JUMAAT 20 JULAI 2018 (2)
Restoran Pokdi Kelate - Gunung Kinabalu - Kundasang
- Rocky Mountain Lodge - Restoran Rocky Mountain
|
Kota Kinabalu |
|
Laluan Kinabalu |
2.52
petang, masuk simpang kiri ke Tuaran. 2.54
petang, sesak kerana projek binaan flyover sedang berjalan. Lalu bergerak perlahan-lahan. Kemudian naik flyover terus ke laluan Inanam. 2.58 petang,
melewati City Mall. Seterusnya melintasi Avangio Hotel dan plaza YLY.
|
Late Lunch |
|
Restoran Pokdi |
|
Sulaiman Central |
|
Makan Semeja |
3.10
petang, melintasi KFC. Kemudian u turn masuk simpang kanan Jalan Sulaiman Central.
3.18 petang, parkir depan Wira Furnitue Enterprise.
Lalu masuk restoran Pokdi Kelate di
bangunan Sulaiman Sentral. Duduk di meja no.
13. 3.49 petang, selesai lunch, "gendang gendut tali kecapi". Sekadar mengecas semula tenaga untuk perjalanan yang masih lagi jauh.
|
Keperluan Homestay |
|
One Superstore |
Baru
terasa kenyang. 3.53 petang, masuk One Superstore di sebelah restoran. Membeli sedikit bekalan untuk bermalam di lereng gunung. 4.10 petang, bertolak. Lalu
masuk simpang kanan ke Tuaran. 4.10 petang,
melintasi kompleks Perumahan Kastam di Jalan Telok Sepangar. 4.15 petang, masuk simpang
kiri. Masih lagi di laluan Tuaran.
4.19
petang, melintasi Merdeka Mall. Kemudian masuk
bulatan exit 1. 4.21 petang, melintasi Pasaraya
Giant. 4.32 petang, sekali lagi masuk bulatan exit 2, Jalan Tamparuli. Tiba-tiba feeling excited. Dari jauh kelihatan Gunung Kinabalu, dengan appearance myths. Tiba-tiba terasa pula aura mistrinya.
4.36 petang, naik jembatan Tamparuli. Kemudian masuk bulatan exit 2
jalan ke Ranau. Dakian berliku-liku di sepanjang lereng bukit. Kadangkala sesak apabila lori
berada di hadapan. Sukar untuk memotong. Lebih-lebih lagi likuan bahaya di lereng-lereng bukit. 4.48 petang, jalan semakin kecil. Menjadikan perjalanan
kurang lancar.
|
Nature's Beauty |
|
Aura Kinabalu |
|
Iringi Perjalanan |
|
Courtesy Of Nature |
4.59
petang, melintasi SK Kelawat. Terasa Gunung Kinabalu bagaikan mengiringi perjalanan.
Kadang-kadang di hadapan. Kadangkala di
belakang. Begitu mesra, courtesy of nature. Bagaikan gadis sunti yang mengalu-alukan kedatangan
dengan senyuman.
5.03
petang, jalan menjadi sesak. Deretan kereta bergerak perlahan-lahan kerana lori
di hadapan. 5.07 petang, jalan menurun dengan likuan bahaya. Gunung Kinabalu beralih ke kiri. Kemudian ke belakang.
5.23 petang, masih lagi bergerak perlahan-lahan. Ekor mengekor bagaikan convoy of cars.
|
SSA1996 A |
|
Bezza Dusl VVt-1 |
|
Kundasang Route |
5.27 petang,
awan mula berubah warna, kuning keperang-perangan. Menjadikan Gunung
Kinabalu sama-samar dalam bayangan senja. Berbalam-balam. Beberapa
kereta mula memasang lampu. 5.30 petang, memasuki selekoh tajam. Seterusnya
melintasi pekan kecil.
|
Feeling Relaxed |
|
Laluan Kembara |
Perjalanan
tidak lancar setiap kali lori di hadapan. Lebih-lebih lagi kalau lori minyak
yang membawa bebanan seberat 3 tan. Bagaimanapun pemandu-pemandu kereta
terpaksa bersabar. Akur pada unexpected happening. Apabila ada ruang lori minyak memberi kesempatan untuk
memotong.
5.41
petang, Gunung Kinabalu bergitu hampir sekali.
Tersergam, setinggi 4096 meter. Hebat.
Bagaikan penunggu buana. Auranya bagaikan menguasai perjalanan. Tidak hairanlah
Kaum Kadazan Dusun mempercayai bahawa roh nenek
moyang mereka sedang bersemadi di lereng-lereng dan di puncak Gunung Kinabalu.
|
Lokasi Kundasang |
|
Pekan Kundasang |
Demikian aura Kinabalu turut menyusuri Jalan Tamparuli - Ranau. 5.52 petang,
melintasi Mount Borneo Restaurant. Dari jendela
kelihatan samar-samar bukit-bukau berlapis-lapis mengikut ton warna.
Kelompok-kelompok rumah bagaikan tersorok di lembah-lembah dan di lereng-lereng
bukit. 5.57 petang, masuk pekan Kundasang. Perjalanan sejauh 120
km dari Kota Kinabalu.
Anggaran
ketginggiannya 1,900 meter dari aras laut. Dengan iklim sederhana, menjadikan Kundasang ideal untuk tanaman sayuran-sayuran. Termasuk
lobak merah, kembang kol, brokoli, kubis, loceng lada, bawang bunga, dan juga
cendawan. Pasaran sayur yang dibuka tujuh hari seminggu sentiasa dikunjungi.
|
Lembah Kundasang |
|
Warna Kundasang |
Majoriti penduduk
Kundasang terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu dan Cina. Bagaimanapun terdapat juga sebilangan kecil
pendatang dari Indonesia. Terdiri daripada Bugis, Tator, Timor dan Jawa. Mereka
menjadi sebahagian kecil penyumbang ekonomi, terutama di dalam sektor
pertanian.
Kundasang hanya
sebuah pekan kecil. dalam daerah Ranau. Terletak di lembah
Kundasang. Namun menyediakan pasarana
yang agak mencukupi. Terdapat kemudahan penginapan, seperti hotel, motel, chalet
dan homestay. Juga beberapa restoran dan mini market. Cukup memberi kemudahan
dan keselesaan kepada pelancong.
5.59
petang, jalan menurun. Kemudian mendaki semula. Terpaksa berhati-hati kerana
tebing tinggi mencuram ke lembah. Terutama di selekoh bahaya. Bagaimanapun thumb up untuk Faiz kerana hebat memandu. Cekap menukar gear mendaki.
Sekali-sekala kereta bagaikan menderam menghimpun kekuatan untuk mendaki.
Post a Comment