Qalam Perjalanan

HARI KEDUA : JUMAAT 17 OGOS 2018 (2)
Restoran Wong Solo - Studio A-07-17 - City of Digital Lights
- Restaurant KFC


Peta I-City
Digital Lights

Mungkin ini pengalaman pertama dan terakhir. Mungkin ini juga menyebabkan Acik menolak untuk cabaran kali kedua. Bagaimanapun Atuk sudah mencatat sejarah peribadi. Usia lewat 60-an masih mampu melalui risiko Ternado. Mujurnya Atuk no heart problem.


River Adventure
Terapung-Apung

3.45 petang, Ayla, Ayra dan Ayahsu berkejar pula ke River Adventure. Atuk juga tumpang sekaki. 3.48 petang turun ikut tangga. Ayla dan Ayra naik pelampung manakala Ayahsu dan Atuk berpaut pada pelampung. Seterusnya terapung-apung mengikut arus. Melalui bawah 3 jembatan pedestrian.

Kemudian  masuk terowong dan melalui bawah 2 jembatan lagi. Akhirnya sampai di tempat permulaan. Cukup satu pusingan. Ayla dan Ayra benar-benar teruja. Syabas cucu-cucu Atuk, berjaya melalui cabaran River Adventure.

3.52 petang, cuaca kembali normal. Mata hari bersinar semula. Dataran yang basah beransur-ansur kering. 3.56 petang, Atuk dan Ayahsu pergi ke bilik shower untuk membersihkan diri. Acik, Ibu dan Nenek sudah pun bersiap.

4.21 petang, keluar melalui kedai Souvenir. Strategi komersial untuk memerangkap pengunjung. 4.24 petang naik lif B4 ke aras G. Seterusnya masuk bangunan I Sovo. 4.30 petang, Ibu memindahkan barang-barang ke kereta Honda. Ayla, Ayra, Aqeef dan Baba belum nak balik. Tak puas-puas lagi main kolam.

Seterusnya bertolak. 4.38 petang, berhenti di kios autopay station. Masuk kad untuk keluar di touch ‘n go. 4.42 petang, berhenti di Jalan Cyber untuk mengambil kunci apartmen studio. Kemudian meneruskan perjalanan. Seterusnya masuk beberapa simpang.


Studio Apartmen
Harry Porter
Studio Homestay

4.52 petang, berhenti di depan restoran Wong Solo di seksyen 7. Terkenal dengan ayam penyek dengan taglinenya, “halalan thayyiban”. Acik keluar dari kereta untuk mengambil beberapa bungkusan ayam saperti yang telah dipesan secara online. 5.04 petang, bertolak. 5.14 petang, masuk laluan I Soho Car Park.

5.15 petang, masuk simpang kiri ke P1. Lepas touch ‘n go, masuk ruang parkir di  B4. 5.38 petang, masuk studio A-07-17. Baru terasa letih. Lalu berehat. Membiarkan masa berlalu.

6.18 petang, baru terasa lapar. Lalu lunch, walaupun lewat senja. Namun ayam bakar Wong Solo benar-benar menyelerakan. Memenuhi cita rasa. Mungkin kerana lapar.  Bagaimanapun Wong Solo semakin popular. Dikatakan, “The Best Indonesian Cuisine”.


Terlelap
Penginapan
Lampu Bunga

6.55 petang, solat jamak takhir. Lepas itu baring-baring. Terasa letih dan mengantuk. Tak sedar terlelap. Hanyut dalam keriangan  Waterworld@i-city. Percikan air kolam, rembasan hujan dan amukan guruh bagaikan terngiang-ngiang di telinga.


Cahaya Zirafah
Bidadari Cilik
1001 Malam
Lampu Aladin

9.18 malam, solat jamak takhir. Yang lain-lain sempat juga tidur walaupun sebentar. Bagaimanapun Aqeef masih aktif. 9.24 malam, bersiap-siap pula untuk kembara malam di City of Digital Lights. 9.39 malam, keluar dari studio. 9.40 malam, turun lif. Masuk semula lif terus ke UG. Masuk laman Hary Potter.


City Of Lights
Seri Cahaya
Warna-Warni
Cahaya Keindahan

9.45 malam, masuk Rose Garden. Cahaya lampu turut menceriakan malam. Seterusnya melintasi kedai-kedai. 9.52 malam, turun eskalator. Lalu menyusuri laluan kedai ITY. 9.58 malam, menyusuri Wow Street. Melintasi taman permainan, Itsy Bitsy. 10.04 malam, turun tangga melalui mini Gerbang Bintang. Seterusnya menyusuri SnoWalk.


Snowalk
Pintu Masuk
Laluan Salji
Baik Pulih

Lalu masuk pintu gerbang SnowWalk. Dah janji dengan Ayla dan Ayra nak mengalami cabaran Ice Adventure. Malangnya tidak kesampaian. Masih dakam proses baik pulih. Hanya sekadar merakam beberapa sudut untuk mengurangkan rasa kekecewaan.


Snow Boy
Pokok Salji
Aksi Snow

10.12 malam, masuk taman Itsy Bitsy. 10.13 malam, Atuk dan Nenek masuk kedai ice cream. Lalu bersantai di kerusi batu menikmati lce cream, di hadapan kedai Super Star. 10.31 malam, Ayla dan Ayra naik Jumping Frog. 10.33 malam, naik pula Spinning Cup.


Papan Gelongsor
Snow Ball

10.38 malam, naik Car Drift. Mencemaskan apabila Ayla dan Ayra masuk selekoh tajam. Namun dua beradik kelihatan bersantai penuh ceria. 10.46 malam, Ayra bersendirian naik Mini Pirate Ship. Ayla kurang berminat dengan kapal. 10.51 malam, masuk Pasaraya KK. Kelihatan Jungle Adventure ditutup.


Wow Street
Kaunter Tiket

10.54 malam, Ayahsu beli tiket di kedai 5D cinema untuk menjelajah City of Digital Lights. 10.58 malam, masuk semula lorong Wow Street. 11.01 malam, melintasi Disco Ride. Jumpa Ibu dan Baba di kawasan berhampiran. 11.05 malam, melintasi Dancing Water. Kemudian bersantai di bawah Biten Apple.


Jumping Frog
Tumpang Ceria
Sekilas Memori
Disco Ride

11.09 malam, Ayla, Ayra dan Aqeef naik Two-Tier Carousel. Nenek terpaksa naik bersama untuk temankan Aqeef. 11.24 malam, berjalan di sekitar kawasan City of Digital Lights. Sekadar menikmati warna-warni the dancing lights. 11.47 malam, giliran Baba, Ibu dan Ayahsu berpusing-pusing dengan Disco Ride. Terdengar suara jeritan, cemas dan takut.


Itsy Bitsy
Pirate Ship
Bersantai

11.54 malam, Acik, Ayahsu, Ayla dan Ayra naik Spacework. Mengelilingi City of Digital Lights.  Ibu, Baba dan Aqeef masuk restaurant KFC. 12.13 malam, persekitaran mula terasa lengang dan sepi. 12.16 malam, keluar dari pintu City of Digital Lights. Melintasi jalan. Kemudian masuk KFC. Hanya tinggal beberapa orang pelanggan yang masih meniknati the last super.


Baby Aleef
Naungan Cahaya
Belaian Cahaya

12.22 malam, masuk kedai 7E di sebelah. Hanya tinggal Acik dan Ayahsu. Yang lain bergerak pulang. Masuk semula premis City of Digital Lights. Seterusnya melintasi Disco Ride, Dancing Water dan Two Tier Carousel. Seterusnya melintasi dua Glosing Elephants. Kemudian keluar melalui side door ke residence Harry Potter.


Tarian Cahaya
Little Dwarf
 Seindah Cahaya
Bergemerlapan

12.30 malam, melintasi jalan. Kemudian turun tangga. 12.31 malam, naik eskalator. Seterusnya melalui restoran Take A Break. 12.31 malam, masuk residence entrance. Naik lif P3 ke aras 7. 12.35 malam, akhirnya masuk stadio A-07-17. Baru terasa lenguh kaki. Bagaimanapun, sempat lagi menonton movie dari handphone Baba. Terus dipancar ke skrin TV.


HARI KEDUA : JUMAAT 17 OGOS 2018 (1)
Taman Bukit Mewah -  Waterworld@i-City


6.34 pagi, terbangun. Kadang-kadang body clock tidak menentu masanya. Lepas membersihkan diri, baru solat subuh. Kemudian berbaring-baring. 7.03 pagi, Ayla dan Ayra baru bangun. Terus bermain-main dan  sepah-menyepah. 7.05 pagi, Ibu dan Baba keluar mencari juadah pagi. Nenek saperti biasa berkemas-kemas.

7.26 pagi, Ibu dan Baba pulang. 7.34 pagi, berserapan bersama-sama. Rasa seronok dan berselera. Seterusnya bersantai. Kesempatan untuk Ayla, Ayra dan Aqeef bermain. Kemudian berbalah. Sudah tentu ada yang menangis. 12.05 tengah hari, bersiap-siap untuk ke Waterworld@i-City. 11.18 pagi, bertolak. Meninggalkan Taman Bukit Mewah.


Waterworld@i-City
Family Retreat

Bagaimanapun beberapa kali sesat dan beberapa kali pula bertanya. 12.14 tengah hari, akhirnya sampai Aras G i-Sovo. Honda parkir di di lot 8 manakala Hillux di lot 14. Kemudian masuk bangunan G i-Sovo. Turun  lif. Kemudian terpaksa meredah hujan. 12.19 tengah hari, akhirnya sampai ke pintu  Waterworld@i-City.

Waterworld@i-city sebagai family retreatmenyediakan family oriented activities. Membawa keluarga jauh dari reality bite. Berlibur bersama dengan aktiviti yang memberi keceriaan dan keriangan di hujung minggu. Di samping merapatkan lagi hubungan keluarga.

12.21 tengah hari, Ayahsu terus ke kaunter tiket. 12.22 tengah hari, famili Aram duduk di ruang rehat di depan bangunan locker dan bilik tukar pakaian. Ayla, Ayra dan Aqeef sudah tidak sabar-sabar. Lalu memakai bakini dan swimming trunk. Bersedia untuk meneroka Waterworld@i-City.


Perkongsian
Teduhan Kanopi
Menunggu Langkah

12.25 tengah hari, tiba-tiba cucu-cucu sudah berada di dalam kolam Giant Jacuzzi. Bersama Ayahsu, “the caretaker”, turut meraikan keseronokan anak-anak saudara. Suara-suara keriangan memehuhi kolam. Maka bermulalah kembara cilik di Water World.

Hari ini agak kurang pengunjung kerana hari jumaat bukan weekend di Selangor. Suasana agak tenang dan selesa. Ruang terbuka dan peluang tersedia. Lalu suasana keriangan, jeritan kanak-kanak dan deburan air memenuhi kolam.

12.12 tengah hari, Ayla, Ayra dan Aqeef kelihatan teruja. Lepas kolam Giant Jacuzzi berlari pula ke kolam Aladin Adventure. Main gelongsor Katak. Kanak-kanak lain juga turut bermain di dalam kolam. Suara keseronokan memenuhi suasana. Sekali-sekala curahan bucket menderu dari puncak Aladin.


Lifeguard
Rehat Sebentar
Alas Perut

12.42 tengah hari, hujan mula turun rintik-rintik. Namun tidak menjadi halangan bagi kana-kanak. Keasyikan mengatasi segala-galanya. Bagaimanapun Atuk terpaksa berlindung di bawah pokok kelapa sebagai watchman. Maklumlah apa-apa boleh berlaku. “Malang tidak berbau dan takdir tidak berbunyi”.


Hujan Rintik
Aladin Adventure
Old Lifeguard

1.11 tengah hari, masuk bahagian gelongsor Tenki-dinki, Family Rafth dan Rainbow Racers. Atuk dan Ayahsu main semua gelongsor. Benar-benar menyeronokkan. 1.24 tengah hari, pergi pula ke River Adventure. Ayahsu, Acik dan Aqeef turun untuk kembara sungai.

1.27 tengah hari, Ayla dan Ayra bersama-sama Nenek dan Atuk bermain ombak di Wave Pool. Ayla dan Ayra naik pelampung. 1.38 tengah hari, Ayahsu dan Baba naik pula Spiral Slides. Yang lucunya pelampung terbalik apabila menececah air.


Teduhan
Ragam Ceria
Penuhi Selera

Waktu ini kelihatan mendung semakin berarak memenuhi ruang. Hujan pun turun tak menentu. Bagaimana tidak kisah kerana badan pun dah basah dengan air kolam. Terasa nostalgik apabila menumpang kegumbiraan cucu-cucu. Teringat tahun 50-an, zaman kanak-kanak yang serba kekurangan.

1.46 tengah hari, keluar dari Kolam Ombak. 1.53 tengah hari, Ayla, Ayra dan Aqeef kembali semula ke kolam Aladin Adventure. Meneruskan keseronokan. Tiba-tiba hujan turun agak lebat. Sekali-sekala guruh berdetum dan kilat sambung-menyambung. Alam bagaikan murka.

2.02 petang, terpaksa berlari meredah hujan. Teruskan ke gerai  Snacks. Kesejukan membuatkan perut rasa lapar. Kehilangan kalori memerlukan tenaga. Lalu order kentang goring dan maggy cup. Sambil berteduh di bawah kanopi sambil mengisi selera. Aleef si bungsu, masih lagi tidur.

Hujan mula reda, namun masih renyai-renyai. 2.19 petang, Ayahsu, Acik , Ibu dan Baba naik Ternado, gelongsor ekstrem. Pertama di Asia Tenggara. Gelongsor yang mencabar keberanian. Nenek dan Atuk menjaga Aleef yang masih tidur. Ayla, Ayra dan Aqeef menyambung keseronokan di kolam Aladin Adventure. Atuk terpaksa mengawasi dari jauh.


Aqeef
Riak Air
Kolam Aladin

2.24 petang, baru hujan berhenti. Bagaimanapun mendung masih lagi berarak. Dataran kolam kelihatan basah. Penuh dengan lopak-lopak air. Aura sejuk memenuhi sekitar kolam. Terasa menggigil menahan sejuk. Peliknya Ayla, Ayra dan Aqeef tidak menghiraukan kesejukan. Mungkin keseronokan membakar tenaga kanak-kanak.


Rama-Rama
Family Raft
Rainbow Racers

2.36 petang, beberapa orang pengunjung mula datang. Suasana semakin ceria. 3.09 petang, Ayla, Ayra dan Aqeef bekejar pula ke kolam Giant Jacuzzi. Bersama-sama Ayahsu dan Nenek berrenang-renang dalam kolam. Giliran Ibu dan Baba pula menjaga Aleef.

3.27 petang, Atuk pula bersama Ayahsu, Ibu dan Baba menyusuri laluan ke Ternado. Akhirnya Atuk terpaksa  menerima cabaran Ayahsu. Cabaran Gelongsor ekstrim setinggi 7 tingkat bangunan. Dikatakan memberi 28 saat adrenaline excitement. Terpaksa membukti keberanian Atuk. Old Timer masih ada semangat perjuangan.


Aleef
Minum Petang
Pelbagai Ragam

Terpaksa pula naik 5 anak tangga. Ayahsu dan baba mengusung pelampung sampai di tingkat atas sekali. Terasa lelah. Namun keterujaan menaikkan semangat Atuk. Lebih-lebih lagi cabaran dari Ayahsu tak boleh diketepikan. Terpaksa mengembalikan keberanian.

4 orang duduk di atas pelampung bertindih kaki. Lalu mencengkam pemegang pelampung. Kemudian, bagaikan tiba-tiba menggelongsor. Begitu pantas, turun melalui terowong. Bagaikan rasa terangkat semangat. Cemas dan takut. Tak sedar menjerit, Allahu akbar! Tiba-tiba pula terasa gelap. Hanya sayup-sayup terdengar suara Ayla memanggil di Observation Deck.

Kemudian zigzag melalui cerobong. Saat yang mencabar dan mendebarkan. Benar-benar mencemaskan. Semakin kuat lagi tangan mencengkam. 3.43 petang, akhirnya mencecah air kolam. Wow! Cabaran yang sangat hebat. Pengalaman yang megerikan. Benarlah ungkapan, "experience is a brutal teacher”.

Powered by Blogger.