HARI PERTAMA: 11
OGOS 2017 (1)
Teratak Seri
Teratai - Norra Rich Kerabu
- Layaran Chalet
![]() |
Alza Ezi TAY7404 |
9.19 pagi, bertolak dengan Alza EZi TAY7404, yang "versatile as
you". Dipandu oleh Baba. Lalu meniggalkan
teratak Sri Teratai. 9.27 pagi, sampai di simpang
Manir. Seterusnya melintasi SMK Manir.
9.32 pagi, melalui jembatan Sg. Nerus, di Kg. Buluh Gading.
9.33 pagi, masuk bulatan Batu 6. Lalu masuk Jalan
Tengku Ampuan Intan Zahara. Tiga minit kemudian melintasi Wakaf Tembus. Di mana Ayahsu telah mendambakan impian 5 tahunnya di SeSMa. 9.38 pagi, melintasi pintu gerbang Uniza. Seterusnya masuk simpang ke kiri, di hadapan kampus UMT. Di sinilah Acik menerima skrol Ijazah Sarjana. Lalu teringat motto UMT: "Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat."
![]() |
Warung Norra Rich Kerabu |
![]() |
Breakfast Norra Nasi Kerabu |
9.41 pagi, sampai di Warung Norra Rich Kerabu, Kg. Gong Pak Jin. Agak lewat untuk breakfast. Namun Ayra
tiada kompromi. Licin to the last spoon. 10.14 pagi, baru bertolak. 10.22 pagi,
masuk bulatan kecil Batu Rakit. Terus masuk Jalan Merang. Seterusnya melintasi surau Kg. Pengkalan Atap. 10.24 pagi, SK Pagar Besi.
10.29 pagi, melintasi SMK Lembah Bidong, sekolah Ibu. 10.42 pagi, berhenti di stesen petronas Lembah Bidung. Lalu memenuhi keperluan di rest room. 10.40
pagi, masuk simpang kiri, menyeberangi Sg. Merang. 10.44 pagi, melintasi Kg. Telaga Papan. Seterusnya kedai runcit Chalok, di Jalan Penarik. Yang popular dengan ungkapan commercial boostnya, "Mok Kite Maroh Jual Mahal".
10.51 pagi, melalui jalan sepanjang pantai Penarik. Seterusnya melintasi Kem Bari dan Nelayan Resort.
Kawasan pantai ini popular dengan udang celup
tepong. Menawarkan 30 ekor udang untuk RM10.00. Kelihatan beberapa gerai, antaranya Warung Celup Tepung,
Ombak Pantai Celup Tepung, Mr Celup Tepung Station dan Nl
Celup Tepung.
10.54 pagi, masuk simpang kiri. Melintasi masjid Kg. Penarik. Melalui jembatan Sg
Chaluk. 10.58 pagi, masuk simpang kanan ke Jalan
Kg. Raja. Melintasi Sg. Setiu. 11.01
pagi, melintasi SK Saujana. Saat ini hujan mula turun renyai-renyai.
Besut masih lagi 40 km. 11.15 pagi, masuk bulatan, simpang kiri ke Kg. Raja. Tiga minit kemudian menyeberangi Sg. Keluang dan Kg. Tembila.
11.21 pagi, melintasi Masjid Al Hidayah. Seterusnya Kg. Gong Madang dan Kg. Raja. 11.25
pagi, MRSM Besut, di Kg Raya Rawa.
11.28 pagi, berhenti di simpang 4. Masuk Jalan Haji Omar. Kelihatan banyak kios di tepi jalan.
11.31 pagi, melalui jembatan Sg. Besut. Seterusnya masuk bulatan kecil ke Tok Bali. 11.33 pagi,
melintasi Kg. Cawat. Masuk kanan, ke Jalan Kuala Besut. Melintasi SMK Nurul Ittifaq.
Kemudian masuk simpang kiri.
11.38 pagi, singgah di PKT
Pusat Membeli Belah, lot 2269, Kg. Pachakan.
Ayahsu membeli 3 bungkus nasi ayam cawangan Astaka Jertih. 11.55 pagi, meneruskan
perjalanan. Masuk sempadan Jajahan Pasir Putih. 11.57 pagi, masuk simpang
kanan. Lalu mengikuti jalan kecil ke pantai.
12.51 tengah hari, naik tangga ke kolam. Kemudian terus ke anjung tinjau. Kelihatan laut dan langit terbentang luas. Sayu-sayup, bagaikan bertemu di kaki langit. Namun tidak kesampaian. Berkurun-kurun mendambakan cinta. Hanya rintihan pilu ombak yang berulang-ulang. Bagaikan kesepian dan kesayuan saling berpaut. Hanya menyaksikan sisa-sisa senja yang semakin hilang warnanya.
![]() |
Peta Layaran Chalet |
Jalan sepanjang pantai agak
sempit. Terpaksa berhati-hati. Di hadapan kelihatan laut terbentang luas. Sayup-sayup
hingga ke kaki langit. 12.03 tengah hari, akhirnya masuk pintu pagar Layaran Chalet, lot 4038, Taman D’Bayu, Kg. Pachakan, Kuala Besut. Berhampiran dengan pantai. Bagaimanapun chalet masih lagi dalam
proses pembinaan.
![]() |
Chalet No. 12 |
![]() |
Kamar No. 12 |
12.08 tengah hari, parkir berdekatan bilik No. 12. 12.26 tengah hari, Ayla, Ayra dan Aqeef, tidak sabar-sabar nak terjun ke dalam kolam. 12.20
tengah hari, masuk bilik No. 12. Berhadapan
dengan kolam renang. Seterusnya
berkemas-kemas dan bersiap-siap untuk aktiviti selanjutnya.
![]() |
Anjung Tinjau |
![]() |
Bersantai Di Anjung |
12.51 tengah hari, naik tangga ke kolam. Kemudian terus ke anjung tinjau. Kelihatan laut dan langit terbentang luas. Sayu-sayup, bagaikan bertemu di kaki langit. Namun tidak kesampaian. Berkurun-kurun mendambakan cinta. Hanya rintihan pilu ombak yang berulang-ulang. Bagaikan kesepian dan kesayuan saling berpaut. Hanya menyaksikan sisa-sisa senja yang semakin hilang warnanya.
Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari
pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
(Kopratasa)
(Kopratasa)
![]() |
Lunch Di Anjung |
1.04 tengah hari, bersantai sambil menjamu
selera di anjung tinjau. Tiupan bayu menyelinap masuk anjung tinjau. Terasa
segar dan nyaman. Di kejauhan riak-riak ombak kelihatan berkilau-berkilauan disentuh sinaran
matahari. Bagaikan berkejar-kejaran dan berbisik-bisik mesra
dengan bayu. Begitu indah melodinya. Bagaikan simfoni yang penuh harmoni.
Post a Comment