HARI KETIGA : 5
APRIL 2019 (2)
Stesen Gulmarg –
Stesen Kongdoori - Restoran Sahara
(Mata Kian
Terleka Jiwa Kian Tergoda)
|
Laluan Sledge |
10.15 pagi, naik sledge. Terasa
sedikit berdebar apabila ditarik oleh pemuda Kashmiri
ke lembah salji. Namun awal-awal lagi sudah terganggu tumpuan. Seorang helper
sibuk hendak membantu. Kemudian meminta tip atas khidmat yang tak seberapa.
Akhirnya helper mengalah apabila buat-buat tak peduli. Nothing concerning.
|
Rentasi Salji |
|
Bagai Mimpi |
Lalu membiarkan sledge ditarik merentasi
lembah salji, sejauh 3 km. Kelihatan salji bagaikan hamparan permaidani, memutih
di seluruh lembah. Lalu menguasai penglihatan. Demikian, perlahan-lahan Aura
salji menyerap ke seluruh badan. Terasa dingin. Namun keriangan mengatasi kesejukan.
|
Keseronokan |
|
Zaman 50an |
Aroma segar terus menyelubungi lapangan
sledge. Diiringi semangat berlumba-lumba antara penarik-penarik sledge.
Bagaikan pesta menarik upih di zaman kanak-kanak 50an. 10.43 pagi, akhirnya jeritan-jeritan
keseronokan surut di tempat penamat sledge. Kemudian masing-masing bergerak ke
laluan gondola selepas memberi tip.
|
Atasi Cabaran |
|
Harungi Bersama |
|
Penamat Sledge |
Barangkali tip sudah menjadi budaya dalam
kehidupan Kashmiri. Demikian kesusahan hidup
kadang-kadang memaksa untuk meminta-minta. Terpaksa hilang malu demi sesuap
nasi. Namun turut menumpang rasa gembira ketika menarik sledge. Sama-sama
menuruni dan mendaki lembah. Lebih seronok lagi apabila ada yang terguling dalam
salji.
|
Gondola Route |
|
Jejak Gondola |
10.58 pagi, sampai di pintu gateway
gondola. Kemudian berkumpul untuk menerima e tiket gondola. 11.16 pagi, naik
gondola di Gate 2. bersama group Ganu. 6 orang sekali dalam
kabin. Bermula dari Stesen Gulmarg terus
bergerak mengikut laluan gondola. Lalu merentasi
hamparan salji dan mencelah pokok-pokok blue pine. Demikian, mata terus terpesona dengan keajaiban alam. Tiba-tiba menguasai seluruh perasaan.
|
Gondola |
|
Stesen Gulmarg |
|
Stesen Kongdoori |
11.23 pagi, sampai di Setesen Kongdoori aras 1. Terletak di lereng gunung Kongdoori. Kemudian turun tangga. Bergambar
ramai-ramai. Beberapa juru gambar tempatan sibuk menawar khidmat. Bagaimanapum Kembara Sutera hanya berlegar di sekitar kawasan
berhampiran stesen. Kelihatan ribuan jejak kaki jelas terbenam dalam salji.
|
Laluan Gondola |
|
Pesta Frozen |
|
Merai Suasana |
11.44 pagi, kelihatan mentari memancar lesu.
Namun cahayanya agak berkilauan atas salji di lereng-lereng gunung. Tertarik
dengan suara-suara keseronokan, lalu menyusuri laluan ke lereng gunung. Para tetamu
gunung bagaikan berpesta menikmati panorama banjaran
Pir Panjal. Ada yang bergambar, bermain bola salji dan meluncur ski .
|
Jendela Gondola |
|
Tetamu Gunung |
|
Hamparan Salji |
|
Bebola Salji |
12.07 tengah hari, matahari semakin bersinar.
Bayangan awan bagaikan bergerak perlahan-lahan menuruni lurah. Namun kelompok-kelompok
tetamu gunung masih lagi menikmati aura dingin salji. Sekali-sekala terasa aroma
salji yang segar dipuput angin dari lembah blue pine.
|
Panorama |
|
Snowwoman |
|
Kepalan Salji |
12.15
tengah hari, beredar. Laluan agak keras dan licin. Terpaksa berhati-hati. Kemudian
naik tanngga terus ke Stesen Kongdoori. 12.36
tengah hari, naik semula gondola. Namun laluan yang sama tidak lagi menarik
perhatian. Hanya hamparan salji di bawah pohon-pohon blue pine. 12.45
tengah hari, sampai di Stesen Gulmarg.
|
Restoran Sahara |
|
Taste Of Snow |
Terus naik jip. 12.50 tengah hari, berhenti berhampiran
Restoran Gulmarg Sahara. 1.40 petang, hujan mula turun. Selepas
lunch, keluar dari restoran. 2.04 bertolak. Berliku-liku menuruni lereng
gunung. Tebing tinggi dan lurah curam tidak lagi mencemaskan. 2.07 petang,
berhenti sebentar. Menikmati jalur-jalur salji dilereng bukit.
2.30 petang, melintasi perkampungan di lembah.
Seterusnya melalui pekan kecil. Kedai-kedai hampir di sepanjang jalan. 237
petang, masuk Kampung Kunzer. Melintasi ladang
biri-biri. 2.44 petang, masuk pekan Magam.
Berhenti di Grand Village Emporium dengan tag
linenya, “the paradise of handicrafts. Sempat solat jamak takdim di mosula emporium.
3.10 petang, meneruskan semula perjalanan.
Hujan mula menari-menari di atas atap kereta. Kemudian berhenti. Namun awan
mendung kelihatan berarak-arak memenuhi ruang langit. 3.26 petang, perjalanan
agak perlahan. 3.30 petang, masuk Bandar Magam yang
agak sibuk.
Suasana hingar-bingar dengan bunyi hon.
Riuh-rendah suara pedestrian. 3.45 petang, berhenti sebentar. 4.06 petang,
menyusuri Bandar Batamaloo. 4.12 petang, jalan
mula sesak. Disibukkan oleh penjaja-penjaja di pinggir jalan. 4.20 petang,
melintasi Makka Market. 4.47 petang, Sterusnya menyusuri
jalan Boulevard hingga ke Shikara Stand 13.
|
Ambang Senja |
|
Sisa-Sisa Senja |
Turun dari kereta terus naik shikara B. 4.48 petang,
lalu menyusuri ke tengah tasik. Pedagang shikara bagaikan berlumba-lumba
mencari pelanggan. Saling memintas dan saling bersaing. Bagaikan pesta lumba
shikara. Bersimpang-siur mengikut laluan air tasik. Bayang-bayang menjadi
beralun-alun mengikut riak-riak di permukaan.
Sisa-sia senja masih lagi melatari kaki langit. Kelihatan banjaran gunung Zabarwan
berbalam-balam dalam cahaya senja yang semakin pudar. 4.56 petang, sampai di jeti Morning Star. Lalu terus masuk bilik. Kesempatan
untuk berehat. Melegakan anggota dan perasaan.
7.12 malam, solat jamak takdim. Sayup-sayup
terdengar alunan sentimental dari jeti. 7.24 malam, turun ke platform jeti.
Kelihatan lampu-lampu berkerlip-kerlipan di seberang tasik. Bayangnya
menari-nari di permukaan air. Begitu indah sekali. Lalu menyerikan lagi suasana malam.
Post a Comment