Qalam Perjalanan

HARI KEEMPAT : 6 APRIL 2019 (1)  
Zamindar Kesar King - Apple Valley Resorts 
- Hotel Green Height Hill
(Mata Melirik Hati Tertarik)


Suara Tasik
Bisikan Fajar
4.39 dinihari, terbangun. Suara-suara memuji Allah sayup-sayup mengisi ketenangan. 5.05 pagi, menggigil keluar dari bathroom, walaupun mandi air panas venus tangki silinder. 5.17 pagi, solat subuh. Memohon perlindungan-Nya. 5.40 pagi, berkemas-kemas. Harap-harap tidak ada yang tertinggal. Dimaklumkan beg-beg akan menyusul kemudian.

6.24 pagi, duduk di beranda houseboat. Angin pagi memuput dari bukit, merentasi tasik. Lalu membawa kesegaran. Bayang-bayang Banjaran Zabarwan bagaikan menari-nari mengikut alunan di permukaan tasik. Sekali-sekala diiringi  suara-suara gagak di puncak pokok chinar, yang  turut merai limpahan cahaya  pagi.  

6.40 pagi, breakfast dengan capati telur. 7.16 pagi, melangkah ke pelantar jeti. Mentari kelihatan terapung-apung di puncak banjaran Zabarwan, seindah  “paradise mountain”. Bayangan cahaya keemas-emasannya menari-nari di permukaan air. Begitu indah dengan siluet shakari terapung-apung kesepian di tengah tasik.


Alunan Sepi

Penunggu Setia

7.32 pagi, kesibukan mula meriuh-rendahkan suasana jeti. Beberapa shikara sudah pun berlabuh. Setia menunggu Kembara Sutera. Bagaimanapun suasana disibukkan lagi dengan beberapa pedagang shikara. Seiring dengan suara-suara yang menjerit mencari rezeki. Turut memeriahkan suasana, the more the merrier.


Bayangan Fajar
 Panorama Sepi

7.36 pagi, masing-masing naik shikara. Shikara B menyusuri dari jeti tetapi dihimpit pedagang tasik dengan beberapa shikara. Lalu menawar pelbagai barangan: saffron, kesturi, sari, alas meja dan buah-buahan. Inilah senario, meniti kehidupan di permukaan air. Menjadi social phenomenon. Refleksi kedaifan hidup yang diselubungi keindahan.

7.48 pagi, barulah shikara B dapat melepaskan diri dari kepungan. Meninggalkan yang lain-lain. Shikara B terus menyusuri permukaan tasik yang menawar keunikan panorama. Sentuhan keindahan bagaikan memukau pandangan. Bisikan angin di permukaan tasik yang mengiringi irama musim bunga, menguasai pendengaran. Lalu “mata melirik hati tertarik”.


Refleksi
Santai Bersiaran

Terasa aura tasik menyelubungi. Disegarkan dengan aroma dari banjaran Zabarwan. Lalu menyelinap masuk dalam shikara. 7.03 pagi, menghampiri Nehru Park Island. Kemudian melintasi taman penggambaraan filem. Beberapa burung gagak bertenggek di ranting pokok Chinar. Mengalu-alukan Kembara Sutera yang sedang bersiar-siaran.

Kelihatan seekor burung belibis sedang berenang-renang dipermukaan. Mencari anak-anak ikan di celah-celah rumpai tasik. Lalu terjalin hubungan simbiotik yang begitu harmoni. Seterusnya shikara berolang-aling mengikut laluan tasik. Melintasi bebarapa houseboats: Dalgona, Flower Garden, Qutub Minar, New Lucifer dan Raisin

Kemudiannya menyusuri depan hotel leztd dan kedai-kedai terapung: Indian Art Palace, Bujal Handicraft dan Baht Medicine. Berbagai lagi nama yang menarik untuk houseboats. 8.18 pagi, masuk semula laluan asal. Tiba-tiba bot askar melintas. Berombak, shikara B terumbang-ambing menahan tempias gelombang.


Jalan Boulevard

8.26 pagi, sampai di Shikara stand 13. Pedagang jalanan sudah menunggu dengan jaket, but, sarung tangan, sari, souvenir, benih bunga dan pelbagai lagi tawaran. 8.39 pagi, masuk kereta Tayota Innova 4. Bagaimana terpaksa ke Hotel Duke untuk melegakan diri di washroom. 8.53 pagi, baru bertolak mengikut laluan sepanjang Jalan Boulevard.

8.56 pagi, masuk bandar Batamaloo. Kamudian isi minyak di stesen Speed. Jalan agak sesak. Kenderaan bersimpang-siur. Bunyi hon saling bersambut. 9.03 pagi, melalui bandar Batwara. Pokok-pokok chinar yang besar meminggiri sepanjang jalan. Bagaimanapun jalan sehala dua lorong agak sempit. 9.07 pagi, jalan masih lagi sesak. Kereta berderet-deret, ekor-mengekor dalam konvoi yang tidak terancang.


Ladang Mustard
Keemas-Emasan

9.10 pagi, melintasi tugu Mhjor Chunk. Seperti semalam, askar masih berkawal di sepanjang jalan. Seterus melalui bawah flyover. 9.14 pagi, melintasi ladang willow. Kemudian ladang mustard yang kuning keemasan, seluas saujana mata memandang. Mentari masih lagi menyinar. Terasa sedikit bahangnya dalam kereta.


 Saffron Tea
Zamindar Kesar 

9.21 pagi,  berhenti di hadapan Zamindar Kesar King di lebuh raya  Lathpora. Masing-masing membeli buah-buahan kering sebagai oleh-oleh. 9.21 pagi, melepak di hujung kedai sambil pekena saffron tea. Special treat dari En. Sani, home tour leader. 9.47 pagi, bertolak.  Melintasi ladang mustard. Ditanam untuk dijadikan rempah dan minyak. 10.50 pagi, melalui tol yang masih dalam pembinaan.


10.10 pagi, melintasi check point askar. 9.12 pagi, masuk simpang kiri. Ladang willow meminggiri kiri dan kanan jalan. 10.16 pagi, tersesak agak lama di bandar Bijbehara. Jalan dua hala agak sempit dan berdebu. Lalu suasana dihingar-bingarkan dengan bunyi hon yang pelbagai irama. Namun pitching  tak berapa selesa pada pendengaran.

10.30 pagi, naik jembatan. Lalu masuk Jalan Pahalgam. Kena bayar tol. 10.33 pagi, sesak lagi. Barangkali kesesakan adalah sebahagian hidup pemandu Kashmiri. Ala bisa tegal biasa. 10.38 pagi, jalan agak lancar. Bagaimanapun jalan pedalaman agak teruk. Kereta bergegar-gegar dan bergoyang-goyang.


Seronok juga, sekali-sekala berjoget dalam kereta. 10.44 pagi melalu Kg. Kanelwan. Seterusnya melewati Apple Valley. Jauh di hujung jalan sayup-sayup kelihatan puncak gunung  diselimuti salji. 10.48 pagi, melalui perkampungan.


Kebun Epal
Juice Point

10.52 pagi, singgah di Apple Valley Resorts, restoran makanan segera. Dikatakan 100% pure vegetarian. Sempat juga makan epal goring. 11.10 pagi, masuk Juice Point, restoran dalam kebun epal. Aroma pokok epal begitu menyegarkan. 11.25 pagi, baru bertolak. Kelihatan gunung salji semakin hampir.

11.31 pagi, masuk pekan kecil Srigufwara. Bagaimanapun sesak dengan kereta, jip, lori dan three wheeled car. Perjalanan diteruskan dengan mendaki lereng bukit. Sepanjang jalan diindahkan dengan ladang walnut dan epal. Diiringi udara yang semakin sejuk. 


 Pendalaman
Laluan Kampung
Kampung Tradisi

11.46 pagi, kelihatan perkampungan di lembah-lembah gunung. Di celah-celah rimbunan hijau. Juga di sepanjang laluan rumah-rumah agak berhampiran jalan. 11.54 pagi, melalui jembatan. Kemudian terus menyusuri lereng -lereng bukit. Semakin jauh ke pedalaman  semakin gunung salji menghampiri.


Hotel Green Height
Menjejaki Laluan 

12.01 tengah hari, di selekoh tajam terpaksa bersesak-sesak dengan kereta. 12.02 tengah hari, berhenti berhampiran hotel 3 bintang, Green Heights Hills. 12.18 tengah hari, mendaki laluan ke hotel. Terletak di lereng bukit. Lokasi yang sangat menarik dengan panoramic view.


Panoramic View
Memahat Memori
Santapan Hotel

12.47 petang, lunch bersama dengan para pelancong dari Thailand. Agak selesa, angin dari gunung menyelinap masuk. Turut meraikan tetamu. 1.14 petang, solat jamak takdim di tingkat atas. 1.37 petang, bertolak. Menuruni laluan. Di kanan tebing tinggi dan di bawahnya lereng curam. Sungai Lidder kelihatan mengalir deras di bawahnya.


Tiga Bintang
Dataran Hotel

Seterusnya mengikuti laluan mendaki. Diiringi angin gunung yang memuput dingin. Di bawah lembah, kelihatan Sungai Lidder mengalir deras mengikut likuan. Seiring dengan jalan yang dilalui. Bagaimanapun jalan agak sempit dan berliku-liku. 1.47 petang, melintasi Abshar Park. Seterusnya melalui lereng-lereng bukit yang semakin curam. 

Post a Comment

Powered by Blogger.