Qalam Perjalanan

HARI KEEMPAT : 6 APRIL 2019 (2)  
Lavender Park -  Lembah Aru Restoran Sagar  
- Hotel Asian Park
(Bersaksi Di Mata Dan Besemi Di Jiwa)


Lavender Park
Equestrian Event

1.59 petang, hujan turun rintik-rintik. Bagaikan renjisan mawar membuka laluan  ke pergunungan. 2.04 petang, sampai di Lavender Park. Beberapa ekor kuda poni sudah menunggu. 2.20 petang, naik kuda. Once-in-a-lifetime experience. Lalu melompat-melompat di belakang kuda. Wow, terasa senario wild west. 2.34 petang, kuda mendaki laluan. Berhampiran lurah  curam. Agak cemas. 2.39 petang, bergambar santai ala koboi.


Galloping
Cowboy Sutera
Way To Gait

2.36 petang, melintasi padang golf. Kemudian mendaki tebing yang agak curam. Terasa cemas. Perlahan-lahan, membiarkan kuda melangkah. 257 petang, melalui hutan blue pine. Terasa segar dalam aroma blue pine. Suara-suara burung bagai meraikan Koboi Sutera. Sempat bergambar. Kemudian turun semula ke laluan asal. 3.03 petang, balik  ke tempat permulaan.


Convoy Ride
Hutan Blue Pine
Cabaran Wild West

3.06 petang, veteran Kembara Sutera terpaksa naik jip. Lebih lasak dan lebih mencekam. Group Ganu naik jip JK030 1488. Dipandu oleh Jangir Ahmed Khan. Dua minit kemudian bertolak. Bagaikan menderam jip mendaki likuan-likuan tinggi yang agak sempit di sepanjang Sungai Lidder. 3.16 petang, melalui selekoh tajam yang mencemaskan. Hampir dengan lurah yang curam.


Happy Ride
Mendaki Curam

Semakin jauh ke pedalaman semakin mendaki. Semakin berliku-liku, semakin sempit pula laluan. Tebing semakin tinggi dan lurah semakin curam. Hati pula semakin cemas. Mulut tidak berhenti-henti berkumat-kamit, memohon perlindungan-Nya. Bagaimanapun setiap kali melalui selekoh tajam hon akan dibunyikan. Amaran pertembungan.


Seputih Salji
Setinggi Gunung
Sebersih Hati
Kasih Dianjung

3.36 petang, berhenti. Lalu masing-masing turun ke  lembah Aru. Kononnya lembah Aru menjadi tempat penggambaran filem paling popular di Kashmir. Salman Khan dalam filem Bajrangi Bhaijaan terperangkap di lembah Aru. Masuk secara haram tetapi berusha untuk mengembalikan gadis bisu ke pangkuan ibunya di Pakistan.


Bajrangi Bhaijaan
Drama Salji
Nostalgia Cinta

Lalu masing-masing mencari sudut-sudut fotografi. Beraksi ala pelakon Hindustan,  diiringi lagu, "Mohabat zindagi hei", love is life. Masing-masing menggayakan lakonan dengan khayalan percintaan di lereng-lereng salji. Lalu melakar episod dan mencatat epilog di permukaan salji. Demikian, terapung-apung dalam aura dingin salju. Terlena dalam nostalgia percintaan yang semakin membisik rindu.

Deruan angin gunung memberi sentuhan sentimental, bagaikan alunan sita yang mengasyikkan. Mengkhayalkan perasaan hingga ke puncak gunung salji. Demikian mengiringi ala penggambaran veteran sutera. Bagaikan menyusuri alam percintaan 70an. “ke sebut namamu dan ku bisik rindu di angin lalu”. Lalu “bersaksi di mata dan bersemi di jiwa”.



Pekan Koboi
Laluan Kedai
Tanpa Pelanggan

3.42 petang, melintasi hotel Fimi. Rumah-rumah kelihatan berhampiran dengan jalan. 3.45 petang, berhenti di pekan koboi. Terletak dilereng gunung setinggi 5245 m. Lalu menyusuri laluan salji di sepanjang kedai. 4.48 petang, melintasi Traveller Lodge sampai ke label Government High School. Terpaksa menghentikan langkah kerana di penghujung jalan. Jalan mati yang tebal dengan salji. Mungkin bahaya menanti.


Restoran Saga
Kashmir Tea

Hanya beberapa buah kedai. Kelihatan agak lesu di sepanjang laluan bersalji. Kurang pelanggan. Lebih-lebih lagi tiada point of interest di pekan koboi ini. Hanya salji menyelimuti. Memutih terhampar, menuruni lereng gunung. Aura dingin pula terasa bagaikan beku dan kaku. Lalu memerangkap perasaan. Terasa benar sayu dan sepi. 

Laluan Pulang
Langkah Terakhir

3.55 petang, singgah di restoran Sagar. Pekena Kashmir tea, baru terasa sedikit segar. Kemudian  keluar dari restoran. Cairan salji menjadi saliran  dalam  longkang di depan restoran. Bagaikan anak sungai mengalir deras. Salji di kiri kanan jalan, turut membasahi laluan.  Sekali-sekala terdengar suara gagak di atap zink kedai. Bagaikan mengucapkan selamat jalan kepada tetamu gunung,khodais haval”.


Adieu Aru
Tinggal Jejak

4.37 petang, jip terus bergerak. Menuruni lereng gunung yang berliku-liku. Kadang-kadang hampir dengan lereng curam. Mencemaskan. 4.50 petang, terpaksa berundur di selekoh tajam untuk memberi laluan. 5.05 petang, turun dari jip. Berakhirnya khidmat jip.


Lereng Curam
Sungai Lidder

Lalu disambut angin gunung yang dingin. Bagaimanapun sempat memberi sedikit tip kepada Jangir Ahmed Khan, pemandu gunung yang hebat. Kemudian naik semula kereta Innova Tayota. Diiringi gema guruh, sayup-sayup kedengaran. Sekali-sekala kelihatan kilat sambung-menyambung di puncak gunung.


Perjalanan Sepi

5.15 petang, masuk bandar Pahalgam ketika hujan rintik-rintik. Puncak gunung kelihatan samar-samar di liputi salji. Laluan lereng gunung semakin basah. Terpaksa berhati-hati. 5.21 petang, melintasi sempadan Pahalgam. Senja sudah lama berlabuh. Gunung-gunung menjadi siluet yang beransur-ansur hilang dalam kabus salji.

5.28 petang, perkampungan di lembah kelihatan kaku dalam bayangan sisa-sisa senja. Jalan masih berliku-liku menuruni lembah. Kadang-kadang berhenti di selekuh tajam untuk memberi laluan. 5.46 petang, melintasi semula ladang walnut. 5.44 petang, beberapa buah kereta mula memasang lampu.


Jejari Senja
Slsa-Sisa Senja

Bagaikan mengejar waktu, kereta-kereta Innova Toyota saling berlumba dan saling memintas. 6.03 petang, melintasi Apple Valley. Ladang epal kelihatan suram dalam cahaya senja. Sisa-sisa senja kelihatan bagaikan berlari-lari di celah pokok-pokok epal.

6.09 petang, mentari bersinar lesu dengan warna kekuningan yang semakin pudar. 6.15 petang, melalui pekan kecil. Pokok-pokok menjadi siluet. Kaku di sepanjang Jalan Pahalgam. Kedai-kedai agak sepi. 6.30 petang, melintasi jembatan. Kemudian masuk semula Bandar Bijbehara.

Bagaimanapun masih sesak dengan kereta dan lori. Bersimpang siur dan hon saling bersambut. 6.28 petang, baru masuk lebuh raya Srinagar – Hey. Perjalanan menjadi sedikit lancar dan selesa. Seterusnya melalui jembatan Sungai Jhelum.  Kelihatan cahaya senja bagaikan menari-nari mengikut arus.


Warna Senja
Sisa-Sisa Senja

6.34 petang, berhenti di kilang kayu kriket, Awantipura. Melegakan diri di washroom. Sisa-sisa senja semakin pudar. Perlahan-lahan menghilangkan gunung dalam kegelapan. 6.45 petang, melalui tol yang dalam pembinaan. Pokok-pokok willow terus menjadi siluet. Kaku dalam sisa-sisa senja yang semakin menghilang.

Hanya cahaya berkerlip-kerlipan di lembah-lembah dan lereng-lereng bukit.  Menjadikan perkampungan kelihatan sepi dan kaku dalam kegelapan. 7.03 malam, perjalanan semakin perlahan. 7.14 malam, masuk Bandar Badami Bagh. Malam semakin gelap dan sepi. Kerlipan lampu di lembah-lemabh bagaikan bintang di langit.

7.25 malam, sesak dengan kenderaan. Terpaksa bergerak perlahan-lahan. Sekali-sekala bergoyang-goyang apabila melalui jalan rosak. 8.06 malam, akhirnya sampai di hotel Asian Park. 8.24 malam, mendengar taklimat dan menerima kunci bilik. Seterusnya naik lif dengan beg, walaupun pekerja hotel menawarkan khidmat. 8.32 malam, akhirnya masuk bilik 207, room sweet room. Lalu melayari mimpi sepanjang malam.




Well Done
Koboi Sutera


Post a Comment

Powered by Blogger.