Qalam Perjalanan



HARI KE 2,  6 OGOS 2016 (2)
Ladang The Boh Sungai Palas

 



Ladang Teh Boh Sungai Palas terletak dalam lembah terpencil. Jauh dari jalan utama. Selepas Taman Rama-rama masuk simpang kiri. Terdapat papan tanda menunjukkan laluan ke ladang. Laluannya agak sempit, dan berliku-liku. Perlu membunyikan hon setiap kali melalui  selekoh tajam. Agar tidak bertembung dengan kereta lain.

Cuaca Cerah


Ladang Teh BOH

12.29 tengah hari, kelihatan ladang Teh Boh di lereng-lereng bukit. Bagaikan karpet yang berpetak-petak hijau. Begitu indah. Mendamaikan. Bagaimanapun perjalanan terpaksa melalui celah-celah bukit-bukau yang sempit. Di selekoh yang tajam, berhampiran ladang, laluan di kawal oleh pekerja ladang. Terpaksa berhati-hati apabila berselisih dengan kenderaan yang lain.


ARAM's Family

Mencipta Memori

12.32 tengah hari, sampai di pondok pengawal. Perjalanan ke pusat ladang masih lagi berliku-liku. 12.38 tengah hari, pengawal mengarah parkir di lembah. Tidak dibenarkan kenderaan naik hingga ke pusat ladang di puncak bukit. 12.47 petang, melintasi padang. Seterusnya menaiki tangga kayu yang tertulis “slippery path”.


Belaian Umi

Tangga Kayu

Slippery Path

Di sepanjang tangga kayu, disediakan kerusi panjang untuk melepaskan lelah.  Ramai juga pengunjung yang bergambar dan berselfie di tangga kayu. 12.53 tengah hari, baru sampai di atas. Lelah juga, maklumlah tenaga orang lama. Sebenarnya laluan tangga ini menjadi akses penting ke pusat ladang. Kadang-kadang sesak dengan pengunjung yang turun naik.


Ditubuhkan Pada Tahun 1928


The Highland Rainforests

Mengikut sejarah, Ladang Teh Boh telah ditubuhkan pada tahun 1929 oleh J.A. Russel.  Seorang ahli perniagaan British, semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Hari ini, ladang Teh Boh mempunyai tiga ladang teh, iaitu di Habu di Ringlet, Tea Garden Fairlie dan di Sungai Palas di Brinchang.

Untuk memastikan kesegaran produk teh, Ladang Teh Boh juga menubuhkan sebuah kilang pembungkusan di ladang utamanya. Kemudian diedarkan di kedua-dua pasaran, domestik dan antarabangsa. Dengan slogannya popularnya, "BOH ADA Ummph!", cuba menguasai pasaran domestic.
  
“BOH” adalah akronim yang bermaksud “back of house” atau “belakang rumah”. Juga bermaksud, “best of highland”, iaitu hasil yang datang dari tanah tinggi. Seawal 1930 hingga kini, BOH lebih mementingkan kualiti dari ladang.  Seterusnya dari kilang ke pelanggan. Malah pekerja-pekerja ladang yang berpengalaman turut menyumbang kepada best of BOH.
  
1.03 petang, akhirnya sampai di tangga atas. Bolehlah menarik nafas lega. Rehat sebentar, sambil menikmati keindahan ladang. Panorama yang begitu mempersonakan. Bagaikan permaidani hijau yang menyelimuti lembah hingga ke puncak bukit. Sekali-sekala angin dingin memuput dari lembah. Terasa segar dan nyaman.  Demikian, sekali angin memuput sekali pula dingin memaut.


Aqeef Ahmed

Restoran Tea'ria

1.10 petang, masuk pintu utama. Di sebelah kanannya laluan ke restoran Tea’ria. Bersebelahan dengan bilik video, galeri pengunjung dan mini muzium. Di belakangnya sebuah kilang lama untuk memproses teh. Masih lagi berfungsi. Dibuka kepada pelawat setiap hari dari 9.00 pagi hingga 4:30 petang. Hanya ditutup pada hari Isnin.


Anjung Tea'ria

1.03 petang, singgah di restoran Tea’ria. Beli ice-tea lemon lime, green tea dan stevun leaf extract dan ucang teh boh. Sebagai ole-ole percutian . 1.10 petang, masuk galeri pengunjung 1.16 petang, mengunjungi pameran mini, “Danger Second Hand Smoke”. Malangnya ramai yang tak kisah dengan info yang amat penting ini. 1.20 petang , masuk kilang.  Pelawat hanya melihat dari balik cermin, dan  mengikut laluan yang diarahkan.



1.51 petang, minum teh di anjung Tea'ria. Harganya boleh tahan,  teh seteko dan roti sardin berharga RM40.25 termasuk GST RM2.28. Dari mata kasar, pihak pengurusan hanya mementingkan business  daripada kebajikan pengunjung. Sudahlah nak masuk ke ladang terpaksa menanggung risiko. Nak minum pun, no justification of price. There is no “sharing of umph”. Sekadar minum untuk melepaskan dahaga.


Sepetang Di Ladang

Menghimpun Kenangan

1.59 petang, turun mengikut laluan tangga yang sama. 2.09 petang, sampai  ke kereta yang diparking di bawah pophon berduri. Sempat bermain dengan seekor kucing yang agak jinak. Seterusnya perjalanan mengikut jalan yang sama, dengan kelajuan 50 km/j. Meninggalkan Sg. Palas Estate dan kemudiannya melintasi SK (T) Ladang Sg. Palas.
  
2.37 petang, akhirnya sampai ke jalan utama. Sejauh 3.5 km yang memakan masa lebih kurang 15 minit. 2.42 petang, melintasi gerai-gerai di kiri kanan jalan. Petang ini perjalanan agak selesa. Dapat menghayati panorama bukit-bukau dan lembah-lembah. Yang dihiasi rimbunan-rimbunan hijau, Dilakari pula warna-warna senja yang semakin indah.

Post a Comment

Powered by Blogger.