Qalam Perjalanan

Ahad 30 Ogos 2018
Bari Inn – KLIA 2 - Quizzin By Rasa
- Sultan Mahmud Airport - restoran Basir

5.25 pagi, terdengar orang bercakap di bawah. Mungkin ada penghuni hotel yang brangkat pagi-pagi lagi ke airport. 6.04 pagi, mandi trapi H20 dari pam Alpha Vizz 98E. 6.13 pagi, solat subuh. Memanjatkan doa agar Faiz selamat sampai ke Volgograd. Perjuangan akhir di Medical University Volgorad. Fight to successs, sonny.

6.50 pagi, turun lif. Keluar dari hotel. Jalan-jalan mencari selera. 6.54 pagi, melintasi bangunan Skynet,  surau Al-Saffat dan  Admal Aviation College. 6.56 pagi, melintasi hotel YouniQ  dan hotel Sky Star. 6.59 pagi, masuk restoran Al  Zain. Order nasi lemak dan roti canai telor. 7.24 pagi, selesai. Kemudian Ikut jalan lain.

Melintasi bangunan Mas Awana Services Sdn. Bhd. Restoran Tok Wan Heritage kelihatan tutup. Dulu pernah breakfast di restoran Tok Wan. 7.26 pagi, lalu depan bangunan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Sepang.  Restoran Belacan kelihatan baru buka. 7.23 pagi, sampai di Bari Inn. 729 naik lif. Terus masuk bilik 105. Berkemas-kemas.

750 pagi, keluar dari bilik. Turun ke lobi untuk check out.  Kemudian menunggu shuttle. 8.07 pagi, naik shuttle Nissan WD6950B.  8.09 pagi, masuk simpang kanan ke KLIA. Melintasi Deaa Sri Qasih. 8.12 pagi, tertarik dgn label Kg Labu lnjut di simpang kiri. 8.12 pagi, jalan mula sesak. 8.18 pagi,  masuk simpang kiri. Melintasi kompleks Tabung Haji.

Kemudian masuk bulatan exit 2. Seterusnya melalui ladang sawit. 8.21 pagi, sekali lagi masuk bulatan. Kemudian simpang kiri ke Klia2. Bagaikan melalui celah-celah pohon sawit. 8.24 pagi, sampai KLIA untuk menurunkn penumpang Mas. 8.33 pagi, bertolak semula. Masuk simpang kiri ke KLIA 2. 8.34  pagi, turun di aras 2

8.36 pagi, masuk bangunan utama melalui Pintu 3. Setetusnya melintasi Farmasi Guardian. 8.40 pagi, eletronic board menunjukkan flight 12.05 tengah hari untuk AK6228 ke Kuala Terengganu. Melalui pintu J1. Seterusnya melintasi Jaya Grocer. 8.43 pagi, naik travelator ke aras 2M. Pusing-pusing untuk mengenalpasti ruang dan sudut perlepasan.

Membiasakan diri dengan persekitaran. 8.45 pagi, melintasi restoran Texas Chicken dan taman mini kanak-kanak. 8.47 pagi, sampai di Quizzin By Rasa. Breakfast dahulu sebelum masuk pesawat. 8.48 pagi, naik eskalator ke aras 3. Melintasi  Watson dan Starbuck Caffee. 8.50 pagi, masuk balai perlepasan.

Terpampng di eletronik board yang besar. Menyediakan maklumat-maklumat perlepasan dalam negeri dan luar negara.  8.53 pagi, melintasi WH Smith, Beauty Express, Carlo Rino dan Body Shop. Kemudian  masuk  restroom untuk melegakan diri. 9.10 pagi, duduk depan Agrobazaar, "Taste of Malaysia". Bersebelahan dengan KK Super Mart.

Lalu bersantai sambil melihat ragam all walks of life. Masing-masing mengikut laluan destinasi. Hanya melihat yang tersurat, yang tersirat itu pembawaan masing-masing. 9.33 Umi masuk KK Super Mart. Membeli oleh-oleh untuk cucu. Sentiasa membawa "ingatan rindu"  bersama. Cucu-cucu tidak pernah dilupakan walaupun berjauhan.

10.42 pagi, terpaksa beratur panjang untuk pemeriksaan boarding pas. 10.50 pagi, pemeriksaan kastam. Seterusnya ikut panduan P J1. 10.52 pagi, turun eskalator. 10.53 pagi, naik travelator. 10.55 pagi, melintasi kedai myNews.com  dan Giordano.1057. Seterusnya kafe kopi kita dan Saudagar Kurma.

11.09 pagi, masuk lounge J1. Bertentngan dengan Airside shoppe. 11.11 pagi, Faiz hantar meseg, selamat  sampai  di Doha. Alhamdulillah.  Terasa pula rindu. 11.58 pagi, pengumuman delay penerbangan kerana masalah operational. Masa flight diubah pada jam 1 tengah hari. Terpaksa menunggu lagi. Waiting is torturing.

Hanya kesabaran dapat mengatasi kemarahan. Hanya kelekaan dapat mengatasi kebosanan. Kadang-kadang lebih mudah lagi dengan hanya memejam mata. Kemudian hanyut. 1.31 tengah hari, pemeriksaan boarding pas ikut zon. Kemudian melalui aerobridge. 1.37 pagi, sampai di  pintu pesawat terus masuk kabin.

Duduk di 11C sepatutnya 11F. Orang lain punya problem kita dapat   tempiasnya. Umi pula duduk di 10D sepatutnya 10F.  1.47 tengah hari, menderam untuk warm up. 1.50 tengah hari, seperti biasa demonstrasi keselmatan. Seterusnya pesawat begerak perlahan-perlahan. Menuju ke landasan take off.

Kemudian bergerak laju. 1.59 tengah hari, terus menongkah ruang udara. Semakin laju semakin naik. Lalu terus menyusuri lebuh raya angkasa. Hanya memejamkan mata. Bunyi injin pesawat menguasai pendengaran. 2.04 petang, isyarat tali pinggang keledar dipadamkan. 2.07 petang, mini bar menawarkan makanan dan minuman. Off course kena bayar.

2.13 petang, merentasi Banjaran Titiwangsa di ketinggian 57000 kaki. 2.31 petang, mengarah penumpang kembali ke tempat duduk. Pesawat akan mendarat sebentar lagi. 2.30 petang, crew bersedia untuk landing. 2.30 petang, bumi kelihatan terhampar. Sayup-sayup dalam kesamaran. Seterusnya pesawat mengurangkn kelajuan dan ketinggian.

234 petang, bumi semakin jelas. Kelihatan kelompok-kelompok rumah dengan sedikit kehijauan. Terhampar indah. 2.36 petang, akhirnya pesawat membuat touch down. Kemudian terus bergerak laju sepanjang lndasan. 2.37 petang, baru berhenti. Masing-masing bergegas bangun dan berdiri di sepanjang aisle. Alhamdulillahselamat tiba Sultan Mahmud Airport.

2.41 petang, pintu lewat dibuka. Kemudian masing-masing turun melalui tangga hadapan.   Melangkah terus hingga ke pintu tuntutan bagasi. Kemudian keluar dari balai ketibaan. 2.44 petang, terus ke mesin autopay untuk bayar parking. Meragukan, Lalu ke kios untuk bayaran secara manual.  Parkir lebih 12 jam.

3.42 petang, membeli "selera" di restoran Basir, di Durian Burung. Salah satu "dapur malas" apabila Umi tak ada mode nak memasak. Kadang-kadang lebih ekonomikal lagi daripada memasak di dapur sendiri. 3.49 petang, selepas memandu kira-kira lima belas minit akhirnya sampai di teratak Seri Teratai. “Home sweet home”. Syukur alhamdulillah.

Post a Comment

Powered by Blogger.