HARI PERTAMA 19 OGOS 2016
9.36 pagi, waktu yang tenang dan damai. WRB678 HILUX D-4D keluar dari pekarangan Teratak
Seri Teratak. 9.42 pagi, Honda City i-Vtec TBH669 mengekori kemudiannya. 9.47 pagi,
meninggalkan Kg. Pulau Bahagia. Memasuki simpang
kiri Kg. Peradong, dan seterusnya PKR Kg. Batu Hampar. 9.45 pagi, isi minyak di stesyen minyak Caltex RM36.00. 9.51 pagi, melalui Kg. Pulau Manis dan kemudiannya Kg. Kubang Palas.
Perkarangan Teratak seri Teratai |
9.54 pagi, memasuki susur kiri ke lebuh raya. Pagi ini agak tenang
dengan langitnya berwarna kelabu. Kereta agak kurang. 9.59 pagi, sampai di Tol Plaza Telemong. Seterusnya naik jembatan Sungai Telemong. 10.06 pagi, papan tanda menunjukkan 182 km lagi ke Kuantan.
10.07 pagi, melintasi kawasan rehat Ajil.
Perjalanan mula memasuki kawasan bukit-bukau.
10.11 pagi, exit 858 Kuala Berang. Lagi 44 km ke Bukit Besi. Had kelajuan yang dibenarkan ialah 110km/j. Kadang-kadang tak sedar melebihi had yang ditetapkan. 10.16 pagi, melalui kawasan sawit. Di kejauhan kabus kelihatan terapung-apung di pucak bukit. Begitu hening dan indah. Papan tanda amaran, mengenai kawasan kabus di perjalanan.
Matahari sekali-sekala mengitai di celah-celah awan. Manakala kabus berarak perlahan-lahan. Bukit di kejauhan nampak berbalam-balam. 10.24 pagi, papan tanda menunjukkan 23km lagi ke Bukit Besi. Seterusnya memasuki kawasan angin lintang. 10.25 pagi, memasuki daerah Dungun. Terdapat papan amaran kawasan lintasan Tapir.
Angin lintang membahayakan pemandu
kerana bertentangan dengan arah memandu. Daya angkat yang mungkin terhasil
boleh menyebabkan kemalangan. Cara yang paling selamat untuk menghadapi angin lintang ialah dengan mengurangkan kelajuan
dalam melawan arah angin lintang.
10.31 pagi, 144 km lagi ke Kuantan. 10.31 pagi, menyeberangi Sungai Dungun. 10.32 pagi, exit
853 persimpangan Bt Besi. Melalui ladang sawit dan bukit-bukau. Saat ini matahari
mula memancar bagaikan memburu kabus. Di
kejauhan bukit bukau kelihatan kelabu. 10.46 pagi, melintasi kawasan rehat Paka.
Matahari mula dilindungi awan menjadikan cuaca agak redup. 10.46 pagi,
memasuki kawasan angin lintang. 10.50 pagi, exit 849 melintasi persimpangan
Paka. 10.53 pagi, menyeberangi Sungai Bagus.
Seterusnya exit 847 persimpangan Kertih. Papan
tanda menunjukkan 81km lagi ke Kuantan. Panorama
begitu indah apabila melalui kawasan bukit-bukau
11.02 pagi, mata hari mula menyinar kembali, menerangi celah-celah
bukit. Pucuk-pucuk sawit kelihat bercahaya apabila disentuhi sinaran matahari.
11.04 pagi, melintasi exit 845 Kijal. Ladang
sawit agak luas sampai ke kaki bukit. 11.14 pagi, exit
841 persimpangan Chukai. Sekali sekala melalui tebing-tebing tinggi, dan
kadang-kadang melalui lembah-lembah. 11.15 pagi, papan tanda amaran kawasan berkabus. Seterusnya melalui kawasan angin lintang.
Awan kelabu kelihatan bertompok-tompok nipis. 11.20 pagi, melintasi exit 839 persimpangan Cheneh. 11.24 pagi,
menyeberangi Sungai Sindok. Seterusnya masuk
kawasan angin lintang dan melintasi kawasan rehat Perasing. Lembah-lembah di kawasan ini
agak berkabus. Cuaca menjadi redup apabila matahari hilang sentuhannya.
Laluan Kampung Ke Swiss Garden |
KFC Kg. Balok |
11.23 pagi, melintasi exit 836 Jabor,
kemudian masuk lorong Plaza Tol Jabur touch and go RM21.50.
Seterusnya 11.39 pagi, masuk bulatan dan terus ke simpang pelabuhan Kuantan. Nostagia 80han
jalan lama semasa balik kampung. Jalan
satu lorong agak sempit dan perjalanan menjadi tidak begitu selesa. 11.48 pagi,
berhenti di KFC Kg.
Balok. 12.10 petang, meneruskan
perjalanan.
Post a Comment