Qalam Perjalanan

HARI KEDUA 22 DISEMBER 2017 (1)
Restoran Selasih LeoPacific - Kompleks
Membeli-Belah Sogo - Sogo Playland


Peta Sogo

8.15 pagi, Atuk, Nenek dan 2 orang cucu keluar dari bilik 813. Turun dengan lif ke ground floor. 8.22 pagi, melalui lobi, kemudian masuk restoran Selasih. Pagi ini breakfast di hotel. Yang menghidangkan variety of choice. Menjadikan Ayla dan Ayra rambang selera.


Ayla Arissa

Restoran Selasih

8.28 pagi, tengah bersarapan, dari jendela kelihatan rapidKL. Berulang-alik tak sampai 5 minit. Namun selera tidak terganggu. Menu berakfast pagi ini benar-benar memenuhi salera. Roti canai dan nasi lemak merupakan menu utama. Yang lain-lain hanya sampingan. Bagaimanapun Ayra lebih berselera daripada Ayla. Kurrr semangat.


Ayra Ameera

Sarapan Pagi

9.11 pagi, baru selesai. Kekenyangan yang luar biasa. Sampai Tersendawa. Akibat cetusan gas yang berlebihan, iaitu by-product daripada proses pencernaan. Namun dianggap sebagai “apresiasi” kerana  keenakan. Akan tetapi orang Jepun menganggapnya tidak sopan kalau bersendawa di meja makan. Ini lebih merupakan konotasi budaya.

Demikian juga menurut sebagian ulama. Bersendawa dihadapan orang lain hukumnya adalah makruh. Ini berdasarkan hadis Ibnu Umar RA, dia berkata: “Ada seorang laki-laki yang bersendawa di hadapan Rasulullah SAW maka beliau kemudian bersabda:

“Tahanlah sendawamu dari kami, karena orang yang paling sering kenyang di dunia adalah orang yang paling panjang laparnya di hari kiamat”.


Dari Bilik 813


Tangga LeoPacific

Mengatur Langkah

9.17 pagi, naik lif. Kemudian terus ke Bilik 813 untuk berihat. Sebagai memberi ruang untuk proses penghadaman. 9.41 pagi, baru turun ke lobi. Kemudian melintasi Jalan Merpati. Seterusnya melintasi Jalan Raja Laut, melalui lintasan zebra. Yang hairannya, pagi-pagi lagi kereta-kereta dah memenuhi jalan raya.


Backyard Sogo

Jalan Merpati

Wisma Bumi Raya

Menyusuri Jalan Raja laut

9.46 pagi, menyusuri depan bangunan Mara. Kemudian melintasi Jalan Mara. Menyusuri kedai-kedai di bangunan Pertama Kompleks. Seterusnya melintasi Jalan Dang Wangi. 9.51 pagi, terus masuk Kompleks membeli-belah Sogo. Melalui pintu belakang di Jalan Raja Laut.


Ruang Playland

Dakapan Ibu

Pelukan Kasih

Dari LG terus naik lif ke tingkat 4. Terpaksa menunggu kerana Sogo belum dibuka lagi. 10.02 pagi, baru masuk. Menjadi pengunjung pertama "merasmikan" ruang niaga Sogo. Bagaimanapun Aqeef dan Ayra terperangkap dalam "step right in and enjoy the fun". Cuba memijak bayang-bayang di lantai. Hasil dari pancaran lampu led warna-warni.


Mencari Mood

A Ticket To Ride

Wow! Bestnye

Cari Passenger

Lalu di saat ini, bermulalah jejak-jejak shopping. Memburu potongan 50% dan 70%. Inilah tarikan jualan murah krismas. Benar-benar menggoda. Sukar sekali diabaikan. 10.10 pagi, Atuk terpaksa membawa cucu-cucu masuk Sogo Playland. Sebagai memberi ruang dan peluang kepada Nenek dan Ibu untuk shopping sakan.


Saintis Muda

Khayalan Memandu

Safari Ranger

Satu Passenger

Grand Prix

Sebaliknya Ayla, Ayra dan Aqeef mejadi yang pertama pula,  "the conqueror of the playland". Tiga beradik cuba mengisi ruang. Mencuba segala permainan. Naik kereta dan naik tangga, kemudian turun terowong gelongsor. Berlari ke sana berlari ke sini. Keseronokan sudah menguasai.



Terowong Masa

Terowong Khayalan

Mak Andam

Pelukan Acik

Jadi rambang rasa, tak tahu yang mana nak mula duhulu. Ayla, Ayra dan Aqeef main semahu-mahunya. Sebebas-bebasnya tanpa gangguan. Bagaikan keseronokan yang mengelirukan. Kadang-kadang tak tahu yang mana nak main duhulu. 10.22 pagi, baru masuk 2 orang kanak-kanak.


Spring Game

Main Oven

Main Tangga

Main Bersantai

Masing-masing cuba menunjukkan kehebatan.  Malah Aqeef benar-benar kelihatan sebagai "panakluk" taman permainan. 10.28 pagi,  Atuk terpaksa keluar. Terasa bosan pula di playland. Sebagai ganti Acik pula yang masuk untuk mengawasi "Sang Penakluk".


Naik Kuda

Start Gear

Main Lego

Tiga Wajah

11.03 pagi, terpaksa keluar dari playland. Namun Ayra mengamuk. Petanda ada yang tak kena. 11.12 pagi, Aqeef dan Ayra sempat bermain-main dalam kolam dan khemah. Di tengah-tengah rak jualan. Walaupun untuk iklan sahaja.


Main Piano

Hilangkan Dahaga

Main Khemah

Bagaimanapun selera Ayla lebih matang. Hanya mencari mainan-mainan princess dan barangan hiasan. 11.42 pagi, Ibu, Ayra dan Aqeef terpaksa balik duhulu. Aqeef pun dah mula buat perangai. Mungkin kerana kepuasan, atau mungkin nak susu.

Atuk dan Ayla hanya mengikut Nenek dan Acik menjelajah ruang Sogo. 11.59 pagi, turun ke aras 2. Kerana keletihan,  Atuk dan Ayla terpaksa mecari sudut untuk “landing”. Tak larat nak ikut. Sebaliknya Acik  dan Nenek masih lagi bertenaga. Terus mencari-cari  "yang berkenan di mata dan yang menjadi idaman di jiwa".

Saat ini pengunjung semakin ramai. Terutama  di bahagian diskaun 70% di ground floor. Memang lokasi yang strategik, untuk menahan lukah di pergentingan. Ramai yang terperangkap, terutama ibu-ibu. Tergoda dengan iklan 70%. Tawaran murah, bagaikan “durian runtuh”.


Medan Selera Sogo

"Keroncong Perut"

12.58 tengah hari, naik eskalator ke tingkat 6. Khas untuk medan selera. 1.03 tengah hari, duduk  di meja depan. Berhampiran  gerai Deserts & Penang Famous Cendol. Suasana agak bising, umpama "berlaga sudu dengan   garfu". Saat ini, pelanggan semakin ramai. Lebih-lebih lagi sudah waktunya memunuhi isyarat "keroncong perut".


Nenek UmiAyu

Berkongsi WhatsApp

1.06 tengah hari, Nenek dan Acik membawa 2 dulang makanan. 1.41 tengah hari, baru selesai. Tak terlalu kenyang. Sekadar  mengalas perut. 1.47 tengah hari, turun eskalator ke aras 3. Mencari selipar untuk Ayla. Atuk hanya melepak di sofa. Berhampiran  sudut rak-rak kasut dan selepar kanak-kanak.

Kebanyakan kasut dan selepar berjenamakan watak-watak kartun Disney. Termasuk Micky Mouse, Tom & Jerry, Garfield dan Minnie Mouse. Ada juga jenama  Transformer, Starwar dan Justice League. Inilah strategi perniagaan, menawan hati kanak-kanak melalui watak-watak kartun yang popular.

Post a Comment

Powered by Blogger.