Qalam Perjalanan

HARI KEDUA 29 APRIL 2018 (2)
Paddy’s Markets - Restoran Nur Muhammad Sydney
- Masjid King Faisal - Magistic Cruises -  Harbourside 
Martabak Café Indonesia - Hotel Travelodge


Harbour Bridge
Panoramic Opera House

Opera House adalah point of interest yang paling popular di Australia. Lebih daripada lapan juta orang melawat laman webnya setiap tahun. Begitu juga, Kira-kira 350,000 pengunjung datang dengan lawatan tahunan berpakej. 


Once in Our Life

Once in our lifetime. Inilah kesempatan untuk menghayati keunikan Opera House. Lalu merakam pelbagai sudut keindahan. Terutama di sekitar Forecourt. Di samping menikmati kedinginan bayu dari lautan Pasifik Selatan.

Suasana bagaikan pesta. Masing-masing hanyut dalam keindahan. Tenggelam dalam kekaguman. Setiap sudut fotografi dilatari Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Namun yang dirakam tidak seindah realiti. Kadang-kadang realiti menjadi fantasi. Lalu menghanyutkan perasaan.


Laluan Pedestrian

Royal Botanic Garden

9.21 pagi, terpaksa meninggalkan Opera House. Menyusuri laluan pedestrian. Melintasi Royal Botanic Garden. 9.40 pagi, bertolak. Melintasi Taman High Park dan gereja. 9.59 pagi, kelihatan Australia Musium. Seterusnya  masuk Liverfool Street. 10.13 tengah hari, melintasi Market City di Darling Street.


Paddy's Markets

Shopping Sakan

Laluan Tram

Entry Paddy's Markets

10.14 tengah hari, bas berhenti di Hay Street. Masing-masing turun. Lalu menyusuri Darling Drive. 10.20 tengah hari, sampai di pintu masuk Paddy’s Markets. Terletak di Thomas Street. Lalu masuk. Meninjau dari gerai ke gerai. Sempat juga membeli buah-buahan, souvenir dan pakaian untuk cucu.


Hentian Paddy's 

Pilihan Selera

Pelbagai Cita Rasa

Dimaklumkan Paddy’s Markets merupakan pasar yang tertua.  Lebih 150 tahun. Ia merupakan pasar terbesar di Sydney. Mempunyai pelbagai gerai. Termasuk gerai makanan, fesyen, cenderamata, pakaian, kosmetik, dan alat-alatan. Di samping gerai buah-buahan dan sayur-sayuran.


Shopping Corner

Buah-buahan

Gerai Pakaian

Oleh-Oleh Aussieland

11.15 tengah hari, keluar dari Paddy’s Markets. 11.17 tengah hari, berehat di sebelah laluan tram. Kebetulan tram melintas. 11.32  tengah hari, naik semula bas. Masing-masing penuh plastik di tangan. Sebagai oleh-oleh dari Aussieland. 11.40 tengah hari, baru bertolak.


Lokasi Restoran

Restoran Nur Muhammad

Salmon Asam Pedas

11.50 tengah hari, singgah di Restoran Nur Muhammad Sydney. Terletak di 52 Pirrama Road, Pyrmont. Restoran Malaysia autentik yang menghidangkan citarasa Malaysia. Bermenukan nasi lemak, nasi kerabu. Kari kepala ikan dan satay.


Sampai Tersendawa

Appetizernya curry puffs, satay kambing/ayam, roti canai dan martabak. Malangnya group Poto hanya disediakan packed lunch. Menghidangkan Salmon masak asam pedas dengan ulam jarjis sambal. Benar-benar menyelerakan. 12.17 petang, selesai lunch. Kekenyangan, sampai tersendawa.

12.30 petang, bertolak melalui Ultimo Road. 12.40 petang, melintasi bangunan Bar Broadway. Seterusnya melalui The Rocks. Kawasan pelancongan dan kawasan bersejarah di pusat bandar Sydney. Terletak di pantai selatan Pelabuhan Sydney.


The Rocks

Pemuzik Jalanan

Kejiranan Bersejarah

The Rocks adalah kawasan kejiranan bersejarah. Dilatari oleh Sydney Harbour Bridge. Bagaikan pesta, penduduk tempatan dan pelancong memenuhi cita rasa di Rocks markets. Juga terkenal dengan  beberapa pub tertua di Sydney dan restoran-restoran mewah.

Turut menghidangkan panorama pelabuhan. Muzium Seni Kontemporari yang mempamerkan hasil tangan tempatan dan antarabangsa. Kadang-kadang berpeluang untuk menyaksi persembahan seniman jalanan di sepanjang Persiaran Harbourfront.

12.52 petang, berhenti di Commonwelth Street. Kemudian berjalan kaki hingga ke masjid King Faisal.  Juga dikenali sebagai Masjid Surry Hills. Gerbangnya yang terkenal, dihiasi dengan kaligrafi Islam. 1.13 petang, selesai solat jamak takdim berjemaah.

1.29 petang, bertolak. Masuk Elezebeth Street. Elizabeth Street adalah jalan utama di pusat perniagaan Sydney. Jalan ini terus ke selatan Daerah Pusat Perniagaan (CBD), melalui pinggiran bandar di Surry Hills, Redfern dan Waterloo. 1.35 petang, masuk pula Liverpool Street.


Terminal Feri

Kompleks Dermaga

Circular Quay

2.44 petang, melalui jalan kecil. 2.56 petang, sampai di terminal feri di Alfred Street. Merupakan kompleks dermaga di Circular Quay, di Sydney Cove. Berfungsi sebagai hab untuk rangkaian feri Sydney Harbour.


Alfred Street

Circular Quay

Sydney Cove

Circular Quay ialah sebuah pelabuhan di Sydney. Di pinggir utara Sydney central business district di Sydney Cove, antara Bennelong Point dan The Rocks. Ia adalah sebahagian daripada kawasan kerajaan tempatan Bandar Raya Sydney.

Bueh-bueh Laut

Alunan Gelombang

Menjangkau Opera

Kawasan Circular Quay ialah persekitaran yang popular untuk pelancongan. Terdiri  daripada laluan pejalan kaki, taman dan restoran. Ia menjadi pengkalan kepada beberapa dermaga feri, perhentian bas dan stesen kereta api.


Menikmati Keindahan

Lambaian Senja

3.02 petang,  masuk Wharf 6. Kemudian menunggu giliran untuk menaiki feri. Suasana agak riuh-rendah dengan suara penumpang. Berbagai ragam dan pelbagai aksi . Demikianlah gelagat para penumpang yang menunggu. Kelihatan agak excited, tidak sabar-sabar nak menaiki feri.


Pelayaran Cruise

Mencipta Kenangan

Berlatarkan Opera House

3.33 petang, berbaris masuk ke dalam feri Magistic Cruises. Kemudian berkumpul di dek pelantar peninjau. Bagaikan pesta pelayaran VIP yang penuh keseronokan.  Lalu diselubungi aura kembara, bagaikan terapung-apung dalam bueh-bueh laut. Di kejauhan jelas kelihatan Opera House, Harbor Bridge Sydney dan bangunan-bangunan, melatari perairan Sydney Cove.


Pesta Persiaran

Magistic Cruise

Kelihatan riak-riak gelombang berkejar-kejaran. Memutih di belakang Magistic Cruise. Angin senja turut memuput masuk, melintasi dek dan terus ke dalam kabin. Terasa  dingin dan nyaman. Sesungguhnya, menikmati senja di dek feri adalah bagaikan mimpi dalam mimpi. Begitu mengasyikkan.  Lalu masing-masing tenggelam dalam ombak impian dan tenggelam dalam gelombang khayalanan.

4.01 petang, bertolak meninggalkan Terminal Feri. Selepas 45 minit bersiar dalam feri. 4.05 petang, lalu di bawah harbor bridge. Kemudian melalui jalan yang sama. 4.08 petang, melintasi bangunan merah untuk 6 bintang. Tiba-tiba terlelap sebentar.


Lokasi Harbourside

Panoranic Harbourside

4.21 petang, bas berhenti di Darling Drive. Samuel pemandu dan local guide sempat memberi taklimat tentang Harbourside dan Darling Harbour. Kemudian terus menyusuri laluan ke Harbourside. Popular dengan pusat membeli-belah.


Harbouside

Sidewalk Harbourside

Dimaklumkan Pusat Beli-Belah Harbourside ini dibuka pada 4 Mei 1988 oleh Queen Elizabeth II. Pada tahun 2005, Harbourside menjalani pengubahsuaian. Sebuah medan selera yang baru telah dibena.


Harbourside View

Shopping Spree

4.28 petang, menyusuri laluan ke Harbourside. Terus masuk Harbourside Mall. 4.32 petang, meninjau beberapa kedai: Rock Shop, Crocodile Stop dan Billabong. 4.38 petang, masuk kedai Best Real Australia.


Mall ini  ialah sebuah pusat membeli-belah terbesar di Darling Harbour. Berhampiran dengan pusat perniagaan Sydney. Bersebelahan Pusat Konvensyen Antarabangsa. Sehingga Disember 2016, Harborside telah menarik lebih daripada 11.9 juta orang setahun.
                                                                            
Yang menjadi  magnetic attraction ialah Kingpin Bowling Alley, M9 Laser Skirmish, simulator penerbangan Jet, RaceCentre, pawagam 9D dan Hard Rock Café. Tarikan ini dianggap sebagai “kegilaan” muda-mudi.

4.45 petang, menyusuri dataran pantai Cockle Bay. Bermula dari dataran Convention Centre hinggalah ke hujung dataran Harbourside. Sempat merakam beberapa sudut fotografi. Bagaimanapun tak sempat meniti Pyrmont Bridge. Jembatan tertua yang berusia 160 tahun.

5.07 malam,  masuk semula Harbourside Mall. Membeli baju T shirt jenama Hardrock dan cap untuk anakda Faiz. 5.14 malam, segera menuju ke bas, tetapi terpaksa menungggu yang lain. 5.25 malam, baru bertolak.


Martabak Cafe Indon

Menikmati Hidangan

Cita Rasa Selera

Spoon Sound

Malam mula berlabuh. Lampu-lampu jalan sudah pun dinyalakan. 5.29 malam, masuk Harris Street. Melintasi bangunan kolam renang. 5.31 malam, turun dari bas. Terus ke restoran Martabak Café Indonesia. 6.07 malam, selesai makan malam.

6.10 malam, meneruskan perjalanan. Sepanjang laluan dihiasi lampu-lampu jalan. Masing-masing kelihatan keletihan. Ada yang sempat berlabuh di muara mimpi. 6.20 malam, baru sampai di hotel Travelodge. 6.25 malam, naik lif. Terus masuk bilik 1118. Mata bagaikan tidak sabar-sabar untuk berlabuh.


font-size: 13.0pt;

Post a Comment

Powered by Blogger.