|
Restoran Al Zain |
|
Meja No. 9 |
|
Roti Bakar |
4.59 petang, keluar. Turun lif ke lobi. Terus keluar. 5.04 petang, melintasi
Restoran A R Corner dan Admal Aviation College. 5.07 petang, lalu depan Hotel
YouniQ dan hotel Skystar. 5.13 petang, masuk restoran
Al Zain. Duduk di meja no. 9. Namun perut masih lagi meragam. Terpaksa
order roti bakar dan sop ayam. Bgaimanapun kurang berselera.
Umi makan nasi manakala Faiz maggie goring. 5.54 petang, baru terasa kenyang
sedikit. 5.56 petang, melintasi Pusat Dialisis Mukmin. Kemudian masuk City View
hotel. Dapatkan sedikit maklumat di kaunter lobi. Seterusnya menyeberangi jalan. 5.59 petang, melintasi Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Sepang.
|
Masa Berlalu |
|
Begitu Cepat |
6.03 petang, masuk semula Hotel Bary inn.
Naik lif, terus masuk bilik 105. 6.12 petang, bring-baring sekejap.
Biarkan masa berlalu. 7.37 malam, udara
bilik terasa agak sejuk. Terpaksa mandi air panas dari pam Alpha Vizz 98E. 7.42
malam, solat jamak takdim. 9.08 malam, turun lif ke lobi. Menunggu grab. 9.15 malam,
naik grab produa VAB 1611.
|
Add caption |
|
Add caption |
Melintasi Kompleks Tabung Haji. 9.30 malam, sampai
KLIA aras 5, balai berlepas. 9.36 malam, ke kios Super Strap Baggage Wrapping. 9.40 malam,
turun aras 1. Silap lif. 9.46 malam, masuk
semula naik aras 2. Kemudian turun aras 1 ke pintu 3. 9.54 malam, naik semula ke
aras 5. Keluar dari Lif C.
9.58 malam, melintasi Secret Resipe, Royal Selangor dan Khazanah. 10.02 malam, duduk
di meja depan McDonald's. Umi dan Faiz order 2 S Porridge, 2 M Milo dan 1 small cone.
10.53 malam, masih lagi di depan McD.
Bersantai lepas dinner lewat malam. Membiarkan masa berlalu. Flight Faiz ke Abu Dhabi jam
2.50 pagi.
|
Aras 5 KLIA |
|
Balai Perlepasan |
Banyak ruang masa untuk bersama sebelum goodbye.
11.18 malam, mata mula terasa layu. Duduk dan terus membiarkan masa berlalu. 11.52
malam, Rosma datang. 11.56 malam, jumpa ayah Rosma. 12.02 malam, turun lif aras 1. 12.03 malam, menunggu
shuttle hotel. Lambat lagi, terpaksa duduk. Janji dengan hotel 12.20 malam.
|
Menunggu Detik |
|
Waktu Perpisahan |
1214 malam, saat goodbye, Faiz memeluk Umi. Tercipta drama air mata. 12.25 malam, BMB 7241 Nissan sampai. Driver
masih menunggu. 12.27 malam, baru bertolak. Selamat jalan Faiz. Moga selamat sampai ke Volgogred. 12.36 malam,
pemandu membawa ke KLIA2. Mengambil tiga orang penumpang lagi.
|
Debaran Perpisahan |
|
Selamat Berjuang |
12.51 malam,
masuk simpang kiri. Kemudian simpang kanan. 12.52 malam, sampai Hotel Bary Inn. Terus booking shuttle untuk jam 8.00 pagi ke KLIA2.
12.57 malam, naik lif. Masuk bilik 105. 1.12 malam, di luar hujan turun rintik-rintik. Rintik-rintik hujan bagaikan
menari-nari dalam lompak air. Dalam cahaya
lmpu jalan yang kelihatan suram. Malam semakin larut. Semakin rindu pada Faiz.
Post a Comment