HARI PERTAMA: 5
DISEMBER 2015
Sultan Mahmud
Airport - KLIA 2 - Hotel Sri Enstek - KLIA
(Jejak Kembara
Memacak Dunia)
Take Off |
Arrival Hall |
1.45 petang, flight dari Sultan Mahmud Airport ke KLIA2. 2.35 petang, sampai di KLIA2. Lalu masuk Balai
Ketibaan di Aras 2, bangunan Terminal Utama.
Kemudian bergerak ke domestic baggage reclaim.
Hotel Tune |
Hotel Sama-Sama |
Beberapa Kemudahan |
Untuk Penumpang |
KLIA2 adalah Terminal Penerbangan Kos Rendah terbesar
di dunia. Ia dibina untuk menampung ledakan pertumbuhan dalam industri
perjalanan kos rendah. Yang mana dapat menampung kira-kira 45 juta penumpang setahun. Di samping menawarkan
berbagai kemudahan untuk penumpang.
Hotel Sri Enstek |
Dari KLIA2 terus ke Hotel Sri Enstek. Sebenarnya flight
ke Doha International Airport bermula awal
pagi. Jadi terpaksa reserved 3 jam, untuk berehat, mandi dan solat. 4.15
petang, baru bertolak semula ke KLIA. Berkumpul di pintu 7 aras 5 untuk berkenalan
dengan group
Ziarah Sutera. Seramai 23 orang peserta. Cik Fatimah,
Ziarah’s tour guide kemudiannya memberi taklimat.
Suasana KLIA |
Balai Ketibaan |
Masing-masing pandang-memandang dan senyum.
Masih dalam proses to break the ice, atau taaruf. Inilah yang dikatakan, "selagi
tak biasa selagi itu tak menyapa dan selagi tak kenal selagi itu tak
berbual". Anyway we are now in a group, a new family of Ziarah Sutera.
Selepas check-in bagasi, dah boleh melenggang dengan hand
luggage. Sebelum itu, timbang bagasi untuk tidak melebih 30 kg. Kemudian
sama-sama turun tangga untuk naik Aerotrain di Bangunan Terminal Utama. Lebih kurang 2.5 minit sampai Terminal Satelit A. Terminal ini mengendalikan penerbangan antarabangsa.
1.15 pagi, masuk Balai Perlepasan untuk
ke Doha International Airport.
Dairi Perjalanan |
Sebenarnya Menjejak sahaja kaki ke KLIA 2 maka bermulalah catatan Qalam Perjalanan. Apa yang dilihat dan apa yang
dirasa akan menjadi pengalaman yang akan mengisi dairi
perjalanan. Bukan sahaja meluaskan pandangan, tetapi mendalamkan lagi
pengertian tentang kehidupan. Tentang rahsia dan misterinya.
Meluas Pandangan |
HARI KEDUA: 6
DISEMBER 2015
Doha International
Airport
- Antartuk
International Airport Istanbul
- Hotel
Kervansraya
Terapung-Apung |
Hamad International Airport |
Masih in group dalam flight Qatar Airways. Masing-masing cuba membuka TV kecil di
seatback. Beberapa jam kemudian minuman ringan ala barat disediakan.
Dalam pejam celik tak sedar jam berapa dinner diedarkan. Hm, enak juga,
sampai menjilat jari.
Qatar Airways |
Lepas minum dan makan, masing-masing queue ke toilet. Cuba juga nak tidur, tetapi
terganggu oleh tangisan bayi. Masa terus berjalan tanpa disedari. 5.30 pagi,
akhirnya sampai juga di Doha International
Airport, selepas 8 jam terapung-apung di lebuh raya angkasa.
Touchdown |
Atartuk Airport |
Udara di sini agak sejuk dengan suhu 24⁰C. Lalu masing-masing mencari
tempat melepak untuk transit 1 jam 55 minit. Inilah kesempatan untuk bergambar
dengan membuat gaya amatur. Lalu
masing-masing mencari sudut-sudut fotografi
yang menarik. Bagaimanapun masing-masing
mula bercakap, kerana keseronokan kembara sudah mula terasa.
Balai Ketibaan |
Lapangan Terbang Doha
Antarabangsa adalah
sebuah lapangan terbang di Doha, Qatar. Ia adalah lapangan terbang komersial Qatar, sehingga Lapangan
Terbang Antarabangsa Hamad dibuka pada 30 April 2014. Ia menyediakan 60
kaunter daftar masuk, 42 ruang letak kereta untuk pesawat, dan 8 tali pinggang
tuntutan bagasi.
Terminal Utama |
Ini adalah Terminal Utama
di Doha. Mengendalikan semua kelas
ekonomi Qatar Airways penerbangan. Termasuk
semua syarikat penerbangan lain yang menggunakan lapangan terbang. Terminal ini
telah berkembang beberapa kali untuk menampung peningkatan jumlah penumpang.
Istanbul Ataturk Airport |
7.40 pagi (waktu Doha), baru berlepas ke Antartuk International Airport Istanbul. Lebih kurang 4 jam baru mendarat. Wowww! Bagaikan tidak percaya. Kaki dah menjejak bumi Turki, negara dua benua dan dua budaya. Lalu bermulalah kembara Istanbul. Sarma, tour guide di Turki mengalu-ngalukan kedatangan kami. Lalu senyumannya mengiringi ucapan aluan, "bir sey degil". You’re welcome.
Hotel Ke 2 |
Broken The Ice |
Bas Tempel Travel 34NS0898 sudah menunggu untuk membawa kami ke restoran. Selepas turun dari bas, kami berjalan beramai-ramai sambil bergurau. So finally we have boken the ice. Walaupun udara agak sejuk, tetapi sungguh nyaman.
Restoran Ahmet |
Makanan Turki |
Buat pertama kalinya, kami merasai makanan Turki di restoran Sultan Ahmet Kotfecisi. Segala-galanya berbeza. Mungkin, different taste makes different appetite. 3.40 petang (time Istanbul), kami meneruskan perjalanan ke Bursa dengan bas Tempel Travel. Yang di pandu oleh En. Syadikin dengan co-pilotnya En.Mustafa.
Bersama Tourist Guide |
Restoran Sultan Ahmet |
Senja mula melakar warnanya. Dan sepi kian terasa.
Deretan lampu jalan kelihatan bagaikan berlari-lari dengan kenderaan. Jalan agak sesak. Kelihatan
cahaya bersimpang-siur dari
kenderaan-kenderaan. Sepanjang perjalanan ke Terminal
Feri Yalova kelihatan beberapa orang penjaja jalanan. Yang masih lagi
mencari rezeki di lewat senja.
5.35 petang, akhirnya kami sampai di Terminal Yalova.
Bas terus masuk ke dalam feri bersama penumpang. Lalu menyeberangi Laut Marmara. Laut yang memisahkan Turki Asia dengan Turki
Eropah. Kami kemudiannya turun dari bas untuk mencari sudut-sudut fotografi. Udara dalam feri begitu sejuk,
dengan suhu 8⁰C.
Terasa menggigit-gigit. Pedih.
Warna Senja |
Sisa-Sisa Senja |
Merai Senja |
Panorama dari dek feri begitu indah. Mengasyikkan,
dalam belaian angin dingin. Warna-warna senja bagaikan lukisan menghiasi kaki
langit. Namun beransur-ansur pudar. Akhirnya sisa-sisa senja hilang dalam
kegelapan. Jauh di sepanjang pantai, mula kelihatan lampu-lampu saling
berkelipan. Feri terus meredah Laut Marmara.
Dan terasa dingin apabila angin laut menyelinap masuk ke dalam feri.
Hotel Kervansraya |
6.15 petang, selepas 40 minit pelayaran, feri
berlabuh di Terminal Yenkapi. Bas kemudiannya
meluncur keluar dari feri. Tak sedar malam sudah mula berlabuh. Suasana semakin
gelap. Di sepanjang perjalanan hanya kelihatan lampu-lampu jalan, dan deretan
cahaya di kejauhan.
Pada jam 7.00 malam, barulah sampai di Hotel Kervansraya. Lepas dinner terpaksa pula
mengangkut beg-beg ke bilik 301. Lalu
rehat sebentar. Kemudian mandi dan terus jamak Isya.
Akhirnya, tertidur dalam keletihan. Esuk, pastinya akan bermula kembara yang panjang.
Baby Arissa
When the heart bloom
the earth will be our room
but when the heart grieve
the earth will be our grave.
Let the sun
shine the earth
and let the fun
fill the hearts
Bagaikan kuntum
yang kembang mekar
dan bagaikan senyum
yang datang melamar.
Post a Comment