HARI KE 6, 10
DISEMBER 2015
1.18 tengah hari, lepas lunch dan jamak zohor
di Ayaranci Tesisleri, kami meneruskan
perjalanan. Cuaca agak redup dan nyaman. Di kejauhan, senja kelihatan
mula mengintai di celah-celah
bukit-bukau. Warnanya mula menghiasi
kaki langit. Bagaikan lukisan yang sudah hilang serlahannya. Namun masih indah dengan warna-warna senja yang baru
bermula.
Dalam
sedar tak sedar, kami telah memasuki
Bandar Ankara pada jam 2.46 petang. Ankara
yang sebelum ini dikenali
sebagai Ancyra atau Angora,
adalah Ibu kota Turki. Dan bandar kedua terbesar selepas
Istanbul. Bandar
ini terletak di tengah
Anatolia. Hampir
5 juta mendiami bandar ini. Dan
lebih 5 juta lagi di kawasan persekitaran
![]() |
Ibu Kota Turki Dan Bandar Kedua Terbesar |
Bandar
yang padat penduduk
ini mempunyai destinasi
pelancungan yang sangat menarik selain Anitkabir. Antara points
of interest di bandar ini ialah Muzeum Tamadu Anatolian , Masjid
Kocatepe, Istana Ankara, Atakule, Muzeum Perang Kemerdekaan, Kızılay Square, Muzeum
Ethnografi, Ataturk Forest
Farm, Muzeum Tentera
Udara, Monumen Kemenangan, Muzium Senibina dan Muzium Wap Air
Lokomotif.
1.
Takale
2.
Ataturk Fores Farm
3.
Istana Ankara
4.
Kizilay Square
5.
Minumen Kemenagan
6.
Masjid Kocatepe
![]() |
Points Of Interest |
07. Muzeum Etnografi
08. Muzeum Perang Kemerdekaan
09. Muzeum Senibina
10. Muzeum Tamadun Anatolia
11. Muzeum Tentera Udara
12. Muzeum Lokomatif Wap Air
Ankara
adalah bandar purba. Yang telah melalui zaman Het,
Phrygian, Yunani,
Rom, Byzantine, dan Uthmaniyah. Bandar bersejarah
ini penuh dengan
tinggalan-tinggalan purba yang masih menjadi kajian arkeologi. Saperti
bandar-purba yang lain.
Bandar Ankyra
(Yunaani), Ancyra (Latin)
atau Enguri (Uthamniyah)
telah mengalami rentetan perubahan. Akibat daripada
pengaruh pelbagai zaman.
Hari
ini kami menyaksikan sendiri kota
purba ini. Menjadi ibu kota metropolitan yang padat penduduk. Bayangkan, dari sebuah kota lama
dengan tradisi purba, tiba-tiba menjelma menjadi bandar moden ala metropolis Eropah. Mengkagumkan.
Malah Muzium Anitkabir sendiri
menjadi lambang kehebatan
Bandar Ankara.
Sebelum sampai ke Anitkabir
atau "Makan
Peringatan", kami terpaksa melalui pondok kawalan. Selepas mendapat
pengesahan, barulah kami meneruskan perjalanan. 3.06 petang, sampai di
persekitaran Anitkabir. Bas
terpaksa berhenti di luar dan kami
terpaksa berjalan kaki memasuki Anitkabir.
Untuk masuk ke muzium kami terpaksa
menaiki tangga batu.
Sampai di atas, terasa
sangat diri begitu kerdil
apabila melihat Anitkabir yang begitu hebat. Tersegam, dan abadi. Terasa
hening, bagaikan memperingati
pejuang kemerdekaan. Laman yang
luas dengan bangunan yang gah. Benar-benar hebat, sehebat perjuangan
menuntut kemerdekaan Turki.
![]() |
Tercegat Bagaikan Patung |
Lalu masing-masing mencari sudut-sudut
fotografi. Dan juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan
pengawal yang tercegat bagaikan
patung. Tidak bergerak. Kami juga bernasib
baik, just in
time, kerana dapat
menyaksikan upacara pertukaran pengawal. Ramai juga pelancong mengambil kesempatan untuk
merakam peristiwa ini.
Selepas
mendengar taklimat daripada
Samra
(our Tour guide),
kami terus masuk
ke dalam bangunan
di sebelah kanan
melalui pintu tembaga
yang besar. Terdapat
dewan besar atau Hall of
Honour, dipenuhi dengan
marmar merah yang mempunyai
hiasan mozek daripada tamadun Anatolia, Het, Hellenic, Roman, Seljuk dan Uthmaniyah.
![]() |
Dipamirkan Replika Ataturk |
Dewan Kehormatan ini menjadi
simbol Anitkabir di mana terdapat keranda simbolik Atatürk.
Di bawah
keranda ini jasad Atatürk
disemadikan di bilik khas di tingkat
bawah tanah. Di laluan itu juga dipamirkan replika Ataturk,
barangan peribadi dan hadiah daripada
kenamaan asing, serta beberapa kereta rasminya.
![]() |
Sejarah Perjuangan Dan Kebangkitan Banga Turki |
Sebenarnya
kami tidak sedar yang kami telah memasuki menara-menara melalui laluan yang ditetapkan. Setiap
menara menyediakan ruang-ruang
pamiran. Sama ada dalam
bentuk barangan, replika dan
lukisan-lukisan. Yang menunjukan sejarah perjuangan dan kebangkitan bangsa
Turki dalam menuntut kemerdekaan.
![]() |
Sejarah Perjuangan Dan Kebangkitan Banga Turki |
Perjuangan
rakyat jelas dipaparkan dalam
replika dan lukisan peperangan.
Tiga patung pula jelas menggambar
kesungguhan rakyat Turki untuk
bangkit semula selepas
peperangan sebagaimana diilhamkan oleh Atartuk
untuk pemodenan Turki.
Rupa-rupanya, hampir-hampir 1 jam kami berada
di Anitkabir. Suasana kian tenang. Kian lengang,
dan kian terasa sepi. Manakala warna-warna senja yang kuning kemerah-merahan
mula menghiasi kaki langit. Waktu ini
para pelancong mula beransur-ansur menuruni tangga untuk mengakhiri
lawatan di Anitkabir.
4.07 petang, kami meneruskan perjalanan
melalui bandar. Di luar mula gelap. Dataran-dataran gersang, dan bukit bukau
kelihatan kian kabur. Kereta-kereta pula, mula memasang lampu. 6.49 malam, kami
masuk wilyah Bolu. Malam kian berlabuh. Dan
kesepian kian terasa.
![]() |
Medan MemperingatiPejuang Kemerdekaan |
ANITKABIR
![]() |
Anitkabir Mustafa Kamal Ataturk |
Anitkabir
atau Makam Peringatan adalah makam Mustafa Kemal Atatürk. Pemimpin Perang Kemerdekaan Turki. Dan pengasas serta Presiden pertama Republik Turki. Ia Terletak di Ankara. Telah
direka oleh arkitek Profesor Emin Onat, dan
Penolong Profesor Ahmet Orhan Arda.
Anitkabir ini
juga tempat persemadian İsmet İnönü, iaitu
Presiden kedua Turki. Yang telah dikebumikan di sana selepas dia meninggal
dunia pada tahun 1973. Makam beliau menghadap ke makam Atatürk,
dan bertentangan dengan Medan Istiadat.
Seni bina Turki
antara tahun 1940 dan 1950 telah diklasifikasikan oleh ahli sejarah seni bina
sebagai Gerakan Seni Bina Negara Kedua. Kebanyakannya mempunyai ciri-ciri
bangunan monumental, simetri dan keratan batu. Dengan penekanan diberikan kepada perincian dan hasil kerja
dalam pembinaan.
Anitkabir
mengandungi ciri-ciri yang sama. Dan dianggap sebagai monumen utama era. Di
samping itu, Anitkabir menampilkan ciri seni
bina dan hiasan Seljuk dan Uthmaniyyah. Sebagai
contoh, cucur atap menara dan Dewan Kehormatan semua gaya Seljuk.
Tapak yang dipilih untuk Anitkabir dikenali sebagai Rasattepe
(Bukit Peninjau), iaitu di
tengah-tengah Ankara. Boleh dan mudah
dilihat dari semua sudut bandar. Dalam proses penggalian di temui beberapa
artifak milik tamadun Phrygian. Ahli arkeologi
mengaggapkannya sebagai penemuan sejarah yang kamudiannya dipamerkan di Muzium Anatolian Civilizations, juga di Ankara.
Pembinaan Anitkabir, yang mengambil masa
sembilan tahun. Menjangkau empat peringkat, bermula pada 9 Oktober 1944, dengan
upacara meletakkan batu asas.
![]() |
Pembinaan Mengambil Masa Sembilan Tahun |
Pasa pertama terdiri daripada penggalian dan
pembinaan tembok di Laluan Singa. Bermula pada
9 Oktober 1944, dan telah siap pada tahun 1945. Fasa kedua pembinaan, terdiri
daripada makam dan bangunan tambahan yang merangkumi medan istiadat. Bermula
pada 29 September 1945. Dan telah siap pada 8 Ogos 1950.
Peringkat ketiga adalah pembinaan jalan-jalan
menuju ke makam. Laluan Singa, dan Medan Istiadat; kaki lima makam, tangga besar,
penempatan batu nisan yang besar. Diikuti pemasangan elektrik, paip dan
pemanasan sistem.
![]() |
Lambang Kehidupan Rakyat Turki |
Peringkat keempat dan terakhir pembinaan
adalah meletakkan kaki lima Dewan Kehormatan,
bilik kebal, dan batu profil di sekeliling Dewan
Kehormatan dan hiasan sampingan, yang siap dibina pada 1 September 1953.
Terdapat empat bahagian utama untuk Anitkabir: Laluan Singa,
Medan Istiadat, Hall
of Honor atau Dewan Kehormatan iaitu
lokasi makam Atatürk dan Taman Keamanan yang
mengelilingi monumen itu.
Laluan Singa
![]() |
Mewakili Kuasa Dan Keamanan |
Laluan ini sepanjang 262 m (860 kaki) Di kiri
kanan laluan terdapat dua belas ekor singa yang diukir dengan gaya ukiran Het. Singa mewakili 24 suku kaum Oghuz Turki dan juga mewakili kuasa dan keamanan.
Jurang lima sentimeter memisahkan ukiran batu di laluan ini untuki memastikan
pengunjung berjalan dengan tertib ke makam Atatürk.
Ceremonial Plaza
Medan Istiadat terletak di hujung Laluan Singa. Kawasan ini adalah 129 m (423 kaki) dan
84m (276 kaki) lebar dan direka bentuk untuk menampung 15,000 orang. Lantai
dihiasi dengan 373 permaidani dan corak kilim (permaidani Turkish), dan
diperbuat daripada batu travertine dalam
pelbagai warna.
Hall of Honor
Dewan Kehormatan sebagai simbol Anitkabir
di mana keranda simbolik Atatürk di letakkan.
Strukturnya berukuran 41.65 m × 57,35 m (137 ft × 188 kaki) di dalam pelan dan
naik ke ketinggian 17 m (56 kaki), dengan ruang sendiri berukuran 14.4 m (47
kaki).
Peace Park
![]() |
Damai Di Rumah, Keamanan Di Dunia |
Taman yang mengelilingi monumen itu dipanggil
Taman Keamanan sebagai penghormatan kepada
ungkapan Atatürk yang terkenal “Damai di rumah,
keamanan di dunia”. Ia mengandungi kira-kira 50,000 pokok hiasan, bunga dan
pokok renek daripada 104 jenis, yang diderma oleh 25 buah negara.
Dalam laman Anitkabir
terdapat sepuluh menara terletak dalam susunan simetri. Ini melambangkan
cita-cita yang mempengaruhi bangsa Turki dan
pembentukan Republik Turki. Menara-menara ini
adalah sama dari segi perancangan dan struktur: mereka adalah segi empat tepat,
berhampiran dengan dataran, dengan bumbung piramid. Kepala anak panah gangsa
diletakkan pada bahagian atas bumbung, seperti di dalam khemah nomad tradisional Turki.
Hiasan geometri dalam menara diilhamkan
daripada permaidani tradisional Turki (Kilim)
corak dan motif, boleh didapati di siling menara. Terdapat juga tulisan petikan
oleh Atatürk yang sesuai dengan tema menara
itu.
Independence Tower
Dalam Menara
Kemerdekaan terdapat patung seorang lelaki muda berdiri lurus dan
memegang pedang dengan kedua-dua tangannya,
manakala seekor helang hinggap di atas batu di sisinya. Helang mewakili
kuasa dan kebebasan dalam mitologi dan dalam seni Seljuk, dan orang muda dengan
pedang mewakili bangsa Turki mempertahankan
kemerdekaan.
Patung Tiga
Perempuan
Di hadapan Menara
Kemerdekaan, terdapat patung tiga wanita dalam pakaian kebangsaan Turki. Kedua-dua wanita di sisi memegang
kalungan bunga yang besar. Kalungan ini terdiri daripada kerek bijirin,
mewakili negara yang banyak. Perempuan yang di sebelah kiri dengan cawan di
tangan meminta belas kasihan Allah. Perempuan
yang di tengah-tengah, yang menutupi mukanya dengan tangannya, menangis.
Kumpulan ini mewakili kebanggaan dan kesungguhan keazaman.
Freedom Tower
Menara kebebasan menunjukkan
‘malaikat’ memegang sehelai kertas dengan kuda di sebelahnya. Malaikat
melambangkan kesucian dan kebebasan.
Sehelai kertas melambangkan Deklarasi Kebebasan
Turki. Kuda pula adalah simbol kebebasan dan kemerdekaan.
Patung Tiga Lelaki
Di hadapan Menara
Kebebasan terdapat patung tiga lelaki. Yang di sebelah kanan dengan topi
dan kot mewakili seorang askar Turki; Yang di
kiri dengan buku di tangan-melambangkan intelek; di belakang kedua-duanya,
dalam pakaian kampung adalah petani Turki. Air
muka serius, yang mewakili kesungguhan
dan tekad rakyat Turki.
Mehmetçik Tower
Menara Mehmetçik terletak
di sebelah kanan di hujung Laluan Singa. Ukiran
pada luaran menggambarkan mehmetçik (askar
jalan kaki Turkish) meninggalkan rumah untuk
bahagian depan. Dalam komposisi ini, seorang ibu sedih tetapi berbangga
memegang tangannya di atas bahu anaknya menghantar beliau untuk perang kepada
negara.
Victory Tower
Tarikh-tarikh penting untuk tiga kemenangan
dan kata-kata Atatürk mengenai kemenangan ini
tertulis di dinding menara. Lakaran menunjukkan, kenderaan pengangkutan
senjata, membawa keranda Atatürk dari Dolmabahçe Palace ke Sarayburnu
dan diserahkan kepada Tentera Laut pada 19 November 1938.
Peace Tower
Di Menara Keamanan atau
Peace Tower terdapat inskripsi di dinding yang
menyatakan prinsip Atatürk iaitu “Damai Di Rumah, Keamanan Di Dunia”. Dilakarkan juga seorang tentera melindungi
Seorang petani dengan memegang pedangnya. Askar ini melambangkan Tentera Turki, yang menjaga keamanan untuk
menjamin kehidupan rakyat Turki.
23 April Tower
Pada dinding Menara 23 April terdapat lakaran
yang menggambarkan pembukaan Perhimpunan Besar Negara Turki pada 23 April 1920.
Seorang wanita yang berdiri sedang memegang kertas dengan tulisan tarikh. Kunci
di tangan yang sebagai lambang pembukaan
Dewan. Turut dipamirkan ialah kereta Ataturk
1936 Cadillac Siri 80, digunakan di antara tahun 1936 dan 1938.
Reform Tower
Menara Pembaharuan adalah
lanjutan muzium dan pameran pakaian Atatürk.
Lakaran di dinding menara menunjukkan tangan yang lemah memegang obor yang
hampir padam, melambangkan kejatuhan Empayar
Uthmaniyyah. Satu lagi, tangan yang kuat menaikkan obor ke langit
melambangkan pembaharuan Republik Turki.
Misak-ı Milli
(National Pact) Menara
Menara ini di pintu masuk ke muzium dan lakaran di dalam menara ini melambangkan perpaduan.
Lakaran menunjukkan empat tangan
memegang hulu pedang. Komposisi ini melambangkan sumpah untuk menyelamatkan Negara Turki.
Baby Arissa
You are
the rain
that clears our pain
and you are the wind
that clears our mind.
You care our pain
and you share
our mind.
Bagaikan kasih
tak beralih
dan bagaikan sayang
tak menghilang.
ARAM
(Abdul Rashid Abdul Majid)
Post a Comment