HARI KEDUA 16 OGOS 2014


Sudut Dunia Tersembunyi


Terletak di latitud utara 5°44′ – 5°50′ dan longitud timur 102°59′ – 103°5′. Terlindung dari gelora Laut China Selatan. Dari ribut monsun timur laut. Sememangnya menjadi destinasi ideal untuk romantic escapism. Sekali-sekala hidup ini terpaksa lari dari reality bite.


Panggilan Pulau

Demikian juga, Taman Lautnya menghimpunkan khazanah laut yang berusia ribuan tahun. Sentiasa dalam peliharaan dan pemuliharaan. Untuk mempastikan  keasliannya tidak tercemar. Authentic naturenya sentiasa kekal. Tidak terhakis oleh perubahan iklim dunia.


Di Hujung Denai

Laut bagaikan khazanah ilmu. Yang seluas samudra. Yang tak terjangkau oleh akal manusia. Tak mampu untuk menyelongkari segala rahsia-Nya.   Kalau ilmu yang dimiliki hanya setitis daripada lautan yang luas.


Surah Al Kahfi, Ayat 109

Katakanlah: “Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).”

Surah Luqman, Ayat 27

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta) ditambah kepadanya tujuh laut (lagi), sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnyanya (dituliskan) kalimat Allah.


Sesungguhnya, keindahan Pulau Redang mencetuskan inspirasi kepada pujangga dan pelukis. Begitu juga kariyawan filem. Sentuhan keindahannya bagaikan lintasan kesyukuran. Dapat dinikmati.  Biarlah sejenak bersyukur akal berfikir. Dan sejenak bertafakur hati berzikir.


OTW To Pantai Teluk Dalam

Pantai Teluk Dalam

8.54 pagi, memulakan perjalanan dari Asmadi guest house. Van melintasi klinik kesihatan, perkampungan, Redang De’ Rimba, Aima Grill Fish dan Taaras Beach Resort. Kemudian melalui denai terus ke pantai.  Bayu laut bertiup lembut bagaikan mengalu-alukan kedatangan.


Bayu Merisik Lalu

Ombak Membisik Rindu

9.05 pagi, teruja melihat laut yang kebiru-biruan. Bagaikan menggamit perasaan. Ombaknya sentiasa melimpahi pantai. Berulang-ulang. Sekali mara dan sekali pula berundur. Demikian terungkapnya kata pujangga, sekali ombak melimpah sekali pula pantai berubah.


Bayu Saling Bersahut

Biarkan bayu merisik lalu dan biarkan ombak membisik rindu. Namun laut tetap tenang. Dan membisu. Bagaikan menyimpan rahsia ribuan tahun. Yang penuh mistri. Mistri yang sekian tahun tersembunyi. Yang masih lagi tidak terungkap.


Teologi Dan Penyair Turki Jalal  ad-Din Rumi


Teringat kata pujangga Jalaludin Rumi. “Meskipun aku diam tenang bagai ikan, Tetapi aku gelisah pula bagai ombak dalam lautan.”  Demikian, selagi laut bergelombang selagi itu pantainya berombak. Dan selagi dasarnya tenang. Dan sepi. Selagi itu laut menyimpan rahsianya.



Laut juga dicitrakan dan diungkapkan sebagai “suffering is bliss”. Manusia bertarung nyawa untuk sedikit nikmatnya. Bagaimanapun laut dikatakan mengalami simpton hypercania. Akibat pencemaran. Mungkin akan melenyapkan sedikit demi sedikit nikmatnya.



 
JM Aziz Tokoh Penyair "Jiwa Merana"





Rintihan laut, benar-benar memilukan. Tetapi apakan daya. Kerakusan manusia menyebabkan pelupusan. Kehidupan laut semakin terjejas. Dan semakin terancam. Tetapi “Penyu Menangis Siaplah Tahu”.





Anak muda berlagu sayang

di bukit remis melepas rindu
adik ketawa di rantau abang
penyu menangis siaplah tahu

Sesak nafasnya sesak
tak tahu adik tak tahu
sebak dadanya sebak
tak tahu adik tak tahu
bengkak jantungnya bengkak
tak tahu adik tak tahu

JM Aziz
(Jiwa Merana)
 


Ombak Saling Berpaut


9.18 pagi, keriangan bagaikan suara ombak. Saling sahut menyahut. Dan saling bersambut.  Ayla benar-benar asyik dengan keseronokan. Si kecil Ayra, walaupun belum memahami, tetapi berkongsi keseronokan bermain pantai.


Turut Meraikan Keriangan

9.25 pagi, bercanda di laut. Bermain ombak. Air laut sejernih kristal, menghidangkan kehidupan laut. Ikan-ikan bagaikan ikut meraikan keriangan. Sentuhan cahaya pagi di permukaan laut membentuk bayangan riak-riak yang indah di dasarnya. Mengindahkan lagi warna-warni  terumbu karang.


Berpesta Di Pantai

Bercanda Di Laut

9.32 pagi, bermain pula di pantai. Kakak membina istana pasir untuk Ayra. Ayahsu dan Umi menulis nama-nama Aram family di pasir. Sedangkan Kakcik masih berendam di gigi air. Masing-masing menghayati keindahan.


Biar Laut Bergelombang

9.44 pagi, turun semula ke laut. Walaupun laut itu sepi dan bisu. tetapi riak-riak di permukaannya bagaikan  mengajak untuk bermain. Bayu di pesisirannya bagaikan memanggil-manggil untuk bercanda.


Biar Angin Berolak
Biar Pantai Berombak

Demikian, laut  bagaikan  silent world. Menyimpan khazanah yang tersembunyi, tak terjangkau oleh fikiran. Dan tak terimbau oleh perasaan. Namun menjadi inspirasi pujangga.  Dan menjadi khayalan pelukis. 


Manakala langit memberi cahaya untuk mewarnai laut. Kedua-duanya bagaikan bertemu di kaki langit. Membisikkan kerinduan yang setia. Yang tak pernah surut, bagaikan ombak. Yang tak pernah sepi, bagaikan bayu.


Sekali Ombak Melimpah
Sekali Pantai Berubah

Laut adalah kurnia Ilahi. Maka segala khazanah di laut adalah untuk dinikmati. Setitis ilmu yang kita miliki bukan untuk menguasai samudra. tetapi untuk berkongsi nikmat. Untuk menikmati isi lautnya untuk kesihatan dan hiasan.


Surah Aljatsiyah, Ayat 12

Allah-lah yang menundukkan lautan untuk mu supaya kapal-kapal dapat belayar padanya dengan seizin-Nya, dan supaya kamu dapat mencari sebahagian kurnia-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.

Surah An-Nahl, Ayat 14

Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai.


Namun di sebalik mistri,  tersua fenomena ganjil. Sebuah mata air mengalir di dasar laut. Rasanya tawar dan segar. Tidak sedikitpun bercampur dengan air masin. Seolah-olah bagaikan ada batas pemisah antara keduanya.


Ekspedesi Captain Jacques Yves Costeau


Fenomena ganjil ini telah ditemui oleh seorang ahli oceanographer Perancis, Jacques Yves Costeau. Ketika menyelam di dasar laut. Kebingungan. Rasa bagaikan tak masuk di akal.  Penyelam ini cuba mencari jawapannya. Tetapi semakin dicari semakin buntu.


Sukar sekali dipercayai. Bagaikan satu halusinansi. Mungkin  khayalan pengalaman penyelam atau bayangan mistri lautan. Bagaimanapun Akhirnya ia menemui jawapannya di dalam Al Quran. Inilah yang dikatakan, sentuhan a moment of truth and a truth of wisdom.


Surah Ar Rahman, Ayat 19 dan 20

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.

Surah Al Furqan, Ayat 53

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin dan pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.


Sungai Di Dasar Laut

Beliau juga menemui sungai di bawah laut. Yang ditumbuhi pepohon dan daun-daunan. Para pengkaji menyebut fenomena itu sebagai lapisan Hidrogen Sulfida. Tetapi yang menjadi persoalan, mengapa  sungai yang mengalir di bawah laut itu rasanya tawar?


Dua Laut Bertemu


Begitu juga terjadi apabila  lautan Atlantik dan laut Mediteranian bertemu. Tetapi tidak bercampur satu sama lain. Satu lagi fenomena ganjil dan menakjubkan ialah api di dasar laut.  Saperti di jelaskan dalam Al quran.


Api Di Dasar Laut

Surah At Thur, Ayat 4 dan 6

Dan atap yang ditinggikan (langit), dan laut yang di dalam tanahnya ada api.


Mengejar Ombak

Merisik Bayu

Bagaimanapun dengan setitis ilmu, Allah akan membuka rahsia lautan yang luas. Sedikit demi sedikit, melalui makna yang tersembunyi dalam kitab-Nya. Baca dan fahamilah, makna yang tersurat dan tersirat di sebalik ayat dan di sebalik perkataan. Yang tersirat itulah hakikat dan makrifat.

Semerdu Bayu

Seriuh Ombak

10.03 pagi, sejam sudah berlalu. Akhirnya Umi membuka bekalan. Kemudian turun ke laut. Menyuap kedua-dua cucunya Ayla dan Ayra. Kekadang terlupa kelaparan  kerana keseronokan. Dan terlupa keletihan kerana keasyikan. 



Inilah yang dikatakan "environmental therapy" Terlupa keburukan kerana keindahan. Terlupa kebisingan kerana kemerduan. Terlupa kecelaruan kerana kedamaian. Terlupa pergolakan kerana ketenagan.


Menari Di Permukaan
Mewarnai  Dasar Laut


10.15 pagi, Ayra dalam pegangan Umi dan Faiz masih lagi di laut. Bercanda. Ayla pula berenang-renang dengan pelampung bersama Aciknya. 10.25 pagi, berkemas-kemas untuk pulang ke chalet. 10.37 pagi, bertolak dengan van. Lalu meninggalkan jejak-jejak lesu di pantai. 


Rahsia Dasar Laut

Keindahan Perairannya

11.45 pagi, selepas lunch di restoran Asmadi, terus bertolak ke Kampung Jeti. 12.33 tengah hari, naik feri. 12.39 tengah hari, feri menyusuri Laut China Selatan. Meninggalkan gelombang-gelombang kecil. Bueh memutih, bagaikan berkejar-kejaran di belakangnya.


 Langit Memberi Cahaya


Mewarnai Setiap Penjuru Laut

Kampung Jeti kelihatan semakin jauh. Perlahan-lahan Pulau Redang semakin mengecil. Menjadi  semakin berbalam-balam. Akhirnya menjadi titik kabur yang kemudiannya hilang di kaki langit. Terasa sayu. Hanya sayup-sayup bagaikan terdengar panggilan pulau. Sayup-sayup dibawa angin laut.


Bersembunyi Di Sebalik Rahsia