HARI
KETUJUH: JUMAAT 24 MAC 2017 (1)
Hotel Nadia - Masjid Hidayah - Bukit
Mentigen
- Desa Ngadisari
- Desa Ngadisari
Peta Gunung Bromo
3.05 dinihari, terbangun. Terasa sayu dan sepi. Mungkin kerana lama di perantauan. Sekalipun hujan emas di negeri orang. Sekali-sekala imbauan kampung halaman datang menyentuh perasaan. Bagaimanapun cuba mengingati surah Al Infithar.
Surah Al
Infithar, Ayat 13
Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga
yang penuh kenikmatan.
|
Lepas mandi, bersiap-siap. Punctuality menjadi prioriti. The right time makes the right situation. Lebih-lebih lagi untuk menyaksikan "sunrise phenomenon". 3.25 dinihari, udara dingin pergunungan bagaikan menggigit-gigit. Di luar masih lagi gelap. Hanya lampu di beranda memberi sedikit cahaya.
![]() |
Laluan Hotel |
3.29 dinihari, naik jip Toyota
N945NR, yang dipandu oleh Diga. Pemuda suku Tengger yang berugama Hindu.
Pak Ali duduk di sebelah sebagai co driver. ARAM pula naik bersama abang Mat. Terasa excited and thrilled. Bagaikan expedition
of unexpected darkness.
Menurut legenda anak perempuan Raja Brawijaya dari Majapahit, Roro Anteng berkahwin dengan Joko
Seger, keturunan Brahmana. Apabila terjadi
pergolakan, sebahagian masyarakat yang fanatik pada agama
Hindu melarikan diri ke Pulau Bali.
Sebahagian lagi bermukim di sebuah dataran
tinggi di kaki Gunung Bromo. Dipimpin oleh Roro Anteng dan Joko Seger. Jadilah mereka suku Tengger, kependekan dari nama
AnTeng dan SeGer.
Tidak hairanlah Bromo menjadi kawasan suci penganut Hindu Tengger.
Suku Tengger
dikenali taat dengan aturan dan anutan agama Hindu. Dipercayai
bahawa penduduk suku Tengger merupakan
keturunan dari Kerajaan Majapahit. Mereka tidak
memiliki candi. Sebaliknya upacara ritual Yadnya Kasada
dijalankan di Pura Poten di kaki gunung Bromo.
Kemudian mereka naik ke puncak kawah Gunung Bromo, Membawa “ongkek”
yang berisi sesaji. Hasil pertanian dan ternakan.
Sesaji akan dilemparkan ke kawah. Sebagai persembahan
kepada Dewa Bromo, Sang
Hyang Widhi. Dipercayai bersemayam di kawah Gunung.
![]() |
Bidadari Tengger |
![]() |
Ritual Grebeg Tengger |
Seterusnya, 3 buah jip kemudian membawa set veteran Poto meredah kegelapan. Hanya cahaya lampu
jip menerangi jalan yang dilalui. Agak sempit, dan berliku-liku. Kadang-kadang jip bagaikan bergegar-gegar.
Menderam, mencari kekuatan gear 1 untuk mendaki likuan tinggi.
Terasa bagaikan menaiki roller coaster. Jip melompat-lompat. Sekali-sekala
terhuyung-hayang. Ke kiri dan ke kanan. Dari lampu jip kelihatan lereng-lereng
bukit yang agak curam. Begitu hampir dengan laluan. Memang mencemaskan. Tetapi abang Mat kelihatan cool and steady.
3.45 dinihari, masih lagi dalam jip.
Sekali-sekala kelihatan cahaya berkelip-kelipan dari desa yang jauh di
lereng-lereng bukit. Bagaimanapun terpaksa berserah. Kegelapan memang
menakutkan. Malah lebih mengerikan apabila melalui likuan-likuan kegelapan.
3.48 dinihari, jip memotong shuttle, walaupun laluan sempit.
“Tabik” untuk Diga, pemandu hebat.
Kadang-kadang terpaksa berhenti apabila berselisih dengan shuttle. Pemandu saling bertoleransi. Saling memberi ruang untuk orang lain. Lebih-lebih lagi di likuan yang maut.
Pagi ini begitu sibuk dengan pelbagai kenderaan.
Shuttle, jip, dan ojeg, atau motorsikal.
Bagaikan berlumba-lumba. Mengejar the right time to the right place, untuk
menyaksikan fenomena sunrise. Once in a life time.
3.52 dinihari, berhenti di tepi masjid Hidayah. Suasana masih lagi gelap. Hanya lampu
dari masjid memberi sedikit cahaya. Dan menerangi sedikit ruang. Kelihatan pelbagai kenderaan memenuhi perkarangan masjid.
Orang ramai sudah berkumpul di kawasan masjid. 3.58 dinihari, menunggu giliran untuk mengambil wuduk. Air paip bagaikan ais apabila disentuh. 4.01 dinihari, menunggu waktu solat. Ruang masjid sudah dipenuhi oleh pelajar-pelajar dari SMAN 1 Kotagajah.
4.19 dinihari, azan berkumandang. Terus solat
sunat subuh. Seterusnya solat subuh diimankan oleh uztaz dari SMAN 1. 4.34 dinihari, selesai solat
Subuh. Di luar sesak dengan kenderaan. Kemudian masing-masing bergerak ke
destinasi yang sama.
4.43 dinihari, masuk gerbang desa. 4.49 pagi,
terus mendaki. Meredah jalan lama, yang kadang-kadang berlubang. Tiada lampu
jalan. Hanya lampu jip yang menembusi kegelapan. Memang benar-benar mencabar, dan menakutkan.
4.56 dinihari, membayar 200,000 rupiah untuk masuk ke Bukit Mentigen. Terletak di desa
Ngadisari, Kecamatan Sukapura. 5.05 pagi, akhirnya jip berhenti di dataran Bukit Mentigen, dengan Ketinggian 2.273 meter.
Kelihatan Gunung Batok, hamparan lautan pasir serta pemandangan Desa Ngadisari.
Bagaimanapun 14 orang group Poto travel terpaksa mendaki lurah untuk ke puncak Mentigen. Setinggi 2.300 metrer, yang lebih strategik. Menghidangkan pemandangan yang lebih panoramik, dan lebih indah.
![]() |
Desa Ngadisari |
Desa Ngadisari merupakan “pintu gerbang”, untuk
ke lembah lautan pasir yang menjadi lokasi beberapa gunung. Antaranya Gunung Bromo, Gunung Batok, Gunung Watangan, Gunung Widodaren dan
Gunung Kursi.
Bagaimanapun 14 orang group Poto travel terpaksa mendaki lurah untuk ke puncak Mentigen. Setinggi 2.300 metrer, yang lebih strategik. Menghidangkan pemandangan yang lebih panoramik, dan lebih indah.
5.19 pagi, pelajar-pelajar dari SMAN 1 Kota rajah sudah berkumpul. Memenuhi ruang puncak Mentigen. Masing-masing tidak sabar untuk
merakam the right moment. A Moment of breath-catching. Tetapi malangnya kabus begitu tebal.
Dalam remang-remang fajar, hanya sedikit pancaran kuning kemerah-merahan kelihatan di
ufuk timur. Bagaikan mengintai di balik kabus. Masing-masing melepaskan nafas, dengan
keluhan yang penuh kecewa. Sunrise terlindung. Bagaikan tenggelam
dalam ombak-ombak lautan kabus.
Namun lereng-lereng bukit yang gelap,
bertukar menjadi silute. Kelihatan samar-samar. Bagaikan bayang-bayang gelap
fajar. Perlahan-lahan diwarna-warnikan oleh cahaya fajar yang mula menyinsing. Oh Tuhan, alangkah
indahnya.
Lalu masing-masing mencari sudut fotografi. Merakamkan saat-saat keindahan fajar
di kaki langit. Tempias keindahannya turut mewarna-warni lereng-lereng bukit. Yang
bagaikan terjaga daripada kegelapan. Lalu turut sama-sama meraikan kedatangan fajar.
Kelihatan Bukit
Botok tersergam 2.440 m. Bagaikan muncul dari padang pasir. Gunung Bromo pula tak putus-putus mengeluarkan asap vulkanik. Bergulung-gulung memenuhi ruang udara.
Begitu juga Gunung Semeru.
Gunung tertinggi di Pulau Jawa, dengan puncaknya Mahameru, 3.676 m dari permukaan laut. Merupakan gunung berapi kerucut. Kawah di puncak Gunung Semeru dikenal dengan nama Jonggring Saloko.
Post a Comment