HARI KEDUA: 30
OGOS 2017 (1)
Hotel Empress –
Warung Klasik Rumbia
- IOI City Mall
7.23 pagi, meleparkan pandangan dari jendela bilik 503. Kelihatan sayup-sayup cahaya fajar. Agak
suram. Dilakari awan-awan nipis. Bagaikan terapung-apung lesu. Tidak bermaya. Jalan
raya pula agak lengang. Manakala deretan kedai masih lagi sepi tanpa pengunjung.
Fajar Menyinsing |
Kesuraman ini bagaikan retetan kekalahan Harimau Malaysia dengan “Gajah”
Thailand, di Sea Games
2017. Demikian, kesukaran menerima kekalahan menjadikan realiti satu kekecewaan. Walaupun Harimau Malaysia lebih dominan. Namun malangnya
takdir tidak meneyebelahi skuad Harimau.
Tumpang Menyusu |
8.11 pagi, masih dalam bilik 503. Ayahsu dan Acik menyambung mimpi selepas solat
Subuh. 8.24 pagi, Ayra dan Aqeef masuk. Menumpang
untuk menghisap susu botol. Ayla tak bangun lagi.
8.48 pagi, baru Ayla masuk. Siap berdandan. Ayla benar-benar memiliki sentuhan “beauty awareness”.
Pesta Minum Susu |
Teringat kata-kata pujangga: “Beauty
begins the moment you decide to be yourself”, Coco
Chanel. Kecantikan itu sebenarnya dari penjuru mata orang lain. Hakikatnya, “beauty
is what you see. Reality is what you agree. Sometimes beauty is not reality,
and reality is not beauty”, ARAM.
Lokasi Warung Klasik Rimba |
9.54 pagi, keluar dari bilik 503. 10.03 pagi, bertolak. Ibu
dan Baba bertolak lebih dahulu. 10.07 pagi,
masuk Lebuh Raya Plus. Masuk simpang kiri,
Jalan Haji Jumani. 10.09 pagi, sampai di warung
Taman klasik Rumbia Kg. Giching, Jalan
Bukit Changgang. Yang popular dengan nasi lemak goyang.
Nasi Lemak Goyang |
Malangnya nasi lemak goyang habis.
Alternatifnya, terpaksa breakfast dengan nasi lemak biasa, lotong dan mee
rebus. 10.56 pagi, baru selesai sarapan. Rasanya tak berbaloi membayar RM62. Lebih-lebih
lagi idaman selera tidak kesampaian.
Selera Tidak Kesampaian |
11.03 pagi, Hilux mengisi minyak di stesen
Shell Bandar Baru Salak Tinggi. 11.12 pagi, masuk
Exit 2 Kota Warisan. 11.15 pagi, melintasi kawasan
Projek Warisan Puteri. Masih lagi di laluan Shah Alam. 11.33
pagi, Exit 5
simpang kiri. 11.38 pagi, masuk simpang kiri terus ke bulatan.
Kemudian masuk terowong ke basemen IOI City Mall. 11.44 pagi, parkir di P1 B 31 lot 484.
11.48 pagi, naik eskalator ke LG. Aras restoran, dengan apungan aroma
yg meliurkan. Antaranya: Kenny Rogger Toaster Street dan Churrosà . Terdapat beberapa kios di tengah tengah.
Antaranya: Pt
Watch, Mobile Gadgets, Planet gift dan Nalofar.
Juga kedai idaman selera: KFC, Chicken Rice Shop,
McDonald's, Cornery
dan Juice Works. 12.01 tengah hari, masuk Yubiso dengan,
"Wow! Big value rewards". Sempat membeli handmade colour doll
untuk Ayra. 12.20 tengah hari, naik ke aras G dan
terus ke Aras 1. Melintasi kedai: A Look, Smart Master, Dr Cardin, The
Face Shop dan Brands Outlet.
12.24 tengah
hari, berehat di kerusi bulat di depan kedai Dr.
Cardin. 12.35 tengah hari, Ayahsu masuk kedai
Brands Outlet. 12.36 tengah hari, Nenek dan Acik membawa Ayra untuk membeli selepar. 1.11 tengah hari, di kedai Good. "Mix and match" 2.11 petang, turun
lif ke aras G.
1.20 tengah hari, jumpa Ibu, Baba dan Aqeef.
Kemudian masuk Padini. 1.27 tengah
hari, berada di Uni
Qlo. Lepas itu masuk pula Trio. Seterusnya di Max fashion "for real people". 2.09 petang,
Acik membeli crispy seaweed dan safi 50 ml di Guardian.
2.19 petang, tersangkut di GMT Currency Exchange.
2.25 petang, singgah di kios Sunbest. Seminit kemudian, masuk BMS
organic body mind soul. Menawarkan health food vegetarian cafe.
Saat ini pelanggan kelihatan semakin ramai memenuhi ruang mall.
2.33 petang, masuk kedai Super Heroes.
Kemudian masuk semula kedai Yubiso. 2.38 petang,
masuk kedai Lavender. Sempat membli roti milky
cheese stick dan kueh classic chicken pot. 2.47 petang, masuk KFC. Terpaksa berbaris. Waktu ini ramai pelanggan, kerana masih lunch hour. 3.06 petang, baru
beredar.
3.09 petang, turun ke P1. Uji mesin “find
your car”. Wow! Benar-benar canggih. Kemudahan untuk orang yang terlupa parking lot. 3.06
petang, bertolak. Keluar dari premis IOI City Mall. Tak sedar, lebih daripada 4 jam berada di mall. Kadang-kadang keasyikan membuatkan kita terlupa tentang masa. Mungkin ini sebabnya mall tidak mempamerkan jam.
Post a Comment