HARI KEENAM : 8
APRIL 2019 (2)
- Maharaja Bazar
- Handicrafts Gallery - The Food Street
- Indira Ghandi
International Airport
(Rambang Di
Mata Bimbang Di Jiwa)
 |
Namaste |
 |
Maharaja Bazar |
 |
Rambang Mata |
11.23 pagi, berhenti di hadapan Maharaja Bazar, tea, spices, textiles and
handicrafts. Pelbagai pilihan memenuhi idaman suri. Kadang-kadang terperangkap dalam diversity of choice, boleh menghilangkan rational choice. Lalu Ibu-ibu menjadi “rambang
di mata”, tetapi bapak-bapak pula “bimbang di jiwa”. Bagaimanapun seronok melihat aktiviti tawar-menawar dan pujuk-memujuk. Inilah
strategi. Kepuasan, apabila berlaku wi-win situation.
 |
Relaxation Zone |
 |
Tawar-Menawar |
 |
Diversity Of Choice |
11.33 pagi, naik tangga ke aras 1. Bahagian t
shirt dan sari. T shirt menjadi tumpuan
untuk oleh-oleh. Menawarkan pelbagai
saiz, fesen dan warna. 12.13 tengah
hari, baru bertolak. Sempat memberi sedikit rupee pada si capek. Dalam bas masing-masing membilik-bilik hasil
melotar rupee.
 |
Lunch |
Kelihatan anak kecil medadah-dadah tangan. Si
ibu mengendong anak kecil memohon simpati. Si capek terlonjak-lonjak meminta
perhatian. Inilah gejala sosial daripada jutaan penduduk. Rata-rata hidup dengan terkais-kais
untuk makan pagi dan petang. Malah dikatakan Agra
adalah komuniti bandar yang paling sesak di Uttar
Pradesh. Mula menghampiri senario population overshoot.
 |
Seni Zardozi |
 |
Warisan Temurun |
 |
Namaste |
 |
Handicrafts Gallery |
1.37 petang, berhenti di Jalan Fatehabad.
Masuk Handicrafts Gallery, Jeweler and Art
Dealers, Mempamirkan seni Zardosi yang
menakjubkan. Warisan keluarga turun-temurun. Seni sulaman menggunakan benang
emas dan perak pada kain sutera, satin atau kain beludru. Menggabungkan
mutiara, manik, dan batu permata untuk pakaian. Malah sulaman demi sulaman memberi
kesan 3D. Terutama hiasan haiwan.
 |
Lontar Rupee |
 |
Ciptaan Zardosi |
2.12 petang, meneruskan perjalanan. Di sepanjang
jalan kelihatan hotel-hotel budget. Bagaikan keletihan menunggu pelanggan. Beberapa ekor
lembu juga kelihatan berkeliaran di tepi jalan. Turut meraikan kesibukan. 2.30 petang, melintasi dataran gersang. 2.33 petang, melalui tol. Seterusnya lebuh raya Yamuna yang
agak lengang. Menjadikan perjalanan agak lancar dan selesa.
 |
Food Street |
 |
Secawan Tea |
3.28 petang, berhenti di The Food Street Mathura. Cuaca agak panas lebih kurang
38ºC. Ketikanya untuk melegakan diri di washroom. Kemudian pekena secawah
tea untuk kesegaran. 3.52 petang, meneruskan perjalanan. Masih lagi merentasi
dataran gersang.
3.55 petang, tol
Mangatan. Tiada apa yang dapat dilihat, hanya dataran gersang seluas mata
memandang. Hanya pohon-pohon renek dan dirian tulen yang mampu bertahan dalam cuaca
panas. 4.40 petang, bayar tol lagi. Ada yang tertidur tetapi ramai antaranya
hanyut dalam WassApp. Kadang-kadang smile a mile sendirian, mungkin tergeletek hati.
5.15 petang, masuk kawasan Delhi. 5.32
petang, pakej dinner diedarkan. 5.40 petang, melintasi Sg. Yamuna. Keadaan yang agak tenang memberi
kesempatan untuk makan lewat petang. 5.45 petang, jalan mula sesak dengan kenderaan dan bas.
All walks of life kelihatan menyesakkan lokasi dan meriuh-rendahkan suasana di
hentian-hentian bas.
 |
Airport |
 |
Indira Ghandi |
6.37 petang, sisa-sisa senja masih melatari
kaki langit dengan warna kuning keperang-perangan. 6.45 petang, akhirnya sampai
di Indira Ghandi International Airport. Lalu masuk ke balai ketibaan. 7.15 malam, check in bagasi. 8.14 malam, kesempatan untuk
solat jamak takdim.
Lepas itu berlegar-legar. Mengisi masa yang
terluang. Masing-masing membuat aktiviti filling the gaps atau sekadar let
the mood flow. Kadang-kadang terasa bosan, bored to the core.
Bagaimanapun sedar tak sedar, 9.48 malam, masing-masing bersedia untuk boarding.
 |
Take off |
9.56 malam, ikut lorong. Terus masuk aerobridge.
9.59 malam, masing-masing berada dalam kabin. 10.16 malam, demonstrasi
keselamatan. 10.30 malam. Bergerak perlahan-lahan. Terus ke landasan. Di luar
agak gelap. Kelihatan berderet-deret lampu di lapangan. 10.45 malam, tiba-tiba
memecut. Bergegar, seterus naik menongkah udara.
10.47 malam, kelihatan cahaya berkerlipan di
bumi, bagaikan bintang di langit. 10.54 malam, makin laju makin menongkah
udara. Makin tinggi. Lalu menyusuri lebuh raya angkasa. 11.03 malam,
pengumuman cuaca kurang baik. Sedikit bimbang. Bagaimanapun membiarkan deruan
pesawat menguasai pendengaran.
11.34 malam, dinner diedarkan. 11.55
malam, sekali lagi pengumuman cuaca kurang baik. Penumpang diarah kembali ke
tempat duduk. 12.12 malam, masih bergegar dan bergoyang-goyang. Benar-benar
mencemaskan. Lalu memejamkan mata untuk menenangkan perasaan. Kemudian
merelakan pesawat menyusuri lebuh raya angkasa.
Post a Comment