Qalam Perjalanan

HARI KEDUA 31 MAC 2018 (2)
Setia Mall Shah Alam - Restoran Cik Bunga
- Hotel Avenue

4.24 petang, masuk simpang kanan. Kelihatan label, “UITM Di Hatiku. Melonjak Persaingan Global”. 4.31 petang, masuk terpaksa dua kali pusing tak ada parking. 4.41 petang, akhirnya terpaksa parking agak jauh. Di hadapan hotel SMC. 4.46 petang, masuk bilik 202.

5.11 petang, terasa segar apabila pekena shower dari eletrik pum, berjenama Beebest Angel. 5.26 petang, solat jamak takhir. Lepas itu baring-baring. Demi menyuntik kembali tenaga selepas keletihan sehari suntuk di Aeon mall.


Back Seat
A Few Steps
Drive Along

7.07 malam, turun lif. 7.11 malam, baru bertolak. Kelihatan sisa senja masih lagi melatari kaki langit. Terasa sayu. Lampu-lampu kenderaan mula dinyalakan. 7.23 malam, touch ‘n go di tol bukit raja. jalan agak sesak. Kemudian masuk kiri. Namun  jalan masih sesak.


Senja kala
Sisa-Sisa Senja
Cahaya Neon

Malam sudah pun berlabuh. Pohon-pohon di tepi jalan menjadi siluet. Kaku dan menakutkan. Bagaikan berlari di celah-celah rimbunan gelap. 7.43 malam, melintasi bangunan Top Globe. Kemudian masuk simpang ke Setia Mall Shah Alam.


Setia Mall
Kasut Sketchers
"World Famous"

Malang, simpang ke Setia Mall ditutup. Terpaksa mencari jalan lain. 7.53 malam, naik parking bertingkat. Berpusing-pusing mencari lot parkir. 7.57 malam, parking di lot 13, P4 7F. 8.00 malam, naik lif ke P5. 8.04 malam, masuk butik Smart Master. Pilih fesyen yang berkenaan dan pilih harga yang sepadan.

Akhirnya beli jeket RM199. Tiba-tiba jadi a moment of surprise. Kakcik yang bayar sebagai hadiah belated happy birthday. Thank you Acik. Thank you very much. 8.25 malam, masuk kedai Kasut Sketchers “World Famous”.

Lalu mencari kasut idaman Umi. Pilih dan cuba, satu demi satu. Berulang-ulang. Akhirnya membeli sketchers Gowalk 4. Pelanggan masih lagi berdatangan. Suasana agak riuh sedikit. Juru jual pula terpaksa melayan karenah pelanggan. Ha, sebuk mengejut. Bagaimanapun pelnggan adalah guest of honour.


Tail Light
Dancing Lights

9.11 malam, turun lif ke P4. Bayar parkir di mesin autopay. 9.19 malam, baru bertolak. 9.25 malam, jalan sesak. Banyak kereta parkir di tepi jalan. Beberapa minit kemudian baru selesa. 9.30 malam, touch ‘n go di tol Setia Alam. 9.35 malam, tol Bukit Raja.


Irama Asli
Hiburan Malam
9.48 malam, baru masuk Alam Avenue. Seterusnya parkir di hadapan bangunan Latur. 9.54 malam, masuk restoran Cik Bunga. 10.02 malam, tiba-tiba berkumandang lagu lama. Di selang-seli dengan lagu Inggeris yang sentimental. Inilah persembahan dari pemuzik jalanan. Bagaimanapun memeriakan lagi malam di Jalan Serai Wangi.


Cik Bunga
Lewat Malam

Kakcik dinner dengan roti titab telor goyang. Umi pula nasi goring special cik bunga. Atuk seperti biasa mi goring basah. Berbaloi juga dengan bayaran RM25.00. 10.46 malam, baru selesai light dinner. 10.48 malam, masuk lobi hotel. Seterusnya masuk bilik 202.

11.43 malam, solat jamak takhir. Kemudian berehat sambil baring-baring. 12.21 malam, masih lagi menonton cerita seram “Nenek Bongkok 3”. 12.53 malam, baru tamat. Barulah terasa mengantuk.

Post a Comment

Powered by Blogger.