HARI KE 5, 9 DISEMBER 2015
Lembah Cappadocia - Hotel Stone Concept.
(Terapung Di TaliMu Bergantung DisisiMu)
|
Lembah Cappadocia |
|
Lembah Belon |
5.10 pagi,
solat subuh, berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan. Kemudian
bersiap-siap untuk satu lagi kembara yang lebih mencabar. 5.30 pagi, masing-masing sudah menunggu di lobi. Kesian, pagi-pagi lagi dah
terpaksa bangun. Kadang-kadang
muka "tak siap", kerana tidur tak puas. Lebih-lebih lagi,
letih semalam masih belum kebah. Namun keseronokan dan keterujaan mengatasi
segala-galanya.
Nampaknya masing-masing sudah bersedia dengan baju 3 lapis. Mungkin ada yang memakai warmer pad dan fleece-lined tights, aksesori untuk
melawan sejuk. That’s it, everytime kena bersedia dan kena
punctual. Ikut masa, kerana orang kata "punctuality is the heart of a business". Anyway, make sure, jangan sekali-kali
turun dengan baju tidur.
|
Coaster |
|
50FE688 |
5.46 pagi, naik coaster 50FE688. Di luar masih gelap. Hanya nampak
kerdipan lampu-lampu di kejauhan. Dalam coaster agak sama-samar. Tak
berapa jelas walaupun jarak 1 meter. Cuma kenal melalui suara. 5.45 pagi, sampai di ofis syarikat penerbagan belon udara panas. Di sini disediakan makan ringan. Sekadar
biskut dan air untuk alas perut.
|
Ofis Syarikat |
|
Alas Perut |
6.10 pagi,
naik semula coaster untuk ke tapak pelancaran belon udara panas. Keadaan terang-terang tanah. Masih berkabus, dan
terdapat tompok-tompok salji di laluan. Laluan seakan-akan denai. Sekali-sekala
coaster bagaikan melompat-lompat. Terasa
bagai merentasi semak-samun. Kadang-kadang
pohon-pohon renek di kiri kanan denai saperti tidak mengalu-ngalukan
kedatangan kami.
|
Terasa Excited |
Akhirnya sampai di tempat pelancaran.
Beberapa orang pekerja sedang menggelembungkan belon. Juga memeriksa bakul
besar yang akan dinaiki. Masing-masing terasa excited. Teruja, mungkin ini adalah pandangan dan
pengalaman pertama melihat belon secara
dekat.
6.15 pagi, masing-masing memanjat masuk ke dalam bakul. Saat ini hati mula
berdebar-debar, bimbang dan takut. Tetapi seronok. Perasaan yang
berbaur-baur, anyway, the expectation is
so challenging. Apabila semua dah ada
dalam bakul, kapten penerbangan memberi sedikit taklimat, tentang penerbangan
dan keselamatan.
|
Take Off |
|
Sangat Teruja |
6.30 pagi, bersedia untuk take-off. Hati kami mula berdebar-debar, tetapi sangat
teruja. Masing-masing sudah memakai tali pinggang keselamatan. Lalu keyakinan
mula datang perlahan-lahan. Walaupun masih bimbang, tetapi seronok dengan
pengalaman yang menakjubkan.
|
Sudut Keindahan |
|
Perlahan-Lahan |
|
Moment Of Silence |
Naik perlahan-lahan. Bagaikan a moment of
silence, masing-masing menahan debaran, dan bagaikan tidak sedar. Tiba-tiba,
terapung-apung di atas lembah
Cappadocia. Lalu menghidangkan pemandangan yang begitu indah, mengasyikkan dan
mengkagumkan. Begitu menakjubkan.
|
Terapung-Apung |
|
Formasi Unik |
Lebih-lebih lagi lembah gersang
Cappadocia yang dipenuhi dengan formasi
batu-batu yang unik dan pelik-pelik. Penuh mistri, bagaikan cerita dongeng
silam dengan batu-batu berbentuk kon, tiang dan puncak. Di samping batu-batu
berbentuk cendawan dan cerobong asap atau fairy chimney.
|
Mempersonakan |
|
Menakjubkan |
|
Bumi Cappadocia |
Masing-masing tak melepaskan peluang untuk merakam
moments of wonder. Saat-saat terapung-apung di atas lembah Cappadocia yang terbentang luas.
Bagaikan pesta fotografi. Ke kiri dan ke kanan serta ke
atas dan ke bawah. Sayang sekali nak melepaskan walaupun sesaat sudut-sudut
yang menarik dan mengkagumkan. Akhirnya terbelit sesama sendiri, kerana tali
pinggang keselamatan hanya menizinkan 3 langkah sahaja.
|
Rising Sun |
|
Terpesona |
Bagaimanapun belon berada dalam kedudukan yang strategik di ketinggian
600 meter. Untuk kami mengalami peristiwa once in our whole-life
time. Lalu bersedia untuk menyaksikan saat-saat matahari terbit di balik bukit. Kelihatan di kejauhan cahaya
merah kekuning-kuningan mula beransur-ansur melatari puncak bukit.
|
Mempersonakan |
|
Breathtaking Moment |
|
Sentuhan Fajar |
Bagaikan bebola merah. Bercahaya terang. Muncul perlahan-lahan, dan
detik demi detik. Masya Allah, sungguh hebat dan mengkagumkan. Perasaan yang
tak dapat digambarkan. A moment of truth. Oh Tuhan, alangkah kerdilnya diri ini
dalam kebesaran-Mu. Alangkah tidak bermaknanya diri ini dalam keindahan-Mu.
|
Cahaya Fajar |
|
Berkilau-Kilauan |
|
Keemasan-Emasan |
Demikian lembah Cappodacia, yang tadinya
berbalam-balam dalam silute bayangan fajar, perlahan-lahan disimbahi cahaya.
Bagaikan sentuhan jejari yang halus, lembut dan seni. Menjalar dari lembah-lembah ke puncak-puncak
bukit. Sedikit demi sedikit memburu kegelapan. Akhirnya berkilau-kilauan dengan
warna keemas-emasan. Alangkah indahnya! Sungguh mempersonakan dan amat
mengkagumkan.Terlalu indah untuk diucapkan, dan terlalu syahdu untuk
dibisikkan.
|
Touchdown |
|
Bumi Nyata |
|
Big Basket |
Sedar tak sedar, belon turun perlahan-lahan. 7.13 pagi, kami landing
dengan selamat. 1 jam di atas belon, terasa hanya bebrapa minit sahaja.
Bagaikan mimpi. Alangkah hebatnya
perasaan dan pengalaman ini. Akhirnya semuanya kembali berpijak di bumi yang
nyata. Tidak lagi bermimpi. Inilah
perasaan dan pengalaman yang sangat berharga, walaupun terpaksa membayar 220
USD, atau RM900.
|
Keraian |
|
Sijil Penerbangan |
|
A Joy Of Success |
Lepas itu diadakan champagne tea epal untuk
meraikan kejayaan. Dan juga menerima sijil penerbangan. Masing-masing teruja
dan seronok dengan pengalaman baru. Yang memenuhi diari kembara. Kemudian naik semula coaster. Kali ini
barulah kelihatan laluan yang
berliku-liku, dengan pohon-pohon renek.
Tompokan-tompokan salji di kiri kanan laluan.
8.07 pagi, sampai di hotel Stone Concept. Sejuk, dan nafas
masih lagi berkabus. Walaupun dah menjijak lobby hotel, tetapi masih lagi rasa
terapung-apung. Sampai dewan makan baru
terasa lapar. Tanpa membuang masa, masing-masing menikmati apa yang sudah
disediakan.
|
Dingin Salji |
|
Semangat Membara |
|
Cabaran Pengalaman |
CAPPADOCIA
|
Kilauan Emas |
Cappadocia, sebuah kawasan separa gersang di
tengah Turki, dipenuhi dengan bentuk muka bumi semula jadi. Hakisan angin dan salji yang beribu-ribu
tahun telah membentuk 'cerobong dongeng,' atau 'fairy chimney' dan lain-lain bentuk formasi saperti kon dan
tiang-tiang, terutama di Monks Valley
dan Love Valley.
Ia juga dikenali di seluruh dunia sebagai
salah satu tempat yang terbaik untuk terbang dengan belon udara panas. Dengan
landskap yang menakjubkan. Gabungan
cuaca yang sangat sejuk dan selesa, menjadinya satu destinasi yang
popular. Kata orang yang sudah naik belon, "tak berbaloi melancung kalau tak naik
belon".
Baby Ameera
(Our Little Wonder)
The message
is our right
and the passage
is our sight.
So let the message
give us wisdom
and let the passage
give us freedom.
Seberangi
titian restu
untuk mencari
hentian ilmu
ARAM
(Abdul Rashid Abdul Majid)
Seri Teratai
Post a Comment