HARI KEDUA : 4
APRIL 2019 (2)
Indira Gandhi
Memorial Tulip Garden - Heritage Mughal
Garden Nishat - Mughal
Garden - Pashima Art Palace
(Terlihat Di Mata Akan Terpahat Di Jiwa)
 |
Hiasan Houseboat |
 |
Seni Ukiran Kayu |
 |
Warisan Tradisi |
Masing-masing naik pelantar jeti. 4 buah houseboats
Morning Star Group menunggu untuk penginapan. Group Ganu masuk houseboat
B yang agak besar. 4 bilik untuk 8 orang. Kelihatan agak unik. Dari dinding
hingga ke siling, dihiasi dengan ukiran-ukiran kayu. Lantainya dihiasi pelbagai corak karpet
dengan pelbagai warna. 12.42 tengah hari, diraikan sebagai guests of honour
dengan welcome tea. A sip of
tradition.
 |
Scenario |
 |
Pelantar Jeti |
 |
Mencipta Kenangan |
Morning Star Group of Houseboats ini dimiliki
oleh Ghulam Nabi Karnai. Pewaris ke 4 generasi
Karnai. Dikatakan houseboats Karnai agak mewah. Mengikut cita rasa
tradisi Kashmir. Yang diceriakan dengan adunan pelbagai warna yang menarik. 4 buah houseboats
dan 14 buah bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi cita rasa
pelanggan.
 |
Indah Panorama |
 |
Pakaian Tradisi |
12.53 tengah hari, Group Ganu mencari
sudut-sudut fotografi sebagai inspiring moments. Berpakaian ala Kashmiri
untuk mengalami cita rasa tradisi. Berlatarkan keindahan tasik dan keheningan banjaran
Zabarwan. Terasa bagaikan dibuai keindahan dan diulit angin gunung. Lalu
terpersona dan tersilau dek "jewel in the crown of Kashmir". Mata tersilau jiwa terpukau.
 |
Shikara |
 |
Riak Tasik |
1.12 petang, solat dan lunch dalam houseboat. Kesempatan berehat sebelum meneruskan kembaraan. 2.07 petang, meredah tasik hingga ke Shikara Stand 13. 2.20 petang, naik Innova
Toyota. Lalu sekali lagi menyusuri Jalan Boulevard di
sepanjang tasik. 2.37 petang, masuk Jalan Cheshma Shah.
Semakin menghampiri destinasi semakin sesak jalan ke pedalaman. Kenderaan bersimpang siur dengan bunyi
hon saling bersambut.
 |
Variety Of Colours |
 |
Lokasi Tulip Garden |
 |
Jalan Tulip Garden |
En. Latif, second
tour leader memberi taklimat. 2.56 petang, bergerak secara ingroup.
Menyusuri Jalan Tulip Garden. Pokok-pokok
chinar memingiri kiri jalan, bagai meraikan setiap langkah. 3.01 petang, baru sampai
di pintu masuk Indira Gandhi Memorial Tulip Garden.
Taman tulip yang dikatakan terbesar di Asia. Meliputi
hampir 30 hektar luasnya.
 |
Seindah senja |
 |
Warna-Warni |
 |
Alunan Warna |
 |
Seindah Memori
|
Ia terletak di kaki bukit Banjaran Zabarwan yang melingkungi Tasik Dal. Taman ini dipenuhi dengan sejuta tulip pelbagai
warna: merah, oren, kuning, ungu dan merah muda. Terdapat juga pelbagai bunga
hibrid berwarna-warni. Bunga-bunga lain turut menghiasi taman, saperti daffodils,
hyacinths dan ranunculus.
 |
Pelbagai |
 |
Warna-Warni |
 |
Taman Sejuta Tulip |
 |
Seindah Pelangi |
Demikian ekosistem semulajadi mewujudkan
kehormonian warna-warni tulip dan memberi
keceriaan suasana ke seluruh pelosok taman. Bagaikan pesta warna-warni dan keraian
haruman bunga-bungaan. Lalu bagaikan “tak puas di mata dan tak lepas di jiwa”.
 |
Sudut Memori |
 |
Pesona Keindahan |
Lalu angin musim bunga dari Banjaran Zabarwan memuput mesra. Meraikan kedatangan 27 Kembara Sutera. Tiba-tiba "mata menjadi terpesona
dan jiwa hampir terlena" dengan keindahan bunga-bunganya. Aura tulip bagaikan terasa
menguasai seluruh kehadiran. Demikian, aromanya turut menyegarkan kembali rasa kelesuan.
3.35 petang, terasa pula sayu mata memaling
dari keindahan tulip yang semakin
memesrai. Demikian, terasa berat kaki meninggalkan jejak-jejak di taman yang
semakin memahat memori. Bagaimanapun let the time par for the course. Akhirnya
kita terpaksa mengalah. Terpaksa akur pada ketetapan jadual. Namun apa yang “terlihat di mata akan
terpahat di jiwa” pada akhirnya.
 |
Di Luar Taman Tulip |
3.39 petang, ikut laluan keluar. Kemudian
menunggu di tepi pagar di seberang. Sepanjang Jalan Tulip Garden gerai-gerai
menawarkan barangan souvenir. Suasana
agak sibuk dan sesak. 4.02 petang, terpaksa berjalan hingga ke pintu masuk
taman. 4.15 petang, jalan semakin sibuk dengan pengunjung dan semakin sesak
dengan kenderaan. Lalu riuh-rendah dengan suara pengunjung, berbaur dengan bunyi hon.
 |
Haruman |
 |
Bubnga-Bungaan |
 |
Heritage Mughal Garden |
Simpang masuk ke Jalan Tulip Garden terpaksa ditutup, walaupun senja mula berlabuh. Namun
pengunjung bertali arus. 4.25 petang, naik kereta no. 4. Selepas lima minit, baru
boleh bergerak. Terus melintasi Iqbal Islamia Mission School. 4.37 petang,
masuk simpang ke Jalan Boulevard. Lalu menyusuri sepanjang tasik. 4.38 petang,
berhenti pula di hadapan Heritage Mughal Garden Nishat.
 |
Warna Tradisi |
 |
Panorama Warisan |
4.42 petang, naik tangga ke pintu masuk. Seiring suara azan yang sayup-sayup
kedengaran. Seterusnya menyusuri taman. Selain tulip, pelbagai bunga berwarni-warni menghiasi landskap taman. 5.02 petang, turun ikut tangga keluar. Kemudian bertolak meninggalkan taman. 5.15 petang, berhenti sekali lagi. Lalu
menyeberangi jalan ke pintu masuk Mughal Garden.
 |
Putih Bersemi |
 |
Mughal Garden |
5.36 petang, bertolak. Masuk semula Jalan Boulevard, laluan sepanjang tasik. 5.46 petang,
jalan sesak saperti biasa. Kenderaan bersimpang siur dan bunyi hon saling bersambut.
Seterusnya melintasi kawalan polis. 5.51 petang, masuk bandar. Kemudian melalui
jalan perumahan yang bertembuk tinggi dan agak sempit. Mungkin jalan pintas. Semua jalan in the palm of Manzoor's hand.
 |
Melayari Malam |
 |
Pashima Art Palace |
5.55 petang, sekali lagi masuk bandar. Sibuk
dan sesak sudah menjadi normal phenomenon di jalan raya Kashmir. 6.04 petang, masuk simpang ke laluan tasik.
Seterusnya melalui Bandar Rinawari. Beberapa ekor lembu berkeliaran di sepanjang jalan. 6.20 petang, masuk
simpang kiri Jalan Boulevard. Seminit kemudian berhenti di Pashima Art Palace.
 |
Kerlipan Cahaya |
Kembara Sutera dialu-alukan
dengan welcome drink. Kashmiri teh, green tea special. Beberapa kualiti
sari dan karpet kemudian dipamirkan untuk pilihan. Lalu berlaku tawar-menawar dan
pujuk-memujuk. Masing-masing dengan strategi untuk mendapat untung. Yang kurang
berminat hanya melepak di luar kedai. Menikmati angin dingin yang melalui
lorong kedai. Masing-masing sudah keletihan. Tak bermaya.
 |
Meredah Malam |
 |
Malam Seribu Bintang |
En. Ahmed hadir
untuk memberi taklimat. 7.40 malam, baru kesemua Toyota Innova bergerak menuju Shikara Stand 13. Kelihatan houseboats di seberang tasik menjadi siluet yang terapung-apung sepi. Diiringi kerlipan-kerlipan lampu yang bagaikan menari-nari di permukaan tasik. 7.44 malam, terus naik shikara. Lalu meredah malam dengan khayalan seribu bintang. 7.45 malam, akhirnya sampai di jeti Morning Star.
Post a Comment