Qalam Perjalanan

AHAD 22 JULAI 2018 (1)
Kiram’s Village - Chalet Cili 2 - Restoran Kiram - Kinabalu Park 
- Peranggi View Point - Upside Down House


Chalet Cili 2

Kiram's Village

4.48 dinihari, sayup-sayup terdengar suara azan. Terasa sayu dan syahdu. 5.19 pagi, tiba-tiba terdengar deruan angin. Kencang bagaikan ribut. Bergegar -gegar atap. Terasa bimbang. 5,26 pagi, mengambil wuduk, walaupun menggigil kesejukan. Kemudian solat subuh. Berdoa agar dijauhi dari melapetaka gunung.

Chalet Kiram

Dalam Taman

5.43 pagi, sekali lagi angin kencang menderu. Bagaikan ngauman sang penunggu dari gunung. Benar-benar bimbang. Lalu terus berselimut.   6.23 pagi, masuk bilik mandi. Cuba berkumur tetapi gigi terasa ngilu. Akhirnya terpaksa mandi dengan air panas dari pam panasonik DH-3FSIM Eclb.

Terasa segar apabila pekena  terapi H2O. Dikatakan, ”sepuluh minit mandi dan membilas, anda akan melalui bergelen-gelen H2O". Walaupun tidak mengandungi kalori atau nutrien organic, Air adalah kehidupan. 


Morning Stroll

Aroma Bunga

Flowery Beauty

6.32 pagi, keluar dari kamar. Sekadar morning stroll di sekitar Kiram’s Village. Pagi ini suasana berangin. Tidak sekencang waktu dinihari. Hanya sekali-sekala bertiup agak kecang. 6.41 pagi, menyusuri laluan hingga ke penghujung. Melintasi Alpine D’bayu Residense, Jane Montel dan Kinabalu View Chalet.


En. Yusrizal

Vegetables Chalet

6.43 pagi, dapat melihat wajah Kinabalu lebih dekat lagi. Kelihatan kabus berarak perlahan-iahan di lereng gunung. 6.52 pagi, sempat berkenalan dengan  En. Yusrizal penduduk tempatan. Pemandu untuk pelancong dari Negeri Sembilan. Ketika ini angin masih lagi menderu. Terasa benar dinginnya. Menggigil-gigil walaupun memakai jeket.


Kiram's Village

7.08 pagi, kembali ke chalet Cili 2. 7.32 pagi,  Acik dan Umi pula  keluar.  Angin masih lagi menderi-deru, sampai meliuk-liuk rimbunan di tepi jalan. 7.51 pagi, masuk restoran Kiram. Lalu duduk di kerusi bersama Umi dan Acik. 7.55 pagi, Faiz join sekali. Terus order roti canai. Kemudian bersarapan dalam deruan angin gunung.

Angin gunung masih lagi bertiup kencang. Dahan pokok meliuk menahan deruan angin. 8.26 pagi, menyusuri laluan depan chalet Mashroom, Potato dan Pine Apple. Kiram’s Villge bagaikan dalam taman. Begitu indah. Sempat mengabadikan sudut-sudut panaromik. 8.34 pagi menyusuri semula jalan hingga ke penghujung.

Bagaikan dibelai aura kinabalu. Terasa segar dan selesa. Aromanya bagaikan terapung-apung. Dari gunung menuruni lereng-lereng dan lembah-lembah. Harumannya begitu menyegarkan. Terasa tenang. Lalu menghayati kedamaian dan kesyahduannya. 

8.43 pagi, balik semula ke chalet Cili 2. 8.49 pagi, berkemas-kemas. 9.06 pagi, baru melangkah keluar dari bilik. 9.13 pagi, bertolak selepas check out. Sayonara Kiram’s Village. Lalu menyusuri Jalan Cinta Mata Mesilou. Melintasi Rocky Mountain Lodge. Seterusi mendaki hingga Golf Course. Kelihatan kinabalu bagaikan mengintai di balik tirai kabus.

9.20 pagi, berpatah balik. Menyusuri jalan menurun. 9.23 pagi menaiki jembatan kayu. 9.25 pagi, masuk simpang kanan ke Desa dairy Farm. Berhenti sebentar. Angin dari gunung menderu. Begitu kencang, bagaikan huyung-hayang menahan angin.

9.39 pagi, bertolak meninggal Desa Dairy Farm.  9.44 pagi, melalui jembatan kayu. 9.47 pagi, melintasi Pusat Tamu kundasang. Masuk bulatan kubis dan bulatan kobis Cina. Seterusnya u turn di Bulatan Desa Dairy Farm.

9.49 pagi, berehenti di tepi jalan. Kelihatan 3 buah bas, beberapa buah van dan kereta pelancong parkir di kiri dan kanan jalan. Masing-masing turun untuk menghayati keindahan Gunung Kinabalu. Bagaikan pesta. Masing-masing mencari sudut fotografi,  berlatarkan Gunung Kinabalu. Jauh di lembah kelihatan kelompok-kelompok rumah penduduk Kundasang, dipinggiri rimbunan hijau.

Pelbagai sudut dan berbagai aksi. Masing-masing teruja dengan keindahan dan seronok dengan keramaian. Terasa benar aura Kinabalu menguasai lereng-lereng dan lembah-lembah. Aroma dari gunung turun melempah ke seluruh ceruk.


Kinabalu Park

World Heritage

10.00 pagi, buat u turn di bulatan kubis Cina. Kemudian terus ke bulatan  Desa Dairy Farm. 10.06 pagi, melintasi Mount Borneo Restsurant. Masih lagi di Jalan Tamparuli. 10.09 pagi, masuk lot parkir di Kinabalu Park, “World Heritage Site”.

10.13 pagi, naik tangga sampai ke pedestrian counter. Bagaimana tak masuk. Sekadar merakam panaroma di persekitaran. 10.21 pagi, bertolak. Melalui Jalan Kota Belud – Ranau. Hanya 90 km lagi ke Kota Kinabalu. Gunung Kinabalu bagaikan mengiringi sepanjang perjalanan.


Panoramic  View

Peranggi View Point
Masih lagi berliku-liku menuruni bukit. 10.30 pagi, melintasi Kg. Tomis Jaya dan Kg. Tomis Mangi. 11.09 pagi, singgah di Peranggi View Point, di Kuang Lapai. Sejalur tanah sempit, di atas tebing curam menghadap Gunung Kinabalu. Menghidangkan pemandangan yang begitu panoramik.

11.17 pagi,  masuk pekan Nabalu, di Jalan Tamparuli - Ranau. 11.19  pagi, masuk bulatan exit 3. Seterusnya melalui jembatan Tamparuli. Kemudian masuk bulatan. Jalan semakin landai.


Rumah Terbalik

Situasi Pelik
11.22 pagi, masuk simpang kiri terus ke premis Upside Down House. Terletak di batu 21, Tamparuli. 11.25 pagi, Faiz ke kaunter tiket, untuk 4 orang. Kemudian masuk selepas menyerah tiket. Lalu ikut laluan kanan. Sempat singgah dan merakam di beberapa kios: Gone Fishing, Kitchen, Rimba, Kraftangan dan Buah-Buahan.


Objek Terbalik

Bathroom Terbalik

Kios Terbalik

Add caption
11.46 pagi, mendengar taklimat tentang Rumah Terbalik. Kemudian masuk melalui karpet merah. Semuanya terbalik: ruang tamu, dapur, bilik tidur,  bilik mandi dan beranda. Bagaikan berada di ruang dimensi  anih. Bagaimanapun pengunjung tidak dibenarkan merakam atau berselfie.


Pinang "Terbalik"

KLumpur "Terbalik"

Selain Sabah, Melaka juga menjadikan Rumah Terbalik sebagai point of interest. Dibuka secara resmi pada 21 November 2014. Begitu juga di Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Satu kelainan dari kebiasaan, yang memberi pengalaman,  “suasana keunikan dalam situasi yang pelik”.


Langkawi "Terbalik"

Melaka "Terbalik"

Di Langkawi Rumah Terbalik terletak di Kg. Bayas, Jalan Padang Matsirat. Dikatakan terbesar di Asia. Tertinggi di Malaysia, setinggi 5 tingkat. Telah beroperasi pada 5.3.2017, dengan tagline “Kepuasan Anda, Kebanggaan Kami”. 

Malah pelancong dibenarkan  merakam sudut-sudut kontras yang di luar kebiasaan. Sama ada merakam objek yang terbalik atau diri sendiri yang terbalik? Yang peliknya diri sendiri yang dirakam  diterbalikkan. Sebaliknya objek yang terbalik kembali normal.

font-size: 13.0pt;

Post a Comment

Powered by Blogger.