu yang masih asli, dengan diameter 1,30 meter, dan juga tinggi sekitar 2 meter. Yang menjadi ciri khas masjid ini adalah menara setinggi 50 meter. Masih utuh. Dahulunya, menara ini berfungsi sebagai tempat laungan adzan.

Dibena dengan gaya arkitektur Jawa kuno dan nuansa Arab Islami. Masjid ini masih dipengaruhi oleh  budaya lokal dan Hindu-Budha saperti mana pada arkitektur bangunannya.

7.51 pagi, sampai ke gerbang makam. Masih dalam kompleks masjid. Seterusnya masuk ke halaman makam. Telah dinyatakan larangan untuk bersolat dan berdoa di makam. Tetapi kekeliruan masih terjadi kerana percanggahan dari segi peraturan, tradisi dan mitos.

Kompleks makam dikelilingi tembok besar setinggi 2,5 meter. Manakala makam Sunan Ampel bersama isteri dan lima kerabatnya dipagari besi setinggi 1,5 meter. Tembuk ini melingkari kompleks makam seluas 64 meter persegi. 



Berakah Air Tempayan


Disekeliling makam Sunan Ampel, terdapat tempayan-tempayan air yang besar untuk pengunjung minum. Namun ada satu notis tertampal dalam bahasa Indonesia yang berbunyi -"Jangan ambil air berbotol-botol , gunakan cawan yang disediakan untuk minum".



Suasana Nyaman Dan Damai


Kawasan makam dirimbuni oleh pepohon. Memberikan suasana yang nyaman dan damai. Bagaimanapun terasa bagaikan memasuki ruang masa. Menyusuri abad ke-15 yang penuh dengan tradisi. Kadang-kadang terasa aura mistri dan mistik menyelubungi kawasan makam.

Di sudut  kanan terdapat batu-batu nisan. Dipercayai, tempat persemadian ana-anak murid Sunan Ampel. Beberapa orang murid dan putera Sunan Ampel sendiri menjadi anggota Wali Songo. Antaranya Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Drajad, Sunan Kalijaga, Sunan Muria, Raden Patah, Sunan Kudus dan Sunan Gunung Jati.


Semakin Ramai Pengunjung



9.55 pagi, sekadar membasuh muka di tempayan besar. Sebaliknya pengikut Sunan Ampel begitu taksub. Mempercayai air tempayan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Dipercayai air dari telaga yang berusia 600 tahun dianggap berkah. Kononnya memiliki kelebihan seperti air zamzam di Mekah. Wallahu'alam


10.04 pagi, bergerak keluar. Mengikut lorong yang sama. Lorong menjadi semakin sesak apabila semakin ramai pengunjung datang. 10.11 pagi, baru terasa selesa selepas keluar dari pintu gerbang.


Lorong Ke Parkir Bas

10.16 pagi, menyusuri jalan besar. Seterusnya masuk lorong ke parkir bas. Melalui gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan dan barangan. 10.29 pagi, bertolak keluar dari kawasan parkir.


Cak Ning Ole-Ole Juanda


11.24 pagi, singgah di kedai Cak Ning, ole-ole khas Indonesia. Menjual pelbagai kerepek, dan pelbagai rasa. Cara packaging and labeling agak menarik.  Sesuai untuk ole-ole saudara mara di kampung.


Lunch Di Restoran Handayani


12.04 tengah hari, singgah di restoran Handayani. Yang menyajikan beraneka hidangan khas Indonesia dengan resepi kuno. Yang memenuhi idaman selera. 12.31 tengah hari, naik bas. Terus ke airport Juanda




Kemudian masing-masing memunggah beg-beg dari bas. Selamat tinggal Pak Kosno12.52 tengah hari, menolak troli terus ke kaunter check in. Sempat mengucap terima kasih dan selamat tinggal kepada Pak Ali. Khidmatnya benar-benar excellent. Thumbs-up untuk Pak Ali.



Di Kaunter Check In

1.00 tengah hari, selesai check in flight. Kemudian menunggu di balai berlepas. Terpaksa melalui satu lagi episod yang membosankan. Dan meletikan. Dimaklumkan flight dari Airport Juanda ke Airport Jakarata mengambil masa 1 jam 6 minit. 

2.07 petang, take off, atau tinggal landas. Adieu Surabaya. Kami akan merinduimu 2.11 petang, cuba melelapkan mata. Membiarkan memori menyusuri kota Surabaya. 2.21 petang, snack time. Hanya sekadar jus oren untuk menghilangkan dahaga.

2.26 petang, terasa bergegar. Mungkin terlanggar awan. Bagaimanapun cuba bertenang dengan berdoa. 2.45 petang, mencari alternative escapism. Dengan menonton Bands of Robbers di skrin depan tempat duduk.

3.16 petang, akhirnya landing di Airport Jakarta. Lepas melalui pemeriksaan pasport, terpaksa menunggu. Sekali lagi episod yang paling membosankan. 3.48 petang, akhirnya melalui lorong transit and transfer. 3.54 petang, terpaksa queue untuk pemeriksaan pasport.

4.08 petang, masuk melalui gate E.  4.11 petang, pemeriksaan boarding pass. 4.13 petang, terus masuk balai berlepas. Sekali lagi menunggu.  Terpaksa melalui an hour of involuntary torture. Anyway, let it be, alah bisa tegal biasa. Alah jemu kerana selalu.

4.51 petang, naik airport shuttle. 5.00 petang, sampai hampir dengan tangga kapal terbang. 5.06 petang, terus masuk kabin. Seat 3x3, agak selesa . Tetapi akibatnya set veteran foto ada yang berpisah  dengan pasangan.

5.13 petang, kesempatan untuk melihat movieBoy Missing”. 5.25 petang, terganggu oleh demonstrasi keselamatan. 5.26 petang, mula bergerak perlahan-lahan. Kemudian memecut meninggalkan landasan. Adieu Jakarta. Terima kasih, kerana melayani karenah kami.

Awan kelihatan lesu. Bagaikan terapung-apung tidak bermaya. Manakala langit mula beransur-ansur kehilangan warna. Hanya sisa-sisa senja masih lagi melatari hujung langit. Kemerah-merahannya kelihatan semakin pudar. Pudar dengan perlahan-lahan.

Seterusnya terapung-apung di perairan Selat Melaka. 6.04 petang, dinner diedarkan oleh pramugari. Sekali-sekala terasa bergegar-gegar. Mendebarkan. Mungkin, just anxiety of nothingness. Mungkin laluannya lebih banyak tompokan-tompokan awan.

7.04 malam, ketinggian kapal terbang mulai menurun. 7.15 malam,  membuat touch down. Syukur Allhamdulillah, akhirnya mendarat dengan selamat di KLIA. Gembira, dapat  menjijak kembali bumi Malaysia.

Rupa-rupanya rumput di KLIA lebih hijau. Mungkin lebih hijau lagi di halaman Sri Teratai. Alangkah bahagianya nanti ketika jari-jari menyentuh, “green green grass of home”.

The old home town looks the same
As I step down from the "plane"
And there to meet me is my Mama and Papa
Down the road I look and there runs Mary
Hair of gold and lips like cherries

It's good to touch the green, green grass of home
Yes, they'll all come to meet me, arms reaching, smiling sweetly
It's good to touch the green, green grass of home

The old house is still standing tho' the paint is cracked and dry
And there's that old oak tree that I used to play on
Down the lane I walk with my sweet Mary
Hair of gold and lips like cherries
It's good to touch the green, green grass of home

Then I awake and look around me
At four grey walls that surround me
And I realize, yes, I was only dreaming.
For there's a guard and there's a sad old padre,
Arm in arm, we'll walk at daybreak.
Again I touch the green, green grass of home.

Yes, they'll all come to see me
In the shade of that old oak tree
As they lay me 'neath the green, green grass of home.

Nyanyian Tom Jones




HARI KETUJUH  JUMAAT 24 MAC 2017



3.05 pagi, terbangun. Terasa sayu dan sepi. Mungkin kerana lama di perantauan. Sekali-sekala imbauan kampung halaman datang menyentuh perasaan. Bagaimanapun cuba mengingati surah Al Infithar.

Surah Al Infithar, Ayat 13
Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan.

Lepas mandi, bersiap-siap. Punctuality menjadi prioriti. The right time makes the right situation. Untuk menyaksikan fenomena sunrise. 3.25 pagi, di luar masih lagi gelap. Kedinginan bagaikan menggigit-gigit. Hanya lampu di beranda memberi sedikit cahaya.

3.29 pagi, naik jip Toyota N945NR, yang  dipandu oleh  Diga. Pemuda suku Tengger  yang berugama Hindu. Pak Ali duduk sebagai co driver. ARAM pula naik bersama abang Mat. Terasa excited and thrilled.  Bagaikan expedition of unexpected darkness.

Menurut  legenda anak perempuan Raja Brawijaya dari Majapahit, Roro Anteng berkahwin dengan Joko Seger, keturunan Brahmana. Apabila terjadi pergolakan, sebahagian masyarakat yang fanatic pada agama Hindu melarikan diri ke Pulau Bali.

Sebahagian lagi bermukim di sebuah dataran tinggi di kaki Gunung Bromo. Dipimpin oleh Roro Anteng dan Joko Seger, jadilah mereka suku Tengger, kependekan dari nama AnTeng dan SeGer. Tidak hairanlah Bromo menjadi kawasan suci penganut Hindu Tengger.

Suku Tengger dikenali taat dengan aturan dan agama Hindu. Dipercayai bahawa penduduk suku Tengger merupakan keturunan dari Kerajaan Majapahit. Mereka tidak memiliki candi, Sebalik upacara ritual Yadnya Kasada dijalankan di Pura Poten di kaki gunung Bromo.


Upacara Ritual Yadnya Kasada

Kemudian mereka naik ke puncak Kawah Gunung Bromo, Membawa “ongkek” yang berisi sesaji. Hasil pertanian dan ternakan. Sesaji  akan dilemparkan ke kawah. Sebagai persermbahan kepada Dewa Bromo, Sang Hyang Widhi. Dipercayai bersemayam di kawah Gunung.

Seterusnya, 3 buah jip kemudian membawa set veteran Poto meredah kegelapan. Hanya cahaya lampu jip menerangi jalan yang dilalui. Agak sempit dan berliku-liku.   Kadang-kadang jip bagaikan bergegar-gegar. Menderam, mencari kekuatan gear 1 untuk mendaki likuan tinggi.

Terasa bagaikan menaiki roller coaster. Jip melompat-lompat. Sekali-sekala terhuyung-hayang, ke kiri dan ke kanan. Dari lampu jip kelihatan lereng-lereng bukit yang agak curam. Begitu hampir dengan laluan. Memang mencemaskan. Tetapi abang Mat kelihatan cool and steady.

3.45 pagi, masih lagi dalam jip. Sekali-sekala kelihatan cahaya berkelip-kelip dari desa yang jauh di lereng-lereng bukit. Bagaimanapun terpaksa berserah. Kegelapan memang menakutkan. Malah lebih mengerikan apabila melalui likuan-likuan kegelapan.

3.48 pagi, jip memotong shuttle, walaupun laluan sempit. “Tabik” untuk Diga, pemandu hebat. Kadang-kadang terpaksa berhenti apabila berselisih dengan shuttle.  Pemandu saling bertoleransi. Saling memberi ruang untuk orang lain. Lebih-lebih lagi di likuan yang tajam.

Pagi ini begitu sibuk dengan pelbagai kenderaan. Shuttle, jip dan ojeg atau motorsikal. Bagaikan berlumba-lumba.  Mengejar the right time to the right place, untuk menyaksikan fenomena sunrise. Once in a life time.
         
3.52 pagi, berhenti di tepi masjid Hidayah. Suasana masih lagi gelap. Hanya lampu dari masjid memberi sedikit cahaya. Dan menerangi sedikit ruang. Kenderaan kelihatan memenuhi perkarangan masjid.

Orang ramai sudah berkumpul di kawasan masjid. 3.58 pagi, menunggu giliran untuk mengambil wuduk. Air paip bagaikan ais apabila disentuh. 4.01 pagi, menunggu waktu solat. Ruang masjid sudah dipenuhi oleh pelajar-pelajar dari SMAN 1 Kotagajah.

4.19 pagi, azan berkumandang. Terus solat sunat subuh. Seterusnya solat subuh diimankan oleh uztaz dari SMAN 1. 4.34 pagi, selesai solat Subuh. Di luar sesak dengan kenderaan. Kemudian masing-masing bergerak ke destinasi yang sama.

4.43 pagi, masuk gerbang desa. 4.49 pagi, terus mendaki. Meredah jalan lama, yang kadang-kadang berlubang. Tiada lampu jalan. Hanya lampu jip yang menembusi kegelapan.


Pancaran Kuning Kemera-Merahan

4.56 pagi, membayar 200,000 rupiah untuk masuk ke Bukit Mentigen. 5.05 pagi,  jip berhenti di dataran Bukit Mentigen. Bagaimanapun 14 orang group Poto travel terpaksa mendaki lurah untuk ke puncak Mentigen. Setinggi 2.300 m. Yang menghidangkan pemandangan yang lebih luas, dan menarik.


Merakam The Right Moment

5.19 pagi, pelajar-pelajar dari SMAN 1 Kota rajah sudah berkumpul. Memenuhi ruang puncak Mentigen. Masing-masing tidak sabar untuk merakam  the right moment. A Moment of breath-catching. Tetapi malangnya kabus begitu tebal.


Mengintai Di Balik Kabus

Dalam remang-remang fajar, hanya sedikit  pancaran kuning kemerah-merahan kelihatan di ufuk timur. Bagaikan mengintai di balik kabus. Masing-masing melepaskan nafas, dengan keluhan yang penuh kecewa.  Sunrise terlindung. Bagaikan tenggelam dalam ombak-ombak lautan kabus.


Bayang-Bayang Gelap Fajar

Namun lereng-lereng bukit yang gelap, bertukar menjadi silute. Kelihatan samar-samar. Bagaikan bayang-bayang gelap fajar. Perlahan-lahan diwarna-warnikan oleh cahaya fajar  yang mula menyinsing. Oh Tuhan, alangkah indahnya.


Meraikan Kedatangan Fajar

Lalu masing-masing mencari sudut fotografi. Merakamkan saat-saat keindahan fajar di kaki langit. Tempias keindahannya turut mewarna-warni lereng-lereng bukit. Yang bagaikan terjaga daripada kegelapan. Lalu turut sama-sama meraikan kedatangan fajar. 


Mewarnai Lereng-Lereng Bukit

Kelihatan Bukit Botok tersergam  2.440 m. Bagaikan muncul dari padang pasir. Gunung Bromo pula tak putus-putus mengeluarkan asap vulkanik. Bergulung-gulung memenuhi ruang udara. Begitu juga Gunung Semeru.

Gunung tertinggi di Pulau Jawa, dengan puncaknya Mahameru, 3.676 m dari permukaan laut. Merupakan gunung berapi  kerucut. Kawah di puncak Gunung Semeru dikenal dengan nama Jonggring Saloko.

Gunung Bromo sebenarnya terletak dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Mempunyai ketinggian 2.329 m di atas permukaan laut. Dikelilingi oleh lautan pasir yang terhampar seluas 10 kilometer.

Setelah hampir  50 minit di puncak Bukit Mentigen. Masing-masing mula turun. Melalui denai lurah yang agak curam. Beberapa buah ojeg juga turun membawa penumpang.


Lembah Padang Pasir

5.57 pagi, sampai tempat parkir jip. Kemudian bertolak menuruni lereng-lereng bukit. Suasana pagi mula cerah. Kelihatan rumah-rumah, gerai-gerai dan ladang sayur-sayuran di sepanjang jalan yang dilalui.


Terhampar Luas

Meminggiri  Gunung Bromo

6.00 pagi, melintasi View Lodge. Jalan agak kecil. Menurun hingga masuk lembah padang pasir.  Pasir hitam dari muntahan gunung berapi. Begitu terbentang luas, hingga meminggiri kaki Gunung Bromo.


Suasana Pagi Di Padang Pasir

Kelihatan penunggang kuda dan  ojeg mundar-mandir. Mencari penumpang yang hendak ke kaki Gunung Bromo. Dari jauh kelihatan tangga dari kaki gunung hingga ke puncaknya. Agak berisiko untuk menyaksi kawahnya. Yang berterusan mengeluarkan asap vulkanik.


Bagaikan Pesta Fotografi

Lembah padang pasir  bagaikan pesta. Kelihatan gerai-gerai berjejer. Menjual makanan dan souvenir. Set veteran Poto turut sama dalam festa fotografi. Dengan aksi ala model dan gaya sentuhan profesional. Kadang-kadang melucukan.


Gaya Sentuhan Profesional

7.05 pagi, akhirnya terpaksa meninggalkan padang pasir. Mendaki laluan yang sama. 7.20 pagi, melintasi ladang bawang. 7.39 pagi, matahari mula menyinari. Menerangi pelusuk desa di lereng-lereng gunung.


7.49 pagi, jip berhenti di pekarangan Hotel Nadia. 7.56 pagi, breakfast. Selesai sarapan terus masuk bilik 24. Berkemas-berkemas. Pakai “sumbat dan tekan”. Kesian beg-beg, dah over load.

8.57 pagi, semuanya berada dalam bas. Bersedia untuk meneruskan kembara. 9.03 pagi, doa musafir dilafazkan oleh keturumbo, Uztaz Saberi. Diikuti bacaan surah Al-Zalzalah oleh adik Syahmi.

Surah Al-Zalzalah, Ayat  7
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.


Terpencil Di Lereng Gunung

Bas mula menuruni lereng-lereng bukit. Meninggalkan Hotel Nadia. Kelihatan hotel Nadia, bagaikan kesepian. Terpencil. Akhirnya hilang di balik likuan jalan. Adieu Nadia.

Kecekapan Pak Soyot sukar ditandingi. Laluan sempit dan likuan tajam bagaikan lebuh raya. Hebat. Jagoan yang sukar dicari. Malah keyakinan pada Pak Soyot  membuatkan hati tenang. Dan perjalanan menjadi lebih selesa.

9.12 pagi, melintasi gerai-gerai. Sawah-sawah yang hanya tinggal tunggul. 9.49 pagi, akhirnya melintasi gerbang desa Bromo. Kemudian masuk jalan besar. Perjalanan menjadi semakin selesa.

9.59 pagi, melalui Jalan Raya Sedarium. Kemudian melintasi landasaan kereta api. 10.09 pagi, masuk pekan dan terus ke jalan raya Rejose.10.19  pagi, masuk Jalan Veteren.

10.21 pagi, masuk Jalan Raya Soekarno-Hatta. Waktu ini ramai set veteran Poto hanyut dalam ayunan bas. 10.30 pagi, masuk Jalan Raya Tambak. 10.39 pagi, melintasi landasan kereta api. Terus masuk Jalan Raya Kartini.

10.40 pagi, macet di Jalan Dr Soetomo. 10.50 pagi, semakin macet, apabila kenderaan-kenderaan Angkatan Laut Indonesia menguasai ruang. 10.56 pagi, masuk Jalan Diponegoro. Seterusnya Jalan Gajah Mada dan Jalan Patimura.

11.06 pagi, berhenti di stesen minyak Pertamina. Ada yang bergegas ke toilet. Tetapi terpaksa bayar 2 ribu rupiah. 11.14 pagi, menyambung semula perjalanan. Masuk Jalan Raya Balong. 11.23 pagi, masuk gerbang tol Gempol.

11.33 pagi, gerbang tol Pandan. Masuk Jalan Raya Kasri. 11.47 pagi, singgah di warung Bamboo di Jalan Pandan. Spesial nasi tumpang. 12.24 tengah hari, bertolak.  12.36 tengah hari, masuk Jalan Raya Japan.

12.42 tengah hari, macet dengan lori. 12.42 tengah hari, melintasi Sungai Porong dan Brantas. 12.56 tengah hari, sampai Kota Sidoarjo. Di mana replica bandeng dan udang menjadi ikon..12.57 tengah hari masuk desa Tanggulangin. Terkenal dengan barangan kulit.

1.00 tengah hari, sampai di pusat  barangan kulit, 1.32 tengah hari, pekena air kelapa muda atau esdegan. 1.36 tengah hari, bertolak. 1.53 tengah hari, singgah di warung keropok udang Sidiorjo toko mitra di Jalan majapahit.

2.10 petang, bertolak. Melalui Jalan Mukmin. Kemudian masuk Bandar Sidoarjo. Melintasi monument Yandayu di Jalan Jenggolo. 2.22 petang, singgah di tokoh Indah Bordir, di Jalan Yos Sidoarjo.

Pelbagai koleksi. Pakaian berbagai fesyen dan hiasan berbagai corak. Cukup menarik dan eksklusif. Lebih-lebih lagi corak bordirnya. 2.42 petang, solat jamak takdim di musala toko.

4.00 petang, bertolak. Masuk semula Jalan Kartini. 4.03 petang, Jalan Utong Suropato dan Jalan Sutan Agong. 4.06 petang, melalui Jalan Teuku Umar. Kemudian masuk Jalan Ahmad Yani. 4.14 petang, melintasi replica udang dan bandeng.



  

4.27 petang, melintasi Masjid Agong. Kapasiti ruang seramai 80 ribu orang. 4.39 petang, Jalan Gong Sari. 4.50 petang, masuk Bandar Surabaya.

ibu kota metropolitan terbesar di Wilayah Jawa Timur. Dan kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta.  Menjadi pusat perniagaan, perdagangan, industri, dan pendidikan.


Jolokan "Kota Pahlawan"

Memiliki keluasan sekitar 350,54 km², dengan penduduknya berjumlah hampir 3 juta. Terkenal dengan jolokan “Kota Pahlawan”. Menyimpan sejarah perjuangan “Arek-Arek Suroboyo” atau Pemuda-pemuda Surabaya, dalam menuntut kemerdekaan.


Monumen Kota Surabaya

Nama “Surabaya”,  adalah susulan mitos pertempuran antara ikan sura (ikan yu) dan baya (buaya). Bahwa terbentuknya nama "Surabaya" setelah terjadinya pertempuran tersebut.

Suku Jawa menjadi majoriti, 83,68%. Selainnya  suku Madura (7,5%), Tionghoa (7,25%) dan Arab (2,04%). Selebihnya bangsa Bali, Sunda, Batak, Bugis; Banjar, Manado, Minangkabau, Dayak, Toraja, Ambon, Aceh, Melayu, Betawi, dan warga asing.

Seterusnya, 4.55 petang, masuk bulatan momumen lembu berlumba. 4.57 petang masuk Jalan Basuki Rahmat. 5.07 petang, berhenti di tepi Sungai Kalimas. Malam mula berlabuh, memburu sisa-sisa senja. Lampu-lampu di taman sudah dinyalakan. Memberi ruang cahaya.

Kesepian bagaikan tidak mampu memburu suara-suara kota. 5.32 petang, masuk mall, menjelajah Toys City. 5.41 petang, keluar ikut lorong bambo. Musik sentimental bagaikan mengiringi setiap langkah.

5.45 petang, bertolak.5.51 petang, melintasi Sungai Kalimas. Masuk bulatan, terus ke Jalan Jen Sudirman. 6.01 petang, berhenti di Restoran Sederhana, di Jalan Kombes Ma Duryat.  Dinner dengan masakan padang.

6.30 petang, bertolak. Masuk Jalan Kudungdoro. Seterusnya Jalan Diponogoro. 6.57 petang, Jalan Taman Myahkara. Motorsikal memenuhi ruang jalan. Macet. 6.56 petang, melintasi landasan kereta api. 6.57 petang, Jalan Ngagel juga macet. Begitu juga Jalan Monyar ikut sesak.

Motorsikal dan kereta bagaikan saling berebut ruang. 7.25 malam, jalan mula selesa. 7.37 malam, baru sampai Hotel D’Season, di Jalan Tenggilis Utara. Lalu turun dari bas. Diiringi lagu sentimental “Bunga Tanjung”. Benar-benar membangkitkan nostalgia. Tiba-tiba menusuk rasa kerinduan.

Bunga Tanjung
Lirik dan nyanyian oleh Eddy Silitonga

Harum bau mu sibungalah tanjung
Harumnya sampai, harumnya sampai
Melintasi gunung

Tuan ku harap umpamakan payung
Hujan dan panas, hujan dan panas
Tempat berlindung

Apa merayap ditengahlah sawah
Anak kepiting, anak kepiting
Diruanglah batu
Apa diharap kepadalah saya
Saya yang miskin, saya yang miskin
Lagi piatu 






Powered by Blogger.