Qalam Perjalanan

HARI KELIMA : 7 APRIL 2019 (2)
Indira Ghandi International Airport - Delhi Haat  Craf
Cottage Industry - hotel Lohmut - Hotel Taj Vilas
(Tak Berkenan Di Mata. Tak terkesan Di Jiwa)



Ranting Salji
Banjaran Himalaya

Bumi kelihatan terhampar luas. Indah bagaikan lukisan alam. Begitu mempersonakan. 12.32 tengah hari, sekali lagi melalui phenomena yang menakjubkan. Banjaran Himalaya, putih berkilauan disinari mentari. Bergelombang, begitu hampir sekali.  Bagaikan ranting-ranting salji yang paut-memaut di puncak-puncaknya. Namun ianya hanya  bayangan keindahan dari syurga.


GoAir G8 129

Tiba-tiba pesawat bergegar. Terasa cemas. Hanya membiarkan deruan pesawat mengisi pendengaran. Membiarkan masa berlalu dalam mencari ketenangan. 1.06 petang, terasa tekanan. Telinga berdenyut-denyut sakit. 1.15 petang, bergegar sekali lagi. Agak kuat, bergoyang-goyang. Benar-benar mencemaskan. Terasa cekaman flight fright.



Touchdown
Indira Ghandi Airpot

1.18 petang, bumi mula kelihatan. Samar-samar. Makin lama makin jelas. Makin kuat pula bergegar. Pesawat mula mengurangkan ketinggian. Deruan semakin perlahan dan bangunan semakin hampir. Bagaikan berlari-lari meninggalkan pesawat. 1.23 petang, akhirnya membuat touchdown.


Bakai Ketibaan
Indira Ghandi Airport

Sykur Alhamdulillah, dapat menjijak semula Indira Ghandi International Airport. 1.31 petang, pesawat berhenti. Masing-masing bingkas bangun. Kemudian turun dengan iringan musik sentimental. 1.42 petang, menderu angin dari lapangan. Terasa agak panas dengan suhu 22º C.


Baggage Reclaim
Carousel 3

1.45 petang, naik bas airport. 5 minit kemudian sampai di dewan ketibaan. Lalu  menyusuri laluan ke baggage reclaim. Menunggu di carousel 3. 1.59 petang, masing-masing menolak troli. 2.11 petang, keluar dari dewan ketibaan. Disambut oleh Shah Nawar, 3rd tour leader. 217 petang, masuk laluan terminal 3 dan 2.


Laluan Airport
Airport Landscape
Hotel Lohmut

2.26 petang, naik bas Smart Travel UP 17 AT 7036. Perjalanan agak perlahan tetapi selesa. 2.44 petang, berhenti di depan hotel Lohmut. Bagaimanapun masuk melalui security control. Seterusnya turun tangga ke basement untuk lunch. 3.07 petang, selesai lunch tetapi tak kena pada selera. Hanya sekadar alas perut untuk 4 jam perjalanan ke Agra.

3.38 petang, solat jamak takdim berjemaah. 3.43 petang, naik bas. Mentari mula condong tetapi panasnya masih membahang. 3.54 petang, bertolak.  Namun masih dalam bandar Delhi yang luasnya 1,484 km². Di sepanjang jalan bunyi hon agak berkurangan. 


Delhi Haat CCI
Pilihan Pelanggan

4.19 petang, bergerak perlahan-lahan di laluan bas.  Pedestrian memenuhi tepian jalan. All walks of life bersesak-sesak di hentian bas selepas office hour. Suasana jam-packed.  4.29 petang, berhenti di hadapan Delhi Haat Craf Cottage Industry. Kemudian masuk ke dalam kedai.

Seterusnya naik tangga ke bahagian sari. Bagaimanapun “tak berkenan di mata dan tak terkesan di jiwa”.  Hanya window shopping. Kemudian merehatkan diri sambil menunggu time departure. 5.33 petang, bergerak ke  bas yang parkir berhampiran stesen komuter. Seminit kemudian bertolak. Senja turut mengiringi perjalanan.


Berarak Senja
Ambang Senja

5.45 petang, melintasi Sg. Gangga. Holy river of Hinduism. 6.10 petang, melalui ladang gandum gersang. 6.25 petang, sisa-sisa senja semakin hilang warnanya. Pohoh-pohon di sepanjang jalan kaku tak bernaya. Begitu juga ladang gersang yang luas dipinggiri siluet  buki-bukau. Beberapa kenderaan mula memasang lampu.

6.36 petang, refreshment time di Highway Masaka, di lebuh raya Yamuna Express. Hanya melegakan diri di washroom. 6.54 petang, bertolak semula. Malam mula berlabuh. Lalu kegelapan mengiringi sepanjang perjalanan. Tiada lampu jalan di lebuh raya. Sekala-sekala kelihatan kerlipan-kerlipan lampu di dataran.


Bayang Siluet
Hotel Taj Vilas

7.24 malam, lampu dalam bas dipadamkan untuk memberi peluang melelapkan mata. 7.45 malam, melalui tol Manglayatan. 8.44 malam, tol Bharrat. 8.53 malam, u turn di Jalan Agra. Kelihatan gerai malam. Menjual buah-buahan dan makanan. 9.00 malam, sampai di hotel Taj Vilas. Lalu menyerahkan pasport kepada tour leader, Shan.

Seterusnya ke dewan makan. Kunci bilik diserahkan ketika menjamu selera. 9.31 malam, selesai dinner. Sungguh berselera hingga tersedawa. Bermakna hidangan sudah memenuhi kriteria selera. 9.47 malam, keluar bersama Cg. Aziz untuk mencari gerai buah-buahan. Bagaimanapun terpaksa balik ke hotel. Tiada gerai di sekitaran hotel. 9.55 malam, masuk bilik 318.  Room sweet room.

Post a Comment

Powered by Blogger.