HARI KEDUA : JUMAAT 17 OGOS 2018 (1)
Taman Bukit Mewah - Waterworld@i-City
6.34
pagi, terbangun. Kadang-kadang body clock tidak menentu masanya. Lepas
membersihkan diri, baru solat subuh. Kemudian berbaring-baring. 7.03 pagi, Ayla dan Ayra baru bangun.
Terus bermain-main dan sepah-menyepah. 7.05 pagi, Ibu dan Baba keluar
mencari juadah pagi. Nenek saperti biasa berkemas-kemas.
7.26 pagi,
Ibu dan Baba pulang. 7.34 pagi, berserapan bersama-sama. Rasa seronok dan
berselera. Seterusnya bersantai. Kesempatan untuk Ayla, Ayra dan Aqeef bermain.
Kemudian berbalah. Sudah tentu ada yang menangis. 12.05 tengah hari,
bersiap-siap untuk ke Waterworld@i-City. 11.18
pagi, bertolak. Meninggalkan Taman Bukit Mewah.
Waterworld@i-City |
Family Retreat |
Bagaimanapun
beberapa kali sesat dan beberapa kali pula bertanya. 12.14 tengah hari,
akhirnya sampai Aras G i-Sovo. Honda parkir di di lot 8 manakala Hillux di lot 14. Kemudian masuk bangunan G i-Sovo. Turun
lif. Kemudian terpaksa meredah hujan. 12.19 tengah hari, akhirnya sampai
ke pintu Waterworld@i-City.
Waterworld@i-city sebagai family retreat, menyediakan family oriented activities. Membawa keluarga
jauh dari reality bite. Berlibur bersama dengan aktiviti yang memberi keceriaan
dan keriangan di hujung minggu. Di samping merapatkan lagi hubungan keluarga.
12.21
tengah hari, Ayahsu terus ke kaunter tiket.
12.22 tengah hari, famili Aram duduk di ruang
rehat di depan bangunan locker dan bilik tukar pakaian. Ayla, Ayra dan Aqeef sudah tidak sabar-sabar. Lalu memakai bakini dan swimming
trunk. Bersedia untuk meneroka Waterworld@i-City.
Perkongsian |
Teduhan Kanopi |
Menunggu Langkah |
12.25
tengah hari, tiba-tiba cucu-cucu sudah berada di dalam kolam Giant Jacuzzi. Bersama Ayahsu,
“the caretaker”, turut meraikan keseronokan anak-anak saudara. Suara-suara
keriangan memehuhi kolam. Maka bermulalah kembara cilik di Water World.
Hari ini
agak kurang pengunjung kerana hari jumaat bukan weekend di Selangor. Suasana agak tenang dan selesa. Ruang
terbuka dan peluang tersedia. Lalu suasana keriangan, jeritan kanak-kanak
dan deburan air memenuhi kolam.
12.12
tengah hari, Ayla, Ayra
dan Aqeef kelihatan teruja. Lepas kolam Giant Jacuzzi berlari pula ke kolam Aladin Adventure. Main gelongsor Katak. Kanak-kanak lain
juga turut bermain di dalam kolam. Suara keseronokan memenuhi suasana.
Sekali-sekala curahan bucket menderu dari puncak Aladin.
Lifeguard |
Rehat Sebentar |
Alas Perut |
12.42
tengah hari, hujan mula turun rintik-rintik. Namun tidak menjadi halangan bagi
kana-kanak. Keasyikan mengatasi segala-galanya. Bagaimanapun Atuk terpaksa
berlindung di bawah pokok kelapa sebagai watchman. Maklumlah apa-apa
boleh berlaku. “Malang tidak berbau dan takdir
tidak berbunyi”.
Hujan Rintik |
Aladin Adventure |
Old Lifeguard |
1.11
tengah hari, masuk bahagian gelongsor Tenki-dinki,
Family Rafth dan Rainbow
Racers. Atuk dan Ayahsu
main semua gelongsor. Benar-benar menyeronokkan. 1.24 tengah hari, pergi pula
ke River Adventure. Ayahsu,
Acik dan Aqeef turun
untuk kembara sungai.
1.27
tengah hari, Ayla dan Ayra
bersama-sama Nenek dan Atuk
bermain ombak di Wave Pool. Ayla dan Ayra naik
pelampung. 1.38 tengah hari, Ayahsu dan Baba naik pula Spiral Slides.
Yang lucunya pelampung terbalik apabila menececah air.
Teduhan |
Ragam Ceria |
Penuhi Selera |
Waktu ini
kelihatan mendung semakin berarak memenuhi ruang. Hujan pun turun tak menentu.
Bagaimana tidak kisah kerana badan pun dah basah dengan air kolam. Terasa
nostalgik apabila menumpang kegumbiraan cucu-cucu. Teringat tahun 50-an, zaman
kanak-kanak yang serba kekurangan.
1.46
tengah hari, keluar dari Kolam Ombak. 1.53 tengah
hari, Ayla, Ayra dan Aqeef
kembali semula ke kolam Aladin Adventure.
Meneruskan keseronokan. Tiba-tiba hujan turun agak lebat. Sekali-sekala guruh
berdetum dan kilat sambung-menyambung. Alam bagaikan murka.
2.02
petang, terpaksa berlari meredah hujan. Teruskan ke gerai Snacks.
Kesejukan membuatkan perut rasa lapar. Kehilangan kalori memerlukan tenaga.
Lalu order kentang goring dan maggy cup. Sambil berteduh di bawah kanopi sambil
mengisi selera. Aleef si bungsu, masih lagi
tidur.
Hujan
mula reda, namun masih renyai-renyai. 2.19 petang, Ayahsu,
Acik , Ibu dan Baba naik Ternado,
gelongsor ekstrem. Pertama di Asia Tenggara.
Gelongsor yang mencabar keberanian. Nenek dan Atuk menjaga Aleef yang
masih tidur. Ayla, Ayra
dan Aqeef menyambung keseronokan di kolam Aladin Adventure. Atuk terpaksa mengawasi dari jauh.
Aqeef |
Riak Air |
Kolam Aladin |
2.24
petang, baru hujan berhenti. Bagaimanapun mendung masih lagi berarak. Dataran
kolam kelihatan basah. Penuh dengan lopak-lopak air. Aura sejuk memenuhi
sekitar kolam. Terasa menggigil menahan sejuk. Peliknya Ayla, Ayra dan Aqeef tidak menghiraukan kesejukan. Mungkin
keseronokan membakar tenaga kanak-kanak.
Rama-Rama |
Family Raft |
Rainbow Racers |
2.36
petang, beberapa orang pengunjung mula datang. Suasana semakin ceria. 3.09
petang, Ayla, Ayra
dan Aqeef bekejar pula ke kolam Giant Jacuzzi. Bersama-sama Ayahsu
dan Nenek berrenang-renang dalam kolam. Giliran Ibu dan Baba pula
menjaga Aleef.
3.27
petang, Atuk pula bersama Ayahsu, Ibu dan Baba menyusuri laluan ke Ternado.
Akhirnya Atuk terpaksa menerima cabaran Ayahsu.
Cabaran Gelongsor ekstrim setinggi 7 tingkat bangunan. Dikatakan memberi 28
saat adrenaline excitement. Terpaksa membukti keberanian Atuk. Old
Timer masih ada semangat perjuangan.
Aleef |
Minum Petang |
Pelbagai Ragam |
Terpaksa
pula naik 5 anak tangga. Ayahsu dan baba mengusung pelampung sampai di tingkat atas sekali.
Terasa lelah. Namun keterujaan menaikkan semangat Atuk.
Lebih-lebih lagi cabaran dari Ayahsu tak boleh
diketepikan. Terpaksa mengembalikan keberanian.
4 orang
duduk di atas pelampung bertindih kaki. Lalu mencengkam pemegang pelampung. Kemudian,
bagaikan tiba-tiba menggelongsor. Begitu pantas, turun melalui terowong.
Bagaikan rasa terangkat semangat. Cemas dan takut. Tak sedar menjerit, Allahu
akbar! Tiba-tiba pula terasa gelap. Hanya sayup-sayup terdengar suara Ayla memanggil di Observation
Deck.
Kemudian zigzag
melalui cerobong. Saat yang mencabar dan mendebarkan. Benar-benar mencemaskan.
Semakin kuat lagi tangan mencengkam. 3.43 petang, akhirnya mencecah air kolam.
Wow! Cabaran yang sangat hebat. Pengalaman yang megerikan. Benarlah ungkapan,
"experience is a
brutal teacher”.
Post a Comment