HARI KEENAM 2 MEI 2018 (1)
Hotel Ibis Kingsgate - Eastern View - A Great Ocean Road
- Appolo Bay - Georges Food Court
|
Lokasi Hotel Ibis |
|
Hotel Ibis Styles |
5.07 pagi,
wakeup call dari counter lobby. Masih banyak waktu. Inilah kesempatan untuk
melihat sepintas lalu perjalanan hari ini. 6.02 pagi, solat subuh. Memanjatkan
doa untuk dijauhi dari unwanted and unexpected happenings.
|
Setenang Pagi |
|
Sedamai King Street |
Namun
kadang-kadang yang tidak dijangka itu adalah pertembungan intelektual. Benarlah
kata pujangga Irish, Oscar Wilde: “To expect
the unexpected shows a thoroughly modern intellect”. Adakalanya yang kita
suka itu membawa bala dan yang kita benci itu membawa rezeki.
Surah Al-Baqarah: Ayat 216
“Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi
(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui."
|
|
Breakfast |
|
Dinning Ibis |
|
Packed Breakfast |
6.54 pagi,
turun lif ke aras 1. Dewan makan menyediakan packed breakfast. Jadi kena makan secukupnya food
calorie untuk bekalan tenaga. 7.44 pagi, selesai. Terus naik lif ke aras 6.
Terkeliru sedikit, morning illusion kerana laluan tiga sudut,
kadang-kadang tersilap masuk lorong. Bagaimanapun sampai juga ke bilik
641.
|
Infrared Therapy |
Hari ini
berasa kurang sihat. Terpaksa pekena infrared light
therapy dalam bilik mandi. 8.21
pagi, keluar dari bilik. Turun lif ke lobi untuk menunggu departure time.
Bagaimanapun sempat mencari sudut-sudut fotografi di luar hotel.
|
Ibis Styles |
|
Kaki 5 Ibis |
|
Kembaramate |
|
King Street |
|
Kenangan Ibis |
Suhu pagi
ini 16ºC. Terasa sejuk walaupun memakai jeket. Di luar kelihatan kereta sudah
memenuhi jalan raya. Pedestrian dari all walks of life juga turut
memenuhi kaki lima bangunan. Lalu menuju ke destinasi masing-masing.
|
Lakaran Cabaran |
|
King Street |
|
Double Vision |
8.50 pagi, baru bas bergerak. Meninggalkan Hotel Ibis Kingsgate. Seterusnya masuk simpang kanan.
Melintasi Big Station Interstate. 9.02
pagi, melintasi Vivey Hotel. Masuk semula King Street. Seterusnya melintasi Etihad Stadium di Bourke
Street. 9.08 pagi, di laluan South Melbourne
West.
9.14 pagi,
naik Westgate Bridge yang meretasi Sungai Yarra. Jembatan yang menghubungi bandaraya
utama (CBD) dan pinggiran barat Melbourne.
Seterusnya masuk laluan M1 Geelong, 3 lorong sehala. Perjalanan semakin menghampiri
destinasi.
|
Stesen Minyak |
|
Minyak BP |
|
Food Court BP |
|
Mini Market BP |
Bagaimanapun
terasa sedikit mengantuk akibat makan
ubat selsema Chlorpheniramine 4mg. 9.33 pagi,
melintasi ladang lembu dan gandum. Seterusnya melalui ladang gersang yang luas. 9.49
pagi, berhenti di stesen minyak BP. Lalu masing-masing melegakan diri di rest room.
|
Laluan Colac - GOR |
10.07 tengah
hari, bertolak semula. Masuk laluan Colac to
A Great Ocean Road. Jalan menjadi 2 lorong. 10.14 tengah hari, masuk high wind area. Kemudian masuk bulatan. 10.24 tengah hari, melintasi
ladang gersang yang luas terbentang.
|
Tasik Colac |
9.42 tengah
hari, jalan sedikit berliku. Kemudian masuk bandar Colac.
Berhampiran Tasik
Colac. Tasik air tawar semulajadi yang terbesar di Victoria. Tasik yang indah. Landskapnya berubah-ubah,
bergantung pada waktu, cahaya, dan aktiviti. Dimaklumkan Weather phenomenal ini begitu indah, dan mempersonakan.
|
Eastern View |
|
Sudut Keindahan |
10.45 tengah
hari, jalan berliku-liku di sepanjang pantai. Lalu menikmati keindahan dari
jendela. Kelihatan laut membiru dengan
ombak-ombak memukul pantai. Dipinggiri oleh rimbunan pokok-pokok renek. 11.02 tengah
hari, bus berhenti di Eastern View. Kelihatan
deretan bas pelancong memenuhi birai jalan.
|
Jaluran Sejarah |
Asalnya Eastern View adalah kawasan pantai yang terpencil sebelum
pembinaan Great Ocean Road. Sekarang Eastern View terdiri daripada jalur kecil rumah
sepanjang Great Ocean Road antara pantai dan Taman Negara Great Otway. Cinema Point lookout juga terletak di Eastern View
Pemandangannya begitu panoramik dan mempersonakan. Puputan bayu lautnya bagaikan membisikan bait-bait pengorbanan. Seiring deburan ombak sayup-sayup mendendangkan “the battle symphony”, yang menyedihkan.
Lalu kemudiannya masing-masing
menyusuri "laluan sejarah". Mencari sudut-sudut forografi di Memorial Arch dan arca The Diggers. Kedua-dua monumen ini adalah penghormatan
kepada para askar Perang Dunia Pertama. Mererkalah
yang telah membina Great Ocean Road.
|
Selat Bass |
|
Pantai Bersantai |
|
Jalinan Kasih |
|
Pantai Bisikan |
|
Melakar Kenangan |
|
Ombak Rindu |
11.11 tengah
hari, menyusuri lorong kecil ke pantai. Sempat mencari sudut-sudut fotografi.
Kelihatan ombak-ombak saling bekejar-kejaran, bergulung-bergulung menerjah pantai.
Bayu laut dari Selat Bass turut memuput,
membelai mesra. Mengalu-alukan
pengembara yang menyusuri sepanjang Great Ocean Road.
|
Torquay - Warmambool |
Great Ocean Road adalah Warisan Kebangsaan Australia.
Sejauh 243 kilometer
sepanjang pantai timur Australia. Bermula di Torquay hingga ke Allansford
berhampiran Warmambool. Jalan 2 lorong ini mempunyai
had laju yang berbeza, antara 50 km/j hingga 100 km/j.
|
Monumen Sejarah |
|
Tugu Sejarah |
|
Memorial Arch |
|
The Diggers |
|
Teganumate |
|
Dedikasi Tentera |
Dibina
oleh tentera yang kembali antara 1919 dan 1932. Sebagai didedikasi kepada
tentera yang terkorban semasa Perang Dunia I.
Ia merupakan peringatan perang terbesar di dunia. Mengelilingi pelbagai rupa landskap
di sepanjang pantai. Akses kepada beberapa mercu tanda yang terkenal, termasuk Twelve Apostles.
|
Membelai Mesra |
|
Timber Arch |
|
Great Ocean Road |
11.18 tengah
hari, bertolak. Jalan masih berliku-liku dengan beberapa selekoh yang tajam.
11.24 tengah hari, jalan tiba-tiba sesak. Bergerak perlahan-lahan akibat tebing
tanah tinggi runtuh. Unexpected happening. Sungguh mencabar.
|
Dari Windshield |
|
Likuan Pantai |
Lereng
bukit yang agak tinggi dengan pantai
yang indah. Menjadikan perjalanan begitu panoramik dan romantik. Indah dengan ombak-ombak berkejar-kejaran. Kemudian bergulung-gulung naik ke pantai. Menarik pula dengan rimbunan renek, bagaikan
memagari sepanjang pantai.
11.36 tengah
hari, masuk bulatan kecil. Kemudian melalui Bandar
Lorne. Bandar di pinggir pantai Telok Appolo.
11.40 tengah hari, jalan masih lagi berliku-liku. Sesekali mendaki dan sesekali menurun, mengikut kontor lereng bukit. 11.38 tengah hari, kelihatan sayup-sayup pantai
dari cerun bukit.
|
Road Safety |
Tiba-tiba
jalan sesak. Akibat pokok tumbang dari tebing atas. Beberapa orang pekerja roadcare and maintenance sedang
mengalihkan pokok. 11.50 tengah hari, baru perjalanan lancar semula. Sejak
2013 lagi, kerajaan Australia dan Victoria telah melabur $100 juta untuk menaik
taraf Great Ocean Road.
|
Sentuhan Keindahan |
Kadang-kadang
asyik dengan keindahan. Namun ramai yang hanyut dibuai mimpi, dalam ayunan bas.
12.02 petang, laluan sesak lagi. Laluan agak kecil dan sempit. Terpaksa
berhati-hati. Lebih-lebih lagi melalui cerun bukit yang tinggi dan tebing lembah yang curam.
12.05 petang,
menaiki jembatan Sungai Wye dan Sungai Kenneth. Seterusnya melalu kawasan high
accident. Terpaksa berhati-hati melalui tebing curam dan likuan yang
bahaya. 12.28 petang, melintasi Smythe Greek.
12.29 petang, melintasi ladang lembu. Jalan di sini agak landai tetapi
masih berliku-liku.
Post a Comment