HARI KEDUA : 4
APRIL 2019 (1)
Hotel Clarks Inn
Suites - Indira Ghandi International Airport -
Sheikh Ul-Am
International Airport - Tasik Dal
(Terhampar Di Mata Dan Terlakar Di Jiwa)
 |
Clarks Inn Suites |
 |
Perkarangan Hotel |
4.50 pagi, wake up call daripada
kaunter Hotel Clarks Inn Suites. 5.25 pagi, solat subuh. Terus memanjatkan
doa untuk kesejahteraan dan keselamatan.
Kemudian berkemas-kemas dan
mempastikaan tidak ada yang tertinggal. 8.23 pagi, sarapan, the morning taste
of Delhi. Kemudian mengambil beberapa sudut fotogarafi di perkarangan hotel
sebagai moments of memory.
 |
Bas UP 17 AT 7036 |
 |
Indira Ghandi Airport |
6.43 pagi, masing-masing menaiki bas UP 17 AT
7036. Seterusnya bertolak dari Jalan Bijwasan. En. Ahmed sempat memberi taklimat mengenai houseboats
dan bunga tulip. Kemudian pasport diedarkan. 7.08 pagi, akhirnya sampai di Terminal 2, penerbangan domestik Indira Ghandi International Airport. 7.14 pagi,
masuk Gate 4 untuk pemeriksaan pasport.
7.32 pagi, check in bagasi. Kemudian boarding
pas diedarkan. Sempat bergambar beramai-ramai. Seterusnya
melalui pemeriksaan ketat. 8.05 pagi, turun melalui eskalator. Lalu duduk
berhampiran Gate 27. Suasana pagi agak panas dan sesak dengan para penumpang.
8.30 pagi, beratur pula untuk pemeriksaan pasport dan boarding pass.
Demikian airport procedures kadang-kadang menyulitkan dan meletihkan.
 |
GoAir G8 128 |
8.34 pagi, naik bas airport. Tiga minit kemudian sampai di medan parkir GoAir G8 128. Seorang ground
staff memeriksa boarding pass sebelum naik tangga. Di pintu pesawat penumpang
disambut dengan ungkapan “nameste” dari paramugari. Seterusnya duduk di seat
28C. Musik sentimental mengalu-alukan para penumpang dengan rhythm
of spring.
9.12 pagi, demonstarasi keselamatan. Kemudian bergerak perlahan-lahan ke landasan take off. 9.25 pagi, bergerak
laju. Semakin laju, dan tiba-tiba memecut. Lalu naik menongkah udara. Kemudian
terus menyusuri lebuh raya angkasa yang lebih luas dan terbuka.
9.34 pagi, kelihatan mentari bagaikan
terapung-apung lesu. Cahayanya masuk dalam kabin. Agak menyilaukan. Hanya
deruan pesawat menguasai pendengaran. 9.43 pagi, paramugari menolak mini kabin dengan snek dan minuman. 10.14 pagi, troli
cenderamata pula ditolak sepanjang aisle.
 |
Breathtaking Moment |
10.24 pagi, melalui a breathtaking
panorama yang menakjubkan. Puncak salji bagaikan ombak-ombak lautan.
Bergelombang di permukaan. Dari lurah, salji bagaikan ranting-ranting yang paut-memaut
hingga ke puncaknya. Lalu tercetus a moment of truth. Demikian teruji
dan terbukti kebesaran Ilahi. Subhanallah.
Seolah-olah melintasi alam fantasi Frozen dengan
istana saljunya. Lalu hanyut dalam khayalan. 10.45 pagi, landskap bumi kelihatan
samar-samar dalam bayangan mentari. Kelihatan perkampungan tradisi kashmir sayup-sayup, bagaikan tenggelam dalam
kehijauan lembahnya. Makin rendah makin jelas keindahan bumi Kashmir, “paradise on earth”.
 |
Sheikh Ul-Am Airport |
 |
Welcome Kembara |
10.45 pagi, akhirnya pesawat membuat touchdown.
Lalu menyusuri sepanjang landasan. Kemudian berhenti di lapangan parkir. 10.51
pagi, menuruni tangga pesawat. Rasa terharu, kerana kali pertama menjejaki Sheikh Ul-Am International Airport Srinagar. Bagaikan terdengar sayup-sayup lagu "kuch kuch hota hai". Seiring angin musim bunga dari pergunungan memuput, menyambut mesra
dengan ungkapan, “khush aamdeed”. Terasa dingin dengan suhu 16ºC.
10.56 pagi, masuk pintu domestic arrival.
10.57 pagi, masing-masing mengambil beg di carousel 16C. 11.15 pagi,
keluar dari dewan ketibaan dengan troli. Lalu menyusuri laluan ke parkir teksi. 7 buah kereta Innova Toyota sedang menunggu. 11.29 pagi, Group K'Ganu naik Innova Toyota 4, JK01T 5213. Dipandu oleh En.
Manzoor penduduk tempatan.
11.14 pagi, awal-awal lagi terpaksa melalui check
point yang dikawal oleh tentera. Malah di sepanjang lebuh
raya Srinagar - Leh kelihatan tentera berkawal. 11.50 pagi, melintasi IQ
Memorial Shopping Mall. Jalan agak sesak dengan kenderaan. Bunyi hon saling
bersambut dalam berbagai irama. Mungkin menjadi kebiasaan pemandu Kashmiri,
tangan kanan memegang stereng dan tangan kiri memegang hon.
Matahari
masih lagi memancar. Namun udaranya agak sejuk walaupun tanpa aircon.
Jalan yang dilalui agak teruk. Sekali-sekali bergegar apabila terlanggar
lubang. 11.56 pagi, melalui jalan sempit antara pagar-pagar rumah. 12.01 tengah
hari, masuk Bandar Batamaloo. Agak sibuk dengan
orang ramai dan sesak dengan kenderaan. Seterusnya melintasi Hotel Biba. 12.01 tengah hari, terpaksa berhati-hati
di tepi laluan flyover yang dalam pembinaan.
12.12 tengah hari, melalui bandar pinggiran. Seterusnya masuk simpang kiri ke Jalan
Boulevard. Lalu menyusuri sepanjang Tasik Dal yang
agak sesak. Kenderaan bersimpang siur dengan bunyi hon saling bersambut. 12.17
tengah hari, akhirnya sampai di Shikara Stand No. 13. Kelihatan jauh di seberang tasik, beberapa houseboats terapung-apung di sepanjang
pinggir Tasik Dal. Bayang-bayangnya bagaikan
menari-nari di permukaan air.
 |
Peta Tasik Dal |
 |
Panorama Houseboats |
Tasik Dal seluas
18 kilometer persegi, dikenali sebagai “permata Kashmir”. Kilauanmya memukau
pandangan dan keunikannya menjangkau jangkaan”. Inilah Kemurahan Ilahi sebagai a
gift of nature. Keindahannya bagaikan “terhampar di mata dan terlakar di jiwa.”
 |
Riak Kehidupan |
Demikian, rasa terpesona menyaksikan sebuah kehidupan
di perairan tasik. Nadi kehidupan penduduk Kashmir, yang menjadi habitat fauna
dan flora. Telah sekian lama wujudnya ekosistem. Persaingan dalam keharmonian dan kepelbagaian dalam kerukunan.
Walaupun berbeza tetapi bersama. Lalu saling bergantung satu sama lain untuk
survival.
 |
Hiasan Shikara |
 |
Warna-Warni Shikara |
 |
Pedagang Shikara |
12.24 tengah hari, beberapa buah shikara sedang
menunggu. Bagaikan pesta shikara. Berbagai hiasan dan berbagai warna. Begitu
menarik sekali. Group Ganu naik shikara B. Didayung oleh En. Nadim. 12.40 tengah hari, beberapa pedagang
shikara datang menghimpit. Menawarkan pelbagai barang dagangan: saffron,
kesturi dan buah-buahan. Kadang-kadang memaksa itu cubaan melampui batas privasi.
 |
Jeti Morning Star |
 |
Pelantar Jeti |
Seterusnya shikara merentasi tasik. Bagaikan
terapung-apung dalam khayalan. Angin dari bukit Zabarwan berbisk-bisk di
permukaan. Lalu menyelinap masuk di dalam shikara. Membelai mesra. 12.34 tengah
hari, akhirnya sampai di jeti Morning Star.
Beberapa buah shikara juga turut berlabuh.
Post a Comment