HARI KEENAM : 8 APRIL 2019
(1)
Hotel Taj Vilas - Taj
Mahal - S.K. Cottage Industries
- India Leather House Factory Outlet
(Rasa Tercipta
Dan Syair Terukir)
 |
Breakfast |
 |
Dinning Taj Vilas |
5.04 pagi, solat subuh. Rasa terharu berada
di bumi asing. Sejauh 3670.91 km dari KLIA. Sekalipun hujan emas, rindu kampung
halaman bagaikan menusuk kalbu. 6.31 pagi,
turun lif dengan beg sekali. 6.35 pagi, breakfast. Terasa pula rindu
dengan nasi lemak.
 |
Lobby Lounge |
 |
Adieu Taj Vilas |
7.04 pagi, naik bas. Adieu Taj Vilas. Jalan Fatehabad
pagi-pagi lagi dah sibuk. Kereta dan 3 wheelers berlalu-lalang membawa penumpang.
7.24 pagi, sampai di destinasi. Beberapa
pedagang cilik juga turut sibuk menawarkan pelbagai souvenirs. 7.26 pagi,
berkumpul di bawah pokok Banyan. Mendengar
taklimat dari En. Shan.
 |
Waiting Time |
 |
Morning Ride |
7.28 pagi, mengikut laluan ke Taj Mahal. Melintasi restoran
Thai Tea Pancho. Sepanjang jalan pedagang jalanan mendesak dan merayu.
7.31 pagi En. Shan mengedar tiket barcode
sebgai boarding pas. 7.33 pagi, sampai di pintu gerbang utama.
 |
Bersama |
 |
Walkway |
 |
Melangkah |
Masuk ikut lorong jantina. Seterusnya melalui
pemeriksaan badan dan hand luggage. 7.46 pagi, masuk pintu gerbang. Bagaikan a breathtaking moment, rasa terpukau melihat Taj
Mahal dari kejauhan. “Di mata ia bertahta di hati ia bersemi”. Lalu menguasai
seluruh penglihatan dan pendengaran.
 |
Right Step |
 |
Walkway |
 |
Seiring |
 |
Sehaluan |
Lambang seni bina Moghal
abad ke 17. Gabungan unsur-unsur seni bina Persia,
Turki dan India.
Menjadikannya simbol pengabdian seni Muslim India terkini. Ianya sebuah
kompleks bersepadu. Merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid,
menara tinjau dan lain-lain.
 |
Laluan |
 |
Pintu Gerbang |
Seterusnya menghampiri Taj Mahal. Bagaimanapun tak dapat mengelak dari pesona
taman dan kolam. Bagaikan terperangkap di setiap pentas dan sudut. Lalu mengabadikan
setiap penglihatan dan setiap perasaan. Demikian keindahannya yang sukar
diungkap dan keseniannya yang sukar disingkap.
 |
Rasa Tercipta |
 |
Hati Bersemi |
 |
Syair Terukir |
Tamannya bagaikan bayangan syurga. Menjadi
habitat flora dan fiona. Lalu menyerikan setiap sudut pandangan. Semakin hampir semakin
terserlah keindahan. Auranya bagaikan menguasai setiap langkah. Aromanya bagaikan
memenuhi seluruh taman. Begitu harmoni dan damai. Tiba-tiba
menguasai
seluruh perasaan.
 |
Pesona Taj Mahal |
 |
Kedamaian |
 |
Keharmonian |
7.17 pagi, tidak sedar. Tiba-tiba sudah
berada didepan pintu masuk Taj Mahal. Terpaksa
memakai alas kaki plastik. Kemudian masuk ke dalam. Replika makam terletak di
tengah-tengah. Bersama-sama dengan pengunjung lain memberi penghormatan kepada dewi cinta.
 |
Pengabadian |
 |
Lambang Cinta |
8.27 pagi, keluar melalui likuan. Kelihatan Sg. Yamuna yang setiasa mengalir di sisinya. Bagaikan
menyimpan rahsia percintaan yang berabad-abad lamanya. Alunannya bagaikan
membisik kata-kata cinta. 7.33 pagi, turun tangga mengikut, way to exit. Seterusnya
bergerak masuk taman. Kelihatan semakin ramai pengunjung, datang bertali arus.
 |
Pintu Gerbang |
 |
Warisan Dunia |
Demikian Taj Mahal menjadi
tapak warisan dunia UNESCO. Lambang percintaan Maharaja Shah Jahan dan Mumtaz
Mahal. Dari “rasa yang tercipta hingga ke syair
yang terukir”. Bait-bait cintanya terus membisik rasa, bagaikan berkurun-kurun
lamanya. Lalu meninggalkan pewaris-pewaris cinta yang
memburu rindu di sepanjang zaman.
 |
B P7 Electrie |
 |
Kereta Eletrik |
9.10 pagi, keluar dari gerbang utama. Melalui
pohon banyan dan mimusops
yang berusia ratusan tahun. Sekian lama menjadi saksi sejarah. 9.21 pagi, naik kereta
eletrik B P7 electrie. Pedagang jalanan cuba
mengerumuni. Malah terus mengejar apabila kereta bergerak. 9.21 pagi, berhenti
di pintu pagar.
 |
Electric Ride |
 |
Special Rider |
Kemudian melintasi jalan yang sibuk. Terpksa tour
leader menahan kereta untuk memberi laluan. 9.28 pagi, naik bas. 9.31
pagi, baru bertolak. Juru gambar ada dalam bas. Lalu menuntut bayaran untuk setiap keeping
gambar. 9.37 pagi, masuk simpang kiri. Jalan kecil tetapi agak sibuk dengan kenderaan
bersimpang siur dan bunyi hon saling bersambut.
 |
Cottage Industry |
 |
16 Generasi |
9.38 pagi, berhenti di hadapan S.K. Cottage Industries,
di Jalan Fatehabad Pengeluar dan pengeksport marble
handcrafts. 9.47 pagi, masuk dan mendengar taklimat. Kemudian menyaksi
demonstarsi seni ukiran. Dikatakan 9 jenis
pachikari telah diwarisi daripada 16
generasi. Warisan yang telah menghasilkan pelbagai seni tangan yang berkualiti.
 |
9 Pachikari |
 |
Proses Pachikari |
 |
Seni Pachikari |
Pachikari
adalah teknik potong dan pasang. Membentuk imej pelbagai rupa dan warna pada
batu marmar. Daripada batu-batu berwarna yang digilap dan dicantum menghasilkan
imaginary images. Cantuman berbagai bentuk dan warna begitu halus dan
seni. Sehinggakan sukar melihat garis atau lekok cantuman.
9.44 pagi, masuk show room. Mempamirkan
seni tradisi Parsi yang menakjubkan. Kehebatan
seni yang sukar ditandingi. Keindahan kombinasi yang sukar disaingi.
Keharmonian ciptaan benar-benar menyentuh deria rasa. Hanya mampu menikmati tetapi tak mampu
memilikinya.
Tidak hairan harganya menjangkau ratusan
ribu. Sesuai dengan keunikan seni turun-temurun dan aura tradisi yang mampu
bertahan berkurun-kurun lamanya. 10.13 pagi, akhirnya membeli replika Taj Mahal yang bernilai 1600 ropee. Bukan terletak
pada harganya tetapi nilai sentimentalnya.
 |
Leather House |
 |
Factory Outlet |
10.28 pagi, baru keluar dari tradisi Persia. 10.35 pagi, bertolak. Jalan mula sibuk
dengan pedestrian, kereta, motor 3 tayar, bas dan lori. Hanya jalan sehala tanpa
garisan di tengah-tengah. Tiada traffic light untuk mengawal. 10.41
pagi, berhenti di India Leather House Factory Outlet untuk
barangan kulit.
Banyak pilihan tetapi kadang-kagang tidak
berkenan. 10.54 pagi, membeli tali pinggang kulit 1500 rupee. Umi pula membeli handbag
kulit 3900 rupee. Masing-masing membeli ikut cita rasa, yang “berkenan di mata
dan terkesan di jiwa”. Kadang-kadang kerana kulit beberapa orang terbelit.
11.11 pagi, di luar kedai pedagang jalanan
sudah menunggu. Bagai menahan lukah di pergentingan. Merayu dan mendesak.
Kadang-kadang hanya menghulur simpati. 11.14 pagi, bertolak. Melalui Bandar Agra. Agak kotor dengan sampah sarap dan berdebu. Tiada
parking lot, Kenderaan parkir tak ikut tempat tetapi ikut sempat.
 |
Bayangan Taj Mahal
|
Post a Comment