Qalam Perjalanan


HARI PERTAMA: 29 OGOS 2017 (1)
Seri Teratai - Padang Kacong 
- R&R Genting Sempah 


7.16 pagi, Honda TBH669 bertolak. Meninggalkan teratak Sri Teratai. Seminit kemudian masuk simpang T9 Kuala Telemong. Seterusnya melalui Kampung tradisi: Batu Hampar, Pulau Manis dan Kubang Palas. Kebanyakan rumah-rumah berhampiran dengan jalan raya.


Medan Selera Kuala Telemong

7.25 pagi, masuk Daerah Hulu Terengganu. Terus masuk ke Medan Selera Kuala Telemong. 7.38 pagi,  breakfast di kedai Pok Ngah, No. 4. 7.51 pagi, bergerak ke Dataran Padang Kachong. Singgah sebentar di rest room.


Lokasi Padang Kacong

Demikian, Padang Kacong menyimpan sejarah perjuangan dan pengorbanan para petani. Tercetus daripada perasaan benci kepada penjajah Inggeris. Kerana campur tangan penjajah, cukai tanah yang dikuatkuasakan sama sekali tidak munasabah.


Abadi Dalam Sejarah

Akhirnya mereka melancarkan kebangkitan bersenjata di Padang Kacong, Telemong, Hulu Terengganu pada 21 Mei 1928. Dalam pertempuran di Padang Kacong, 12 penduduk kampung terkorban akibat tembakan. Termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Tok Janggut.

Jasad 12 pahlawan Melayu itu telah disemadikan di Padang Kacong, Kuala Telemong. Manakala Haji Abdur Rahman Limbong di tuduh sebagai penghasut. Malah beliau dan pengikutnya dituduh sebagai penderhaka kepada sultan. Akhirnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian meninggal dunia, sebagai pejuang ulama Islam.


Lokasi Tol Kuala Telemong

Plaza Tol Kuala Telemong

Terasa sayu apabila mengenang sejarah Padang Kacong. Bagaimanapun perjalanan terpaksa diteruskan. 7.57 pagi, menyusuri simpang kiri  ke E8 Kuala Lumpur. 8.04 pagi,  touch & go di Tol Kuala Telemong. Saat ini matahari mula memancar. Memburu sisa-sisa kabus di lebuh raya.

8.07 pagi, masuk sempadan Daerah Hulu Terengganu. Pagi  ini jalan agak tenang dan lengang.  8.16 pagi, melintasi Exit 958  Ajil. Kuantan masih lagi 175 km.   Di kejauhan kelihatan kabus nipis terapung-apung. Berarak-arak di puncak rimbunan hijau.

 8.19 pagi, matahari terlindung di balik awan sisik cirrocumulus. Bukit-bukau  di kejauhan kelihatan  kelabu. 8.21 pagi, melalui kawasan bukit-bukau. Terasa bagaikan menyusuri celah-celah  tebing tinggi. Kemudian berliku-liku menuruni lembah.

8.27 pagi, melalui rimbunan hijau. Terasa segar dan damai. Seterusnya melintasi kawasan rehat Paka. 8.30 pagi,  hentian Bukit Besi.  8.33 pagi, Exit 853 Bukit Besi. 8.35 pagi, matahari bersinar semula. Rimbunan hijau kelihatan segar dalam sinaran pagi.

8.40 pagi, melintasi Exit 851 Kuala Dungun. Saat ini masih lagi 347 km ke Kuala Lumpur. 8.35 pagi, melintsi Exit 847 Kertih.  8.59 pagi, Exit 845 Bandar Sri Bandi Kijal. 9.03 pagi, kelihatan kabus di kawasan bukit. Terapung-apung di puncak rimbunan hijau.

9.07 pagi, melintasi  Exit 841 Cukai. Seterusnya menyeberangi Sg. kemaman. 9.11 pagi, kabus kelihatan semakin tebal. Hampir-hampir menghilangkan banjaran bukit. Kelihatan agak mistri.


Menyusuri Bandar Kuanbtan

9.14 pagi, 335 km lagi ke Kuantan. 9.19 pagi, melewati kawasan rehat prasing. 9.24 pagi, Exit 836 Jabor. 9.26 pagi, touch & go di  Tol Jabor. 9.28 pagi, masuk bulatan. Terus masuk simpang ke Kuantan. 9.37 pagi, awan mendung mula berarak. Kabus mula menyelubungi.

9.39 pagi, masuk Jalan Sultan Ahmad Shah. Seterusnya ke  simpang kiri ke pusat bandar. 9.44 pagi, Jalan Tun Ismail. 9.47 pagi, parkir di  Optometris Siti & Mastura. Jauh di hadapan kelihatan Kuantan City Mall. Di seberang jalan pula Berjaya Megamall.

Urusan Ayahsu dengan City Bank terpaksa ditangguh.  Bank sudah ditutup rupanya. 9.58 pagi, bertolak mengikut  Jalan Gambut. Kemudian masuk Jalan Bukit Ubi. 10.02 pagi, menyusuri Jalan Wong Ah Jang. 10.14 pagi, akhirnya keluar daripada bandar Kuantan.
                           
10.18 pagi, melintasi SMK Paya Besar. 10.20 pagi, Rasau Perdana. 3 minit kemudian Kg. Seri Damai. Seterusnya masjid jamek Batu 6. 10.27 pagi, singgah di Stesen  Petronas Jaya Gading.10.34 pagi, keluar duit dari Kios CIMB. Saat ini perjalanan masih berbaki 244 km lagi ke Kuala Lumpur.

10.40 pagi, masuk Taman Sri Mahkota. Enam minit kemudian masuk lebuh raya. Kemudian touch & go di Tol Gambng. Masih lagi berbaki 215 km ke Kuala Lumpur. 10.57 pagi, melintasi kawasan rehat Gambang.  Seterusnya masuk sempadan Daerah Maran.

11.08 pagi, perjalanan masih berbaki 176 km ke Kuala Lumpur. Bagaikan menghitung km demi km. Seterusnya melintasi Hentian Sebelah Maran. 11.26 pagi, Kawasan Rehat Temerluh. Kermudian melalui jembatan Sultan Ahmad untuk menyeberangi Sg. Pahang.

11.35 pagi, masuk zon operasi kamera. Sepuluh minit kemudian melewati Hentian Lancang. Perjalanan berbaki 87 km ke Kuala Lumpur. Semakin menghampiri destinasi. Di kejauhan pula kelihatan seolah-olah puncak bukit mencecah awan. Begitu indah dalam kesamaran.


Hutan Hujan Tropika

11.49 pagi, touch & go di  Tol Karak. Kemudian jalan mula berliku-liku. Mengikuti kontor di lereng-lereng bukit. Merentasi rimbunan hijau hutan hujan Tropika. Kelihatan di kejauhan kabus terapung-apung, bagaikan berarak-arak di puncak rimbunan hijau.


Laluan R&R Genting Sempah

R&R Genting Sempah

12.00 tengah hari, melintasi MRSM Bentung. Seterusnya, touch & go di Tol Bentong. 12.06 tenga hari, masih melalui kawasan bukit bukau. Perjalanan masih lagi berbaki 46 km. 12.19 tengah hari, masuk simpang kiri. Parkir di  R&R Genting Sempah. 12.24 tengah hari, duduk di depan restoran Hayati Genting No 14. Menikmati nasi ayam. Boleh tahan juga.


Lunch Di R&R Genting Sempah

Perkena Sepinggan Nasi Ayam

12.27 tengah hari, perkena pula putu bambu world. Pengganti dessert. 12.36 tengah hari,  masuk rest room. Mencari kelegaan dan keselesaan. 1.03 tengah hari, drive-thru 24 hours Mcdonald. Order aiskrim durian dan oreo. Agak lama juga menunggu giliran. 

Post a Comment

Powered by Blogger.