AHAD 22 JULAI 2018 (2)
Rumah Terbalik - Kg. Salut - Gerai Sahabat 2
- Hotel Sadong 88 - Filipino Market - First Beach
Tanjung Aru
- Seafood Foodcourt Pasar Besar - Seri Tiga Rasa Seafood
11.56
pagi, keluar dari Rumah Terbalik. Sempat masuk
kios stor, alatan perkebunan terbalik. Juga turut beraksi mengangkat kereta
terbalik. 12.08 tengah hari, masuk kedai souvenir. Beli 2 ekor “kucing”
oleh-oleh untuk Ayla dan Ayra. 12.15 tengah hari, bertolak meninggalkan Rumah Terbalik.
12.17
tengah hari, isi minyak shell di Kg. Telibong.
12.22 tengah hari, membuat u turn laluan ke Kota
Kinabalu. 12.27 tengah hari, melintasi Institut
Pendidikan. Terpaksa melalui 4 bulatan. Seterusnya melalui jembatan Sg. Telipuk.
12.36 tengah hari, berhenti di Jalan Sulaman, Kg. Salut. Terkenal dengan lokan bakar dan kelapa bakar. Lalu singgah di gerai sahabat 2. Order nasi goring dan mee soup dengan kelapa muda dan special menu lokan bakar. Dikatakan lokan bakar di Jalan Sulaman lebih “menduga rasa menggoda selera”.
Untuk mengekalkan keenakan rasa, lokan dipanggang secara tradisi “putung berasap”. Menggunakan kayu api dan “bumbuh” sebagai ramuan ketika memanggang Lokan. Lalu aroma bakaran lokan memenuhi gerai. Dikatakan benar-benar mencabar selera.
Lebih-lebih
lagi sambal cicah, resipi rahsia turun-temurun. Rasa keistemewaan sambal ini
menjadi identiti kepada peniaga-peniaga lokan bakar di sepanjang Jalan Sulaman. Malah kelainan dan perbezaan itu menjadi ciri keistemewaan.
1.33
tengah hari, bertolak. 1.39 tengah hari, melintasi SK
Pekan Telipot. 1.44 tengah hari, melintasi Grand
Merdeka Mall. Seterusnya masuk Bandar Putra.
Lalu masuk JalanTuaran. 1.56 tengah hari,
melintasi Giant Supermarket.
201 petang, melintasi bangunan Umno. Kemudian masuk
laluan Jaya Sadong.
Memori Kinabalu |
Hotel Sadong 88 |
Check In Hotel |
2.07
petang, parkir depan Hotel Sadong 88. di Blok A, Jalan Karamunsing.
Berhampiran bangunan KWSP. 2.22 petang, terus check
in. Malangnya, terpaksa naik tangga untuk masuk bilik
3002. Berehat sebentar. 2.45 petang, solat jamak takdim. Kemudian baring-baring untuk cas
tenaga.
4.01
petang, turun dari bilik 3002. 4.04 petang, bertolak. Melintasi hotel Oceania dan Kawada Square. 4.07 petang, melintas Anjung Senja. Masuk Jalan
Tun Fuad Stephen, laluan sepanjang pinggir laut, 4.09 petang, melintasi M Harfkot dan
Oceanus Waterfront Mall.
Memory Cube |
Filipino Market |
4.12 petang,
melintasi Handicraf Market dan Filipino Market. 4.17 petang, nasib baik dapat parkir. Kemudian masuk Pasar Filipino. Beli ikan jeruk dan kueh cincin.
Seterusnya ke Pasar Kraftangan. Beli butang
baju dan magnetic sticker. 5.12 petang, masuk Pasar Besar.
Beli buah avakado dan bambangan.
Pasar Kraftangan |
Aksesori Wanita |
Buat Kenangan |
5.31
petang, meneruskan perjalanan. 5.34 petang, melintasi Pos
Laju. 5.36 petang, melintasi Conference Event
Centre di Jalan Asia City. Masuk simpang
kanan ke Tanjung Aru. 5.44 petang, parkir di First Beach
Tanjung Aru, di Jalan Aru.
6.02
petang, kelihatan cahaya senja, merah kekuningan menghiasi kaki langit. Begitu
indah. 6.05 petang, mentahari semakin lesu. Bagaikan terapung-apung, semakin
mencecah kaki langit. Warnanya semakin pudar. Setiap saat dan setiap detik,
perubahan itu benar-benar mempersonakan. Menakjubkan.
6.40
petang, beredar dari pantai. 6.42 petang, bertolak. Masuk beberapa bulatan.
Melintasi Wisma dan Hotel Hilton. 6.55 petang, melintasi Wisma Bandaran. 7.01 malam, masuk bulatan Yu. Terpaksa berpusing-pusing mencari parkir.
7.07 malam, akhirnya parkir di lot 225B1.
7.11 malam, dua kali menyeberangi jalan. 7.15 malam, masuk medan selera Seafood Foodcourt Pasar Besar, Jalan Haji Saman. 7.17 malam, masuk open restoran, Seri Tiga Rasa Seafood. Di hadapan bangunan Indah Sabah.
Ketam telor Masin |
Duduk di meja no. 10. Lalu order ikan tiga rasa, sotong celup tepung, udang masak butter, ketam telor masin dan hailan ikan masin. Selera bagaikan mencabar pantang larang "3 serangkai". 8.25 malam, licin to the last bite. Kekenyangan yang luar biasa. Berbaloi bayar RM109.
8.40 malam, menyusuri taman. Menikmati kedinginan angin malam Lalu mengabadikan diri di bawah lambang cinta kasih. Cahaya malam bagaikan turut melimpahkan purnamanya. Menjadikan malam begitu indah, dan nostalgik.
8.50
malam, bertolak. 8.55 malam, berhenti dekat dengan kedai
Orange and The Store. Acik membeli ubat Gaviscon, liquid sachets. 8.59
malam, melintasi semula Hotel Hilton. Masuk
simpang kanan, Jalan Kemajuan. 9.03 malam,
parkir depan hotel Sadong 88.
Naik
tangga. Terasa lelah untuk sampai ke
tingkat 3. 9.09 malam masuk bilik 3002. Sedar
tak sedar malam semakin beransur sepi. Selepas jamak takhir, mata bagaikan
terpejam-pejam. 9.46 malam, akhirnya terus rebah dalam keletihan. Selamat malam
Kota Kinabalu.
font-size: 13.0pt;
Post a Comment