Qalam Perjalanan

HARI KEENAM : 9 APRIL 2019 (1)
KLIA - Food Garden - KLIA 2 - Quizinn By Rasa 
- Sultan Mahmud Airport
(Mata Menjadi Sayu Dan Jiwa Menjadi Rindu)


Malindo Air
Flight OD206

1.05 dinihari, pesawat berada di ketinggian 10,673 m dengan kelajuan 553 b/j. 1.39 dinihari, bergoyang-goyang. Agak mencemaskan. 3.07 dinihari, masih  berada di ketinggian 10,673 m, tetapi kelajuan berkurangan 505 b/j. 3.23 dinihari, mengalami ear barotrauma. Sakit telinga kerana perubahan ketinggian.  3.49 dinihari/6.19 pagi (waktu Malysia), menghampiri destinasi.

(Kembali kepada waktu Malaysia)


Touchdown
Bird Eye View

6.23 pagi, akhirnya pesawat membuat touchdown di KLIA. 6.25 pagi, keluar dari pesawat. Syukur alhamdullilah, dapat menyedut kembali udara Malaysia. Sesegar hijauan, green green grass of home. Seterusnya melalui aerobridge. Lalu masuk bangunan satelit. 6.34 pagi, naik travelator. Disusuli satu lagi travelator. Kemudian menyusuri laluan ke stesen Aerotrain. 


Tuntuan Bagasi
Carousel J

6.41 pagi, menunggu aerotrain di pintu 5. 6.42 pagi, baru naik aerotrain. 6 minit kemudian sampai di Bangunan Terminal Utama. Seterusnya turun eskalator. 6.53 pagi, melalui automated self check  untuk pengesahan pasport. Kemudian terus ke baggage reclaim di carousel J. Sekali lagi Kembara Sutera berkumpul.


Perpisahan
Akhir Perjalanan

Namun terasa sayu. Bagaikan terdengar lagu should auld lang syne, we’ll take a cup o’ kindness yet, for auld lang syne. Mungkin di sinilah berakhirnya perjalanan kita. Sudah ditakdirkan kita hanya bertemu untuk berpisah. Pun kita hanya bergurau senda di jalanan, hanya untuk bersedih akhirnya. Inilah suratan kembara.


"Auld Lang Syne"

Demikian, kemesraan akhirnya tersimpan di sudut memori. Meninggalkan kenangan indah di musim bunga. Lalu mencatat rindu di kelopak-kelopak bunga tulip yang akhirnya berguguran. Langkah demi langkah, hanya menjejaki mimpi-mimpi indah dalam sisa-sisa senja yang semakin hilang warnanya. Goodbye dear friends.


Food Garden

Lalu masing-masing mencari haluan. "Home sweet home". 7.02 pagi, melintasi pemeriksaan kastam. 7.06 pagi, group K'Ganu turun lif ke aras 2, terus ke Food Garden. Order makanan dan minuman. Akhirnya tertunai juga rindu, apabila terhidang nasi lemak Che Nad dan Che Bawang. Bagaikan memenuhi idaman selera yang lama tertangguh. 

8.56 pagi, membeli tiket KLIA transit untuk ke stesen KLIA 2. 9.01 pagi, sampai di stesen KLIA 2. Hanya 5 minit perjalanan. Bagaimanapun masih lagi mencari selera di KLIA 2. Seterusnya turun lif ke aras 2. 9.09 pagi, singgah di Quizinn By Rasa di aras 2M. Di sini banyak pilihan selera, variety of choices. Lalu makan sambil bersantai. 

Selepas itu terpaksa menunggu lapan jam lagi. Memang membosankan, bored to the core. Selepas berlegar-legar, mencari sudut untuk duduk. Habis berbual-bual, berlegar semula. Kadang-kadang bergilir-gilir menunggu beg, dan bergilir-gilir pula berlegar. Kadang-kadang membiarkan perasaan hanyut seadanya. Let it flow.


Balai Perlepasan

12.35 tengah hari, naik travelator ke aras 3. Kemudian singgah di kedai 4 Finger Crispy Chicken. Order 15% off ala carte item with combo purchase. 12.52 tengah hari, coster pager berbunyi. Bermakna, “ready to take away”. 1.02 petang, baru masuk balai perlepasan.

Kemudian naik eskalator ke dewan perlepasan antarabangsa. Berehat di depan restoran Mamak. Suasana agak tenang tetapi terganggu apabila bujibur rahman dari Padang Sumatera mengisi ruang untuk transit. Kelihatan keletihan selepas melakukan Umrah.

2.07 petang, turun lif. Terus check in di kaunter S14 untuk baggage drop domestic. Bagaimanapun terpaksa beratur. 2.34 petang, baru selesai.  Selepas itu,  pemeriksaan boarding pas dan hand luggage. 2.40 petang, turun eskalator. Kemudian naik pula travelator ke laluan K10.

2.46 petang, sekali lagi naik travelator. 2.46 petang, turun pula eskalator. Turun lagi. Turun dan naik menjadi kebiasaan di bangunan airport. 2.50 petang, singgah di Baker’s Cottage. Beli Chicken sandwich. 2.58 petang, naik travelator lagi. 3.02 petang, baru berkumpul di hadapan GK10.

3.55 petang, beratur untuk sekali lagi pemeriksaan boarding pas. 4.02 petang, menunggu pula di departure lounge. 4.35 petang, baru bergerak mengikut zon 2. Kemudian masuk aerobridge hingga ke pintu pesawat. Duduk di seat 22A. Hampir dengan window shed.

5.03 petang, bergerak perlahan-lahan. Sambil itu disaji dengan demontrasi keselamatan. 5.06 petang, bagaikan menderam. Kemudian bergerak perlahan-lahan. Menuju ke landasan take off. Lalu bergegar, tiba-tiba memecut. Makin laju makin menongkah udara. Seterusnya menyusuri lebuh raya angkasa.


Awan Berarak
Mentari Terapung

Landskap bumi terbentang. Suajana mata memandang. Makin tinggi makin sayup-sayup hamparan bumi. 5.31 petang, kelihatan awan bagaikan terapung-apung melintasi pesawat. Mentari terus memancarkan cahayanya. Lalu masuk dalam kabin. Puncak awan kelihatan bersinar-sinar apabila disentuh mentari.


Tasik Kenyir
Sentuhan Senja

Kelihatan sungai berliku-liku merentasi bumi. 5.55 petang, merentasi puncak banjaran Gunung Titiwangsa. Tiba-tiba bergegar. Bergoyang-goyang apabila merempuh awan. Selepas melewati banjaran gunung, sayup-sayup kelihatan  Tasik kenyir.   Berkilau-kilauan air tasik disentuh sinaran mentari senja. Indah sekali.

5.55 petang, sakit telinga kerana tekanan udara. Pesawat mengurangkan ketinggian. Semakin rendah semakin kelihatan hamparan bumi. Indah dalam cahaya senja. 6.00 petang, akhirnya pesawat mendarat di Sultan Mahmud Airport. Sedikit  bergegar apabila menbuat touchdown. Seterusnya menyusuri laluan.

Alhamdulillah, selamat menjejak kembali bumi “negeri cantik budaya menarik”. Green green grass of home. Kelihatan lebih hijau lagi. Tiba-tiba feeling homely, ketika Angin Monsoon Timur Laut memuput dari Laut China Selatan. Bagaikan mengalu-alukan kepulangan perantau. Lalu “mata menjadi sayu dan jiwa menjadi rindu”.

Seri Teratai
Home Sweet Home

Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

Powered by Blogger.