HARI KEENAM 2 MEI 2018 (1)
Hotel Ibis Kingsgate  - Eastern View  - A Great Ocean Road 
- Appolo Bay - Georges Food Court


Lokasi Hotel Ibis

Hotel Ibis Styles

5.07 pagi, wakeup call dari counter lobby. Masih banyak waktu. Inilah kesempatan untuk melihat sepintas lalu perjalanan hari ini. 6.02 pagi, solat subuh. Memanjatkan doa untuk dijauhi dari unwanted and unexpected happenings.


Setenang Pagi

Sedamai King Street

Namun kadang-kadang yang tidak dijangka itu adalah pertembungan intelektual. Benarlah kata pujangga Irish, Oscar Wilde: “To expect the unexpected shows a thoroughly modern intellect”. Adakalanya yang kita suka itu membawa bala dan yang kita benci itu membawa rezeki.

Surah Al-Baqarah: Ayat 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."


Breakfast

Dinning Ibis

Packed Breakfast

6.54 pagi, turun lif ke aras 1. Dewan makan menyediakan  packed breakfast. Jadi kena makan secukupnya food calorie untuk bekalan tenaga. 7.44 pagi, selesai. Terus naik lif ke aras 6. Terkeliru sedikit, morning illusion kerana laluan tiga sudut, kadang-kadang tersilap masuk lorong. Bagaimanapun  sampai juga ke bilik 641.


Infrared Therapy

Hari ini berasa kurang sihat. Terpaksa pekena infrared light therapy dalam bilik mandi. 8.21 pagi, keluar dari bilik. Turun lif ke lobi untuk menunggu departure time. Bagaimanapun sempat mencari sudut-sudut fotografi di  luar hotel.


Ibis Styles

Kaki 5 Ibis

Kembaramate

King Street

Kenangan Ibis

Suhu pagi ini 16ºC. Terasa sejuk walaupun memakai jeket. Di luar kelihatan kereta sudah memenuhi jalan raya. Pedestrian dari all walks of life juga turut memenuhi kaki lima bangunan. Lalu menuju ke destinasi masing-masing.


Lakaran Cabaran

King Street

Double Vision

8.50 pagi, baru bas bergerak. Meninggalkan Hotel Ibis Kingsgate. Seterusnya masuk simpang kanan. Melintasi Big Station Interstate. 9.02 pagi, melintasi Vivey Hotel. Masuk semula King Street. Seterusnya melintasi Etihad Stadium di Bourke Street. 9.08 pagi, di laluan South Melbourne West.

9.14 pagi, naik Westgate Bridge yang meretasi Sungai Yarra. Jembatan yang menghubungi bandaraya utama (CBD) dan pinggiran barat Melbourne. Seterusnya masuk laluan M1 Geelong, 3 lorong sehala. Perjalanan semakin menghampiri destinasi.


Stesen Minyak

 Minyak BP

Food Court BP

Mini Market BP

Bagaimanapun terasa  sedikit mengantuk akibat makan ubat selsema Chlorpheniramine 4mg. 9.33 pagi, melintasi ladang lembu dan gandum. Seterusnya melalui ladang gersang yang luas. 9.49 pagi, berhenti di stesen minyak BP. Lalu masing-masing melegakan diri di rest room.


Laluan Colac - GOR

10.07 tengah hari, bertolak semula. Masuk laluan Colac to A Great Ocean Road. Jalan menjadi 2 lorong.  10.14 tengah hari, masuk high wind area. Kemudian masuk  bulatan. 10.24 tengah hari, melintasi ladang gersang yang luas terbentang.


Tasik Colac

9.42 tengah hari, jalan sedikit berliku. Kemudian masuk bandar Colac. Berhampiran  Tasik Colac. Tasik air tawar semulajadi yang terbesar di Victoria. Tasik yang indah. Landskapnya berubah-ubah, bergantung pada waktu, cahaya, dan aktiviti. Dimaklumkan Weather phenomenal ini  begitu  indah, dan mempersonakan.


Eastern View

Sudut Keindahan

10.45 tengah hari, jalan berliku-liku di sepanjang pantai. Lalu menikmati keindahan dari jendela.  Kelihatan laut membiru dengan ombak-ombak memukul pantai. Dipinggiri oleh rimbunan pokok-pokok renek. 11.02 tengah hari, bus berhenti di Eastern View. Kelihatan deretan bas pelancong memenuhi birai jalan.


Jaluran Sejarah

Asalnya Eastern View adalah kawasan pantai yang terpencil sebelum pembinaan Great Ocean Road. Sekarang Eastern View terdiri daripada jalur kecil rumah sepanjang Great Ocean Road antara pantai dan Taman Negara Great OtwayCinema Point lookout juga terletak di Eastern View

Pemandangannya begitu panoramik dan mempersonakan. Puputan bayu lautnya bagaikan membisikan bait-bait pengorbanan. Seiring deburan ombak sayup-sayup mendendangkan  the battle symphony”, yang menyedihkan.
 
Lalu kemudiannya masing-masing menyusuri "laluan sejarah". Mencari sudut-sudut forografi di Memorial Arch dan arca The Diggers. Kedua-dua monumen ini adalah penghormatan kepada para askar Perang Dunia Pertama. Mererkalah yang telah membina Great Ocean Road.


Selat Bass

 Pantai Bersantai

Jalinan Kasih

Pantai Bisikan

Melakar Kenangan

Ombak Rindu

11.11 tengah hari, menyusuri lorong kecil ke pantai. Sempat mencari sudut-sudut fotografi. Kelihatan ombak-ombak saling bekejar-kejaran, bergulung-bergulung menerjah pantai. Bayu laut dari Selat Bass turut memuput, membelai mesra. Mengalu-alukan pengembara yang menyusuri sepanjang Great Ocean Road.


Torquay - Warmambool

Great Ocean Road adalah Warisan Kebangsaan Australia. Sejauh 243 kilometer sepanjang pantai timur Australia. Bermula di Torquay hingga ke Allansford berhampiran Warmambool. Jalan 2 lorong ini mempunyai had laju yang berbeza, antara 50 km/j hingga 100 km/j.


Monumen Sejarah

Tugu Sejarah

Memorial Arch

The Diggers

Teganumate

Dedikasi Tentera

Dibina oleh tentera yang kembali antara 1919 dan 1932. Sebagai didedikasi kepada tentera yang terkorban semasa Perang Dunia I. Ia merupakan peringatan perang terbesar di dunia. Mengelilingi pelbagai rupa landskap di sepanjang pantai. Akses kepada beberapa mercu tanda yang terkenal, termasuk Twelve Apostles.

Membelai Mesra

Timber Arch

Great Ocean Road

11.18 tengah hari, bertolak. Jalan masih berliku-liku dengan beberapa selekoh yang tajam. 11.24 tengah hari, jalan tiba-tiba sesak. Bergerak perlahan-lahan akibat tebing tanah tinggi runtuh. Unexpected happening. Sungguh mencabar.


Dari Windshield

Likuan Pantai

Lereng bukit yang agak tinggi dengan  pantai yang indah. Menjadikan perjalanan begitu panoramik dan romantik. Indah dengan ombak-ombak berkejar-kejaran. Kemudian bergulung-gulung naik ke pantai. Menarik pula dengan rimbunan renek, bagaikan memagari sepanjang pantai.

11.36 tengah hari, masuk bulatan kecil. Kemudian melalui Bandar Lorne. Bandar di pinggir pantai Telok Appolo. 11.40 tengah hari, jalan masih lagi berliku-liku. Sesekali mendaki dan sesekali menurun, mengikut kontor lereng bukit. 11.38 tengah hari, kelihatan sayup-sayup pantai dari cerun bukit. 


Road Safety

Tiba-tiba jalan sesak. Akibat pokok tumbang dari tebing atas. Beberapa orang pekerja roadcare and maintenance sedang mengalihkan pokok.  11.50 tengah hari, baru perjalanan lancar semula. Sejak 2013 lagi, kerajaan Australia dan Victoria telah melabur $100 juta untuk menaik taraf Great Ocean Road.


Sentuhan Keindahan

Kadang-kadang asyik dengan keindahan. Namun ramai yang hanyut dibuai mimpi, dalam ayunan bas. 12.02 petang, laluan sesak lagi. Laluan agak kecil dan sempit. Terpaksa berhati-hati. Lebih-lebih lagi melalui cerun bukit yang tinggi dan tebing lembah yang curam.

12.05 petang, menaiki jembatan Sungai Wye dan Sungai Kenneth. Seterusnya melalu kawasan high accident. Terpaksa berhati-hati melalui tebing curam dan likuan yang bahaya. 12.28 petang, melintasi Smythe Greek. 12.29 petang, melintasi ladang lembu.  Jalan di sini agak landai tetapi masih berliku-liku.


Appolo With Love

Intaian Rindu

Motel Appolo Bay

Langkah Santai

12.36 petang, melintasi muzium Appolo Bay. Kemudian melalui Colingwood Street. 12.40 petang, sampai di Bandar Appolo Bay.  Sebuah bandar di barat daya Victoria. Menjadi perhentian di Great Ocean Road. Turun dari bas. Lalu berjalan melintasi Motel Appolo Bay. 12.46 petang, masuk Georges Food Court. Duduk berhampiran kaunter. Hari ini lunch dengan pasta and chips.


Georges Food Court

Western Suicine

Light Lunch

Adieu Appolo

1.26 petang, baru selesai light lunch. Kemudian terpaksa pula beratur di depan toilet. 1.45 petang, bergerak ke arah bas. Bayu dari teluk terus memuput lembut. Namun terasa sejuk. 1.51 petang, akhirnya bertolak, meninggalkan Bandar Appolo Bay. Adieu. 1.53 tengah hari, menyeberangi sungai Barham.