Qalam Perjalanan

HARI KELAPAN 4 MEI 2018 (1)
 Changi Airport – KLIA - Food Garden


Lokasi Pesawat

4.54 petang, tinggal lagi 567 batu dengan  kelajuan  559 bpj. 5.04 petang, hanya 72 batu dengan kelajuan  559 bpj. Ketinggian semakin berkurangan  kepada 18500 kaki. 5.11 petang, tinggal lagi 37 batu. Kelajuan hanya 322 bpj dengan ketinggian 11156 kaki.


Melbourne Airport
5.17 petang,  pesawat membuat touch down. Terasa bergegar. Seterusnya bergerak perlahan-lahan ke lot parkir. Syukur alhamdullilah, akhirnya selamat sampai di Changi Airport.

(Waktu Singapura 2 jam kemudian)


Take A Moment

Whisper Of Love

A Loving Couple

Teman Kembara

3.58 petang (waktu Singpura), berkumpul di Istudio. Kemudian solat jamak takdim di mosula airport. 4.18 petang, selesai solat. 4. 25 petang, berehat di sofa depan kedai The Coffee Bean & Tea Leaf. 4.30 petang, baru bergerak.


Hexagon Changi

Aluan Karpet

Terminal 2

Shop Street

4.33 petang, sampai di stesen skytrain, di  T2 Gate E & F. 4.36 petang, baru naik train. Dua minit kemudian sampai di Terminal 2. Lalu menyusuri sepanjang kedai. 4.51 petang, naik beberapa  travellator hingga sampai di Gate 26.


Beauty Sites

Amongst The Beauty

A Maze Of Carpet

Laluan Ambal

Panorama LP

Balai Perlepasan

Terpaksa transit 4 jam 20 minit. Membosankan, the anxiety of waiting is torture. Dengan status “immediate connecting” terpaksa menunggu dalam airport. Hanya berehat di kerusi yang disediakan. Mata pula semakin layu. Bagaikan ada sesuatu yang bergantung di kelopak mata.


Suasana Airport

Changi Aroma

5.54 petang, terpaksa pula berbaris. Kemudian melalui security check. Selepas itu masuk balai menunggu. 6.21 petang, pemeriksaan boarding passKemudian masuk aerobridge. Terus masuk ke dalam kabin, pesawat Singapore Airlines SQ118. 6.28 petang, duduk di seat 66C dan Umi di seat 66D.


SQ118

Singapore Airlines

Relaxation Mode

Agak kecoh sedikit kerana kesilapan susunan tempat duduk oleh tour leader. Anyway no harm done. Bagaimanapun terasa agak selesa. Kabin mempunyai seat 3x3x3 dengan 2 aisle. Ruang kaki tidak terlalu membataskan pergerakan.

Suasana agak tenang. Diiringi musik sentimental. Benar-benar menghanyutkan perasaan. 6.44 petang, buka movie di back seat. Tajuk “Thor: Ragnarok” yang telah diformatkan. 6.50 petang terganggu oleh tayangan keselamatan.


Lokasi Flight


7.16 malam, tinggal lagi 33 batu dengan kelajuan 430 bpj. Ketinggian dikurangkan kepada 17638 kaki. 7.19 malam, paramugari menolak mini bar. Mengedar minuman dan kacang.

Kadang-kadang kacang tanah dianggap sebagai snack food yang biasa. Sebaliknya ia mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus. Walaupun saiznya kecil tetapi khasiatnya besar, dan kaya dengan pelbagai nutrient.

7.32 malam, pesawat berada di ketinggian 11500 kaki dengan kelajuan 360 bpj. Berbaki lagi 62 batu. Semakin hampir. 7.35 malam, tinggal lagi 51 batu. Kelajuan dikurangkan kepada 346 bpj. Begitu juga ketinggian 9286 kaki.

Sisa-sia senja sudah lama menghilang. Hanya tinggal awan  kelabu dan sedikit kuning kemerah-kemerahan. Sayup-sayup menghiasi kaki langit. Warna-warni, biasan dari cahaya mentahari yang sudah lama tenggelam.

Pesawat mula mengurangkan kelajuan, dan mengurangkan ketinggian Semakin rendah. 7.45 malam, akhirnya membuat touch down. Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA. “Green, Green Grass Of Home”.

8.11 malam, berbaris untuk pemeriksaan pasport. 8.21 malam, menunggu di ruang baggage reclaim. 8.39 malam, keluar  dengan troli. 8.41 malam, melepasi pintu balai ketibaan.  Pintu yang dianggap sebagai a good-bye arch. Gerbang perpisahan antara ahli-ahli dalam group Poto travel.

Terasa sedih. Teringat pertemuan kali pertama pada 28 April jam 12.12 tengah hari di kaunter L, KLIA. Lalu kita sama-sama mengharungi cabaran kembara di bumi asing. Dingin sama-sama kita rasai,  keindahan sama-sama kita nikmati dan likuan sama-sama kita lalui. “Lalu di celah rimbunan malam, kita melihat cahaya dari gumpalan awan”.

Lagu
Kembara Kita

Ukuran daun adalah hamparan
Debunga alam itulah puisi
Di celah rimbunan malam
Kucari suatu cahaya

Api di laut adalah pedoman
Gumpalan awan memecah di angkasa
Aku yang masih di sini
Duniaku masih suci

Berlari bersama angin
Mengejar dari waktu silam
Kembara ku masih jauh
Bilakah ia akan berlabuh

Nyanyian
Ella & Ramli Sarip

Akhirnya pada malam ini kita terpaksa berpisah. Bagaikan terdengar sayu lagu lama “Auld Lang Syne”. Demikian suratan kembara, kita hanya ditakdirkan bertemu untuk berpisah. Mudah-mudahan “kebetulan” akan mempertemukan kita kembali. Adieu my friends.

Auld Lang Syne
(for the sake of old times)

Should auld acquaintance be forgot,
and never brought to mind?
Should auld acquaintance be forgot,
and auld lang syne?

CHORUS:
For auld lang syne, my dear,
for auld lang syne,
we’ll tak' a cup o’ kindness yet,
for auld lang syne.

CHORUS
We two have run about the slopes,
and picked the daisies fine;
But we've wandered many a weary foot,
since auld lang syne.

8.47 malam,  naik lif ke aras 2. Kemudian terus masuk food Garden. Duduk depan kedai Thai Corner dan Pantai Timur. 9.20 malam, selesai dinner. 9.31 malam, naik lif ke aras 5. Lalu singgah di kios check-in.

Seterusnya mundar-mandir, membiarkan masa berlalu. Flight dari KLIA ke Sultan Mahmud Airport dijadualkan esuk, 7.20 pagi. Jadi banyak masa lagi. Bagaimanapun terpaksa mencari tempat landing. Sekurang-kurangnya dekat dengan surau.

10.25 malam, melintasi kedai Kopi Time, Pondok Polis, Famous Amos, Kaskha, Kiddien dan Pos Laju. Lalu duduk di salah satu kerusi panjang. 10.31 malam, solat jamak takhir. Kemudian melepak di luar surau. Berhampiran pintu masuk KFC.

Badan terasa longlai. Mata pula semakin layu. Nampak gayanya malam ini kena tidur di kerusi panjang. Hotel “budget” KLIA, free of charge. Mudah-mudahan bermimpikan teratak Seri Teratai. Home sweet home. Tiba-tiba terasa tidak sabar menanti hari esok.

Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


HARI KELAPAN 4 MEI 2018 (1)
Hotel Ibis Style Kingsgate - Melbourne Airport


Hotel Ibis

Style Kingsgate

Commonwealth Street

4.38 dinihari, wake-up call dari front desk staff. Lalu bersiap-siap dan membuat checklist terakhir. 4.53 dinihari, menghantar semua beg ke lobi. Kemudian keluar dari hotel. Lalu merasai kedinginan dan menikmati panoramic view.  Menjadikan minit-minit terakhir sebagai a moment of nostalgia.


Lobi Ibis

Kaki 5 Ibis

Relaxation Mode

Traveling bags

5.23 pagi, ambil pack breakfast di lobi. Kemudian naik semula lif. Terus masuk bilik 641. 5.38 pagi, masih ada waktu untuk solat subuh. Berdoa untuk perlindungan-Nya. Doa adalah perisai untuk orang mukmin, saperti yang dikatakan oleh Imam Ali a.s.

5.44 pagi, keluar daripada bilik. Turun lif ke lobi. Beberapa orang veteran Poto sudah menunggu di lobi. Selesai check-out, masing-masing menolak beg ke arah bas. 6.02 pagi, naik bas 8494AO6.05 pagi, semua berada dalam bas. Kemudian barulah bertolak meninggalkan hotel Ibis Style Kingsgate dengan   iringan doa.  Adieu Ibis.

Masih agak gelap di sepanjang Commonwealth Street. Hanya lampu jalan memberi sedikit cahaya. Suasana masih lagi berbalam-balam. Awam gelap masih memenuhi ruang langit. Menjadikan cahaya fajar  samar-samar.


Melbourne Airport

6.39 pagi, sampai di Melbourne Airport. Bas parkir di tepi jalan. Bertentangan dengan Park Royal di seberang jalan. 6.46 pagi, masuk pintu internasional. Kemudian naik eskalator untuk ke balai perlepasan.


Balai Perlepasan

Ikut Prosedur

7.02 pagi, tersangkut di mesin “touch to check-in”. Kadang-kadang terlalu canggih membuatkan kita letih. Beberapa kali cuba. Akhirnya pegawai airport datang membantu.


Laluan Travelator

Daftar Masuk

7.15 pagi, selesai drop-in beg. 7.20 pagi, tunggu di kios currency exchange. Kadang-kadang waiting is wasting. Terpaksa ikut prosedur. 9.37 pagi, pemeriksaan pasport di mesin smartgate. Kemudian berbaris lagi. Anxiety of nothingness. Ini yang dikatakan oleh pakar psikologi, “waiting in line is a timeless form of torture”.

7.45 pagi, pemeriksaan oleh Aurtralian Border Force. Seterusnya melalui ruang duty free. 7.51 pagi, keluar melalui kedai beg dan handbag. 8.02 pagi, turun eskalator. Kemudian naik travellator.

8.17 pagi, sampai di Gate 18. Lalu berehat di balai menunggu. Benar-benar membosankan, sekali lagi anxiety of nothingness. Terpaksa membiarkan masa berlalu.

9.05 pagi, berbaris pula di bahagian priority lane. 9.07 pagi, scan pasport. Kemudian masuk aerobridge hingga ke pintu pesawat Singapore Airline, flight SQ116. Terus masuk kabin. Ruangnya agak selesa  dengan tempat duduk 4x4x4.


Singapore Airline

Flight SQ238

Duduk di seat 58K. Umi Ayu di seat 59K. Tempat duduk sudah disusun semula oleh tour leader, Nabila. 9.25 pagi, terus menonton Ep I Britannia. 9.31 pagi, pamugari mengedar taula panas. Kemudian diikuti edaran katalog menu. 9.35 pagi, terganggu oleh “announcement in progress”.


Fright Flight

Kembali Tenang

9.40 pagi, pesawat SQ116 mula bergerak. Bergoyang-goyang. Semakin kuat, penumpang diminta kembali ke tempat duduk dan pasang tali pinggang. 9.41 pagi, engin pesawat mula bergema. 9.45 pagi, sempat melihat tayangan keselamatan.

10.02 pagi, pesawat bergerak laju. Kemudian memecut, dan terus menonfgkah ruang udara. Terasa bergegar sedikit. Berdebar-debar, tiba-tiba dicengkam rasa flight fright. Bagaimanapun akhirnya pesawat terus menyusuri lebuh raya angkasa yang lebih luas dan terbuka.


Lokasi Pesawat

Kelihatan awan gelap berpital-pital. Bagaimanapun cahaya mentari sempat masuk dalam kabin melalui window shed. 10.18 pagi, dari voyager 3D, pesawat berada 32000 kaki dengan kelajuan 556 km/j.

Paramugara mengedarkan minuman dari mini bar. Hanya minuman orange juice. Sekadar melepaskan dahaga. 10.34 pagi, bergoyang, dan 10.34 pagi, bergoyang lagi.

Tiba-tiba pengumaman kecemasan, “please fasten your beltseat”. Cemas juga. 10.43 pagi, kembali tenang. Hilang rasa cemas. Lalu sambung semula menonton. 10.48 pagi, terasa sejuk. Terus berselimut.


High Lunch

10.57 pagi, kelajuan berkurangan 558 km/j. Begitu juga ketinggian, hanya 32000 kaki. 11.13 pagi, barulah terasa tenang. 11.22 pagi, lunch diedarkan. 11.53 pagi, selesai maka tengah hari.

12.54 tengah hari,  tinggal lagi 286 batu. Kelajuan dikurangkan kepada 555 km/j dengan ketinggian 32000 kaki. 1.27 tengah hari, berbaris di toilet. 1.35 tengah hari, baru selsesai.


Relaxation Mode

1.54 tengah hari, tinggal lagi 1948 batu dengan kelajuan dikurangkan kepada  567 bpj.  Ketinggin semakin berkurangan kepada 3400 kaki.

2.04 petang, tamat cerita. Cuba pula mendengar nyanyian Jimi Hendrix dengan gitar ajaibnya. Bagaimanapun terasa “sakit telinga”. Orang lama memang kurang berminat lagu rock. 2.22 petang, tengok pula cerita karton, Pokemon The movie, “I choose You”.  Saje-saje, tak ada apa nak buat. Just killing time.


Merentasi Lautan

3.17 petang,  tinggal 1051 batu lagi. Kelajuan semakin berkurangan kepada 563 mph dan ketinggian hanya 36000 kaki. 3.25 petang, teatime. 4.10 petang, terpaksa beratur di toilet.


Hampiri Destinasi

4.25 petang, tamat cerita pokemon. 4.27 petang, tinggalkan lagi 390 batu, kelajuan 573 mph dan ketinggian kekal 3600 kaki. Terasa boring pula. Tukar kepada channel muzik. 4.45 petang, terasa juga hanyut apabila mendengar lagu sentimental “I will always love you”, oleh Michael Omartian.

I hope life treats you kind
And I hope you have all you've dreamed of
And I wish you joy and happiness
But above all this I wish you love

And I... will always love you
I will always love you
I will always love you
I will always love you

font-size: 13.0pt;

HARI KETUJUH 3 MEI 2018
Summerland Peninsula - Nobbies Centre - Philip Island
Nature Park  - Peguin Parade - Ziyka Pizza Cottage
- Hotel Ibis Style Kingsgate


Laluan Philip Island

Seterusnya menyusuri  Jalan Philip Island, sebagai tourist highway. 3.52 petang, melintasi chocolate factory. Terkenal dengan, “Amazing World of Chocolate”. Kemudian melintasi simpang Woolamai Beach Road. 3.56 petang, melintasi dataran ternakan lembu.

4.01 petang,  melintasi Helborn bicycle 4 track. Beberapa ekor biri-biri kelihatan sedang meragut di dataran. 4.05 petang, masuk simpang Back Beach Road. Sempat melihat beberapa ekor wallaby di dataran rumput tussock. Seekor pula kelihatan melompat-lompat sambil  melintasi jalan.


Wallaby

Wallaby adalah makropod kecil. Tergolong dalam keluarga taksonomi yang sama seperti kangaroo. Terdapat 11 spesies wallaby, yang agak terkenal ialah Macropus dan Protemnodon. Begitu uniknya haiwan ini, hinggakan Pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Australia dijuluki sebagai Wallabies.


Summerland Peninsula

Tidak sedar ketika masuk  Jalan  Ventnor.  Lalu  menyusuri Summerland Peninsula. Terletak di hujung barat Pulau Phillip. Merupakan sebahagian daripada kawasan yang dilindungi. Yang menjadikannya habitat semulajadi kepada pelbagai haiwan dan tumbuhan. Terutamanya koloni Little Penguin.

Dari tahun 2012, Pelan Induk Semenanjung Summerland telah membangunkan semenanjung ini dengan visi untuk mewujudkan Taman Alam Semulajadi yang terkemuka di dunia. Pada tahun 2019 beberapa projek telah mengenalpasti  points of interest yang berpotensi.

Rancangan Induk Jejak Semenanjung Summerland, menjadi  rangkaian network of tracks and trails komponen utama Pelan Induk. Dengan matlamat, network ini dapat mempercepatkan lagi pembangunan semenanjung sebagai destinasi dan pusat pelancungan yang terkemuka.


Nobbies Ocean

Ocean Discovery

Nobbies Centre

4.15 petang, turun dari bas untuk melihat senja di pinggir Nobbies Ocean. Terletak di  Point Grant, di hujung barat Pulau Phillip. Bagaimanapun singgah sebentar di Nobbies Centre, pusat ecoturism. Popular dengan "Antartic Journey". Kembara alam maya ke sudut dunia yang paling sejuk.


Kaki Langit

Saujana Mata

Remang Senja

Sisa-Sisa Senja

Menunggu Pudar

4.19 petang, turun ke rock platform. Seterusnya menyusuri boardwalk hingga ke pantai. Lalu menyaksikan  keajaiban alam yang begitu indah. Mengagumi beberapa kejadian alam. Demikian, terjadinya formasi Nobbies Rocks, Seal Rocks dan Blowhole adalah sebagai penyaksian Kebesaran Ilahi. Subhanallah. Sesungguhnya inilah peringatan-Nya.

Surah Adz Dzariyat, Ayat: 55
Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.


Setenang Laut

Sedamai badai

Melakar Senja

Anugerah Ilahi

Dari kejauhan kelihatan senja sayup-sayup melatari kaki langit. Begitu indah sekali.  Diiringi pula bayu dari Selat Bass. Memuput mesra. Lalu menjadikan panorama pesisir pantai begitu mempersonakan. A gift of nature is beyond words, sukar dilakarkan dengan kata-kata. Sekalipun hanya biasan cahaya dari syurga.


Antartic Journey

Romantic Escapism

Medan Parkir

Beyond Reality

Kemudian masuk semula Nobbies Centre. Terdapat beberapa paparan informasi dan pendidikan. Bilik "Antartic Journey", untuk kembara alam maya. Sebuah kafe  untuk melepaskan dahaga. Bagi peminat souvenir boleh  pula membuat pilihan mengikut cita rasa. Untuk kanak-kanak disediakan  taman permainan to enjoy the day.


Boulevard Trail

Ride Adventures

Dari Windshield

Dari Jendela

4.54 petang, bertolak. Lalu masuk adventure route, dikenali sebagai Boulevard Trail. Jalan kerikil yang panjang 4 km untuk sampai ke Peguin Parade.  Jejak Boulevard ini benar-benar memberi  cabaran kepada pejalan kaki, penunggang dan juga pemandu.


Boulevard Trail

Seterusnya menyusuri laluan sepanjang pinggir laut. Kelihatan begitu indah dalam remang-remang senja. Warna-warna senja kelihatan menghiasi kaki langit. Kilauan cahayanya bagaikan menari-nari di hujung ombak. Begitu panoramik dan romantik. Terasa bagaikan melalui a journey of romantic escapism.


Southpoint Lookout

Sempat  juga melihat beberapa ekor wallaby, sepesies kangaroo. Kelihatan mengintai-ngintai di celah-celah rumput tussock. 4.57 petang, sampai di Southpoint Lookout. Bagaimanapun masa tidak mengizinkan untuk menerokai tebing tinjau.  Hanya sekadar menikmati keindahan  senja dari jendela.


Penguin Colonies

5.21 petang, sampai di Philip Island Narture Park.  Lalu masuk couch entry. Kelihatan  bas pelancong memenuhi couch park. 5.29 petang, turun dari bas. Beberapa buah bas kelihatan baru sampai. 5.42 petang, masuk Park Visitor Centre. Seterusnya ke dewan teater untuk menonton dokumentari penguin kecil.

Pusat Pelancongan

Social facilities

Information Access

Little Penguin atau Eudyptula minor adalah spesies penguin terkecil. Purata ketinggian 33 cm dan panjang 43 cm. Sering juga dipanggil fairy penguin kerana saiznya yang kecil. Mereka juga dikenali dengan nama Maori iaitu kororā.

Penguin ini mempunyai mata yang sensitif pada kilauan cahaya.   Cahaya yang memancar secara tiba-tiba boleh  menakutkan atau membingungkan penguin. Justeru  pelancong tidak dibenarkan menggunakan flash untuk kamera, kamkoder atau handphone.

6.36 petang, terus menyusuri boardwalk bersama para pelancong yang lain. Menuju ke Summerland Beach. Bagaikan pesta berjalan kaki, seiring dan sedahuluan ke pantai. Selangkah dan searah, riuh rendah. Keramaian yang menyeronokan. The more the merrier.  Masing-masing kelihatan teruja.


Welcome Board

Di penghujung boardwalk hampir dengan pantai disediakan platform tinjau. Mempunyai tempat duduk bertingkat. Melandai ke pantai dengan ruang pandangan 180º. Menghadap Teluk Summerland dan Selat Bass yang lebih luas dan terbuka.Bagaimanapun terhad kepada maksimum 300 orang.


Platform Tinjau

Pandangan 180º

Platform Bertingkat

Pesta Little Peguin

Masing-masing begitu setia menunggu. Akhirnya sisa-sisa senja mula pudar di kaki langit. Sebaliknya kegelapan beransur-ansur memburu ruang. 6.48 petang, masing-masing terus menumpukan pandangan ke pantai Teluk Summerland. Tidak sabar-sabar untuk melihat little peguin melenggang naik ke pantai.


Sabar Menanti

Lenggang Peguin

6.43 petang,  little peguin masih lagi tidak mendarat. Senja  sudah lama menyepi. Bagaimanapun tidak sedar kegelapan hampir menyelubungi pantai. Hanya terdengar debur ombak bersilih ganti dengan deru angin. Serentak dan seirama. Bagaikan turut meraikan keramaian. Diiring ombak yang berbalam-balam putih, bergulung-gulung naik ke pantai.


7.26 malam, masing-masing masih menumpu perhatian ke pantai. 7.34 malam, tiba-tiba ada yang menjerit. Masing-masing berdiri bagaikan memberi standing ovation.  Beberapa ekor pengguin kelihatan muncul dari celah-celah ombak. Lalu berbaris sambil berlenggang  naik ke pantai.  Namun tidak berapa jelas. Cahaya lampu pantai tidak berapa terang. Hanya samar-samar.

Dimaklumkan little penguin biasanya keluar dari laut selepas memburu ikan. Kemudian berlenggang naik ke pantai apabila senja semakin gelap. Mereka kembali ke sarang yang terletak di bukit-bukit pasir di darat.

8.13 malam, hujan mula turun. Angin laut terus memuput. Terasa dingin, hampir menggigil. Masing-masing terus bangun meninggalkan tempat duduk. Bergerak perlahan-lahan melalui boardwalk. Hujan masih lagi turun apabila sampai di pintu Taman Pusat Pelancungan.


Pusat Pelancongan

Dewan makan

Sandwitch & Chips

Feeling Hesitant

8.46 malam, dinner time. Malangnya sepinggan sandwitch tak disentuh. Terasa waswas nak makan. Hanya makan kentang goring. Bagaimanapun tour leader benar-benar upset. Ayway, anggaplah ini sebagai situational problem for maturity assessment. Hakikatnya, problem is wisdom. Today’s problem is tomorrow’s decision.

9.18 malam, bertolak. Meninggalkan Philip Island Narture Park. Hujan masih lagi turun renyai-renyai. Lalu sepanjang perjalanan bagaikan melayari mimpi. Mengimbau nostalgia yang tidak ada penghujungnya. Mungkin, apabila sudah di penghujung usia, mimpi itu adalah kembara yang hanya bermula tetapi tidak berakhir.

9.37 malam, berhenti di stesen minyak BP. Turun untuk melegakan diri di rest room. 9.46 malam, bertolak semula. Di hadapan kelihatan deretan lampu merah, bagaikan berkejar-kejaran. Suasana agak tenang,  namun sepi dalam keramaian. Mungkin keletihan menjadikan masing-masing hanyut. Malah ada yang sempat  berlabuh di muara mimpi. Lalu terapung-apung tanpa tepian.

10.13 malam, perjalanan menghampiri  Bandar Melbourne. Kelihatan beberapa buah kereta masih di jalan raya. 10.21 malam, masuk simpang kanan ke Toorak Road. 10.25 malam, melintasi MCG Football Stadium. Seterusnya melalui Bridge Road.


Ziyka Pizza Cottage

Rathtown Street

Pizaza Taste

10.33 malam, masuk Elexander Road. Seterusnya parkir di hadapan Ziyka Pizza Cottage di Rathtown Street. 10.46 malam, masuk kedai pizzas. Dinner sekali lagi dengan pizza, walaupun lewat malam. Pada suapan terakhir barulah terasa kenyang. Alhamdulliah.

11.11 malam, menyusuri kaki lima kedai. Lalu menikmati  the dancing lights sepanjang Rathtown Street. Hujan masih lagi turun. Sekali-sekala angin malam bertiup. Menjadikan suasana  diselubungi kedinginan. Jalan kelihatan basah walaupun hujan tidak lebat. Imbasan cahaya kelihatan bagaikan menari-menari di lopak-lopak air di tepi jalan.

Malam ini terasa benar heningannya, sekalipun beberapa  kenderaan lalu-lalang. 11.22 malam, baru bertolak. Menyusuri Grattan Street. 11.29 malam, di Gobden Street. Masuk simpang kiri ke William Street dan seterusnya simpang kiri ke Commonwealth Street. 11.36 malam, sampai di hotel Ibis Style Kingsgate.

11.37 malam, naik lif ke aras 6. Selepas tiga kali corner baru sampai di bilik 641. Alhamdullah, barulah dapat berehat. Kemudian isi borang Penilaian Perkhidmatan. Seterusnya berkemas-kemas. Pakaian dan barang-barang disusun dalam beg kembara Echoac dan Jean Francois.

Badan pun dah letih. Mata mula layu dan minda pun dah tepu. Akhirnya terlena dalam keletihan. Jadi biarkan mimpi meniti sepanjang malam. Biarkan ia semakin larut, dan hanyut tanpa perhentian.


Powered by Blogger.