HARI PERTAMA : 3 APRIL 2019 (2)
Teluk Benggal - Indira Ghandi
International
Airport - Hotel Clarks Inn
(Di mata bimbang. Di jiwa walang)
Airport - Hotel Clarks Inn
(Di mata bimbang. Di jiwa walang)
4.34 petang, awan makin lama makin tebal.
Lalu menghilangkan pandangan. Pesawat mula bergegar apabila melanggar awan.
Makin lama makin mencemaskan. Lalu "di mata bimbang dan di jiwa walang". Bagaimanapun cuaca kembali cerah. Kelihatan bumi
sayup-sayup dalam cahaya senja. Tiba-tiba kabin pesawat digelapkan. Diiringi
musik, lalu menghanyutkan perasaan.
4.48 petang, lalu di sepanjang pinggir Selat Melaka dengan kelajuan 892 km/j. 4.50 petang,
mengarah ke Teluk Benggala. Laut kelihatan luas
terbentang. Dinaungi tompok-tompokan awam nipis. Kelihatan bergerak
perlahan-lahan melewati pesawat. 5.07 petang, cuaca kurang memuaskan. Penumpang
diarahkan kembali ke tempat duduk.
5.11 petang, pesawat kembali tenang dengan
kelajuan 853 km/j. Hanya deruan pesawat menguasai pendengaran. Suara-suara
penumpamg turut tenggelam. 5.30 petang, pamugari mengedar airline meal, ayam biryani special.
5.46 petang, baru terasa kenyang. 5.48 petang, berada di tengah Teluk Benggal. Jarak hanya tinggal 3078 km.
(Selepas ini menggunakan waktu India
yang lewat 2 jam 30 minit)
Cuaca masih kurang baik. Sekali-sekala
bergegar. 3.21 petang, kelajuan 846 km/j dengan jarak 2275 km. 4.36 petang,
hampir terlelap. 409 petang, Umi sudah lama
hanyut dalam mimpi. 4.18 petang, pamugari
menolak troli untuk menawarkan beberapa souvenir. 4.53 petang, kepten memaklumkan pesawat terpaksa
menghadapi turbulence.
Pesawat bergegar dan bergoyang-goyang. Benar-benar
mencemaskan. 508 petang, kelihatan mentari senja memancar di balik awan kelabu.
Awan bagaikan menyelubungi. Tiada apa yang kelihatan, dan tiada apa yang dirasai.
Hanya debaran. Malah semakin cemas apabila gegaran semakin kuat.
5.38 petang,
gegaran agak berkurangan. Suara-suara penumpang mula kedengaran. Sekali-sekala
batuk mengiringi deruan pesawat. 5.52 petang, baru tenang. Di luar mataharai
senja masih memancar. Terasa bahangnya.
Langit kelihatan biru manakala awan kelabu
melatari sepanjang hujung langit.
Terasa sekali tenang, bagaikan pesawat terapung-apung
tanpa bergerak. 6.12 petang, terlelap sebentar. Tiada aktiviti dapat dilakukan.
Kadang-kadang menonton di seatback screen. Selebihnya membiarkan
perasaan hanyut dalam deruan pesawat. 6.37 petang, pamugari menyembur pewangi.
Aromanya melegakan perasaan.
6.41 petang,
mentari kelihatan di garisan antara awan kelabu dan langit biru. Cahaya
keperang-perangan memanjang melatari hujung langit. 6.55 petang, matahari beransur-ansur hilang di
kaki langit. Meninggalkan sisa-sisa warna kuning keperangan yang semakin pudar.
Alangkah indahnya panorama senja.
Pesawat mula mengurangkan ketinggian. Semakin
rendah semakin kelihatan permukaan bumi, berbalam-balam. 6.57 petang, kelihatan
berkelip-kelipan bagaikan bintang di bumi. Begitu indah sekali. 7.04 malam, akhirnya
pesawat membuat touchdown. Lalu menyusuri sepanjang landasan. Kemudain
perlahan-lahan pergerak ke medan parkir.
![]() |
Indira Ghandi Airport |
Syukur alhamdulliah, selamat mendarat di Indira Ghandi International Airport. Buat pertama
kalinya, once in my lifetime. Bagaikan terhidu aroma kari dan kacang
dal. 7.25 malam, keluar dari pintu pesawat. Melangkah ke aerobridge, Terus
ke dewan ketibaan. 7.29 malam, naik elevator. Agak jauh untuk sampai ke baggage
reclaim.
![]() |
Tuntutan Bagasi |
Terpaksa naik 6 lagi travelator. Tiada apa
yang dapat dilihat, hanya lantai karpet sepanjang laluan. 7.41 malam, turun eskalator.
Terus ke laluan e visa. Kemudian melalui kaunter 43. 7.56 malam, melintasi kedai bebas cukai. Dua
minit kemudian baru sampai di bahagian baggage reclaim di carousel 7.
Bagaimanapun terasa sedikit semput. Maklumlah “skru longgar” di hujung usia
![]() |
Laluan Travelator |
![]() |
Laluan Dewan Ketibaan |
Terpaksa menunggu. Kemudian baru bergerak ingroup,
dengan troli masing-masing. 8.22 malam, keluar pintu way out. Lokal tour
leader, Tausif
Ahmed mengalu-ngalukan ketibaan 27 Kembara Ziarah Sutera. Seterusnya mengikut Ahmed
ke laluan Terminal 2.
![]() |
Bas UP 17 AT 7036 |
8.28 malam, menunggu di dalam waiting
lounge. 11.02 malam, baru naik bas UP 17 AT 7036. Seterusnya bertolak ke
hotel. Air mineral diedarkan. Malam ini laluan airport agak sibuk. Kenderaan
bersimpang siur bagaikan pesta dancing lights. Ahmed
sempat memberi taklimat tentang program esok.
![]() |
Hotel Clarks Inn Suites |
11.24 malam, jalan masih lagi sesak. Bunyi
hon saling bersambut. sekali-sekala bas bergegar apabila melanggar lubang-lubang
di jalan. 11.29 malam, akhirnya berhenti di depan Hotel
Clarks Inn Suites, di Jalan 98 Bijwasan. Terus
masuk lobi. Kemudian masing-masing menerima kunci bilik. 11.42 malam, selepas dinner
masuk bilik 999. Bagaimanapun terpaksa memberi tip kepada poter.
Post a Comment