Qalam Perjalanan

HARI KETIGA : 5 APRIL 2019 (1)
Golden Dal Lake - Perkampungan Kunzer
- Bandar Gulmerg
(Berlabuh Di Mata Tersentuh Di Jiwa)


Berkerlipan Cahaya

4.15 pagi, terbangun. Suasana diselubungi kedinginan. 4.45 pagi. Azan sayup-sayup memecah ketenangan. Diikuti suara-suara memuji Allah dari beberapa buah masjid. Bagaikan saling bersaing dan saling bersambut. Namun pagi ini terasa sangat sejuknya, chilled to the bones. Air di bilik mandi bagaikan ais dinginnya.


Merai Fajar
Memburu Kegelapan

5.35 pagi, selesai solat. Kemudian keluar dari bilik. Lorong di sepanjang bilik agak gelap. Terasa amat sejuk apabila sampai di beranda houseboat. Kegelapan masih menyelimuti. Hanya jauh di seberang tasik  berkerlip-kerlipan cahaya di puncak bukit Shankaracharya Temple. Kerlipan cahaya merah di puncak tv tower juga  turut menunggu kedatangan fajar.


Detik Perubahan

Bayangan cahaya lampu dari bangunan-bangunan di sepanjang Jalan Boulevard bagaikan menari-nari di permukaan tasik. Lalu bagaikan mengalami setiap detik perubahan. Melihat cahaya yang perlahan-lahan memburu kegelapan. Beransur-ansur menerangi setiap sudut dan ceruk di sekitar tasik. Begitu indah sekali dalam bayangan kesamaran pagi.



Mencari Cahaya
Menanti Fajar

6.04 pagi, cahaya fajar mula menerangi sekitar tasik. Deretan houseboats di sepanjang pinggir tasik bagaikan baru terbangun. Turut meraikan kedatangan fajar. Warna kuning dan perang kemerah-merahan melatari pergunungan Zabarwan. Membangkitkan rasa kekagumam pada secebis keindahan dari syurga. Lalu “berlabuh di mata tersentuh di jiwa”.


Hening Pagi
Sedamai Tasik

7.23 pagi, perlahan-lahan mentari muncul hingga ke puncak gunung. Cahaya keperang-perangan melatari sejauh hujung langit. Lalu sentuhan bayang-bayang  keemasannya bagaikan menari-menari di permukaan tasik. Begitu indah. Memukau para penginap di houseboats 7.36 pagi, penginap houseboats sudah berada di pelantar jeti. Suara-suara keriangan menjanjikan perjalanan yang ceria pada hari ini. A journey of romantic escapism.


Biduk Lalu
Bertaut Akhirnya

7.36 pagi, Kembara Sutera menaiki shikara masing-masing. Lalu menyusuri laluan di tengah tasik. Demikian, apabila dayung dikayuh perahu berolang-aling. Riak-riak air tasik bagaikan berkejar-kejaran mengiringi lenggang-lengguk shikara. Kelihatan rumpai-rumpai air terliuk-liuk diredah shikara. Namun, “biduk lalu rumpai-rumpai kembali bertaut” akhirnya.


Merai Fajar
Detik Perubahan

7.39 pagi, sampai di Shikara Stand 13. 7 buah kereta sewa Innova Toyota sudah tersedia. Berderet-deret di sepanjang Jalan Boulevard. 7.42 pagi, doa mengiringi perjalanan. Pengalaman telah mengajar untuk menerima kesulitan dalam perjalanan. Lebih-lebih lagi jalan yang buruk, sempit dan tidak rata. Malah dirumitkan dengan kesesakan kenderaaan dan kebisingan bunyi hon.

Lama-kelamaan kesulitan itu menjadi kebiasaan yang menyeronokan. Demikian, kadang-kadang sesuatu yang tidak dijangka akan menjadi keindahan yang begitu romantis. So let it be. 8.23 pagi, melintasi dataran sawah yang gersang selepas tuaian. Begitu juga ladang epal yang kelihatan kekeringan daun-daunnya.


Flowery Shikara
Nadi Kehidupan
Lukisan Alam

Menyusuri Jalan Boulevard bagaikan melihat lukisan alam. Luas terbentang sepanjang pinggir tasik. Bagaimanapun pagi ini kenderaan agak kurang.  Begitu juga bunyi hon kurang menganggu pendengaran. Di sepanjang jalan pokok-lokok chinar kelihatan meranting, mencari cahaya.  8.28 pagi, melalui Bandar Magam. Agak sibuk dan sesak dengan bas dan kereta. Inilah kebiasaan yang terpaksa diterima.



Kunza Village

Lebih-lebih lagi jalan kelihatan berdebu. Begitu bangunan-bangunan kelihatan pudar dengan tompok-tompokan debu. Di udara pula kelihatan sayup-sayup burung helang  berterbangan sambil meninjau. Bagaikan mengiringi 7 kereta Toyota Innova. Sehaluan berkonvoi, menyusuri jalan ke kawasan pergunungan.


Perkampungan Tradisi

8.35 pagi, jauh di hujung perjalanan kelihatan sayup-sayup pergunungan Gulmarg. Puncaknya diliputi salji. Begitu indah dalam kesamaran. 8.43 pagi. masuk simpang kiri, Jalan Srinagar - Gulmarg.  Melalui perkampungan Kunzer. Seterusnya ke  perkarangan Payam Fast Food. Ruang untuk melegakan diri di washroom.

Likuan Lereng
Lereng Kecemasan

Pokok-pokok walnut di sekitar restoran  kelihatan meranting. Di hujungnya tunas mula bercambah. 8.50 pagi, bertolak. Pergunungan salji mengiringi sepanjang perjalanan.  9.06 pagi, kelihatan perkampungan di lembah, dilimpahi cahaya pagi. 9.08 pagi, bersesak-sesak. Kereta berhenti untuk membayar tol. Kemudian bergerak perlahan-lahan.




Lalu suasana menjadi bising dengan pelbagai irama bunyi hon. Membunyikan hon di jalanan adalah kebiasaan yang perlu. Sebaliknya tidak ada pemandu yang hilang sabar atau saling mencabar di tepi jalan. Bagi mereka tanpa hon seolah-olah tiada stereng. Yang anihnya bunyi hon dapat mengawal trafik. Jadi tidak hairanlah bandar-bandar di Kashmir kurang menggunakan sistem lampu isyarat.

Likuan Cemas
Laluan Gunung
Hamparan Salji

9.13 pagi, perjalanan mula melalui lereng-lereng gunung. Semakin tinggi semakin berliku-liku Jalan Gulmarg. Salji kelihatan meliputi lereng-lereng dan lembah-lembah gunung. Kadang-kadang kereta bagaikan melalui celah-celah blue pine hutan konifer. 9.28 pagi, laluan semakin cemas dan likuan semakin ganas. Tebing pula semakin tinggi dengan lurahnya semakin curam. Lalu ada yang memejam mata sambil bibir berkumat-kamit, membaca ayat tolak bala.


Stesen Bukit
Zig View Point
Aksi View Point

9.31 pagi, akhirnya kereta berhenti di  bandar Gulmerg. Stesen Bukit yang tingginya 2653 m. Terkenal dengan jolokan, “the meadow of flowers”. Seterusnya berkumpul di Zig View Point, tempat menyewa jaket dan but.  9.32 pagi, hanya menyewa but. Masing-masing sudah memakai baju tebal ala Eskimo. 9.44 pagi, bergambar ramai-ramai. Kemudian turun. Jalan agak licin. Terpaksa menggunakan tumid untuk cengkaman.


Laluan Cemas
Zig View Point
Melamar Dingin
Sudut Sewa But

9.50 pagi, meneruskan perjalanan. Kali ini laluan  semakin mencabar. Namun suara-suara keseronokan memenuhi sepanjang perjalanan. 9.01 pagi, berkumpul di lokasi sledge. Tidak sabar-sabar untuk turun ke lapangan sledge. Namun terpaksa menunggu penarik sledge. Lalu angin dari pergunungan Gulmarg memuput di permukaan salji. Terasa benar dinginnya, chilled to the bone.


Bersama Didaki




Post a Comment

Powered by Blogger.