Qalam Perjalanan


HARI KEDUA:  23 MAC 2014 (1)
Narita International Airport
- Asakusa
(Mulut Berselera Perut Bergelora)




Lokasi Narita Airport


7.45 pagi, akhirnya Vinamese Airline VN300 mendarat di Lapangan Terbang Narita. Sekali lagi mencatat sejarah. Once in a whole life time menjejak   bumi "Matahari Terbit". Masing-masing  teruja, sambil menikmati kedinginan musim dingin . Terasa begitu selesa dengan suhunya2 3°C. Waktu ini agak tenang. Akan tetapi mula sibuk apabila memasuki balai ketibaaan di Terminal 1. Kemudian terus ke Kaunter Kuarantin.


New Airport
Narita International Airport

Narita merupakan lapangan terbang antarabangsa yang utama di Jepun.  Terletak di di bandar Narita di Chiba. Ia terdiri daripada tiga bangunan terminal: Terminal 1, Terminal 2 dan Terminal 3. Terminal 1 dan Terminal 2 masing-masing mempunyai sebuah stesen kereta api di bawah tanah. Terminal 3 untuk syarikat penerbangan bajet rendah.


 Walks Of Life
50% Penumpang 

Mengendalikan sekitar 50% daripada trafik penumpang antarabangsa di negara ini. Dan 60% daripada trafik largo udara antarabangsa. Sehingga 2013, Narita adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Jepun selepas Haneda. Menjadi paling sibuk yang kesepuluh hab pengangkutan udara di dunia. Landasannya adalah terpanjang di Jepun iaitu 4,000 meter.



Laluan Ketibaan Terminal 1


8.24 pagi, terus ke Kaunter Imigresen untuk pemeriksaan pasport.  Selepas itu ke bahagian Tuntutan Bagasi di Sayap Utara.  Selepas itu naik tingkat 2 ke Balai Ketibaan.  Sekali lagi melalui pemeriksaan. Kali ini di Kaunter Kastam untuk bagasi dan hand luggage. Yang tidak melebihi elaun bebas cukai, boleh pergi ke  Kaunter Hijau. Kaunter Merah pula untuk yang melebihi elaun bebas cukai.

Selepas melalui hampir 2 jam prosedur ketibaan, kami terus ke pintu untuk keluar. Di luar kami disambut oleh tour guide yang mengalu-alukan kami dengan ungkapan tradisinya, "irasshaimase". Gadis Jepun yang peramah. Dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dia terus membawa kami ke bas yang sedang menunggu. Lega rasanya apabila berada di luar. Udaranya yang segar, dengan aroma musim bunganya yang begitu nyaman.


Pencakar Langit
Ibu Kota Jepun

8.46 pagi, bas seterusnya membawa kami menyusuri jalan ke bandaraya Tokyo.  Yang asalnya sebuah perkampungan nelayan. Sepanjang jalan dihiasi pokok-pokok pain. Kelihatan beberapa pohon sakura yang belum lagi kembang bunganya.  Bagaikan mengalu-alukan kedatangan kami. Namun kami terpesona melihat beberapa putik bunga sakura yang baru nak kembang.



 Tokyo City
Sarapan Halal

8.57 pagi, bas mula memasuki bandaraya. Terasa seolah-olah melalui celah-celah hutan batu-bata. Bangunan-bangunan pencakar langit, kelihatan bagaikan bersaing untuk mencakar awan. 9.01 pagi, bas kemudiannya berhenti di salah satu restoran untuk sarapan. Masing-masing turun dari bas. Baru terasa, "mulut berselera perut bergelora".


Japanese Taste

Agak lewat, tetapi inilah makanan Jepun yang pertama kami jamah. Nak sesuaikan dengan cita rasa yang pelbagai, tentulah memerlukan masa. Kadang-kadang too much taste is a waste. Lebih-lebih lagi apabila dah berumur susah nak mengubah selera. Bagaimanapun matalah yang lebih berselera daripada lidah.


Peta Restoran Halal

Sebenarnya banyak makanan halal di Tokyo. Restoran-restoran juga turut mempamerkan label halal. Mereka lebih perihatin tentang kebajikan pelancong Muslim. Mereka memberi  banyak informasi dan lokasi untuk ke restoran makanan halal. Yang pergi dengan pakej sudah tentu tidak ada masalah. Malah pakej pelancongan telah menyediakan restoran-restoran yang terbaik untuk menikmati makanan tradisi Jepun.


Imformasi Halal
Makanan Halal


Makanan Jepun memang berkhasiat. Akan tetapi amalan dan kebiasaan agak memerlukan masa untuk menerima sushi, tempura, tofu, udon, soba, ramen, yakitori dan lain-lain Japanese cuisine. Masakan Jepun sebenarnya telah melalui beberapa abad. Seiring dengan perubahan sosial dan ekonominya. Namun masakan tradisional Jepun lebih berasaskan nasi dengan sup miso. Demikan selera orang Jepun agak menarik, dan unik.




Tokyo Skytree 
Skytree View
Tokyo Skytree



Daerah Asakusa



Apabila dah kenyang barulah bertenaga. Terasa ceria, "gendang gendut tali kecapi". 11.14 pagi,  kami mengunjungi Daerah Asakusa.  Terkenal dengan Senso-ji, iaitu  kuil Buddha tertua yang dibina pada abad ke 6.   Dikatakan , selama berabad-abad Asakusa menjadi daerah hiburan utama. Dengan pembukaan Tokyo Skytree setinggi 634 meter, menarik lebih ramai lagi  pelancong. Yang mana diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai menara tertinggi di dunia.



Lane Of Choices

Asakusa Nakamise-Dori


Jalan Utama Zaman Edo


Salah satu point of interest di Daerah Asakusa yang  popular ialah  Jalan Asakusa Nakamise-dori. Sepanjang kira-kira 250 meter. Dari pintu gerbang ke Kuil Sensoji Kaminari-mon hingga ke pintu gerbang Hozo-mon. Merupakan jalan utama  sejak zaman Edo lagi. Terdapat sekitar 90 kedai di sepanjang jalan ini. Kedai-kedai ini menjadi warisan dari generasi ke generasi sejak abad ke 16 lagi. 


Daerah Hiburan

Geisha Asakusa

Di hujung gerbang Hozo-mon kelihatan pagoda 5 tingkat. Di belakangnya terdapat sebuah kawasan disebut "Anna Machi", atau "Bandar Bunga". Tetapi orang barat mengenalinya sebagai, "Bandar Geisha". Di mana terdapat kira-kira 45 Geisha yang masih aktif bekerja. Geisha bukanlah pelacur, tetapi berperanan sebagai pelayan. Teman berbual atau teman sosial.


Post a Comment

Powered by Blogger.