HARI KE 5, 24 JULAI 2016
8.24 pagi, turun dari hotel. Di
Lobby terdapat ramai orang, seolah-olah bersedia untuk melancarkan program
kembara. Sebelum ke Alamanda Shopping Centre, sempat bergambar di perkarangan
hotel. Di laman depan hotel terdapat bentuk-bentuk abstrak, yang mempunyai mesej
tersendri.
Satu figura sedang memegang bunga sambil berlutut. Mungkin a sign of
welcome. Begitu juga figura seekor ikan, cuba melepaskan diri daripada figura seorang
pengail. Mungkin a sign of survival. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memberi intrerpretasi.
Walau bagaimanapun ciri-ciri kelainan sebegini, kadang-kadang memberi keunikan kepada hotel.
Lepas itu kami menyusuri laluan ke Alamanda Mall. Laluan yang agak unik, terdapat semacam musical instruments di laluan yag menurun. 8.51 pagi, sampai di
pintu masuk utama, Plaza Entrance A. Lamannya dihiasai dengan landskap yang agak menarik.
Terdapat kolam yang menyerikan lagi keindahan.
Waktu ini pelanggan tidak begitu ramai, jadi agak selesa dan tenang. Bolehlah shopping sambil bersantai. Hanya bunyi muzik dari kedai-kedai menyambut kedatangan kami. 9.13 pagi, naik ke tingkat atas untuk breakfast.
Waktu ini pelanggan tidak begitu ramai, jadi agak selesa dan tenang. Bolehlah shopping sambil bersantai. Hanya bunyi muzik dari kedai-kedai menyambut kedatangan kami. 9.13 pagi, naik ke tingkat atas untuk breakfast.
9.14 pagi, singgah di warung Bento & Ramen. Sahaja nak cuba ramen,
noodle kegemaran Naruto. Umi, Kakcik dan Faiz mencari selera masing-masing. Kakcik dengan roti canai, Umi mee goring dan Faiz macam mee rebus tetapi ala
Korean. Boleh tahan juga makanan di sini. Sebenarnya tiada kelainan tentang ramen. Lebih kurang, rasanya macam mee rebus.
Sempat juga ambil keratan dari kisah Naruto. Little Naruto Uzumaki was known for his love of Ramen, although it’s rarely mentioned now, it’s still probably his most loved Japanese dish! Little Naruto loved the sound, smell, and sight of a good dish of Ramen from the local Ramen Ichiraku,
Sebut sahaja Naruto, Faiz adalah peminatnya. 9.42 pagi, terasa kenyang. kenyang "gendang gendut tali kecapi". Barulah seronok untuk bershopping. Umi dan Kakcik shopping sakan, dari kedai ke kedai. Kadang-kadang susah nak mencari yang “berkenan di mata terpaut di hati”. Berjam-jam memilih, last-last tak jadi.
Pilihan Di Tangan Pelanggan |
Walaupun Uni Qlo menawarkan pelbagai fesyen pakaian mengikut trend terkini, tetapi belum tentu menjadi pilihan. Customer adalah raja. Pilihan di tangan customer, dan customer is always right. Malah customer adalah pengiklan yang terbaik. A satisfied customer is a good advertisement.
Saperti kata Philip Kotler, seorang professor international marketing, “The best advertising is done by satisfied customers.” If you are looking for great advertisement for your product or brand, no need to look further. See how your customers are doing. See if they are satisfied with what you offer. If they’re not then go and improve things.
10.13 pagi, shopping terakhir di Aeon Big. Sementara menunggu Umi dan
Kakcik, bergambar di East Exit. Laluan rumpun buluh yang begitu
menarik, bagaikan merai kedatangan pelanggan-pelanggan. Suasana di sini agak
tenang. Tidak ramai pelanggan yang datang. Mungkin lokasi Alamanda terpencil
daripada taman-taman perumahan.
Sebelum meninggalkan Alamanda sempat juga bergambar di pekarangan luar
Alamanda. Berlatarbelakangkan bangunan Putera Jaya di kejauhan. Lepas itu
menyusuri semula laluan ke Hotel The Everly. Saperti biasa di lobby beberapa
orang sedang menunggu untuk check in dan check out.
11.46 pagi, berkemas-kemas. Selepas final check, barulah turun ke
lobby. 12.08 tengah hari, check out. 2.16 tengah hari, sayonara The Everly Hotel. Kereta Honda City TBH669
keluar dari basement membawa coretan pengalaman.
1.35 petang, sampai di Plaza
Tol Karak. Menandakan bermulanya Lebuh
Raya Pantai Timur. Laluan terbuka, bagaikan menjurus jauh ke kaki langit. Seolah-olah meraikan kepulangan
perantau. Walaupun laluan yang sama, tetapi berbeza arah. Dan sudah tentu berbeza sudut pandangan.
Lunch Di R&R Temerluh Barat |
3.41 petang, singgah untuk lunch di R&R Temerloh Barat. Kemudian
solat jamak zohor. Tak ada bezanya catatan
pulang dengan catatan datang. Hanya
suasana dan penomena yang berbeza. Kali
ini kami sempat melihat senja “berarak” di lebuh raya. Perubahan warna senja
di hujung lebuh raya begitu mempersonakan dan mengasyikkan.
Cahaya matahari yang agak pudar sempat melukiskan warna-warna senja. Bagaikan
sebuah lukisan alam yang berubah warna secara perlahan-lahan. Ton warnanya
berubah serentak mengikut kejauhan. Alangkah indahnya dan syahdunya senja, bagaikan meratapi pulangnya
siang dan meraikan datangnya malam.
Post a Comment