OTW TO VOLGO 30 OGOS 2018 (2) | Bari Inn - KLIA 2 - Sultan Mahmud airport
Ahad 30 Ogos 2018
Bari Inn – KLIA 2 - Quizzin By Rasa
- Sultan Mahmud Airport - restoran Basir
5.25 pagi, terdengar orang bercakap di bawah.
Mungkin ada penghuni hotel yang brangkat pagi-pagi lagi ke airport. 6.04
pagi, mandi trapi H20 dari pam Alpha Vizz 98E. 6.13 pagi, solat subuh. Memanjatkan
doa agar Faiz selamat sampai ke Volgograd. Perjuangan akhir di Medical University Volgorad. Fight to successs,
sonny.
6.50 pagi, turun lif. Keluar dari hotel. Jalan-jalan
mencari selera. 6.54 pagi, melintasi bangunan Skynet, surau Al-Saffat dan Admal Aviation College. 6.56 pagi, melintasi
hotel YouniQ dan hotel Sky Star. 6.59 pagi,
masuk restoran Al
Zain. Order nasi lemak dan roti canai telor. 7.24 pagi, selesai. Kemudian
Ikut jalan lain.
Melintasi bangunan Mas Awana Services Sdn.
Bhd. Restoran Tok Wan Heritage kelihatan tutup. Dulu pernah breakfast di
restoran Tok Wan. 7.26 pagi, lalu depan bangunan Jabatan Pengairan dan Saliran
Daerah Sepang. Restoran Belacan
kelihatan baru buka. 7.23 pagi, sampai di Bari Inn.
729 naik lif. Terus masuk bilik 105. Berkemas-kemas.
750 pagi, keluar dari bilik. Turun ke lobi
untuk check out. Kemudian menunggu
shuttle. 8.07 pagi, naik shuttle Nissan WD6950B. 8.09 pagi, masuk simpang kanan ke KLIA.
Melintasi Deaa Sri Qasih. 8.12 pagi, tertarik dgn label Kg Labu lnjut di
simpang kiri. 8.12 pagi, jalan mula sesak. 8.18 pagi, masuk simpang kiri. Melintasi kompleks Tabung
Haji.
Kemudian masuk bulatan exit 2. Seterusnya
melalui ladang sawit. 8.21 pagi, sekali lagi masuk bulatan. Kemudian simpang
kiri ke Klia2. Bagaikan melalui celah-celah pohon sawit. 8.24 pagi, sampai KLIA
untuk menurunkn penumpang Mas. 8.33 pagi, bertolak semula. Masuk simpang kiri
ke KLIA 2. 8.34
pagi, turun di aras 2
8.36 pagi, masuk bangunan utama melalui Pintu
3. Setetusnya melintasi Farmasi Guardian. 8.40 pagi, eletronic board
menunjukkan flight 12.05 tengah hari untuk AK6228 ke Kuala Terengganu. Melalui
pintu J1. Seterusnya melintasi Jaya Grocer. 8.43 pagi, naik travelator ke aras
2M. Pusing-pusing untuk mengenalpasti ruang dan sudut perlepasan.
Membiasakan diri dengan persekitaran. 8.45 pagi,
melintasi restoran Texas Chicken dan taman mini kanak-kanak. 8.47 pagi, sampai
di Quizzin By Rasa. Breakfast dahulu sebelum
masuk pesawat. 8.48 pagi, naik eskalator ke aras 3. Melintasi Watson dan Starbuck Caffee. 8.50 pagi, masuk
balai perlepasan.
Terpampng di eletronik board yang besar.
Menyediakan maklumat-maklumat perlepasan dalam negeri dan luar negara. 8.53 pagi, melintasi WH Smith, Beauty
Express, Carlo Rino dan Body Shop. Kemudian
masuk restroom untuk melegakan
diri. 9.10 pagi, duduk depan Agrobazaar, "Taste of Malaysia".
Bersebelahan dengan KK Super Mart.
Lalu bersantai sambil melihat ragam all
walks of life. Masing-masing mengikut laluan destinasi. Hanya melihat yang
tersurat, yang tersirat itu pembawaan masing-masing. 9.33 Umi masuk KK Super
Mart. Membeli oleh-oleh untuk cucu. Sentiasa membawa "ingatan
rindu" bersama. Cucu-cucu tidak
pernah dilupakan walaupun berjauhan.
10.42 pagi, terpaksa beratur panjang untuk
pemeriksaan boarding pas. 10.50 pagi, pemeriksaan kastam. Seterusnya
ikut panduan P J1. 10.52 pagi, turun eskalator. 10.53 pagi, naik travelator. 10.55
pagi, melintasi kedai myNews.com dan
Giordano.1057. Seterusnya kafe kopi kita dan Saudagar Kurma.
11.09 pagi, masuk lounge J1. Bertentngan dengan
Airside shoppe. 11.11 pagi, Faiz hantar meseg,
selamat sampai di Doha. Alhamdulillah. Terasa pula rindu. 11.58 pagi, pengumuman delay
penerbangan kerana masalah operational. Masa flight diubah pada jam 1 tengah
hari. Terpaksa menunggu lagi. Waiting is torturing.
Hanya kesabaran dapat mengatasi kemarahan.
Hanya kelekaan dapat mengatasi kebosanan. Kadang-kadang lebih mudah lagi dengan
hanya memejam mata. Kemudian hanyut. 1.31 tengah hari, pemeriksaan boarding
pas ikut zon. Kemudian melalui aerobridge. 1.37 pagi, sampai di pintu pesawat terus masuk kabin.
Duduk di 11C sepatutnya 11F. Orang lain punya
problem kita dapat tempiasnya. Umi pula duduk di 10D sepatutnya 10F. 1.47 tengah hari, menderam untuk warm up.
1.50 tengah hari, seperti biasa demonstrasi keselmatan. Seterusnya pesawat begerak
perlahan-perlahan. Menuju ke landasan take off.
Kemudian bergerak laju. 1.59 tengah hari, terus
menongkah ruang udara. Semakin laju semakin naik. Lalu terus menyusuri lebuh
raya angkasa. Hanya memejamkan mata. Bunyi injin pesawat menguasai pendengaran.
2.04 petang, isyarat tali pinggang keledar dipadamkan. 2.07 petang, mini bar
menawarkan makanan dan minuman. Off course kena bayar.
2.13 petang, merentasi Banjaran Titiwangsa di
ketinggian 57000 kaki. 2.31 petang, mengarah penumpang kembali ke tempat duduk.
Pesawat akan mendarat sebentar lagi. 2.30 petang, crew bersedia untuk landing.
2.30 petang, bumi kelihatan terhampar. Sayup-sayup dalam kesamaran. Seterusnya
pesawat mengurangkn kelajuan dan ketinggian.
234 petang, bumi semakin jelas. Kelihatan
kelompok-kelompok rumah dengan sedikit kehijauan. Terhampar indah. 2.36 petang,
akhirnya pesawat membuat touch down. Kemudian terus bergerak laju sepanjang
lndasan. 2.37 petang, baru berhenti. Masing-masing bergegas bangun dan berdiri
di sepanjang aisle. Alhamdulillahselamat tiba Sultan
Mahmud Airport.
2.41 petang, pintu lewat dibuka. Kemudian
masing-masing turun melalui tangga hadapan.
Melangkah terus hingga ke pintu tuntutan bagasi. Kemudian keluar dari
balai ketibaan. 2.44 petang, terus ke mesin autopay untuk bayar parking. Meragukan,
Lalu ke kios untuk bayaran secara manual.
Parkir lebih 12 jam.
3.42 petang, membeli "selera" di restoran Basir, di Durian Burung. Salah satu
"dapur malas" apabila Umi tak ada mode nak memasak. Kadang-kadang lebih
ekonomikal lagi daripada memasak di dapur sendiri. 3.49 petang, selepas memandu
kira-kira lima belas minit akhirnya sampai di teratak Seri Teratai. “Home sweet
home”. Syukur alhamdulillah.