Qalam Perjalanan

HARI KELAPAN:  SABTU 25 MAC 2017 (2)
Makam Sunan Ampel - Kedai Cak Ning - Restoran Handayani 
- Airport Juanda - Airport Jakarta - KLIA


Peta Makam Sunan Ampel

7.51 pagi, sampai ke gerbang makam Sunan Ampel. Masih dalam kompleks masjid. Seterusnya masuk ke halaman makam. Telah dinyatakan larangan untuk bersolat dan berdoa di makam. Akan tetapi kekeliruan masih terjadi kerana percanggahan dari segi peraturan, tradisi dan mitos.

Sebenarnya masjid Sunan Ampel ini  telah mengalami tiga kali perluasan. Pada tahun 1926, 1954 dan 1972.  Kini keluasannya sudah mencapai 1,320 meter persegi dengan panjang 120 meter dan lebar 11 meter.

Kompleks makam pula dikelilingi tembok besar setinggi 2.5 meter. Begitu juga  makam Sunan Ampel bersama isteri dan lima kerabatnya, dipagari besi setinggi 1.5 meter. Tembuk ini melingkari kompleks makam seluas 64 meter persegi. 


Tempayan Besar

Air Minumam

Air Berakah Wali

Di kawasan makam Sunan Ampel, terdapat tempayan-tempayan besar. Menyediakan minuman  untuk pengunjung. Namun ada satu notis tertampal dalam bahasa Indonesia yang berbunyi, "Jangan ambil air berbotol-botol, gunakan cawan yang disediakan untuk minum".


Rimbunan Hijau

Suasana Nyaman

Kawasan makam dirimbuni oleh pepohon hijau. Memberikan suasana yang nyaman dan damai. Bagaimanapun terasa bagaikan memasuki ruang masa. Menyusuri abad ke-15 yang penuh dengan tradisi. Kadang-kadang terasa aura mistri dan mistik menyelubungi kawasan makam.

Di sudut  kanan terdapat batu-batu nisan. Dipercayai, tempat persemadian ana-anak murid Sunan Ampel. Beberapa orang murid, dan putera Sunan Ampel sendiri menjadi anggota Wali Songo. Antaranya: Sunan GiriSunan BonangSunan DrajadSunan KalijagaSunan MuriaRaden PatahSunan Kudus, dan Sunan Gunung Jati.


Dagangan Ala Arab

Barangan Arab

B
9.55 pagi, sekadar membasuh muka di tempayan besar. Sebaliknya pengikut Sunan Ampel begitu taksub. Mempercayai air tempayan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Dipercayai air dari telaga yang berusia 600 tahun dianggap berkah. Kononnya memiliki kelebihan seperti air zamzam di MekahWallahua'lam bissawab


10.04 pagi, bergerak keluar. Mengikut lorong yang sama. Lorong menjadi semakin sesak apabila semakin ramai pengunjung datang. 10.11 pagi, baru terasa selesa selepas keluar dari pintu gerbang utama.


Dataran Parkir

Khas Pelacongan

Kenangan Dataran

10.16 pagi, menyusuri jalan besar. Seterusnya masuk lorong ke parkir bas. Melalui gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan dan barangan. 10.29 pagi, bertolak keluar dari kawasan parkir.


Kedai Cak Ning

Pelbagai Kerepek

 Ole-Ole Juanda

11.24 pagi, singgah di kedai Cak Ning, ole-ole khas Indonesia. Menjual pelbagai kerepek, dan pelbagai rasa. Cara packaging and labeling agak menarik.  Sesuai untuk ole-ole saudara mara di kampung.


Resepi Tradisional

Restoran Handayani

12.04 tengah hari, singgah di restoran Handayani. Yang menyajikan beraneka hidangan khas Indonesia dengan resepi kuno. Yang dapat memenuhi idaman selera. 12.31 tengah hari, naik bas. Terus ke airport Juanda







Kemudian masing-masing memunggah beg-beg dari bas. Selamat tinggal Pak Kosno12.52 tengah hari, menolak troli terus ke kaunter check in. Sempat mengucap terima kasih dan selamat tinggal kepada Pak Ali. Khidmatnya benar-benar excellentThumbs-up untuk Pak Ali.


Airport Juanda

Di Kaunter Check In



1.00 tengah hari, selesai check in flight. Kemudian menunggu di balai berlepas. Terpaksa melalui satu lagi episod yang membosankan. Dan meletikan. Dimaklumkan flight dari Airport Juanda ke Airport Jakarta mengambil masa 1 jam 6 minit.

2.07 petang, take off, atau tinggal landas. Adieu Surabaya. Kami akan merinduimu 2.11 petang, cuba melelapkan mata. Membiarkan memori menyusuri kota Surabaya. 2.21 petang, snack time. Hanya sekadar jus oren untuk menghilangkan dahaga.

2.26 petang, terasa bergegar. Mungkin terlanggar awan. Bagaimanapun cuba bertenang dengan berdoa. 2.45 petang, mencari alternative escapism. Dengan menonton Bands of Robbers di skrin depan tempat duduk.

3.16 petang, akhirnya landing di Airport Jakarta. Selepas melalui pemeriksaan pasport, terpaksa menunggu. Sekali lagi episod yang paling membosankan. 3.48 petang, akhirnya melalui lorong transit and transfer. 3.54 petang, terpaksa queue untuk pemeriksaan pasport.



Kaunter Imigresen


Terpaksa beratur


4.08 petang, masuk melalui gate E.  4.11 petang, pemeriksaan boarding pass. 4.13 petang, terus masuk balai berlepas. Sekali lagi menunggu.  Terpaksa melalui an hour of involuntary tortureAnyway, let it be, alah bisa tegal biasa. Alah jemu kerana selalu.

4.51 petang, naik airport shuttle. 5.00 petang, sampai hampir dengan tangga kapal terbang. 5.06 petang, terus masuk kabin. Seat 3x3, agak selesa. Malangnya  masing-masing tidak mengikut pertukaran tempat duduk. Akibatnya ada veteran foto terpisah  dengan pasangan masing-masing.

5.13 petang, kesempatan untuk melihat movie “Boy Missing”. 5.25 petang, terganggu oleh demonstrasi keselamatan. 5.26 petang, mula bergerak perlahan-lahan. Kemudian memecut meninggalkan landasan. Lalu menyusuri lebuh raya angkasa. Adieu JakartaTerima kasih, kerana melayani karenah kami.

Awan kelihatan lesu. Bagaikan terapung-apung tidak bermaya. Demikian juga langit, mula beransur-ansur kehilangan warna. Hanya sisa-sisa senja masih lagi melatari hujung langit. Kemerah-merahannya kelihatan semakin pudar. Pudar dengan perlahan-lahan.

Seterusnya, bagaikan terapung-apung di perairan Selat Melaka. 6.04 petang, dinner diedarkan oleh pramugari. Sekali-sekala terasa bergegar-gegar. Mendebarkan. Mungkin, just anxiety of nothingness. Mungkin laluannya lebih banyak tompokan-tompokan awan.



Berehat

Family Contact


Penuh Troli


7.04 malam, ketinggian kapal terbang mulai menurun. 7.15 malam, membuat touch down. Syukur Allhamdulillah, akhirnya mendarat dengan selamat di KLIA. Terasa begitu gembira, dapat menjijak kembali bumi Malaysia. Bumi tercinta. Lalu bagaikan terdengar melody "Take Me Home, Country Roads". Tiba-tiba terasa sayu.


Country roads, take me home to the place I belong.
West Virginia, mountain mamma, take me home, country roads.

Country roads, take me home to the place I belong.
West Virginia, mountain mamma, take me home, country roads

Take me home now, country roads,
Take me home now, country roads.

John Denver



Premis KFC


26 Mac 5.29 pagi KLIA


26 Mac 3.18 dinihari KLIA


26 Mac 6.52 pagi KLIA


Rupa-rupanya rumput di KLIA lebih hijau. Mungkin lebih hijau lagi di halaman Sri Teratai. Alangkah bahagianya nanti ketika jari-jari menyentuh, “green green grass of home”.



26 Mac 7.12 pagi Dalam Flight


26 Mac 7.13 pagi Dalam Flight


26 Mac 7.14 pagi Dalam Flight



Hujan emas di negeri orang tetapi hujan batu di negeri sendiri. Bread at home is better than roasted meat
Teratak Sri Teratai


The old home town looks the same
As I step down from the "plane"
And there to meet me is my Mama and Papa
Down the road I look and there runs Mary
Hair of gold and lips like cherries

It's good to touch the greengreen grass of home
Yes, they'll all come to meet me, arms reaching, smiling sweetly
It's good to touch the greengreen grass of home

The old house is still standing tho' the paint is cracked and dry
And there's that old oak tree that I used to play on
Down the lane I walk with my sweet Mary
Hair of gold and lips like cherries
It's good to touch the greengreen grass of home

Then I awake and look around me
At four grey walls that surround me
And I realize, yes, I was only dreaming.
For there's a guard and there's a sad old padre,
Arm in arm, we'll walk at daybreak.
Again I touch the greengreen grass of home.

Yes, they'll all come to see me
In the shade of that old oak tree
As they lay me 'neath the greengreen grass of home.

Nyanyian Tom Jones





HARI KELAPAN:  SABTU 25 MAC 2017 (1)
Hotel D’Season – Makam Sunan Ampel - Masjid 
Sunan Ampel



 Kamar 229

Bedroom  D'Season

Lobi D'Season

7.42 pagi, menikmati panorama dari bilik 229 D’Season. Keheningan pagi benar-benar memberi ketenangan. 7.59 pagi, turun ke lobi. Lalu mendapatkan sedikit maklumat kembara dari "keturombo" Uztaz Seberi.  7.10 pagi, breakfast. Dish with variety of choice. Bagaimanapun  terpaksa diet. Mudah-mudahan dapat mengurangkan risiko penyakit 3 serangkai.

Surah Al A’raf, Ayat 31
Makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.

7.05 pagi, bertolak. Diiringi doa musafir, bacaan al Quran dan tazkirah. Sebagai penenang jiwa. Perjalanan seterusnya melalui beberapa jalan. Banyak simpang, dan banyak nama jalan. Kadang-kadang mengelirukan. Adakala jalan yang sama, tetapi nama lain-lain.


Sebagai “Kota Pahlawan”, jalan-jalan di Surabaya diabadikan dengan nama-nama pejuang nasional. Terdapat 118 nama pejuang. Yang disahkan oleh Keppres, iaitu singkatan  "Keputusan Presiden Indonesia".

7.28 pagi, setengah jam berlalu. Akhirnya bas masuk ruang  parkir khas untuk pelancong. Kelihatan ruang parkir hampir dipenuhi. Set veteran poto, kemudiannya bergerak masuk lorong. Melalui gerai-gerai yang menjual serba aneka makanan dan barangan.


Agak jauh juga untuk sampai ke destinasi. Walaupun kaki mula rasa tak selesa, keseronokan berjalan beramai-ramai mengatasi kesukaran. Benarlah kata pujangga. Apabila hati dah suka tidak ada lagi kesulitan. Dan apabila hati dah gembira tidak ada lagi keperitan.

Happiness makes the world go round





7.40 pagi, melintasi jalan. Kemudian naik jembatan kecil. Di kepala jembatan seorang peminta sedekah sudah menunggu. 7.43 pagi, memasuki gerbang Masjid Agung dan Makam Raden Rahmat Sunan Ampel. Terletak di Jalan KH Mas Mansyur Kelurahan Ampel. Di tengah kota Surabaya.




Cucu Raja Campa


Lorong Masjid


Lorong Gerai


Sunan Ampel lahir pada tahun 1401, dan wafat pada tahun 1481. Salahsilah keturunannya dari  maulana Ibrahim AsmarakandiBerasal dari Samarkand, Asia TengahSunan Ampel adalah cucu  Raja Kiyan di negeri CampaYang merupakan penganut kuat Mazhab Hanafi. 


Sunan Ampel datang ke Jawa pada tahun 1421 M untuk menggantikan ayahandanya, maulana Malik Ibrahim, Sunan Gresik yang wafat pada tahun 1419.  Sunan Ampel adalah salah seorang Walisongo yang menyebarkan ajaran Islam di Pulau Jawa. Ajarannya lebih berasakan falsafah “Moh Limo”, yang bermaksud tidak melakukan 5 kecelaan.

Moh Limo

Yakni moh main
(tidak mahu judi)
Moh ngombe
(tidak manu mabuk)
Moh maling
(tidak mahu mencuri)
Moh madat
(tidak mahu mengisap candu)
Moh madon
(tidak mahu berzina)



Street Business
T
Sebaliknya pendekatan intelektual dengan logical reasoning adalah alternatif penyebaran beliau untuk golongan “hard core”. Terutama penganut-penganut ugama Hindu dan Budha.

Pernah suatu ketika, seorang Sami Budha datang menemui Sunan Ampel. Kemudian terjadilah diskusi akidah.

Sami  Budha: "Setiap hari Tuan sembahyang menghadap ke arah kiblat. Apakah Tuhan Tuan ada di sana?”

Sunan Ampel: "Setiap hari Anda memasukkan makanan ke dalam perut agar Anda bisa bertahan hidup. Apakah hidup Anda ada di dalam perut?”

Sami Budha: Terdiam tidak menjawab, tapi dia bertanya lagi, “Apa maksud Tuan berkata begitu?”

Sunan Ampel: “Saya sembahyang menghadap kiblat, tidak bererti Tuhan berada di sana. Saya tidak tahu Tuhan berada di mana. Kalau manusia dapat  mengetahui keberadaan Tuhannya, lalu apa bedanya manusia dengan Tuhan? Kalau demikian buat apa saya sembahyang?”

Si Sami tergamam. Kata-kata Sunan Ampel bagai cetusan cahaya yang membuka jalan kebenaran. Akhirnya Si Sami masuk Islam karena terasa kagum dengan kemurnian ajaran Islam, sebagai “Rahmatan Lil Alamin”.


Gerai Aneka


Menyusuri Lorong


Bertali Arus

7.44 pagi, suasana sibuk dan sesak. Pengunjung  masuk dan  keluar bagaikan bertali arus. Kadang-kadang bersentuh bahu. Laluan yang agak sempit, menyebabkan pergerakan agak perlahan. So, just follow the flow




Masjid Ampel


Laman Masjid

Kiri dan kanan jalan sesak dengan gerai-gerai menjual beraneka barangan dan makanan. Terpaksa mencelah-celah orang ramai. Dan berhati-hati, agar tidak terlanggar jajaan peniaga.



Pintu Gerbang

Di Balik Pagar

Laluan Ke Maqam

Peniaga-peniaga bagaikan menjaja dagangan ala Arab. Sehingga suasana perniagaan bagaikan lorong-lorong kedai di Mekah tahun 1900-an. Tidak hairanlah terdapatnya makanan ala Arab:  kurma, nasi kebuli, dan roti maryam. 



Perkampungan Orang Arab


Malah  terdapat juga perkampungan orang Arab di sekitar kompleks makamHingga kini banyak bangunan warisan kampung Arab yang masih terjaga dengan baik. Terutama di beberapa jalan di sekitar kawasan Ampel



Gadis Arab Ampel

7.48 pagi, melalui tepi masjid Sunan Ampel. Yang dibina pada tahun 1540 di zaman MajapahitMerupakan  masjid tertua ke-3 di Indonesia. Beliau dibantu oleh sahabat karibnya Mbah Sholeh dan Mbah Sonhaji, serta santrinya. Masjid ini dibangun di atas sebidang tanah seluas 120 x 180 meter persegi.

Masjid ini menjadi tempat berkumpulnya para ulama dan wali. Yang datang dari berbagai daerah di Jawa.  Mereka membincangkan tentang  ajaran Islam dan  cara penyebarannya di Pulau Jawa.

Terdapat 5 Gapuro,  atau pintu gerbang yang merupakan simbol dari Rukun Islam. 5 Gapura ini  mengelilingi masjid. Antaranya: Gapuro Munggah, Poso, Ngamal, Madep, dan Paneksen.



Dibina Pada Tahun 1540


Didirikan dengan 16 tiang penyangga yang semuanya merupakan kayu jati. Ketinggian 17 meter, dan diamater 60 sentimeter. Di tiang-tiang ini terdapat ukiran-ukiran kuno peninggalan zaman Majapahit. Yang membawa maksud Keesaan Tuhan. Hingga kini masih kukuh, walaupun sudah berusia lebih dari 600 tahun.

Selain itu, memiliki 48 pintu yang masih asli, dengan diameter 1,30 meter, dan juga tinggi sekitar 2 meter. Yang menjadi ciri khas masjid ini adalah menara setinggi 50 meter. Masih utuh. Dahulunya, menara ini berfungsi sebagai tempat laungan adzan.


Dibena dengan gaya arkitektur Jawa kuno, dan nuansa Arab Islami. Masjid ini masih dipengaruhi oleh  budaya lokal, dan Hindu-Budha saperti mana pada arkitektur bangunannya.




Powered by Blogger.