Qalam Perjalanan

HARI KEDUA, 30 OGOS 2016 (2)


 

4.02 petang, masuk restoran Chicken Rice. Umi, Kakcik dan Ayla sedang makan. So, join sekali. Berbaloi juga walaupun membayar RM67.30. 4.34 petang, masuk kedai Diaso. Lama juga Umi dan Kakcik memilih barang-barangan untuk dibeli. Sambil menunggu, berehat di kerusi bulat berhampiran kedai Gymboree pusat perkembangan kanak-kanak.




5.29 petang, keluar dari 1O1 City mall. Mengikuti jalan lain. Masuk bulatan ke Pucung. Ke kiri Exit 539 Putra jaya. Jalan melompat-lompat, dibenarkan hanya 80km/j. Ada 5 lorong, hanya berpandukan laluan   ke Bandar Baru Salak Tinggi. 5.57 petang, jalan mula sesak. Kereta bergerak perlahan-lahan.


Seterusnya melalui ladang sawit. 6.07 petang, papan tanda amaran kerana pembinaan di hadapan. Hanya dibenarkan 50km/j. 6.08 petang, pembinaan tamat. 6.15 petang melintasi Latihan kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. 6.18 petang, sampai di hotel Sri Langit.
 

4.46 petang, jamak asyar. Lepas itu berehat. Ayla keletihan dan terus tidur. Begitu juga Faiz dan Kakcik. Umi hanya baring-baring. 7.55 malam, jamak maghrib. Umi membantu Faiz untuk mengemas dan menimbang berat beg. Bersiap-siap untuk Ke KLIA. 9.20 malam, bertolak ke KLIA. Dipandu oleh kakcik.




9.39 malam, Exit 2 Kota Warisan dan terus mengikut laluan KLIA. Exit 3 Bulatan Masjid KLIA. Masuk bulatan terus ke simpang KLIA. Seterusnya dua kali bulatan. Sampai KLIA masuk bahagian parking. 9.51 malam, parking di 26 terminal KLIA  public parking, aras laluan C-B-3. Seterusnya naik lif ke aras 5 bahagian departure.



10.09 malam, timbang beg sekali lagi. 10.13 malam, pergi ke restoran Kopi Time, order 3 pinggan nasi lemak dan minuman.  Nasi lemah RM27.00, teh ice RM6.60, teh panas RM5.20 dan milo panas RM7.20, total RM46.00.  Nasi lemak, wow! super pedas, tak lalu nak makan. Waktu ini Faiz mula nampak sedih.



10.54 malam, kurangkan barang dalam beg besar. 11.06 malam, balut beg dengan plastic di bahagian baggage wrapping. 11.32 malam, jumpa family Fatin dan Dhia. 11.53 malam, Faiz dan Wani masih lagi beratur untuk check in luggage. 12.43 malam, jumpa Rosma, Dayah dan Wani. Lambat lagi flight to Dubai, mata Umi sudah pun masuk abuk, berlinang.



12.57 malam, Faiz turun tangga international untuk berlepas. Maka bermulalah drama air mata nenek dan cucu. Berlanjutan hingga ke parking kereta. Namun isak tangis Ayla tak dapat ditandingi. Malam itu Kakcik yang memandu. Perjalanan balik agak tenang. Bagaimanapun suasana semacam kehilangan. Kesedihan dan kepiluan masih memaut.

 


1.41 pagi, sampai di hotel Sri Langit. Ayla masih lagi teresak-esak, ingatkan Ayahsunya. 2.43 pagi, masih tak tidur lagi. Mudah-mudahan Faiz selamat sampai ke Dubai, Moscow dan seterusnya Volgrad, destinasi terakhirnya. Selamat berjuang Ayahsu, doa kami mendahului langkahmu.

Post a Comment

Powered by Blogger.